Tag Archive | "3G"

iPad 2 dilancarkan di Malaysia – Senarai Harga


Hari ini, Apple iPad 2 dilancarkan dan mula dijual di Apple Store di Hong Kong, India, Korea, Filipina, Singapura dan tidak ketinggalan Malaysia. Jom tengok pakej harga yang ditawarkan.

Nampaknya khabar angin sebelum ini mengenai harga Apple iPad 2 di Malaysia sememangnya benar dan berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan bagi setiap model.

iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi Sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi dan 3G = RM1899/RM2199/RM2499

apple ipad 2 price in malaysia iPad 2 dilancarkan di Malaysia   Senarai Harga

Apa lagi, segera dapatkan Apple iPad 2 yang dijual jika anda sememangnya peminat Apple sejati!

Malah, menurut maklumat yang diberitahu, kebanyakan Apple iPad 2 yang dijual di Apple Store dan Machine, sudah habis dijual, dan jikalau anda pun, cuma model iPad 2 berwarna hitam! Pilihan warna putih kehabisan stok!

apple ipad 2 store in malaysia iPad 2 dilancarkan di Malaysia   Senarai Harga

Posted in News, TechnologyComments (0)

Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxis


Apple iPad 2 akan dilancarkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia esok hari, (29 April 2011), dan peminat sudah mula beratur di kebanyakan Apple Store Kuala Lumpur.

Malah beberapa pakej harga juga sudah mula tersiar dan tersebar di beberapa laman web, blog, dan forum yang membincangkan mengenai Apple iPad 2 ini.

iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi+3G = RM1899/RM2199/RM2499

Benar atau tidak harga rasmi yang ditawarkan, itu belum dapat dipastikan selagi produk tersebut belum secara rasminya dilancarkan.

Yang menarik, terdapat satu keratan ‘flyers’ yang sudah mula tersebar di internet mengenai pakej harga jualan Apple iPad 2 oleh Maxis di Malaysia. Turut disebarkan adalah gambar bocor pakej harga dan plan data untuk telco Maxis tersebut.

Jom Tengok,

maxis ipad 2 data plan Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxismaxis ipad 2 Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxis

Betul atau tidak, itu masih belum dapat dipastikan. Nantikan berita rasmi dari Maxis sendiri.

Nantikan kiriman akan datang mengenai maklumat harga rasmi penjualan Apple iPad 2 di Malaysia.

Posted in Ekslusif, News, TechnologyComments (4)

Apple iPad di Malaysia, dari Maxis?


Syarikat Telekomunikasi Maxis, hari ini mengumumkan bahawa Maxis akan melancarkan pelan data dan panggilan khas untuk Apple iPad tidak lama lagi.

Plan tersebut hanya khas untuk Apple iPad yang dilengkapi dengan Wifi dan talian 3G, tidak dimaklumkan saiz data untuk alat tersebut.

Mungkin ini bermakna Maxis turut akan membawa masuk Apple iPad ke Malaysia sebagaimana Maxis membawa masuk Apple iPhone 4?

Maxis setakat ini menyatakan tidak ada komen untuk pertanyaan tersebut.

Meskipun begitu, Apple iPad telah lama berada dalam pasaran Malaysia menerusi individu dan syarikat yang mengimport alat tersebut dari luar negara.

Namun, harga yang ditawarkan oleh “grey importer” tersebut masih belum cukup untuk menawan hati pengguna.

Turut didengari khabar angin bahawa Apple iPad akan dilancarkan oleh Apple secara rasmi pada 29 November tidak lama lagi.

Apa-apa pun, nantikan perkembangan terbaru mengenai maklumat ini.

apple ipad in malaysia Apple iPad di Malaysia, dari Maxis?

Posted in News, TechnologyComments (1)

Apple iPhone 5 terbaru!


Belum sampai sebulan Apple iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, Kini sibuk pula dengan ura-ura mengenai Apple iPhone 5!

Apple iPhone 5 ini dikatakan akan mengalami perubahan sepenuhnya berbanding iPhone 4, dan turut akan diberikan teknologi baru.

Menurut Philip Thomas, Vice President Imaginary Technology Apple, iPhone 5 ini akan tidak dapat dilihat secara nyata, dengan erti lain, ianya akan Lutsinar!

Pelik kan? Mungkin antara anda sudah tahu mengenai video spoof tentang Apple iPhone 5 ini. Video ini nampaknya dibuat semata-mata untuk menunjukkan betapa besar perubahan yang mungkin akan dibawa oleh Apple untuk model iPhone yang akan datang.

Hehe, apa-apa pun, saksikan video spoof dari BiteTV ini.

iphone 5 logo Apple iPhone 5 terbaru!

Posted in LOL, Technology, VideoComments (4)

HSPA PLUS U Mobile dengan kelajuan 42 Mbps


U Mobile dengan bangganya mengumumkan akan melancarkan perkhidmatan Mobile Broadband dengan kelajuan mencapai 42 Mbps dengan kerjasama dari Syarikat Ericcson.

Penggunaan teknologi Dual-Carrier HSPA (High-Speed Packet Access) mampu menjadikan data tanpa wayar untuk berinteraksi secara dua hala dan memberikan kelajuan muat turun sehingga 42 Mbps!

Dengan pelancaran khidmat itu tidak lama lagi, U Mobile akan menjadi pembekal khidmat internet pertama di Malaysia dengan teknologi HSPA+ dan mampu memberikan pelanggan kelajuan muat turun maksima dengan penggunaan modem HSPA+.

Chief Executive Officer U Mobile Sdn Bhd, Dr Kaizad Heerjee berkata, dengan adanya khidmat teknologi baru dari U Mobile ini, pelanggan mampu menikmati akses muat turun dengan lebih pantas dan dapat menonton video kualiti tinggi menggunakan alat mudah alih dan laptop.

Sebelum ini Maxis juga pernah bercadang untuk menggunakan teknologi High-Speed Packet Access+ (HSPA+) namun ianya masih lagi dalam kajian. : http://notakosong.com/1232/malaysia/maxis-perkenalkan-internet-kelajuan-tinggi-ftth-dan-hspa/

U Mobile logo HSPA PLUS U Mobile dengan kelajuan 42 Mbps

Posted in TechnologyComments (1)

Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4


Berminat dengan iPhone 4 tapi anda tak minat touchscreen? lebih suka dengan penggunan keyboard seperti smartphone biasa? Jangan risau, ada penyelesaian untuk itu~

Casing untuk iPhone yang dilengkapi keyboard ini merupakan model TK-421.

Keyboard ini boleh disorokkan ke bahagian bawah iPhone apabila tidak digunakan, dan kemudiannya dikeluarkan apabila anda ingin menaip.

Yang menarik, Casing Keyboard ini tidak menggunakan sebarang sambungan kabel, sebaliknya menggunakan Bluetooth untuk berhubung!

Keyboard ini boleh digunakan untuk semua aplikasi iPhone, contohnya Email, Safari, Notes, malah fungsi terbaiknya adalah untuk menaip SMS dan Chatting.

Hmm, menarik kan? tapi kemungkinan juga akan jadi kekurangan apabila dah ada keyboard ni, contohnya, anda akan lebih kerap ber-SMS, kredit anda anda akan cepat hilang dengan SMS. icon razz Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4

Bluetooth menggunakan bateri yang agak banyak, jadi mungkin juga bateri iPhone 4 anda akan lebih cepat habis dan perlu lebih kerap dicas.

Harga? Harga casing menarik ni cuma $49.99! (RM150-160)

Apa-apa pun, ini merupakan usaha yang menarik!

Dapatkan maklumat lanjut disini http://www.thinkgeek.com/gadgets/cellphone/e66e

iphone 4 Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4iphone 4 keyboard Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4

Posted in TechnologyComments (3)

Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi


Jumaat yang lalu, 24 September 2010, DiGi telah melancarkan pakej dan plan untuk pembelian produk terbaru mereka dari Apple iPhone 4.

Sekali imbas, sekali pandang, kelihatan seperti Harga yang ditawarkan untuk pembelian Apple iPhone 4 dari DiGi jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Maxis.

Yang menarik, buat masa singkat ini, anda dapat mendaftar plan panggilan dan data dari DiGi khas untuk Apple iPhone 4 dengan harga serendah hanya RM58 sebulan!

Malah, untuk pakej paling murah iaitu RM58 sebulan selama 2 tahun, anda boleh dapatkan Apple iPhone 4 32GB dengan harga cuma RM2,490 dan  Apple iPhone 4 16GB cuma RM2,090! RM200 lebih murah berbanding harga pasaran yang dicadangkan oleh Apple!

Tapi bukan itu sahaja, jikalau anda memilih pilihan diatas bermakna anda memilih untuk membayar secarai tunai atau kad kredit, yang menariknya, DiGi turut menawarkan pembelian melalui bayaran ansuran atau easy payment!

Sudah pasti, bayaran easy payment ini akan menarik lebih ramai pembeli dengan bayaran bulanan yang serendah RM102.16 sebulan!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk Harga Plan dan pakej dibawah, atau layari laman web DiGi.

option 1 payment iphone 4 digi Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Click image to view larger

option 2 payment iphone 4 digi Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Click image to view larger

digi maxis iphone 4 plan price Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Posted in Malaysia, TechnologyComments (2)

Harga Pakej dan Plan Maxis Apple iPhone 4 Baru


Maxis telah mula menawarkan penjualan Apple iPhone 4 di kebanyakan Maxis Centre, dan pelanggan kini boleh mula menempah pembelian Apple iPhone 4 dari Maxis.

Maklumat mengenai Apple iPhone 4 akan mula ditawarkan di Maxis Centre terpilih di Lembah Klang mulai 26 September 2010 (Ahad).

Berikut merupakan Maxis Centre terpilih yang akan menawarkan Apple iPhone 4 pada 26 September.

Dimana untuk dapatkan Apple iPhone 4?

Maxis Centre KLCC
Ground Floor,
Menara Maxis,
50088 Kuala Lumpur.

Maxis Centre TTDI
43, Jalan 2/71,
Off Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Maxis Centre Pavillion
Lot 1.31, Level 1,
The Pavillion Kuala Lumpur,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Maxis Centre Sunway Pyramid
Lot F1.99, First Floor,
Sunway Pyramid Phase 2,
No.3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
46150 PJ, Selangor.

Maxis Centre MidValley Gardens
Lot T-231, 3rd Floor,
The Gardens,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Manakala bagi penjualan di Maxis Centre lain seluruh negara maklumat mengenai penjualan Apple iPhone 4 akan ditawarkan bermula 27 September 2010 (Isnin).

Menurut Maxis, Harga cadangan bagi Apple iPhone 4 32GB adalah RM 2,690 manakala bagi model Apple iPhone 4 16GB ialah RM 2,290.

Berikut pula merupakan Harga untuk setiap Pakej dan Plan Data dan harga Apple iPhone 4 dari Maxis.

iValue Plans

ivalue plans Apple iphone 4 maxis Harga Pakej dan Plan Maxis Apple iPhone 4 Baru

Click image to view larger

iData Plans

idata plans Apple iphone 4 maxis Harga Pakej dan Plan Maxis Apple iPhone 4 Baru

Click image to view larger

Posted in TechnologyComments (2)

Teaser iklan pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi


Nampaknya DiGi Telco telah menyemarakkan lagi semangat peminat Apple iPhone dengan menngeluarkan satu teaser iklan mengenai pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi.

Poster Teaser itu telah dikeluarkan di laman Facebook Rasmi DiGi Telecommunications.

Menurut kenyataan dari DiGi, ia hanya membiarkan peminat-peminat berteka-teki dengan iklan tersebut.

We’re kind of puzzled. What do you think this means?

(Kami agak keliru, apa maksudnya ini?)

Setelah merujuk beberapa sumber dan maklumat dari orang ramai, nampaknya terdapat maksud tersirat pada teaser tersebut.

4 biji buah Apple berwarna merah = Apple iPhone 4 (warna merah mungkin? tidak kot,)

Seekor Kambing = kambing~coming~akan datang (bunyi hampir serupa)

Angka 24.09.10 = Menandakan tarikh pelancaran, 24 September 2010, Jumaat minggu ini

Logo DiGi = Plan data dan panggilan istimewa dari DiGi?

Namun masih belum ada sebarang petanda mengenai harga (Official Price) iPhone 4 dari DiGi ini,

Menarik bukan? apa-apa pun, kita sama-sama nantikan kejutan dari DiGi Jumaat nanti~

digi iphone 4 is coming Teaser iklan pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi

Click image to view larger

Posted in Malaysia, TechnologyComments (1)

Maxis dan Digi bersiap sedia lancarkan Apple iPhone 4


Nampaknya Maxis dan Digi sedang bersiap sedia untuk lancarkan Apple iPhone 4 bersama-sama dengan pengumuman mengenai Plan dan Pakej talian.

Khabar angin yang mungkin 100% benar ini boleh disahkan melalui pengumuman terkini dari laman web Digi dan Maxis mengenai Apple iPhone 4.

Berdasarkan maklumat yang NK dapat, berkemungkinan tinggi Apple iPhone 4 dan Plan panggilannya akan diperkenalkan pada minggu hadapan. Dan kedua-dua Maxis dan Digi masing-masing  mempunyai Pakej Plan Panggilan dan Data yang amat menarik untuk pengguna.

Berdasarkan ura-ura yang belum dapat disahkan juga, Apple iPhone 4 yang ditawarkan oleh Digi akan diletakkan harga yang lebih murah berbanding Maxis, namun perbezaan dalam Pakej Plan Panggilan dan Data akan mempengaruhi pilihan pembelian pengguna.

Keterangan lanjut mengenai Apple iPhone 4 telah NK kongsi pada kiriman yang lalu. Namun disini terdapat sedikit maklumat mengenai Apple iPhone 4 :

  • Retina Display
  • Kamera 5 MP
  • Lebih nipis berbanding model Apple iPhone yang sebelumnya
  • Mempunyai kamera depan untuk fungsi Facetime

Maklumat lanjut sila layari laman web Maxis atau Digi.

Nampaknya Celcom belum mempunyai sebarang rancangan untuk bersaing dengan Apple iPhone dari Digi dan Maxis.

digi iphone 4 Maxis dan Digi bersiap sedia lancarkan Apple iPhone 4maxis iphone 4 malaysia Maxis dan Digi bersiap sedia lancarkan Apple iPhone 4

Posted in TechnologyComments (3)







Partly powered by CleverPlugins.com