Tahukah anda? Sudah kecoh di segala laman sosial, berkenaan kes kejam dan penderaan kucing oleh PETKNODE, sebuah syarikat servis penjagaan haiwan yang sangat tidak bertanggungjawab!
Segalanya bermula apabila sukarelawan dari ‘Kucing Terbiar & Anjing Jalanan (KTAJ)’ mendapati terdapatnya kekejaman berlaku terhadap haiwan yang ditinggalkan di pusat penjagaan haiwan PETKNODE. Mesej tersebut kemudiannya disebarkan di laman Facebook mereka, dan turut mendapat kerjasama badan sukarelawan lain seperti myanimalcare.
Mesej terkini dari laman Facebook KTAJ,
Kepada semua owner kucing² yang boarding di Petknode, sila buat repot polis, tulis surat ke Jabatan Haiwan (DVS), SPCA dan tribunal pengguna kerana penipuan perniagaan oleh mereka.
Sila emelkan juga nama, ic number, no fon dan bilangan kucing yang korang boarding. KTAJ dengan kerjasama MDDB selangor akan cuba dapatkan keadilan undang² untuk kucing² kalian.Sebarkan kepada rakan² yang sama² board kucing di Petknode.
- ktaj0311@gmail.com.
Sukarelawan dari KTAJ bertindak dengan segera untuk melaporkan situasi di tempat kejadian, iaitu di premis PETKNODE Pet Boarding yang terletak di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Kisah penuh menyayat hati dan sedih ini dikongsikan sepenuhnya oleh www.myanimalcare.org dan anda boleh semak pada URL sumber di akhir entri ini.
Sukarelawan KTAJ terpaksa memecah masuk kedalam premis yang didapati tiada penghuni itu untuk menyelamatkan kesemua kucing yang ditinggalkan tanpa pengawasan dan jagaan. Menurut maklumat, kira-kira 200 hingga 300 ekor kucing ditemui dalam premis tersebut.
Dan ratusan kucing dan anak kucing itu ditemui dalam keadaan yang amat menyedihkan dan memilukan hati. Ada yang terlalu kering sehingga tidak mampu berdiri, tidak mampu mengiau sekalipun. Malah, ada yang terpaksa tidur dalam limpahan najis sendiri.
Jangan terkejut, kesemua kucing yang ditemui, sebenarnya mempunyai pemiliknya sendiri, dan mereka meninggalkan kucing mereka dibawah penjagaan PETKNODE buat sementara waktu sahaja dengan bayaran yang telah ditetapkan. Beberapa pemilik yang ditemui sukarelawan, mengatakan bahawa kucing mereka amat sihat semasa diserahkan kepada PETKNODE.
Berdasarkan maklumat yang dikirimkan, teramatlah sedih apabila sukarelawan turut menemui 16 ekor kucing yang telah tidak bernyawa, dan ada sepasang kucing ibu dan anak yang turut ditemui tidak bernyawa.
Video sukarelawan menyelamatkan kucing di premis tak berperikemanusiaan PETKNODE ni,
Jangan lupa untuk ikuti perjalanan kisah sedih sukarelawan menyelamatkan mangsa penderaan haiwan PETKNODE Pet Boarding ini pada sumber-sumber di bawah ini. Kredit gambar kepada www.myanimalcare.org.
- http://www.myanimalcare.org/2011/09/cruelty-at-pet-boarding-service-in.html
- http://www.myanimalcare.org/2011/09/cruelty-at-its-worst-pet-boarding-case.html
- http://www.myanimalcare.org/2011/09/cruelty-at-its-worst-more-updates-at.html
- http://www.myanimalcare.org/2011/09/cruelty-at-its-worst-updates-at-1151pm.html
- http://www.myanimalcare.org/2011/09/cruelty-at-boarding-house-fosterers.html
- http://www.facebook.com/groups/244180845624262/ (Group pemilik sedih didera di PETKNODE)
- http://www.facebook.com/ktaj0311 Sukarelawan penyelamat ‘Kucing Terbiar & Anjing Jalanan (KTAJ)’
- http://www.facebook.com/myanimalcare.org
- http://www.petknode.com.my/ (Tidak dapat diakses)
- http://petknode.blogspot.com/ (Blog lama)
Tindakan penyelamat sukarelawan dan segala pihak yang terbabit amatlah dipuji. Semoga pesalahlaku akan dikenakan tindakan kejam undang-undang, meskipun sudah terang dan nyata, undang-undang berkenaan penyeksaan haiwan amatlah tidak diendahkan di Malaysia.
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada yang terlibat membantu, semoga suatu hari nanti ada terima balasan yang lebih besar!













Pingback: Kucing.my | Tempat Lepak Kucing » Blog Archive » Kekejaman Petknode -16 kucing mati
Pingback: Denda RM100,000 dan penjara 6 bulan akibat dera haiwan | NotaKosong