Tag Archive | "2010"

Gambar Proton Saga BLM Facelift : Spyshot


Gambar Spyshot Proton Saga BLM Facelift nampaknya telah tersebar luas di internet.

Proton Saga Facelift ini dilihat mempunyai perubahan ketara pada bahagian lampu hadapan dan lampu belakang.

Lampu hadapan kelihatan lebih lebar dari yang Proton Saga yang sebelum, manakala lampu belakang pula kelihatan seperti lebih kecil.

Namun Proton Saga baru ini mendapat ilham dari bentuk Proton Inspira untuk bahagian ‘grill’ berlambangkan proton dan bahagian bumper hadapan.

Spesifikasi sebenar Proton Saga Facelift ini masih belum dapat diketahui.

Namun, menurut sumber, Proton Saga Facelift Hi-Line akan mempunyai tambahan kelengkapan berbanding sebelumnya. Mungkin tambahan Airbags untuk penumpang?

gambar proton saga baru facelift 2011 Gambar Proton Saga BLM Facelift : Spyshotgambar proton saga baru facelift 2011 belakang Gambar Proton Saga BLM Facelift : Spyshot

Kredit kepada FUNTASTICKO DESIGN.

Posted in Automotive, NewsComments (4)

Sukan Komanwel 2010 : Jumlah medal Malaysia


Berakhir sudah temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India semalam, dan nampaknya Malaysia cemerlang di temasya sukan besar itu.

Pada mulanya hanya 10 pingat emas yang diletakkan sebagai sasaran oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Namun, aksi cemerlang kontinjen atlet Malaysia di New Delhi membuahkan hasil 12 pingat emas buat kontinjen negara.

Melalui 15 acara berbeza kategori yang disertai Malaysia, pungutan akhir medal adalah 35 pingat iaitu, 12 Pingat Emas, 10 Pingat Perak, dan 13 Pingat Gangsa.

Pada hari terakhir termasya sahaja, skuad badminton negara berjaya memungut 3 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak untuk membawa pulang kejayaan besar negara.

Keseluruhan, Malaysia menduduki tempat ketujuh daripada 36 negara yang bertanding. Negara lain yang berada di atas kedudukan Malaysia mengikut turutan ialah, Australia, India, England, Canada, Afrika Selatan dan Kenya.

Untuk makluman, pencapaian ini adalah lebih baik berbanding pencapaian Malaysia ketika temasya Sukan Komanwel Melbourne 2006 dimana skuad negara hanya membawa pulang tujuh pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa.

Tahniah kepada kontinjen negara atas pencapaian yang membanggakan itu.

Apa-apa, kita nantikan keputusan yang lebih gemilang di temasya Sukan Komanwel di Scotland, Glasgow 2014.

Commonwealth Games in Delhi logo Sukan Komanwel 2010 : Jumlah medal Malaysia


Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Perodua Myvi baru awal tahun 2011


Nampaknya terdapat ura-ura terbaru mengenai pelancaran Perodua Myvi baru menggantikan rupa Perodua Myvi yang sekarang pada April 2011.

Setelah banyak model facelift Myvi yang telah diperkenalkan, contohnya seperti Myvi SE, Myvi LE, malah Myvi EE, akhirnya rupa Perodua Myvi ini akan diubah bentuk sepenuhnya.

Malah, rupa Perodua Myvi baru yang bakal menggantikan yang lama ini akan berdasarkan Model yang telah diperkenalkan di Jepun, iaitu Daihatsu Boon tahun 2010.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Perodua Myvi baru ini akan turut dilengkapi dengan spesifikasi enjin yang baru. Sebelum ini Perodua Myvi hanya dilengkapi dengan enjin berkuasa 1.0L dan juga 1.3L, tetapi, Perodua Myvi 2011 ini akan turut didatangkan dengan enjin pilihan 1.5L.

Mengenai rupa luaran Perodua Myvi baru ini pula, keseluruhanya akan kemungkinan berdasarkan model Daihatsu Boon 2010 yang akan diubah suai mengikut citarasa tempatan. Yang menarik, berkemungkinan besar model Perodua Myvi 2011 ini akan didatangkan lengkap dengan lampu depan Projektor!.

Rupa dalaman Perodua Myvi 2011 ini berkemungkinan akan berlainan sepenuhnya dengan rupa yang sebelum ini. Aksesori tambahan pilihan berkemungkinan turut menjadi pilihan ialah pilihan untuk menambah skrin LCD bersaiz 5 inci atau 7 inci.

Namun tiada maklumat mengenai Harga Perodua Myvi 2011 baru ini yang dapat diperoleh, berkemungkinan besar ianya akan menghampiri RM60,000 tanpa insuran spesifikasi penuh.

Apa-apa pun, berikut merupakan gambar model kereta Daihatsu Boon 2010 yang menjadi asas Perodua Myvi 2011.

gambar daihatsu boon Perodua Myvi baru awal tahun 2011daihatsu boon perodua myvi Perodua Myvi baru awal tahun 2011gambar daihatsu boon perodua myvi baru Perodua Myvi baru awal tahun 2011

Posted in AutomotiveComments (15)

Naza Blade 250N / 250R Baru 2010


Naza Bikes baru-baru ini (Ogos 2010) melancarkan model baru bagi model motosikal Naza Blade, iaitu Naza Blade 250N dan Naza Blade 250R.

Model yang berdasarkan Motosikal Hyosung GT250R EFI ini dilengkapi dengan Fuel Injection dan yang menariknya ia turut dilengkapi dengan meter speedometer Digital.

Berikut merupakan spesifikasi model Naza Blade 250N/250R tersebut.

Engine : DOHC 8 valve oil cooled
Starter : Electric
Displacement : 249cc
Fuel System : Electronic Fuel Injection
Power Output : 21.5kW (28.8hp) @ 10000rpm
Max Torque : 22.68Nm (16.7lbs-ft) @ 8000rpm
Cylinders : 2
L x W x H : 2060 x 655 x 1125mm
Wheelbase : 1445mm
Ground Clearance : 130mm
Dry Mass : 171kgs
Gears : 1 down 4 up
Brakes : Front double disc, rear disc
Tyres : 110/ 70-17 54H front
150/ 70-17 69H rear
Fuel Tank: 17 litre
Seat Height: 780mm

Hyosung.com

Manakala harga yang ditawarkan oleh Naza Bikes pula ialah seperti berikut.

NAZA BLADE 250N dengan sistem ekzos YOSHIMURA
OTR Cash Price All Rider – RM 13,245.50

NAZA BLADE 250N
OTR Cash Price All Rider – RM 12,619.25

NAZA BLADE 250R dengan sistem ekzos YOSHIMURA
OTR Cash Price All Rider – RM 15,198.00

NAZA BLADE 250R
OTR Cash Price All Rider – RM 14,584.88

Gambar-gambar Naza Blade 250N /250R Baru 2010.

naza bikes blade 250 baru Naza Blade 250N / 250R Baru 2010naza blade baru 2010 Naza Blade 250N / 250R Baru 2010

Posted in AutomotiveComments (3)

10 Artis YouTube dengan pendapatan lebih USD$100,000 setahun


Sebuah syarikat pengiklanan, TubeMogul, telah menjalankan satu kajian pengiraan mengenai hasil pendapatan artis YouTube dengan kerjasama YouTube.

Kiraan hasil pendapatan ini adalah berdasarkan jumlah paparan yang diterima oleh kesemua video milik Artis YouTube tersebut bermula dari Julai 2009 hingga Julai 2010.

Senarai 10 Artis YouTube dengan pendapatan lebih USD$100,000 setahun :

  1. Shane Dawson – $315,000
    Views: 431,787,450
    Artis Komedi
  2. The Annoying Orange – $288,000
    Views: 349,753,047
    Kisah mengenai buah Oren yang boleh bercakap di dapur bersama rakan-rakan buah yang lain
  3. Philip DeFranco – $181,000
    Views: 248,735,032
    Video Blogger yang amat terkenal, sering bercerita mengenai Budaya dan juga Politik
  4. Ryan Higa – $151,000
    Views: 206,979,909
    Video Blogger yang banyak membuat tutorial
  5. Fred – $146,000
    Views: 200,656,150
    Artis Komedi
  6. Shay Carl – $140,000
    Views: 192,309,247
    Seorang DJ Radio dan juga Artis Komedi
  7. Mediocre Films – $116,000
    Views: 159,030,703
  8. Smosh – $113,000
    Views: 154,936,876
  9. The Young Turks – $112,000
    Views: 153,807,362
    Sebuah Talk Show Politik
  10. Natalie Tran– $101,000
    Views: 138,871,829
    Video Blogger dan Artis Komedi

Jadi ada sesiapa yang nak cuba jadi jutawan dengan buat video do YouTube?

Posted in Celebrity, Internet, VideoComments (3)

Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010


Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) kembali lagi buat kali ke-7! Dan sudah pasti lebih hebat lagi dengan mengumpulkan seluruh peminat di pelusuk negara!

KLIMS dibawa khas lagi oleh Malaysian Automotive Association (MAA) dengan tujuan untuk membawa industri automotif negara selangkah lebih maju dan menyumbang kepada pembangunan negara.

KLIMS’10 kali ini akan menfokuskan kepada teknologi hijau dimana kenderaan yang mesra alam sekitar akan diperkenalkan dan mempromosikan teknologi mesra alam sekitar pada masyarakat umum.

Apa yang pasti, Kuala Lumpur International Motor Show kali ini sudah pasti akan menarik ramai pengunjung dalam negara malah juga luar negara. Pelbagai nama besar dalam industri automotif akan terlibat dan banyak kereta-kereta seperti kereta hibrid (hybrid cars), dan kereta konsep (concept cars) yang akan dipamerkan dan diperkenalkan.

Maklumat mengenai pameran :

Tarikh : 3 – 12 Disember2010
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Lawatan : Hari biasa 11.00am – 10.00pm || Hujung minggu 10.00am – 10.00pm
Harga Tiket : Dewasa RM15.00 (Hari biasa) RM20.00 (Hujung minggu) ||  Kanak-kanak bawah 12 tahun RM5.00

klims10 white Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010

Posted in Automotive, EventsComments (3)

6 sebab Geek minat filem Inception


Mesti ramai antara anda yang pernah menonton filem Inception betul tak? Tahukah anda, filem ini dikategorikan filem yang paling diminati golongan Geek.

Terdapat 7 sebab mengapa filem Box Office yang mengutip jualan sehingga $62.8 juta US Dollar ini menjadi minat para Geeks.

  1. Filem ini menggabungkan semua genre filem yang kebiasaannya diminati para Geeks. Genre filem seperti Sains Fiksyen, Pengintipan, dan kesan Efek Filem yang canggih.
  2. Hero filem ini merupakan seorang Geek yang cukup kacak! (Leonardo DiCaprio) Malah watak perempuan turut merupakan seorang Geek yang cukup cantik! (Oh dah jatuh cinta dengan Ellen Page).
  3. Cuba teknik menggodam (Hack) yang belum pernah dibuat orang – Cuba untuk godam fikiran minda orang lain, meletakkan pemikiran lain, dan membuatkan orang tersebut percaya fikiran tersebut memang adalah fikiran asal beliau. Rumit kan? Memang perkara sebegitu yang menjadi minat seorang Geeks untuk teroka.
  4. Wujud sekumpulan Penggodan (Hackers) yang mencipta mimpi dan jalan cerita, supaya orang yang bermimpi tersebut akan membuat segala pergerakan seperti yang telah dirancang. Seorang Geeks mestilah minat Video Game, jadi mimpi tersebut hanya bagaikan Video Game yang perlu dimainkan mengikut jalan cerita.
  5. Kisah percintaan yang mengecewakan. Watak utama Inception sering teringat kepada isteri beliau yang sudah meninggal dunia. Mesti ada kan Geeks yang terkenang tentang kekecewaan dalam percintaan atau terlepas peluang dalam percintaan kan? haha,
  6. Misteri yang masih belum terungkai. Penamat cerita yang bagaikan tergantung menimbulkan banyak soal jawab bagi penonton filem tersebut. Dan seperti biasa, Geeks sememangnya minat untuk membuat kajian mengenai filem ini dan timbul pula dengan penamat sendiri.

Kesimpulannya, adakah anda seorang Geeks?? Haha

Poster film inception 6 sebab Geek minat filem Inception

Posted in LOL, MovieComments (4)

Modenas Elegan 200 Baru – Gambar


Modenas Elegan 200 baru skuter Modenas Elegan 200 Baru   Gambar

Nampaknya Teaser dari Facebook Fanpage Modenas memang benar! Modenas hari ini telah melancarkan model baru yang dikenali dengan nama Modenas Elegan 200!

Model Skuter Elegan 200 ini telah dianggarkan akan diletakkan tanda harga RM8,500 tanpa insuran dan cukai jalan.

Harga tersebut NK anggar amat berbaloi dengan segala teknologi yang dilengkapi oleh model Modenas Elegan 200 ini. Model Elegan 200 ini datang dengan 3 pilihan Warna iaitu warna Putih, Merah dan juga Hitam.

Berikut merupakan maklumat mengenai Spesifikasi Model :

Engine
Type 4-T/SN175J
Bore X Stroke 61.0 x 58.6 mm
Displacement 171.2 cubic cm
Compression Ratio 10:01
Carburetor KEIHIN CVK
Ignition System CDI
Starting System Kick & Electric Starter
Cooling System Liquid Cooled
Fuel Tank Capacity 7.6 L
Fuel Consumption 36.0 km/L @50km/h
Transmission
Type C.V.T auto speed change
Clutch Centrifugal
Chassis
Electrical System
Battery 12V 8Ah
Sumber : Modenas

Berikut merupakan gambar ketika pelancaran Model Modenas Elegan 200 tersebut,

pelancaran modenas elegan 200 Modenas Elegan 200 Baru   Gambar Modenas elegan 200 putih Modenas Elegan 200 Baru   Gambar Modenas elegan 200 hitam Modenas Elegan 200 Baru   Gambar Modenas elegan 200 merah Modenas Elegan 200 Baru   Gambar

Warna Putih amat menarik!! Mesti akan jadi pilihan warna yang paling laris!

Sumber Gambar : Autoshift

Posted in Automotive, MalaysiaComments (33)

International Hacking Competition (iHack) 2010


iHack Uitm International Hacking Competition (iHack) 2010

International Hacking Competition (iHack) kini tiba lagi setelah kali terakhir diadakan ialah 2 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2008.

Kali ni dibawakan khas oleh Fakulti komputer dan sains matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Data Communication And Networking Society (NETS), pertandingan bagi tahun ini nampaknya menawarkan hadiah yang amat lumayan untuk para peserta!

Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah :

Kategori : Hacking and Defense

    • Tempat Pertama – RM6,000 X 1
    • Tempat Kedua     – RM5,000 X 1
    • Tempat Ketiga     – RM4,000 X 1

Kategori : Computer Forensic

    • Tempat Pertama – RM4,000 X 1
    • Tempat Kedua     – RM3,000 X 1
    • Tempat Ketiga     – RM2,000 X 1

Menarik kan hadiah! Ribu-ribu tu…

Pertandingan kali ini turut mendapat sokongan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Untuk Maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi iHack 2010 : http://fskm.uitm.edu.my/ihack2010/

Posted in Events, Internet, TechnologyComments (2)

Video YouTube Keong Racun jadi fenomena


Ada antara anda yang layan lagu dangdut tak? Mungkin tak dengar lagu, tapi lebih perhatikan pada penyanyi tersebut kan? Haha,

Sebuah video klip yang dilengkapi dengan lagu dangdut berjudul Keong Racun menjadi fenomena baru di Indonesia, apabila 2 orang gadis remaja dari Bandung, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah merakamkan sebuah video menayangkan aksi mereka bernyanyi mimik bibir lagu Dangdut tersebut.

Lagu Keong Racun yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Dangdut indonesia, Lissa, yang suatu ketika dahulu pernah popular pada tahun 2008, secara tiba-tiba kini sudah melonjak naik kembali popularitinya disebabkan video dari Youtube tersebut.

Berikut merupakan video YouTube Keong Racun ciptaan Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah tersebut,

Hebat kan? walaupun hanya dinyanyikan dengan mimik bibir, video tersebut laku ditonton ramai orang.

Nampaknya rakyat dari negara jiran kita memang hebat dan berbakat menghasilkan video, atau populariti video ini disebabkan dua gadis cantik yang menghasilkan video tersebut?

Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah Video YouTube Keong Racun jadi fenomena

Posted in Internet, Technology, Video, WorldComments (7)







Partly powered by CleverPlugins.com