Mungkin anda sedang tertanya-tanya, macam mana nak tonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 secara online? Mudah sahaja. Ada 3 cara.
Cara Pertama, kalau anda masih ingat, dahulu NK pernah ceritakan bagaimana untuk tonton perlawanan Piala Thomas secara live dan online yang ditayangkan di TV1. Cara pertama ialah menggunakan teknik yang sama iaitu tonton menggunakan software yang boleh di-muatturun secara percuma, ‘Readon TV Movie Radio Player‘.
Cara Kedua, tonton TV secara online melalui Tonton.com.my. Apa tu Tonton.com.my? Kalau nak tahu lebih lanjut sila rujuk pada entri NK mengenai Tonton.com.my sebelum ini.
Cara terakhir, dan cara Ketiga yang rasanya telah ramai yang tahu. Tonton secara langsung (Live) dan online melalui laman rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang disediakan oleh TV3, http://live.tv3.com.my/abpbh/default.aspx.
Apa-apa pun, kalau anda sememangnya peminat tegar industri hiburan tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di TV3, bermula jam 9.00 Malam.
Khas bagi pelajar lepasan SPM, STPM ataupun Matrikulasi yang ingin melanjutkan pelajaran, berikut adalah senarai beberapa Biasiswa Pendidikan di Malaysia yang boleh dipohon.
Terutamanya bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru sahaja menerima keputusan SPM anda beberapa hari yang lalu, diharap senarai berikut dapat membantu anda.
UPDATE : Kandungan artikel adalah berlainan dengan maklumat sebenar, sila baca perubahan yang sebenar pada nota UPDATE di bawah artikel.
Satu kejadian mengejutkan berlaku semalam di Kota Bharu, Kelantan apabila seorang gadis dikatakan cuba untuk terjun dari bangunan yang dipercayai pusat membeli-belah KB Mall.
Khabar angin mengatakan bahawa gadis tersebut merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dan baru sahaja menerima dan mengambil keputusan peperiksaan tersebut.
Malah, mengapa beliau cuba bunuh diri dengan cuba untuk terjun dari bangunan tersebut juga dipercayai berkaitan dengan keputusan SPM yang diterima.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku lebih kurang 3 petang, semalam. Pelajar tersebut yang dirahsiakan namanya akhirnya berjaya diselamatkan pihak bomba setelah dipujuk. Namun pelajar tersebut dikatakan
Keadaan yang penuh getir tersebut bertambah panik apabila pada beberapa ketika, pelajar perempuan tersebut kelihatan seperti tergantung dan nyaris-nyaris jatuh mendarat bukan di kawasan yang selamat.
Beberapa orang awam yang berada ketika itu turut membantu pihak bomba menjalankan tugas.
Tahniah kepada pihak bomba, dan kalau benarlah kes ini berlaku oleh kerana disebabkan keputusan SPM, pesanan kepada adik tersebut, ingatlah, usaha untuk berjaya lagi adalah lebih penting berbanding keputusan SPM kini. Malah, SPM masih lagi boleh diambil secara ulangan untuk diperbaiki.
Apa-apa pun, diharap kes sebegini tidak berlaku lagi.
Saksikan video berlakunya kejadian tersebut yang sempat dirakam mereka yang berada disitu.
UPDATE : Gadis yang cuba untuk bunuh diri tersebut bukanlah pelajar seperti yang dinyatakan di atas, namun adalah seorang wanita berumur 20 tahun, dan punca tindakan beliau adalah kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Siapa kenal dengan Najwa Latif? Gadis muda yang sedang meningkat nama dalam arena muzik tempatan ini sudah mula menghasilkan single pertama beliau, “Cinta Muka Buku”.
Najwa Latif, atau nama penuh beliau Imratul Najwa bte Abdul Latif mula menghasilkan video nyanyian lagu dan menyiarkannya di YouTube semenjak Ogos 2010 lagi. Malah beliau banyak menyanyikan lagu ‘cover’ untuk lagu-lagu yang terkenal, dengan iringan gitar yang dimainkannya sendiri.
Baru-baru ini, beliau mula berkerjasama dengan NAR Records, dan dari situlah terhasilnya single baru dari beliau iaitu “Cinta Muka Buku”, hasil ciptaan beliau dan kakak beliau.
Dengar-dengarnya, single lagu Najwa Latif ini akan mula dikeluarkan pada hujung bulan Mac.
Hebat, baru saja berumur 16 tahun, sudah mula menghasilkan lagu single sendiri. Yang menarik, sudah ramai pula yang mengatakan beliau sebagai ala-ala ‘Ana Raffali Junior’.
Apa gelaran yang sesuai? Gadis Gitar atau Gadis YouTube?.
Masih lagi dalam ‘mood’ Juara? Macam-macam yang berlaku ketika kejohanan AFF Suzuki Cup yang lalu, saksikan detik-detik berharga ini dirakamkan dalam gambar.
Gambar sedih, seronok, kelakar penyokong-penyokong Malaysia dan juga penyokong-penyokong Indonesia dirakamkan dalam gambar.
Turut disertakan ialah gambar Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat beraksi.
Dan sudah pasti, gambar pasukan Harimau Malaya dan pasukan Garuda.
Idea ‘Concept’ yang dipersembahkan oleh Proton, ‘Proton Pahlawan Series’, didatangkan dengan 5 Model Konsep iaitu Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Lekir, Proton Lekiu, dan Proton Kasturi.
Sepertimana yang anda boleh agak, nama-nama kenderaan konsep dari Proton tersebut mendapat inspirasi dari nama 5 Pahlawan bersaudara dari Hikayat Kisah Melayu.
Kesemua kenderaan konsep tersebut dibangunkan berasaskan model Proton yang terkini, dan terdapat juga model yang dibangunkan oleh Lotus dan Proton.
Senarai Kereta Konsep Proton dan platform kenderaan yang dikongsi :
Proton Tuah : Proton Persona (Proton Persona R / Replacement ?)
Proton Jebat : Proton Inspira (Mitsubishi Lancer)
Proton Lekir : Lotus Europa S
Proton Lekiu : Proton Exora
Proton Kasturi : Proton Saga
Meskipun kesemuanya dinyatakan sebagai kereta konsep, namun ada yang berpandangan bahawa model-model tersebut kelihatan seperti sudah bersedia untuk dihasilkan secara meluas.
Tahniah Proton! Pencapaian yang membanggakan pada penglibatan KLIMS kali ini!
Jom ramai-ramai ke KLIMS 2010 di PWTC untuk saksikan sendiri model-model konsep dari Proton ini!
Saksikan sedikit gambar-gambar setiap Model Kereta Konsep dari Proton ini.
Rock The World kembali lagi untuk tahun 2010! Rock The World 10 atau RTW 10 merupakan festival acara muzik yang terbesar diadakan di Malaysia.
Acara tahunan yang setiap kali sentiasa dijayakan oleh Fat Boy Records menampilkan ramai artis malaysia yang sudah terkenal dan juga yang masih sedang menggapai kegemilangan.
Setiap kali diadakan, festival ini sentiasa dapat menarik ribuan peminat muzik di serata Malaysia.
Maklumat mengenai Rock The World 10.
Masa: 10pagi Tarikh: 26 Disember 2010 Tempat: Carpark A, Stadium Bukit Jalil Harga Tiket: RM30 Senarai Artis : Massacre Conspiracy, Skudap Skudip, Dichi Michi, Couple, One Buck Short, Azlan & The Typewriter, Sevencollar T-Shirt, Bleeding Mascara, Bunkface, Republic of Brickfields, Dragon Red, They Will Kill Us All, Love Me Butch, Pop Shuvit, Bittersweet, Disagree, Lo, The Pilgrims, Gerhana Ska Cinta
Dapatkan Tiket anda di Rock Corner, Music Valley dan juga TicketPro. Malah tiket juga boleh di beli di Pintu Masuk ketika festival berlangsung.
Pengunjung karnival permotoran NST-Maybank COTY2U 2010 akan berpeluang untuk mengundi kereta yang bakal memegang anugera Car of The Year 2010.
Karnival yang diadakan buat kali ke-sembilan tahun ini akan membabitkan 53 kereta yang akan bertanding untuk 17 kategori berasingan.
Turut akan diadakan adalah pelancaran beberapa kenderaan baru serta pameran beberapa kenderaan yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia tahun ini.
Volkswagen Golf GTi Mk6, Volkswagen Passat CC, Volkswagen Scirocco GT, Ford Fiesta, F10 BMW 535i, Volvo C30, Volvo T5, Volvo, V50, Renault Laguna Coupe baru, Mitsubishi ASX, Jaguar XJ, Mercedes-Benz E200 CGI, Audi A5 coupe adalah antara beberapa kereta dalam pameran.
Maklumat mengenai karnival tersebut :
Tempat : MATRADE Exhibition and Convention Centre
Tarikh : 20 November 2010 – 21 November 2010
Masa : 10 AM – 9 PM
Tiket : RM5
Sebastian Vettel baru sahaja ditakhtakan sebagai Juara Dunia Formula 1 musim 2010 setelah menjuarai tempat pertama Abu Dhabi Grand Prix.
Beliau turut dinobatkan sebagai Pelumba Formula 1 yang paling muda menjuarai perlumbaan berprestij tersebut.
Pesaing beliau yang terdekat, pemandu Ferrari, Fernando Alonso yang cuma perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat keempat gagal untuk dinobatkan juara dunia apabila beliau gugur ke tempat yang ketujuh.
Ini membolehkan Vettel memintas Alonso dan menduduki tempat pertama keseluruhan kejuaraan dengan hanya beza 4 mata, Vettel (256). Alonso (252).
Senarai ranking kedudukan penuh Pelumba Formula 1.
1
Sebastian Vettel
German
RBR-Renault
256
2
Fernando Alonso
Spanish
Ferrari
252
3
Mark Webber
Australian
RBR-Renault
242
4
Lewis Hamilton
British
McLaren-Mercedes
240
5
Jenson Button
British
McLaren-Mercedes
214
6
Felipe Massa
Brazilian
Ferrari
144
7
Nico Rosberg
German
Mercedes GP
142
8
Robert Kubica
Polish
Renault
136
9
Michael Schumacher
German
Mercedes GP
72
10
Rubens Barrichello
Brazilian
Williams-Cosworth
47
11
Adrian Sutil
German
Force India-Mercedes
47
12
Kamui Kobayashi
Japanese
BMW Sauber-Ferrari
32
13
Vitaly Petrov
Russian
Renault
27
14
Nico Hulkenberg
German
Williams-Cosworth
22
15
Vitantonio Liuzzi
Italian
Force India-Mercedes
21
16
Sebastien Buemi
Swiss
STR-Ferrari
8
17
Pedro de la Rosa
Spanish
BMW Sauber-Ferrari
6
18
Nick Heidfeld
German
BMW Sauber-Ferrari
6
19
Jaime Alguersuari
Spanish
STR-Ferrari
5
20
Heikki Kovalainen
Finnish
Lotus-Cosworth
0
21
Jarno Trulli
Italian
Lotus-Cosworth
0
22
Karun Chandhok
Indian
HRT-Cosworth
0
23
Bruno Senna
Brazilian
HRT-Cosworth
0
24
Lucas di Grassi
Brazilian
Virgin-Cosworth
0
25
Timo Glock
German
Virgin-Cosworth
0
26
Sakon Yamamoto
Japanese
HRT-Cosworth
0
27
Christian Klien
Austrian
HRT-Cosworth
0
Namun, yang menjadi persoalan adalah, sepanjang musim 2010, Sebastian Vettel tidak pernah sekalipun mendahului senarai pelumba sebagai tempat pertama. Dengan tiba-tiba pada litar terakhir beliau muncul sebagai juara dan terus dinobatkan sebagai Juara Dunia musim 2010.
Lotus Racing yang menggunakan enjin Cosworth pula muncul dalam kedudukan yang membanggakan tempat ke-10 meskipun baru tahun pertama penglibatan, menewaskan Virgin Racing dan Hispania Racing.
Selamat Hari Deepavali diucapkan kepada semua penganut agama Hindu di seluruh dunia, khususnya di negara tercinta, Malaysia.
Perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini disambut meriah dengan penganjuran rumah terbuka dihadiri rakyat berbilang bangsa sekaligus mampu mengeratkan lagi perpaduan kaum yang sedia terjalin selama ini.
Tahukah anda, perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan.
Ini bermaksud, perkataan Deepavali membawa maksud barisan cahaya, sebab itu la Deepavali juga dikenali dengan nama pesta cahaya ataupun ‘Festival of light’.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada hari Deepavali juga, ramai yang akan memakai baju pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan.
Kebanyakan penganut Hindu juga akan mengadakan rumah terbuka dimana rakyat pelbagai kaum dapat hadiri dan mengenali Deepavali sambil mengeratkan lagi perpaduan kaum.
Apa-apa pun, Selamat Hari Deepavali 2010, saksikan Iklan Rasmi Petronas Greetings sempena Hari Deepavali 2010.
Recent Comments