Bukan main kecoh lagi kes video Pekerja KFC kurang ajar pukul pelanggan, cuba tengok ni pula komen orang yang mendakwa tahu punca sebenar pekerja KFC tu pukul pelanggan.
Oh, rupa-rupanya bila baca komen orang yang ada masa kejadian, seorang lelaki berbangsa cina ini bertindak melampau apabila dengan biadapnya menghina bangsa lain.
Dan menurut komen diatas juga, kalau kejadian itu tidak berlaku, ramai lagi pelanggan lain dalam restoran KFC itu yang begitu marah dengan sikap pelanggan bersikap rasis itu.
Aduhai, sampai macam tu sekali, perlu ke sampai nak mencaci bangsa lain, ataupun sehingga berkelahi sampai bertumbuk ni hanya kerana Ayam Goreng KFC? Rasanya kalau dah menunggu terlalu lama sehingga lebih 1 jam, dah boleh beransur ke kedai makan lain kot.
Apa pendapat anda?
Bagi yang belum tahu mengenai kisah ini, boleh rujuk entri sebelum ini dan video kejadian di : Pekerja KFC kurang ajar pukul pelanggan
p/s : lapar betul pelanggan tu agaknya?









Pingback: Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism | NotaKosong