Negara pulau, Singapura, bakal membina bandaraya bawah tanah bagi memanfaatkan ruang tanah yang semakin sedikit disana. Rakyat Singapura akan tinggal di bawah tanah?
Singapore Underground City
Projek pembangunan kawasan bawah tanah, sebenarnya telah lama dijalankan oleh kerajaan Singapura. Ini boleh dilihat pada pembangunan sistem transit bawah tanah Singapura, dipanggil ‘Singapore Mass Rail Transit’ (SMRT) yang telah bermula lebih 10 tahun yang lalu.
Malah kalau dilihat, kebanyakan bangunan pejabat, dan juga kompleks pusat membeli-belah di Singapura, dihubungkan dengan sistem transit ini melalui laluan bawah tanah.
Maka tidak hairanlah jika kemungkinan untuk pembangunan secara lebih pesat lagi dibuat di kawasan bawah tanah Singapura.
Pembangunan percubaan yang masih lagi dikaji itu, dirancangkan akan dibina di kawasan ‘Singapore Science Park’.
Berkemungkinan juga ianya akan menempatkan pembangunan sedalam/setinggi 30 tingkat ke dalam bawah tanah! Ianya bakal menempatkan bangunan pejabat, kompleks perumahan, dan juga kawasan rekreasi penduduk setempat.
Yang tinggal kini juga kajian berkenaan aspek keselamatan, dan juga faktor semulajadi dan kesan kepada alam sekitar.
Hebat! Dah jadi macam semut dah. Tinggal di bawah tanah, bandaraya bawah tanah. Tapi, kesian la dengan generasi akan datang, mungkin tak terdedah kepada cahaya matahari, dan tak dapat menikmati oksigen seperti sekarang ni bukan?
Apa-apa pun, mungkin ini jalan yang terbaik untuk tidak menyekat pembangunan di Singapura. Paling penting perlu difikirkan sudah tentu aspek luaran yang mungkin boleh membahayakan nyawa orang ramai.










Comments: