Tag Archive | "Ads"

Penipuan iklan blog Advertlets


Pasti ramai blogger diluar sana tahu mengenai satu lagi muka lama dalam industri pengiklanan blog Malaysia, Advertlets, namun 2-3 bulan ini dikejutkan dengan dakwaan buruk mengenai Advertlets.

Advertlets didakwa menipu para bloggers dengan tidak membayar jumlah yang sepatutnya diterima blogger atas usaha mereka.

Terdapat kes dimana Advertlets sehingga kini masih mempunyai hutang dengan seorang blogger dimana jumlah yang perlu dibayar Advertlets kepada blogger tersebut adalah lebih dari RM600.00!

Malah, maklumat dari seorang ‘bekas’ sahabat kepada pemilik dan pengasas Syarikat Advertlets, Josh Lim. beliau telah ditipu oleh Josh Lim sehinggakan blog beliau yang terdahulu telah dipadam oleh Josh Lim sendiri.

Yang mengejutkan, terdapat juga kes dimana blogger cuba untuk menuntut jumlah bayaran dari Advertlets lebih dari setahun, namun blogger tersebut masih lagi belum menerima bayaran sepatutnya.

Adakah begini balasan Advertlets terhadap blogger yang cuba sedaya upaya dengan penat lelah untuk dapatkan wang?

Seorang blogger, Jessy telah ditipu sahabat lama beliau tersebut (Josh Lim). Kisah mengenai penipuan tersebut boleh dibaca dalam blog beliau : mbmnmbm

Diminta para blogger lain berhati-hati dan jikalau ada antara anda merupakan mangsa Advertlets, sudilah berkongsi mengenai kes anda.

Advertlets Scam Bloggers

advertlets Penipuan iklan blog Advertlets

Posted in Internet, RandomComments (8)

Teaser iklan pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi


Nampaknya DiGi Telco telah menyemarakkan lagi semangat peminat Apple iPhone dengan menngeluarkan satu teaser iklan mengenai pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi.

Poster Teaser itu telah dikeluarkan di laman Facebook Rasmi DiGi Telecommunications.

Menurut kenyataan dari DiGi, ia hanya membiarkan peminat-peminat berteka-teki dengan iklan tersebut.

We’re kind of puzzled. What do you think this means?

(Kami agak keliru, apa maksudnya ini?)

Setelah merujuk beberapa sumber dan maklumat dari orang ramai, nampaknya terdapat maksud tersirat pada teaser tersebut.

4 biji buah Apple berwarna merah = Apple iPhone 4 (warna merah mungkin? tidak kot,)

Seekor Kambing = kambing~coming~akan datang (bunyi hampir serupa)

Angka 24.09.10 = Menandakan tarikh pelancaran, 24 September 2010, Jumaat minggu ini

Logo DiGi = Plan data dan panggilan istimewa dari DiGi?

Namun masih belum ada sebarang petanda mengenai harga (Official Price) iPhone 4 dari DiGi ini,

Menarik bukan? apa-apa pun, kita sama-sama nantikan kejutan dari DiGi Jumaat nanti~

digi iphone 4 is coming Teaser iklan pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi

Click image to view larger

Posted in Malaysia, TechnologyComments (1)

Jenama Upin & Ipin diguna untuk penipuan


Siapa yang tak kenal dengan cerita animasi Upin dan Ipin ciptaan produksi negara kita, Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Animasi yang mengisahkan dua beradik Upin dan Ipin ini sangat terkenal di serantau Asia.

Jenama Upin dan Ipin ini sangat terkenal sehingga  banyak produk tiruan telah menggunakan namanya tanpa kebenaran sah dari Les’ Copaque Production.

Sehingga ini menyebabkan jenama Upin dan Ipin ini dipergunakan untuk penipuan di internet. Sebuah iklan di internet menggunakan paparan imej dari Animasi Upin dan Ipin.

Namun, iklan di internet secara terang dan nyata merupakan sebuah penipuan di mana jikalau tidak disedari, pengguna mungkin akan mengalami kerugian sehingga RM58 setiap bulan!

Iklan yang menawarkan produk grafik dari jenama Upin dan Ipin ini meminta pelanggan untuk mendaftar dengan harga RM10, dan pada setiap minggu, nilai kredit telefon bimbit anda akan ditolak secara automatik sebanyak RM12!

upin ipin iklan Jenama Upin & Ipin diguna untuk penipuan

URL iklan yang dikatakan : http://bit.ly/aURLQt

Posted in Internet, Malaysia, WebsitesComments (4)

1Tradezone.my : Untuk Malaysia


1Tradezonemy 1Tradezone.my : Untuk Malaysia

Dari Malaysia, untuk Malaysia. Begitulah apa yang boleh dikatakan mengenai 1Tradezone.my.

Laman web baru yang berasaskan pengiklanan ini menawarkan pengguna untuk mengiklankan produk-produk yang ingin dijual, malah iklan untuk barang-barang terpakai anda. Yang menarik, pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran untuk ruang iklan tersebut!

Ianya PERCUMA!

Seperti yang tertera pada nama laman web tersebut, 1Tradezone.my, ianya dengan jelas membawa maksud, sebuah ruang perniagaan maya bagi rakyat Malaysia. Dimiliki oleh rakyat Malaysia, diasaskan di Malaysia, khas untuk pasaran Malaysia!

Bermakna juga, laman web ini dapat diakses dengan lebih lancar dan pantas kerana ia turut dihoskan di Malaysia.

1Tradezone 1024x625 1Tradezone.my : Untuk Malaysia

Berbekalkan ruang niaga yang lebih interaktif, 1Tradezone.my mempunyai kelebihan yang besar berbanding laman web lain yang menawarkan khidmat yang serupa. Ruang untuk pengiklanan, serta ruang carian iklan lebih mesra pengguna serta memaparkan rekaan grafik yang sangat menarik.

Yang menjadi keunikan bagi 1Tradezone.my ialah, laman web ini menyahut seruan Perdana Menteri kita, iaitu dengan menyahut seruan semangat kempen 1Malaysia. Ini dapat dilihat dengan wujudnya imej lambang 1Malaysia pada lambang 1Tradezone.my.

Apa-apa pun, cuba dulu baru tahu. Untuk mendapatkan lebih maklumat, sila ke laman web tersebut sendiri la ye. Apa yang pasti, laman web 1Tradezone.my ini mampu untuk memberi saingan pada laman web lain dengan caranya tersendiri.

Klik pada gambar di bawah untuk terus ke laman 1Tradezone.my!

icon45 1Tradezone.my : Untuk Malaysia

-Artikel ini ditaja oleh 1Tradezone.my-

Posted in Malaysia, Sponsors, WebsitesComments (3)








Partly powered by CleverPlugins.com