Archive | World

Reece Donovan ditahan dan derma untuk Ashraf Haziq

Pelajar Malaysia di London, Ashraf Haziq mendapat perhatian seluruh England atas tragedi yang dihadapinya. Pesalah laku ditangkap, Ashraf diberi dermaan.

Reece Donovan, tertuduh yang terlibat dalam tragedi yang berlaku terhadap Ashraf Haziq, tempohari ditahan oleh pihak mahkamah diatas dakwaaan mencuri sebuah telefon bimbit Nokia dan Sony PSP milik Ashraf Haziq Rosli.

Ashraf Haziq Rosli dalam kejadian itu mengalami kesakitan dan kecederaan pada rahang mulut.

Dan respon warga dunia terutamanya England terhadap kejadian itu adalah pengumpulan dana untuk Ashraf, bagi meringankan beban kesusahan yang dihadapinya.

something nice for ashraf haziq Reece Donovan ditahan dan derma untuk Ashraf Haziq

Dalam kempen tersebut, sebanyak £22,314 Euro atau sebanyak RM95,400 berjaya dikumpul dimana purata dana yang diberi adalah sebanyak £10 Euro.

derma ashraf haziq Reece Donovan ditahan dan derma untuk Ashraf Haziq

http://www.justgiving.com/somethingniceforashraf/

Banyak kan? Pemurah betul orang-orang disana! Semoga derma yang diberi ini dapat meringankan beban yang dihadapi orang Ashraf Haziq.

Dengar-dengarnya, ibu-bapa Ashraf telah diterbangkan ke London menggunakan dana tersebut, untuk melihat keadaan beliau.

Bagi yang tidak jelas dengan apa yang berlaku kepada Ashraf, boleh semak pada entri sebelum ini : http://bit.ly/qgmBYT 

Posted in News, World0 Comments

Galeri gambar rusuhan di London

Ramai yang tertanya-tanya, apa yang berlaku sampai ada rusuhan di London? Kenapa ada rusuhan? Sebelum tu, jom tengok dulu galeri gambar rusuhan di London dibawah.

Teruskan membaca dibawah untuk tahu kisah sebenar dan punca di sebalik Rusuhan London 2011.

london riot picture gallery Galeri gambar rusuhan di London

Kesemuanya bermula dengan protes di sekitar Utara London apabila polis, pada 4 Ogos 2011 bertindak menembak Mark Duggan, seorang lelaki berkulit hitam yang berasal dari Tottenham, atas tindakan Mark Duggan yang menggunakan senjata api haram dan menembak anggota polis terlebih dahulu.

Dan apabila orang awam cuba mendapakan penjelasan dari pihak polis, pihak polis cuba melengahkan masa bagi menunggu perintah mahkhamah, menyebabkan orang awam yang mula dengan protes mengamuk dan mula melakukan huru hara di sekitar Utara London itu.

Siapa yang salah? Masih belum dapat disahkan, kerana pelbagai media yang berlainan memaparkan cerita yang berlainan. Masing-masing menuding pada pihak tertentu.

Namun demikian, satu kenyataan menarik yang boleh dijadikan perhatian mengenai tragedi ini adalah :

“If these were Muslims, we would brand them Terrorist. Because they are black, we call it local unrest. NO. Last night was done by terrorists!” – kendra27UK@yahoo

- Kalau mereka adalam orang muslim, sudah pasti semuanya akan dilabelkan sebagai pengganas. Tapi disebabkan mereka berkulit hitam, ianya di panggil gangguan ketenteraman awam. Tidak, malam semalam sememangnya kerja pengganas!

Ada betulnya kenyataan di atas bukan?

Bagi yang tertanya-tanya adakah ianya ada kaitan, walau sedikit pun persamaan dengan BERSIH 2.0, jawapannya tidak. Jadi tak perlu cuba kaitkan BERSIH 2.0 dengan tragedi rusuhan di London ini ya.

galeri gambar rusuhan london Galeri gambar rusuhan di London

Posted in News, Picture, World0 Comments

Kingdom Tower – Menara tertinggi di dunia!

Kalau sebelum ini Burj Khalifa di Dubai dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, kini Kingdom Tower di Jeddah pula merampas takhta! Jom tengok!

Kingdom Tower ini adalah salah satu perubahan ketara yang akan dibangunkan di Jeddah, yang menghadap dengan Lautan Merah. Ianya adalah sebahagian besar bagi pembangunan menyeluruh yang dipanggil sebagai Kingdom City ini.

Kingdom Tower ini sudah pasti akan mempunyai lebih tinggi berbanding Burj Khalifa (828m), dan dikatakan ianya bakal mempunyai tinggi lebih dari jarak satu kilometer! Ukuran sebenar masih dirahsiakan selagi ianya belum mula dibina.

Pembinaan dijangka bermula pada awal Disember tahun ini, dan kos pembangunan mencecah sehingga US$1.2 Bilion, cuma sebahagian kecil dari projek Kingdom City yang keseluruhannya mempunyai kos US$20 Bilion!

kingdom tower 1 Kingdom Tower   Menara tertinggi di dunia!

Bangunan raksasa ini akan mengandungi 59 buah lif, dimana setiap sebuah lif tersebut mampu bergerak mencapai kelajuan 30 Kilometer sejam!.

Kingdom Tower ini turut akan menempatkan platform pemerhatian yang dipanggil ‘Sky Terrace’ pada tingkat 157. Ianya adalah seperti dalam gambaran dibawah.

kingdom tower 2 Kingdom Tower   Menara tertinggi di dunia!kingdom tower 2a Kingdom Tower   Menara tertinggi di dunia!

Bangunan pencakar langit yang mempunyai bentuk dinamik berasaskan segi tiga tersebut bakal mempunyai kira-kira 213 tingkat keseluruhannya, berbanding dengan Menara Berkembar PETRONAS yang hanya mempunyai 88 tingkat. Maka boleh buat anggaran, ianya lebih tinggi walaupun kedua-dua menara PETRONAS itu diletakkan atas satu sama lain!

Keseluruhan pembinaan dan pembangunan di sekitar menara tersebut, dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2016.

Sementara itu, saksikan lebih banyak gambar gambaran artis merujuk pada menara Kingdom Tower ini, dibawah.

kingdom tower 3 Kingdom Tower   Menara tertinggi di dunia!kingdom tower 4 Kingdom Tower   Menara tertinggi di dunia!kingdom tower 5 Kingdom Tower   Menara tertinggi di dunia!

Posted in News, Picture, World6 Comments

Video Asyraf Haziq dipukul dirompak di rusuhan London

Video Asyraf Haziq dipukul dirompak di rusuhan London

Pelajar jurusan perakaunan tajaan MARA, Asyraf Hazlan dipukul dan dirompak di London, berikutan rusuhan di negara itu. Video kejadian itu sebab dirakamkan.

Asyraf Hazlan, pelajar yang berasal dari Selangor itu, kini sedang menjalani rawatan di Royal London Hospital.

Dia berkata, ketika kejadian berlaku, beliau dalam perjalanan ke Utara London untuk berbuka puasa bersama beberapa orang rakan-rakannya. Namun diserang oleh sekumpulan perusuh ketika beliau sedang keluar dari stesyen keretapi.

Video dibawah memaparkan kejadian yang sempat dirakam tersebut :

Malaysian student robbed and bullied in London Riots

Posted in Malaysia, News, World1 Comment

Sheikh Hamad lakar nama pada pulau Al-Futaisi, Abu Dhabi

Apa yang anda nak buat untuk buktikan anda betul-betul kaya dalam dunia ni? Sudah tentu ukir nama sebesar mungkin di atas tanah untuk rakaman satelit! Hebat Sheikh Hamad!

Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan merupakan salah seorang jutawan kaya gila di Abu Dhabi, dan turut merupakan antara ahli keluarga diraja Abu Dhabi.

Beliau yang sudah berumur 63 tahun, tersangat kaya hingga mempunyai lebih 200 kereta yang berlainan jenis, malah mempunyai muzium awam tersendiri untuk kesemua kereta beliau dinamakan sebagai ‘Emirates National Auto Museum’.

Kali ni, mungkin kerana terlalu banyak wang, sehingga hilang akal nak buat apa dengan wang tu, beliau ukir nama beliau di sebuah pulau berdekatan ibu kota Abu Dhabi, Pulau Al-Futaisi.

Ukiran lakaran nama beliau itu tersangatlah besar dan luas, sehinggakan ianya mampu dilihat pada imej yang dirakamkan oleh satelit!

hamad alfutaisi abu dhabi Sheikh Hamad lakar nama pada pulau Al Futaisi, Abu Dhabi

Nama beliau yang dilakarkan itu, teramatlah besar, hingga mencecah 2 Kilometer lebih jaraknya dari huruf ‘H’ ke hurut ‘D’.

Nak tengok imej ni? Apa anda perlu buat cuma, pergi ke ‘http://maps.google.com/‘, taip ‘Al-Futaisi Island, Abu Dhabi’. Klik pada paparan imej sebenar bumi, dan dapatlah anda lihat tulisan nama ‘HAMAD’ dalam keadaan terbalik.

Jom tengok gambar dibawah ini yang lebih jelas! (Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas)

sheikh hamad alfutaisi abu dhabi Sheikh Hamad lakar nama pada pulau Al Futaisi, Abu Dhabisheikh hamad name alfutaisi abu dhabi Sheikh Hamad lakar nama pada pulau Al Futaisi, Abu Dhabi

Posted in News, World0 Comments

Gambar perhimpunan #BERSIH 2.0 di seluruh dunia!

Penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang berada di luar negara, turut mengadakan demonstrasi di tempat masing-masing tempohari. Saksikan gambar di pelbagai lokasi ini.

Antara lokasi luar negara yang diadakan perhimpunan BERSIH 2.0 ini adalah, Melbourne, Singapore, Washington D.C, London, Paris dan juga Hong Kong.

Terdapat lebih 80 gambar dalam galeri dibawah untuk dipaparkan, sila klik pada setiap gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

MELBOURNE

SINGAPORE

WASHINGTON D.C

LONDON

PARIS

HONG KONG

Sumber : BERSIH Global

Posted in Malaysia, News, Picture, World5 Comments

India hadiahkan kereta jika anda mandulkan diri

Di India, mana-mana rakyat yang menawarkan diri dengan sukarela untuk menjalani proses memandulkan diri, akan diberi hadiah kereta!

Hadiah kereta yang ditawarkan pula adalah kereta buatan India dan juga merupakan kereta termurah di dunia, Tata Nano.

tata nano europa india India hadiahkan kereta jika anda mandulkan diri

Lain-lain hadiah yang turut ditawarkan kepada lelaki dan wanita yang sanggup menawarkan diri untuk dimandulkan adalah set televisyen baru dan juga motorsikal baru.

Inisiatif baru ini diambil kerana India mempunyai populasi yang terlampau ramai, dan adalah sudah menjadi fakta dimana India merupakan rumah kepada 17% populasi dunia.

Kadar kepadatan populasi India adalah lebih banyak dari kadar kepadatan populasi Bangladesh, Brazil, Indonesia, Pakistan dan Amerika Syarikat, digabungkan sekali.

Hmm, sanggupkah kalau anda, mandulkan diri, tanpa mempunyai zuriat, semata-mata untuk memenangi hadiah yang ditawarkan?

Posted in News, World1 Comment

(Video) UFO kelihatan di ruang udara London?

Beberapa objek terbang yang tidak dikenali (UFO) keliahatan berlegar-legar di ruang udara London beberapa hari lalu. Dan kejadian ini dirakamkan dalam video.

UFO di london Alien (Video) UFO kelihatan di ruang udara London?

Fenomena yang berlaku di ruang udara barat London ini sempat dirakamkan oleh pejalan kaki yang ketika itu sedang melalui Great Portland Street. Orang ramai yang turut terlihat kejadian untuk turut berhenti untuk melihat fenomena tersebut.

Beberapa objek putih kecil dilihat terbang laju di udara, sehinggakan satu objek putih yang lebih besar muncul, dan kononnya ianya adalah pesawat induk kepada pesawat-pesawat kecil yang lain itu.

Saksikan video di bawah ini :

Menurut EllasVirgo (pengguna YouTube yang memuat naik video tersebut), video tersebut bukan milik beliau, dan video tersebut telah diberi kebenaran oleh pemilik asal untuk paparan di YouTube.

Apa pendapat anda? Adakah ianya cuma pesawat ujikaji ketenteraan yang tidak diketahui umum? Atau ianya benar-benar UFO milik makhluk asing?

Pelik, tapi benar.

Posted in News, World1 Comment

Serangan kedua #OpMalaysia oleh Anonymous

16 Jun yang lalu menyaksikan lebih 100 laman web Malaysia telah digodam. Kali ini, Anonymous merancang serangan kedua Operation Malaysia pula.

Operation Malaysia atau #OpMalaysia yang dirancang oleh Anonymous telah dilancarkan pada pagi dan sepanjang hari pada 16 Jun yang lalu. Rujuk pada entri sebelum ini.

#OpMalaysia kali kedua ini akan dijalankan pula pada 4 Julai 2011 pada 13:37 GMT atau pukul 9:37 malam pada 4 Julai 2011.

anonymous operation malaysia 2 Serangan kedua #OpMalaysia oleh Anonymous

Berikut merupakan kenyataan yang disampaikan melalui video yang disampaikan di YouTube :

Good evening, Malaysia.

Allow me first to apologize for this interruption. I do, like many of you, appreciate the comforts of every day routine the security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke. But in the spirit of commemoration, whereby those important events of the past usually associated with someone’s death or the end of some awful bloody struggle are celebrated with a nice holiday. I thought we could mark this day sixteenth of june, a day that is sadly no longer remembered, by taking some time out of our daily lives to sit down and have a little chat. There are of course those who do not want us to speak. I suspect even now, orders are being shouted into telephones, and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning, and for those who will listen, the enunciation of truth. And the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn’t there? Cruelty and injustice, intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, think, and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance coercing your conformity and soliciting your submission. How did this happen? Who’s to blame? Well, certainly there are those more responsible than others, and they will be held accountable, but again truth be told, if you’re looking for the guilty, you need only look into a mirror. I know why you did it. I know you were afraid. Who wouldn’t be? War, terror, disease. There were a myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your common sense. Fear got the best of you, and in your panic you turned to the now Prime Minister. He promised you order, he promised you peace, and all he demanded in return was your silent, obedient consent.

We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We shall bring down the entire countries national infrastructure. We shall make this a day to be remembered.

This is your second warning.

We are Anonymous.

We are Legion.

We do not forgive.

We do not forget.

Expect Us.

Nampaknya menurut kenyataan diatas, serangan kali kedua ini adalah lebih ekstrem dan mampu memudaratkan seluruh infrastruktur (internet) negara.

Sebelum itu, SKMM pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa serangan awal Anonymous itu tidak memberi kesan besar pada laman-laman yang berjaya digodam itu.

Apakah yang akan berlaku pada 4 Julai nanti? Apa yang mampu kita buat untuk bersedia? Sama-sama kita saksikan.

Posted in Internet, News, World0 Comments

(Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepun

Sudah genap 100 hari selepas bencana alam gempa bumi dan tsunami berlaku di Jepun. Apa agaknya yang berubah di sana selepas 100 hari?

Gambar-gambar yang diterbitkan oleh Kyodo News dibawah memaparkan perbandingan sebelum dan selepas 100 hari bencana alam itu berlaku.

Jom tengok!

selepas 100 hari di jepun (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 2 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 3 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 4 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 5 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 6 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 7 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 8 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 9 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepunselepas 100 hari di jepun 10 (Gambar) 100 hari selepas bencana alam di Jepun

Hebat kan? Orang di Jepun sememangnya sangat efisien. Walaupun bencana tersebut adalah bencana yang diluar jangkaan, dan juga melampaui tahap persediaan bencana disana, ianya masih lagi mampu diuruskan dengan baik.

Malah, 100 hari untuk mencapai tahap perubahan sebegitu adalah amat baik dan negara-negara lain mungkin tidak mampu mencapai tahap sebegitu.

Tahniah Jepun!.

Posted in News, World0 Comments







Partly powered by CleverPlugins.com