Queens Park Rangers dalam jadual akan hadir ke Kota Bharu untuk menentang Kelantan FA dalam perlawanan persahabatan pra-musim EPL. Jom tengok!
Queens Park Rangers (QPR), melalui pemiliknya Tony Fernandes telah bersetuju secara lisan dengan presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa untuk membawa turun pasukan QPR ke stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu.
Pasukan Kelantan FA, musim ini akan terlibat buat julung kalinya dalam pertandingan AFC Cup. Agak menyedihkan apabila perlawanan pertandingan tersebut terpaksa diadakan di stadium luar dari tuan rumah kerana stadium Sultan Mohammed IV tidak menepati syarat-syarat perlawanan antarabangsa.
Bagi menyambut pasukan QPR, presiden Kelantan FA sudah berjanji untuk mempersiapkan lagi stadium itu bagi membolehkan lebih banyak lagi perlawanan gred Antarabangsa berlansung di stadium Kelantan itu.
Kelantan kelihatan amat bersungguh-sungguh dalam pertandingan AFC Cup ini dengan mendapatkan khidmat 4 pemain luar, iaitu Mohammed Ghadar (Lubnan), Denny Antwi (Ghana), Emmanuel Okine (Ghana), dan Zakaria Charara (Lubnan).
Queens Park Rangers ke Kelantan? Anda peminat QPR? Wah, tak sabar rasanya untuk menyaksikan lebih banyak pasukan English Premier League (EPL) turun ke Malaysia.









Pingback: Barcelona dan Manchester United Malaysia/Asia Tour 2012? | NotaKosong