Eh, Frankfurter Lembu Jenama Ramly Haram? Cuba tengok pada satu surat yang diedarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ini atas dakwaan mengandungi DNA Khinzir!
FOOD ALERT : MAKANAN YANG MELANGGAR AKTA MAKANAN 1983 DAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Kedah telah membuat persampelan terhadap produk Frankfurter Lembu dengan jenama Ramly dan keputusan analisis menunjukkan DNA Khinzir dikesan. Maklumat lanjut mengenai produk tersebut adalah sebagaimana di Lampiran 1.
Hmm, dah banyak da termakan sebelum ni rasanya. Berdasarkan sumber, surat kenyataan ini memang adalah benar, cuma tak dapat dipastikan sebab tak ada pula gambar untuk Lampiran 1 tu.
Ada sesiapa yang betul-betul boleh sahkan kesahihan maklumat ni? Takut juga ni, biasalah, sebab ini bukan perkara kecil, ini melibatkan hukum agama.
Setakat ni, mungkin boleh berhenti makan Frankfurter Lembu Jenama Ramly ni.
Pelik, macam mana boleh ada DNA Babi dalam daging lembu? lembu kacukan kah ini?










Pingback: JAKIM – Frankfurter Lembu Jenama Ramly HALAL | NotaKosong