Selain dari Exora turbo yang sudah pasti akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, Proton sedang bersiap sedia dengan model baru dengan kod nama, Proton P3-21A.
Beberapa gambar ‘Spyshot’ telah dikirimkan kepada Paultan oleh pembacanya yang terserempak dengan model-model baru Proton yang sedang diuji diatas lebuhraya. Jom tengok!
Menarik bukan? Nampak macam ada gaya eropah pada rekabentuk baru ni. Nama rasmi model ni sememangnya masih menjadi rahsia dan tanda tanya, rupa sebenar model ini juga masih lagi jauh dari bayangan.
Kemungkinan besar ia akan kelihatan lebih kurang sama seperti model konsep proton sebelum ini, Proton Tuah.
Sama ada ianya akan menjadi model gantian kepada Proton Persona atau tidak, itu masih belum ada sebarang spekulasi, mungkin ya kerana model Proton Persona yang dilancarkan pada tahun 2007 sudah hampir dengan 5 tahun usia kitaran model.
Atau ianya menjadi model ganti Proton GEN-2? Proton GEN-2 sudah berada di pasaran semenjak tahun 2004 lagi, dan sememangnya sudah sampai masanya untuk Proton menggantikannya dengan model yang lebih menepati citarasa kini.
Soal spesifikasi, langsung tiada maklumat.
Nantikan maklumat lanjut pada masa akan datang!












Pingback: Proton P3-21A bukan pengganti Persona, tapi model baru! | NotaKosong