Archive | February, 2010

Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok!

rapidpen Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok!

Laman Web Rapid Penang kena Hack! NK dah tengok dan dibawah ni adalah ‘screenshot’ yang sempat NK ambil. Kalau ada para pembaca yang nak lihat, bolehla terus ke laman web Rapid Penang, itupun kalau masih ada lagi Hack tersebut dan webmaster web tersebut masih tidur.

Laman web tersebut : http://rapidpg.com.my/latest-news/

rpg Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok!

Click image for bigger view

rpg2 Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok!

Berdasarkan ‘image’ tersebut, NK rasa web ni telah di’hack’ oleh ‘hackers’ dari indonesia. Hmm, boleh google tentang Malingsia ni, memang wujud gerakan menentang Malaysia dari Indonesia yang menamakan Malaysia dengan Malingsia. Setahu NK, Maling membawa maksud Curi dalam bahasa jawa. Selanjutnya boleh la pembaca buat kajian sendiri ya.

Terima kasih ke atas prihatin forumers dari lowyat.net dengan berita ini.

Posted in LOL, Malaysia, News, Picture15 Comments

Stephen Hawkings minat Simpsons

simpsons 1387957i Stephen Hawkings minat Simpsons

Pakar dalam Bidang Fizik, dan juga Direktor Kajian bahagian Matematik dan Fizik Universiti Cambridge ini Dikatakan amat meminati kartun The Simpsons. Sehinggakan beliau ada watak ‘cameo’ dalam siri kartun tersebut!

Beliau yang kini berumur 68 tahun menyimpan niat untuk menulis lebih banyak buku tentang minat beliau, antara minat beliau juga adalah rancangan Siri The Big Bang Theory, yang mana NK minat sangat-sangat tengok watak-watak NERD/GEEKS dalam cerita tu berbalah sesama sendiri. Malah direktor filem untuk dikatakan cuba untuk menampilkan cerita The Big Bang Theory berdasarkan kisah hidup Hawkings semasa beliau masih muda.

Sukar untuk dipercayai dengan rupa beliau yang sentiasa berada di atas kerusi roda, semasa muda beliau sangat meminati menunggang kuda.

hawking Stephen Hawkings minat Simpsons

He has also told the media in an interview that he loves watching TV crime series and The Simpsons.

A figurine of him sitting in a wheel chair, specially made for him as a gift by the producers of the TV cartoon show, sits proudly on his table. It is one of his favourite ornaments. There are more caricatures of him with the Simpsons characters. Hawking has appeared in cameo roles in the series.

There is also a picture on the wall of a grinning and delighted Hawking with a super-imposed visual of a very sexy Marilyn Monroe. The late actress remains one of his idols.

Dalam keratan artikel yang NK baca, ada juga mengatakan bahawa Hawkings menunjukkan rupa gembira yang amat semasa dapat mengalami sendiri ‘Zero Gravity’,

There are also photographs of Hawking at a zero-gravity excursion at Zero Gravity Corporation in the US in 2007. For the first time in 40 years, the quadriplegic could move freely without his wheelchair. The child-like delight on his face is clearly captured in the pictures on the walls at the entrance of his office.

Selepas melakukan sedikit googling, NK terjumpa gambar yang dimaksudkan itu. Lihatlah betapa gembiranya beliau!

427hawking550x367 Stephen Hawkings minat Simpsons427hawkingzerog550x367 Stephen Hawkings minat Simpsons

“Perhaps, one day I will go to space,” <- itulah kata-kata Stephen Hawkings selepas seronok dengan ‘Zero-Gravity’ tersebut.

The english quote sourced from : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/28/focus/5765749&sec=focus

Posted in LOL, News, Picture4 Comments

Kekasih Ibu penagih Dadah, Syafia derita

Ingat lagi post NK yang semalam tentang Syafia Humairah Sahari ? Rupa-rupanya Lelaki yang berlaku kejam terhadap beliau merupakan pemandu teksi yang menagih dadah. Berita terbaru ni NK dapat semasa baca Berita Harian Online tadi.

Related Post : http://notakosong.com/?p=134

Teruskan membaca update dari Berita Harian ni.

Azab Syafia

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my

mainpix1 Kekasih Ibu penagih Dadah, Syafia derita

Jenazah Syafia

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

“Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

“Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

“Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

“Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20100227234813/Article/index_html

Posted in Malaysia, News, Picture17 Comments

Mati disepak Kekasih ibu

mainpix Mati disepak Kekasih ibu

Gila. Itu merupakan ayat yang mampu untuk menerangkan tindakan seorang lelaki tiada akal yang sanggup mendera seorang kanak-kanak berumur 3 tahun sampai mati. Bayangkan, kanak-kanak yang sepatutnya dicorak dengan kehidupan bahagia, dengan didikan dan kasih sayang ibu bapa, sanggup dilakukan sedemikian rupa.

Memang gila, tak wajar langsung. Berdasarkan apa yang NK  faham, kanak-kanak tersebut langsung tidak bersalah, ini sememangnya tindakan seorang lelaki yang tidak waras.

Yang paling pelik dan tak masuk akal, mana perginya ibu kepada kanak-kanak tersebut? Sebenarnya boleh dikatakan, lelaki yang dikatakan sebagai kekasih ibu ini langsung tidak ada hak walau untuk menyentuh sekalipun kanak-kanak perempuan itu. Malah untuk menengking sekalipun. Teruskan membaca artikel dibawah untuk fahaman lebih lanjut

Didera sampai mati

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my

Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.

“Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.

mainpix2 Mati disepak Kekasih ibu

“Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.

“Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya semalam.

Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.

“Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.

“Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.

Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.

Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20100226233420/Article/index_html

Hmm, apa nak jadi dengan dunia sekarang ni..

Posted in Malaysia, News, Picture14 Comments

Juruterbang MAS meninggal, pesalah lari dari tempat kejadian.

Bahaya sungguh sekarang ni. Walau kita memandu selamat bagaimanapun, kalau orang lain memandu bahaya, kita turut boleh terlibat. NK ingat lagi kalau NK travel balik ke Ipoh, atau balik ke KL, Bas dan Lori yang ada mesti laju yang amat. Walau NK bawak 100km/h sekalipun, mesti ada Bas berlumba-lumba kat sebelah. Bayangkan la, NK di lorong yang paling kiri (pemandu berjiwa perlahan), di lorong sebelah kanan NK ada 2 biji bas sedang cuba memotong NK. Bukan sebiji! 2 biji sekali! malah kedua-dua lorong kanan pula tu! Macam berlumba pula, bayangkan kalau berlanggar dua-dua tu, tak ke 88 + 1 orang meninggal terus?? (1 bas 44 orang dengan pemandu, tambah orang dalam kereta lan sekali.)

Hmm…. tapi kali ni, punca kemalangan adalah lori, pemandu lori berkenaan pula lari dari tempat kejadian. Teruskan baca artikel di bawah ni,

crash Juruterbang MAS meninggal, pesalah lari dari tempat kejadian.

Trainee pilot, grandma die in car crash

Submitted by pekwan on Thursday, February 25th, 2010
Joseph Kaos Jr
Thursday, February 25th, 2010 13:26:00

GOMBAK: The flying career of a 22-year-old trainee pilot never took off when he and his 70-year-old  grandmother were killed after their Naza Suria slammed into a lorry that crashed through a barrier from the opposite direction of the Middle Ring Road 2 early this morning.

Malaysia Airlines trainee Mohammad Azri Hasim Muhd Hafiz and his grandmother Halimah Sulaiman did not survive the horrific crash near the Gombak exit at about 12.30pm.

Witnesses claimed the lorry driver fled the scene soon after the accident.

However, Muhammad Azri’s 17-year-old sister, Nurshahirah Muhd Hafiz, who was seated in front, miraculously escaped death and was reported to be in critical condition. She is being treated at the Kuala Lumpur Hospital.

Fire and Rescue Department personnel took some time to extricate the bodies of the victims from the wreck.

It could not be determined at Press time how the lorry driver lost control of his vehicle after negotiating a bend along the stretch of the highway.

It is learnt that the family members were on their way home to Taman Melawati after visiting an uncle in Damansara.

Police are looking for Subbarao a/l Nainan, 23, to assist in their investigations.

Sos kemalangan : http://www.mmail.com.my/content/28565-trainee-pilot-grandma-die-car-crash

Posted in Malaysia, News, Picture0 Comments

“Kami Haiwan Berbulu!”

014769358 Kami Haiwan Berbulu!

Lihat lah macam mana protes yang orang di negara lain buat. Gambar tersebut menunjukkan protes bagi membantah ladang mencukur bulu haiwan bagi dijadikan aksesori pakaian. China merupakan negara pengekspot bulu haiwan terbesar di dunia, malah undang-undang untuk menghalang eksploitasi tersebut seolah-olah tidak wujud.

Hmm, baguslah protes yang mereka lakukan dengan aman,

Berita dari The Star Online,

Activists from the People for the Ethical Treatment of Animals, from left, Mayo Kishimoto of Japan, Tina Davis of Hong Kong and May Chan of Hong Kong sit hunched over in cages as they protest with signs reading, “Animals Suffer on Fur Farms,” outside the Hong Kong International Fur & Fashion Fair in Hong Kong Thursday, Feb. 25, 2010. PETA said China is now the world’s largest exporter of fur and claim animal protection laws in the country are virtually non-existent, therefore allowing animals on fur farms to be beaten to death with steel rods. (AP Photo/Kin Cheung) – 25 February, 2010

Source : http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=1376

Posted in News, Picture2 Comments

Proton Campro Turbo dan Lotus Evora

tun dr m lotus evora Proton Campro Turbo dan Lotus Evora

Lotus Evora akan dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan depan. Namun Harga bagi kereta tersebut belum lagi ditetapkan secara rasmi. Kalau kat United Kingdom, kereta ni dijual lebih kurang 50,000 pound, jadi NK rasa lingkungan haraga kereta ni lebih kurang RM300,000 – RM400,000. Tapi masih dalam perbincangan dengan kerajaan, kemungkinan struktur harga ini akan ditukar. Mungkin kerana Lotus merupakan milik Proton, maka Lotus juga akan dikira cukai sama seperti kereta Nasional. Wah, itu berita baik tu. Mungkin Lotus Evora nanti dijual dengan harga RM200,000 ke kan, boleh NK beli kereta baru :P .  Cantik tu Lotus Evora, malah ia dikatakan lebih cantik dari Lotus sebelum ni, Lotus Exige dan Lotus Elise, malah lagi besar pula tu.

Menurut apa yang NK baca juga, Proton akan lancarkan enjin Proton Campro Turbo baru hujung tahun ni, cuba baca kenyataan dari Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir ni,

“Kami sedang memajukan enjin campo turbo yang boleh didapati menjelang akhir tahun atau paling lewat menjelang awal tahun depan. Ini bakal menjadi ciri bagi semua kereta kami,” katanya.

Selepas 25 tahun beroperasi, Syed Zainal Abidin berkata Proton berhasrat menceburi arena antarabangsa dan Geneva Motor Show adalah langkah pertama ke arah itu dan “kami akan meneruskannya dari situ.”

Dr Mahathir yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, banyak perubahan telah dibuat sejak lawatan terakhirnya ke Lotus kira-kira enam tahun lalu.

Beliau berkata, Lotus telah mencapai banyak kemajuan, baik dari segi prestasi sebenar mahupun idea yang dikemukakan oleh pengurusan.

“Saya telah melihat sebahagian daripada kemajuan teknologi yang telah mereka capai, dan seperti yang kita tahu, kereta yang saya pandu tadi, Evora, adalah daripada teknologi Lotus kerana kita berdepan dengan keperluan meningkatkan kuasa enjin.

“Jadi, ini soal sama ada kita tukar enjin atau naikkan taraf enjin. Lotus sebenarnya telah membantu menaikkan taraf enjin; ia sekarang sebagus 2,000cc,” katanya. – Bernama

Sos enjin turbo! : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20100224151207/Article/index_html

Sos bacaan dari Paultan : http://paultan.org/2010/02/24/campro-turbo-by-end-2010-or-early-2011/

Dahsyat Proton, teruskan usaha menaikkan nama Malaysia!

Posted in Malaysia, News, Picture2 Comments

Bapak tinggi Anjing ni!!!

article 1266856948901 086A8913000005DC 904768 636x358 Bapak tinggi Anjing ni!!!

Ingat lagi tak post NK  pasal Arnab Besar? yang terbaru ni ada Anjing paling TINGGI pulak!! Rekod anjing yang amatlah tinggi ni telah direkodkan oleh World Guiness Record, maka rekod ni memang rasmi dan benar. Tinggi anjing yang direkodkan ni adalah 43 inci (109cm). Bayangkan la, tiap-tiap hari diberi makan sebanyak 50kg!, kalau macam tu, tikus pun boleh jadi besar gajah kan?! Guinness World Records turut mengumumkan mereka akan mulakan pencarian rekod-rekod baru untuk binatang. Pembaca-pembaca NK ada binatang yang boleh direkodkan tak? mana tau boleh masuk rekod, Kambing paling hensem, Gajah paling kecil, Ikan paling pantas berlari.

Bayangkan la, mudahnya nak jadi glamour kan? haha

article 1266857112966 086A87AA000005DC 463616 466x466 Bapak tinggi Anjing ni!!!

World’s tallest dog record broken by huge goddamn dog

A Great Dane has been officially declared the top dog, after Guinness World Records announced that the enormous freaking hound was the new record holder for World’s Tallest Dog.

Giant George, from Tucson, Arizona, measures a vast 43 inches (109cm) from paw to shoulder and 7ft 3in (2.2m) from nose to tail, making him officially sodding massive.

His title was announced after a special Guinness World Records adjudicator visited the 245lb (111 kilos) canine to verify his measurements.

George, who consumes around 110lb (about 50 kilos) of food every month, inched out the previous record holder, Titan, a Great Dane from San Diego, California, by 0.75in (around 2cm).

Guinness World Records said they were hoping the new title announcement would prompt owners to examine their own pets to see if perhaps they too could break a record.

It is launching a new search for pet records for the longest ears on a dog, the smallest dog, the oldest dog, the smallest cat and oldest cat.

Craig Glenday, editor-in-chief of Guinness World Records, said: ‘This record has also sparked great interest in finding other pet records, so we’re asking everyone to check their dog houses, scratch posts and under the bed – they just might be living with a record-breaking pet.’

Posted in News, Picture7 Comments

Thanks Sayang-Amirah!!

Untitled Thanks Sayang Amirah!!

Pertama kali ada pembaca Notakosong.com yang buat review pasal blog NK, NK rasa terharu yang amat!

Tanpa tak disedari, NK telah menjadi follower blog Sayang-Amirah yang ke-100! itu yang Sayang-Amirah bagi hadiah pada NK! cuba lihat Hadiah yang dia bagi, NK boleh jamin semua pembaca cemburu dengan hadiah yang NK dapat ni! :P

q Thanks Sayang Amirah!!

Blackberry tu!!

Walaupun hanyalah sebuah gambarkan :P NK tetap gembira~

Ni link blog http://sayang-amirah.blogspot.com/ dan ni link post dia yang bagi anugerah kat NK hehe http://sayang-amirah.blogspot.com/2010/02/terima-kasih-notakosongcom.html

Posted in Picture7 Comments

Rakyat Malaysia di Australia dibunuh!!

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Beliau yang telah menjadi rakyat Australia telah dibunuh dengan kejam. Baca artikel dibawah untuk laporan lebih lanjut.

Harap jika ada ahli keluarga pembaca atau pembaca yang berada di Australia, sila berhati-hati ya…

n 03shah Rakyat Malaysia di Australia dibunuh!!

MELBOURNE: A Malay-sian consulate driver, who was believed to be involved in a road rage incident, was stabbed and bashed to death with a hammer by two men in a “ferocious” attack in Sydney.

Mohd Shah Saemin (pic), 43, who had become an Australian citizen and had lived in Sydney for about three years, succumbed to his injuries early yesterday.

He was attacked as he arrived at his home in Marion Street in Sydney’s inner western suburb of Leichhardt just after midnight on Sun-day, when witnesses saw two men chase the victim across the road.

“We do believe that there may have been a traffic accident shortly before the attack occurred,” acting Superintendent Shayne Woolbank was quoted by The Daily Telegraph as telling reporters at the scene.

Asked if road rage was a motive for the attack, Supt Woolbank said: “It is one of the possibilities.”

The attackers were last seen fleeing the scene in a black sedan.

“It was a very ferocious attack, there is no doubt about that,” Supt Woolbank said.

Malaysian Students Department director in Australia Dr Mohd Nasir Abu Hassan described Mohd Shah as a “very dear colleague” who was “unlikely to get involved in fights.”

In Malacca, MARTIN CARVALHO reports that Mohd Shah’s parents were shocked to learn of his brutal murder.

Saemin Mo’ngin, 72, said he was informed about the incident by his son’s friend in Australia at about 3am yesterday, and he later received another call from an embassy official in Australia,

“The official told me that my son was involved in an accident and told me to be strong while offering his condolences,” he said when met at his home in Lorong Hj Ibrahim, Kampung Paya Tambak here.

“I will leave it to Wisma Putra to sort out the matter over the return of my son’s remains, and I hope the Australian police will arrest those responsible and bring them to justice,” Saemin said.

His wife Misnah Kasri, 61, said Mohd Shah, the second of five siblings, was a good and loving son who used to call home every fortnight.

She added that Mohd Shah had planned to spend Hari Raya with the family here this year, as his last visit home was three years ago.

Mohd Shah’s ex-wife Jamalina Abdullah, 58, an Australian, visited the family and was seen comforting Misnah.

Meanwhile, Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman, who offered his condolences to the family, said he hoped that the Australian police would get to the bottom of the case.

Arrangements were being made for Mohd Shah’s body to be flown back to Malaysia for burial, he added.

Source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/23/nation/5725950&sec=nation

Posted in News, Picture8 Comments

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda:

Sponsors

Follow Us!

twitter / notakosong
twitter / whykimi

As seen in

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic
Blogged.my
Free Automatic Backlink
Web Analytics
BHO Malaysia Top Site Ranking

BlogMalaysia.com

Partly powered by CleverPlugins.com