Malee Duangdee, 19 tahun, mempunyai ketinggian yang melampau bagi seorang remaja yang belum lagi mencecah umur 20 tahun! Remaja tertinggi di dunia!
Beliau mempunyai ketinggian 2.12m dan mempunyai berat badan 127kg!
Namun demikian, berat dan ketinggian fizikal tersebut menyebabkan beliau menjadi sunyi oleh kerana dipinggirkan rakan-rakan sebaya dan beliau sendiri berkata bahawa peluang beliau untuk berkahwin teramatlah mustahil.
Tallest Teenager in The World from Thailand, Malee Duangdee
Fizikal beliau mula berubah setelah beliau disahkan mempunyai ketumbuhan (Tumor) pada bahagian otak, menyebabkan hormon badan beliau tidak stabil, dan kesukaran dalam penglihatan. Sehingga kini, beliau masih lagi membesar dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
Amboi tingginya! Tapi sedih, beliau ni dipinggirkan sebab lebih tinggi dari orang lain.
Macam-macam, tinggi pun masalah, rendah pun masalah. Apa-apa pun, asalkan beliau gembira bersama keluarga cukuplah.
Ingat lagi dulu kisah mengenai nenek tua di China tumbuh tanduk? Kali ni seorang datuk pula tumbuh tanduk, tapi di bahagian belakang kepala! Dahsyat!
Huang Yuanfan, 40 tahun, berasal dari daerah Ziyuan selatan China, mempunyai tanduk berukuran 3 inci setakat ini, dan ianya semakin memanjang!
Beliau sedar akan wujudnya penumbuhan tanduk tersebut sejak dua tahun lepas, dan ianya sehingga kini masih belum berhenti untuk memanjang. Doktor berkata bahawa tidak pasti apa yang menyebabkan penumbuhan tanduk tersebut, dan jikalau mereka cuba membuangnya, ianya akan tumbuh semula.
Adakah ini berpunca dari masyarakat di China yang sering mencipta produk makanan tiruan dan palsu?
Sampaikan Beras, Telur, Pau segalanya dipalsukan! Macam mana tak tumbuh tanduk, betul tak?
Macam-macam China ni, tak lama lagi agak-agaknya semua orang di sana pun tumbuh tanduk.
Sebuah video klip yang tersebar di YouTube mengejutkan dunia apabila memaparkan penemuan bangkai seekor (seorang?) Makhluk Asing di Rusia.
Bangkai makhluk asing (Alien) tersebut ditemui di Wilayah Irkutsk, Rusia.
Dikatakan bahawa penemuan yang dipercayai telah lebih sebulan lamanya itu, pada mulanya mengejutkan ratusan orang di sebuah perkampungan dengan kelihatan kelibat piring terbang (UFO). Piring terbang yang mengeluarkan cahaya merah jambu dan biru dipercayai menjunam ke bumi sebelum terhempas dalam sebuah hutan berhampiran perkampungan tersebut.
Video bangkai Makhluk Asing yang ditemui tersebut (Amaran : Video mempunyai kandungan yang memualkan) :
Insiden tersebut dikatakan mendapat perhatian luas media di Rusia, namun segala maklumat berkenaan penemuan tersebut dirahsiakan dari penemuan media luar dan lebih-lebih lagi media di Barat.
Makhluk Asing (Alien) tersebut dipercayai mati kerana tidak mampu bertahan dengan cuaca sejuk dan kasar di Rusia.
Anda peminat Justin Bieber? Anda tidak cukup BieberFever kalau anda belum dapat menewaskan peminat Justin Bieber yang lain ni.
Jessica Mazon dari Santa Carina, Brazil. Buat Tattoo ukiran sendiri pada tangan beliau untuk Justin Bieber
Menurut apa yang tertulis pada Blog beliau,
My name Jessica Mazon, 15 from Santa Catarina. I am somewhat complicated and somewhat confusing. I’m sincere too, have many quirks, my love of music is indescribable. I always want to get what I want and dream high, love to write about everything, especially feelings. I like using all-star and jeans. I do not like clothes too much. Sometimes I like to stay at home watching film, sometimes I like to hang out with my friends. One of my dreams is to go Paris. I do not like people shoved?, nobody is better than anyone. I’m passionate about children, dogs and shot?. I tell myself. I do not like guys who do everything to show off, I believe everyone has something special inside, waiting to fit into someone else.
I think love is the foundation of everything that can transform people and change the world. I’m shy, but outrageous. I am confident, discreet and indiscreet. I need friends around me, sometimes I feel lonely even when surrounded by people. I often keep my feelings just for me, I hide the tears drop. I Love teddy bears in particular “Fufi” (my bear), high heels, food and dancing wildly, scream, jump and do whatever I want. I want to go further back, love to travel, I love perfumes, and voices calms me.
And finally I can say that the most important person to me in the world is, yes it’s Justin Bieber, my greatest inspiration, which makes me believe, my biggest dream, my fantasy, the one guy can make me lose reason, make my heart race, make me able to have the courage to face everything in life .. Yes he is not the average boy but I love him, And he is so much more than that.
When the PAIN inside is too BIG, we need to make it better in any way..
That’s me, full of defects and failures.
Emah Hira Matiu dan Beki Diamon, dari New Zealand. Curi topi ungu Justin Bieber sebagai ugutan terhadap Justin Bieber.
Tapi akhirnya pulangkan topi tersebut selepas meminta Justin Bieber untuk memeluk setiap sorang dari mereka dan mengambil gambar bersama.
Louise, seorang Ibu sanggup dapatkan tatu “Tramp Stamp” untuk dapatkan Tiket Konsert Justin Bieber.
Ini semua kerana kempen Y100 FM “Tatts For Tickets” sorang radio DJ dari Miami.
Ibu tersebut dikendaki mendapatkan Tatu dengan muka DJ Radio tersebut, “Mack At Nite”, untuk dapatkan dua tiket dan memberi peluang anak perempuanya untuk menonton konsert Justin Bieber secara Live!.
Mick Follers dari Condell Park, Australia.
Sanggup bayar lebih 440$ AUD untuk dapatkan nombor plet kereta dengan perkataan “BIEBER”.
Beliau menyatakan beliau merupakan peminat No.1 Justin Bieber. Kemudian beliau berkata bahawa mungkin mampu untuk dapatkan lebih wang dengan menjual nombor plet tersebut kepada sesiapa yang berminat.
Peminat Justin Bieber dari New Zealand.
Seorang peminat sanggup membeli botol air minuman bekas buangan dari Justin Bieber, yang dilelong dengan harga 683$!. Pembeli tersebut tidak diketahui namanya.
Yang menarik, duit hasil lelongan tersebut, menurut penjualnya akan didermakan kepada persatuan amal kanser, “Canteen”
Jadi, cukup gilakah anda sebagai peminat Justin Bieber??
Nantikan ketibaan Justin Bieber di Malaysia, mana tahu anda pula yang gila, “BieberFever”!
Seekor lembu betina berwarna hitam telah dicatatkan sebagai Lembu paling kecil di dunia!
Lembu hitam yang diberi nama Swallow ini hanya mempunyai ketinggian setinggi 0.8m (33 inci) dari kaki ke kepala yang mencatatkan ia sebagai Lembu paling kecil di dunia dalam Guinness World Records 2011.
Pemilik lembu tersebut, Caroline Ryder berkata, Swallow umpama seorang selebriti di ladang ternakannya. Swallow kelihatan sangat unik dan berbeza berbanding lembu-lembu yang lain.
Jadi kepada semua pemilik haiwan ternakan, kalau ada haiwan ternakan anda yang agak unik, jangan rasa sedih, anda dapat tumpang populariti haiwan ternakan tersebut apabila nama anda disebut sebagai pemilik haiwan ternakan yang unik!.
Seorang bayi berusia 10 bulan yang berasal dari China mengejutkan pakar kesihatan apabila berat beliau dikatakan seberat kanak-kanak berusia 6 tahun, iaitu lebih dari 20kg!.
Bayi tersebut yang diberi nama Lei Lei, dikatakan lahir dengan berat yang normal pada asalnya, namun oleh kerana selera makannya yang melampau, berat beliau meningkat secara mendadak.
Ibu beliau, Cheng Qingyu, berkata bahawa perkara kegemaran Lei Lei ialah makan. Segala apa yand dapat Lei Lei capai akan diletakkan kedalam mulut beliau. (Bukan normal ke semua bayi macam tu?)
Yang menarik, oleh kerana saiz badan beliau yang begitu bulat dan berlapis-lapis tersebut, Lei Lei telah diberi gelaran ‘Michelin Baby’! Ini kerana rupa bentuk badan beliau amat menyerupai maskot tayar Michelin!.
Kini para pakar kesihatan masih membuat kajian sama ada kenaikan berat badan mendadak itu berdasarkan faktor kesihatan atau ianya simptom kepada obesiti melampau.
Seekor anak lembu yang mempunyai dua kepala telah lahir di Serbia pada awal bulan lepas, dan kini selepas sebulan hidup, nampaknya lembu tersebut masih didapati sihat.
Pemilik anak lembu tersebut yang merupakan seorang petani, Radomir Timotijevic, pada awal kelahiran anak lembu tersebut sebenarnya telah diminta oleh pakar veterinar supaya anak lembu tersebut patut di bunuh sahaja kerana khuatir ia akan membawa kepada lebih banyak masalah pada lembu tersebut kelak.
Radomir Timotijevic yang kini telah menggangap anak lembu tersebut sebagai haiwan peliharaan, berkata beliau tidak sampai hati untuk melihat anak lembu tersebut menderita, kerana ketika ini beliau lihat anak lembu itu seronok hidup dengannya.
Radomir Timotijevic berkata beliau sangat terharu setiap kali memberi makan kepada lembu tersebut menggunakan botol, dan tidak berniat untuk menghantar lembu tersebut untuk disembelih.
Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali anak lembu berkepala dua dilahirkan di dunia.
Guo Qingpo, lelaki berusia 53 tahun dari China menghidap penyakit yang dikenali dengan nama gynecomastia. Penyakit ini menyebabkan beliau mempunyai payudara bersaiz ekstrem.
Payudara beliau yang didapat mula membesar sejak dari tahun 2008 dikatakan mendapat perhatian 20 orang Doktor Pakar dari 8 jabatan berlainan di sebuah Hospital di Dezhou, Shandong.
Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu akhirnya berjaya mengeluarkan sepasang payudara tersebut yang mempunyai berat dianggarkan lebih 5 kilogram.
Gynecomastia merupakan simptom kepada berlakunya ketumbahan tumor yang berkait dengan hormon pada dada, hati dan juga organ badan lain.
Seorang peminat tegar filem animasi Toy Story 3 yang berasal dari West Bromwich, Steve Bolton, telah menukarkan nama beliau kepada Buzz Lightyear.
Beliau berkata, beliau akan rasa seronok dapat menggembirakan Teman Wanita beliau yang juga merupakan peminat bagi filem animasi Toy Story. Beliau menjangkakan, apabila orang bertanya siapa yang teman wanita beliau sedang bersama, teman wanita beliau akan menjawab Buzz Lightyear!
Beliau turut berkata beliau berharap untuk menjadi lebih popular dikalangan kanak-kanak, dan akan rasa seronok untuk menurunkan tandatangan kepada mana-mana kanak-kanak yang inginkannya.
Dahsyat dan Pelik. Vuvuzela seperti yang kita ketahui ialah merupakan sebuah instrumen yang sudah tentu bukannya objek bernyawa. Tapi Vuvuzela ada Twitter??
the_vuvuzela, itu lah id bagi Twitter Vuvuzela ini.
Dari laman twitter ‘beliau’, dapat dilihat bahawa nampaknya Vuvuzela sudah mula berniat untuk membingitkan lagi dunia Twitter yang sememangnya sudah bingit dengan tweet tweet dari berjuta-juta manusia.
Memandangkan Twiter encik Vuvuzela ini sudah mencecah sehingga 11,275 manusia, kalau anda nak follow beliau, boleh la ke http://twitter.com/the_vuvuzela
Recent Comments