Tag Archive | "3G"

Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru – di Malaysia!


Baru sahaja beberapa hari Steve Jobs mengumumkan barisan baru bagi produk terkenal Apple, iPod, kini iPod Touch, iPod Nano, dan juga iPod Shuffle baru boleh dimiliki di Malaysia!

Kesemua barisan produk tersebut diumumkan ketika Apple Fall Event 2010. Turut diumumkan adalah keterangan mengenai spesifikasi setiap Apple iPod dan juga harga yang ditawarkan.

Malah kesemua barisan keluarga baru Apple iPod ini telah diletakkan dalam senarai pilihan di Online Apple Store Malaysia bersama-sama dengan maklumat mendalam serta harga!

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai kesemua barisan baru Apple iPod ini.

Apple iPod Touch 4

  • Retina Display dengan skrin 3.5 inci
  • Kamera depan dan belakang dengan rakaman 720p HD
  • Menggunakan cip Apple A4 baru seperti iPhone 4
  • Mempunyai Speaker dan Mikrofon
  • Dilengkapi iOS 4.1
  • Harga bermula RM829

Apple iPod Nano 6th Gen

  • 46% lebih kecil dan 42% lebih ringan berbanding sebelumnya
  • Skrin dengan teknologi multitouch
  • Bateri tahan selama 24 jam
  • Harga bermula RM549

Apple iPod Shuffle

  • Terdapat pilihan warna Biru, Merah Jambu, Hitam, Hijau dan Kuning
  • Bateri tahan selama 15 jam
  • Simpanan sebanyak 2GB
  • Harga bermula RM179

*Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Apple Malaysia

ipod touch 4th gen Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru   di Malaysia!ipod nano 6th gen multitouch Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru   di Malaysia!new ipod shuffle colourful Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru   di Malaysia!

keluarga ipod ipod touch ipod nano ipod shuffle baru Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru   di Malaysia!

Posted in Malaysia, Picture, TechnologyComments (4)

Apple iPod Touch 4 : Dengan HD dan Kamera 5MP


iPodtouch4 Apple iPod Touch 4 : Dengan HD dan Kamera 5MP

Baru sahaja Apple iPhone 4 dilancarkan, nampaknya Apple sedang bersedia untuk mengeluarkan sebuah lagi produk terbarunya, Apple iPod Touch generasi seterusnya, iaitu Apple iPod Touch 4.

Berdasarkan khabar angin yang sibuk disebarkan di serata Internet, Apple iPod Touch 4 ini akan dilengkapi dengan segalanya seumpama yang dilengkapi pada Apple iPhone 4. Kamera 5MP bersama dengan keupayaan merakam video HD 720p.

Dengan teknologi Paparan Retina (Retina Display) diperkenalkan, adalah tidak mustahil untuk anda memainkan Video-video kegemaran anda dalam HD!

iPodtouch Apple iPod Touch 4 : Dengan HD dan Kamera 5MP

Segalanya yang ada pada Apple iPhone 4 akan turut ada pada Apple iPod Touch 4 kecuali kebolehan untuk telefon dan masalah kelemahan talian telefon. icon razz Apple iPod Touch 4 : Dengan HD dan Kamera 5MP

Apa-apa pun, nantikan kenyataan rasmi dari Apple mengenai perkara ini. Kemungkinan besar, generasi seterusnya Apple iPod Touch akan keluar dalam bulan Ogos.

Sumber : ThumbPress

Posted in Internet, TechnologyComments (6)

Maxis perkenalkan Internet kelajuan tinggi FTTH dan HSPA+


maxis Maxis perkenalkan Internet kelajuan tinggi FTTH dan HSPA+

Pada penghujung tahun ini, Maxis akan memperkenalkan Internet kelajuan tinggi Fiber to the Home (FTTH) dan High-Speed Packet Access+ (HSPA+). Dikatakan bahawa ia mampu mencapai kelajuan melebihi 10Mbps!

Kelajuan Maxis Broadband ini dikatakan dapat melebihi kadar kelajuan yang ditawarkan sekarang.

Ketika ini kelajuan broadband yang ditawarkan ialah 384kbps hingga 4Mbps, manakala HSBB mampu mencapai kelajuan antara 10Mbps hingga 1Gbps.

Maxis memaklumkan bahawa Internet Kelajuan Tinggi Maxis ini akan menggunakan teknologi High-Speed Packet Access+ (HSPA+). Ianya merupakan peningkatan dari teknologi 3G dan HSPA.

Turut dinyatakan ianya mampu untuk mencapai kelajuan sehingga 21Mbps!

Lebih menarik, ianya boleh digunakan dimana sahaja, tanpa kabel dan wayar, sama seperti Maxis Broadband ketika ini.

Sumber : Maxis.com.my

Posted in Internet, Malaysia, Technology, WebsitesComments (1)

Apple iPad bersalut coklat!


Sempena sambutan hari lahir isteri kesayangan beliau seorang rakyat London yang menetap di Afrika Selatan telah memikirkan hadiah yang unik sebgai hadiah hari jadi. Sebuah Apple iPad yang bersalut Coklat, ianya berfungsi dengan biasa!

Stefan Magdalinski, pengasas syarikat penghasilan kad moo.com itu telah berkerjasama dengan sahabatnya di London untuk mengirimkan Apple iPad yang masih belum dilancarkan di Afrika. Ianya dikirim setelah disaluti coklat.

Apple Ipad Apple iPad bersalut coklat!

Sahabat beliau di London, Paul A Young, merupakan seorang pakar terkenal dalam penghasilan coklat. Di atas permintaan istimewa Magdalinski tersebut. Paul berjaya menyalutkan Apple iPad tersebut tanpa merosakkan komponen alat elektronik tersebut tersebut.

Ipad Apple iPad bersalut coklat!

Coklat yang dikirim tersebut mengalami sedikit masalah ketika tiba di Kastam Afrika Selatan, bukan masalah pada iPad tersebut, tetapi masalah dengan prosedur Kastam. Setelah menceritakan segalanya, Magdalinski berjaya meyakinkan pihak Kastam tersebut.

Ipad2 Apple iPad bersalut coklat!

Paul A Young menjangkakan beliau akan menerima lebih banyak tempahan untuk menyaluti coklat pada alat elektronik lagi pada masa akan datang.

Source : Metro.uk

Macam-macam manusia, sebelum ni NK pernah buat kiriman mengenai Apple iPad yang disaluti emas tulen dan dijual dengan harga RM700,000!

Posted in LOL, Technology, WeirdComments (0)

Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS


Iphone 4 Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Setelah beberapa bulan yang penuh kontroversi dan khabar angin. Akhirnya iPhone 4 telah bersedia untuk dipasarkan. Seperti biasa, ianya akan hanya mula dipasarkan di pasaran US terlebih dahulu. Dan seperti yang dijangkakan, kemungkinan iPhone 4 ini akan dipasarkan dengan Harga seperti iPhone 3GS sekarang ini. Dan iPhone 3GS pula akan diturunkan harga.

Dijangka akan mula dipasarkan di US pada 24 june, mengikut jangkaan NK, paling awal pun akan tiba di Malaysia mungkin November tahun ini. Mungkin juga ianya akan mula dijual seawal Oktober, apabila wujudnya pengimport tempatan yang mula menjualnya seperti Apple iPad. Tarikh pasaran masih belum pasti.

Lebih menarik, segala spekulasi mengenai iPhone 4 (sebelum ini dipanggil iPhone 4G atau iPhone HD) nampaknya menyerupai khabar angin sebelum ini.

iPhone 4 ini akan mempunyai unit Processor yang lebih laju, ditambah pula dengan kehebatan iOS (sebelum ini dipanggil iPhone OS 4.0) yang mampu menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa (multi-tasking). Nampaknya iPhone 4 ini sudah pasti akan lebih hebat dari 3GS!

Seperti yang dinyatakan oleh Steve Jobs, semuanya 4 kali ganda hebat dari iPhone 3GS! 4 kali lebih laju!, 4 kali lebih kuasa bateri!, 4 kali ganda lebih pixel skrin!

iphone 4 camera Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Seperti yang dijangka, kamera iPhone 4 ini akan mampu mengambil gambar dengan saiz 5 megapixel! dan terbaru, ianya turut akan dilengkapi led flash dan kemampuan ISO yang lebih tinggi! nampaknya tiada lagi la masalah mengambil gambar dalam gelap ye.

iphone 4 video call Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Kehebatan iPhone 4 ini bertambah dengan wujudnya kamera VGA di bahagian hadapan! Bermakna pengguna akan mampu untuk mengadakan Video Conference atau FaceTime seperti apa yang dinyatakan Apple. Walau demikian, untuk masa ini, ianya hanya mampu digunakan melalui Wi-fi, dan belum lagi untuk 3G.

Source and Credit : Gizmodo.com

Jadi ada yang tengah simpan duit nak beli iPhone? mungkin boleh simpan lama sikit kot.. haha

Posted in Picture, Technology, WorldComments (16)

Apple Ipad bersalut emas, RM700,000


Ada siapa-siapa yang tengah rancang nak beli Apple Ipad tak? Mungkin belum dijual secara rasmi di Malaysia, tapi dah ada penjual yang bawa masuk dari Apple Store USA. Malah kalau ada yang rajin jalan-jalan kat Lowyat Plaza, mesti ada terserempak dengan pemilik kedai Telefon Bimbit (Handphone) yang turut ada menjual Apple Ipad.

Dikatakan dah ada ramai yang beli, dengan harga antara RM2500 hingga RM4000, hmm, cukup ke ye kalau menabung satu hari RM1? 10 tahun lagi la baru boleh beli agaknya… Melainkan kalau ada pembaca yang sudi nak menderma ke kan, icon razz Apple Ipad bersalut emas, RM700,000

Apa yang lebih menarik dari Apple Ipad? Dah tentu Apple Ipad yang bersalut Emas dan Berlian!!

Ada seorang pereka dari Britain yang mereka Apple Ipad Khas untuk membuatkan orang semua dengki dengan beliau, Apple Ipad yang disaluti emas 22K dan butiran Berlian yang membentuk Logo Apple ini berharga £129,995 atau lebih kurang RM700,000. Ekstra RM696,000 dari harga asal Apple Ipad yang cuma RM4000. Dengan duit banyak tu, boleh beli 100 Apple Ipad dan sedekah kat anak yatim, icon razz Apple Ipad bersalut emas, RM700,000

Agak-agak, ada tak yang nak beli dan pecahkan je Apple Ipad tu nanti macam lelaki sebelum ni buat?

article 1274177714045 099D6618000005DC 491367 636x419 Apple Ipad bersalut emas, RM700,000

Gold iPad by British designer Stuart Hughes on sale for £129,995

Worried that owning a shiny new Apple iPad isn’t quite enough to show off with? Don’t worry – you can now get a gold-plated, diamond-encrusted top of the range iPad for the low, low price of under £130,000!

The pimped-out Apple tablet is the work of UK-based designer Stuart Hughes, who specialises in ultra-expensive blinged-up gadgetry – he’s previously been responsible for diamond-covered BlackBerries, and a gold-plated Nintendo Wii ‘Supreme’ that will set you back a cool £300,000.

The golden iPad is covered in 22 carat gold and 53 individual diamonds. The diamonds are set into the shape of the Apple logo on the back of the iPad, and the tablet’s rear casing is made of solid gold, with more gold trim on the front.

Hughes describes the golden iPad described as ‘outstanding even down to the precise polishing to reveal its most beautiful harmonious appearance’, which suggests he’s got a good line in Jobsian hyperbole.

For those of you planning on putting down £129,995 for the device, you don’t need to worry about the specs. Naturally, it’s the top of the line 64GB WiFi + 3G version – which would normally cost you £699. So, just a £129,296 mark-up, then.

On the plus side, delivery is free.

Source : http://www.metro.co.uk/tech/826703-gold-ipad-on-sale-for-129-995

Posted in LOL, Picture, TechnologyComments (4)







Partly powered by CleverPlugins.com