Manusia semakin kejam terhadap haiwan. Kisah terbaru di Malaysia adalah berkenaan Doreen Loo & Allan Tan yang mendera anjing mereka, Sushi.
Awal minggu ini, tersebar sebuah video di YouTube dan Facebook menampilkan seorang lelaki yang sedang mendera haiwan anjing peliharaannya.
Menurut seorang gadis yang tidak ingin diketahui, dan juga merupakan peng-upload asal video tersebut, beliau pada asalnya telah menemui sebuah pendrive ketika sedang bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Menurut sumber, pusat membeli-belah tersebut dipercayai adalah Suria KLCC.
Video tersebut yang memakan masa sehingga lebih 15 minit, sudah pasti akan membuatkan anda rasa sakit hati walau hanya baru seminit menontonnya.
Sepanjang 15 minit tersebut, lelaki yang dipercayai (sudah dibuktikan) bernama Allan Tan, hanya bertindak kejam menumbuk dan menendang anjing tersebut selain memaksa Sushi untuk berdiri. Manakala perakam video tersebut pula dipercayai kekasih beliau iaitu Doreen Loo.
Aktivis penentang kekejaman haiwan telah bertindak melaporkan perkara ini kepada Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) yang berkenaan dan mewujudkan Facebook Fanpage untuk mendedahkan pendera haiwan ini sehingga mereka mendapat hukuman setimpal.
Pelbagai maklumat satu persatu didedahkan di laman tersebut sehinggakan ada yang memberikan maklumat bahawa kedua-dua pendera ini tinggal di Melaka, dan alamat rumah turut didedahkan.
Jikalau anda mempunyai apa-apa maklumat atau ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, sila ke http://www.facebook.com/pages/Get-Dog-Abuser-Doreen-Loo-Allan-Tan-into-JAIL/195559180457890?v=wall









Pingback: Kejam! Anjing diseksa, hidung dikerat di Semenyih | NotaKosong