Google Speak to Tweet dan IP Bypass Internet untuk mereka di Mesir

Masyarakat dunia terus menyokong Protes rejim Mubarak di Mesir, terbaru Google lancarkan Speak to Tweet sebagai saluran media untuk mereka di Mesir.

Servis Speak to Tweet oleh Google ini adalah hasil kerjasama teknologi antara beberapa jurutera komputer di Twitter, Google dan SayNow (Syarikat yang baru dibeli oleh Google).

Tujuan Speak to Tweet adalah untuk membantu mereka di Mesir yang mempunyai kesukaran mengakses internet untuk membantu mereka menyebarkan apa yang berlaku di sana menggunakan Twitter, dengan hanya menggunakan khidmat suara.

Servis Speak to Tweet ini telah boleh digunakan sekarang dan turut boleh digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia dengan hanya pesanan suara (voicemail) kepada nombor-nombor antarabangsa iaitu +16504194196, +390662207294, +97316199855.

Dari Google Blog,

We worked with a small team of engineers from Twitter, Google and SayNow, a company we acquired last week, to make this idea a reality. It’s already live and anyone can tweet by simply leaving a voicemail on one of these international phone numbers (+16504194196 or +390662207294 or +97316199855) and the service will instantly tweet the message using the hashtag #egypt. No Internet connection is required. People can listen to the messages by dialing the same phone numbers or going to twitter.com/speak2tweet.

Beberapa maklumat tambahan dari sahabat di Mesir, untuk melepasi sekatan internet oleh kerajaan Rejim Mubarak, sila gunakan IP address untuk Bypass internet disana.

Contoh beberapa IP Address yang penting untuk anda di Mesir gunakan dan sebarkan berita terkini di sana,

Twitter – “128.242.240.52″
Facebook – “69.63.189.34″
Google – “172.14.204.99″

Terdapat juga maklumat dimana sebuah Internet Service Provider (ISP) dari France bersedia membekalkan talian internet secara percuma kepada mereka di Mesir menggunakan hubungan Dial Up, nombor +33 1 72 89 01 50, password : toto

Amat berharap agar maklumat ini dapat membantu mereka di Mesir, berita terbaru memaklumkan bahawa ISP terakhir di Mesir yang berfungsi, Noor Group telahpun diberhentikan perkhidmatannya dan kini Mesir berada dalam situasi terputus terus dengan hubungan dunia luar. Sebelum ini beberapa ISP lain di Mesir (Link Egypt, Vodafone/Raya, Telecom Egypt dan Etisalat Misr) telahpun menghentikan servis sejak hari khamis yang lalu.

Sementara itu, teruskan sokongan anda di Twitter dengan tambahkan hashtag #Egypt bagi semua tweet anda menyuarakan kata semangat kepada mereka di Mesir.

Sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat atau saudara mara anda agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka di Mesir.

anger in egypt Google Speak to Tweet dan IP Bypass Internet untuk mereka di Mesir

Related posts:

Comments:

  • http://zikrihusaini.com zik

    semoga mereka semuanya selamat… on the way dah nie sekarang..

Maxis 10 : Nexus S

Maxis10 Google Nexus S Review

Recent Posts

BlogMalaysia.com







Partly powered by CleverPlugins.com