Anda kenal Erykah Badu? Tak kenal? Kalau anda nak tahu, konsert Erykah Badu di Kuala Lumpur dibatalkan kerana penyanyi itu didapati mempunyai tatu dengan kalimah ALLAH!
Konsert Erykah Badu ni sebenarnya dijadualkan berlangsung esok, di Planery Hall, KLCC.
Menurut maklumat, pihak penganjur cuba memadamkan tatu pada gambar badan Erykah ini bagi kononya tidak menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Dimana sudah sedia maklum, tatu adalah haram disisi Islam, dan apatah lagi menggunakan kalimah ALLAH sebagai tatu di badan!
Nampak dengan jelas bukan? Tak sangka pihak penganjur sanggup mencuba untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan mengolah gambar asal Erykah Badu.
Setelah mendapat desakan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) mengambil tindakan membatalkan konsert Erykah Badu itu.
Dalam hal lain, beberapa editor akhbar The Star dipanggil dan direman setelah memaparkan gambar Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah itu secara terbuka dalam akhbarnya.
Tak sangka kan?
p/s : entah siapa entah Erykah Badu ni, ada ke orang nak datang konsert dia? tak terkenal kot? Haha









Comments: