Tag Archive | "Aduan"

Honda Accord tak guna, komen pemandu


Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.

Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”

Honda tak guna Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 2 Honda Accord tak guna, komen pemandu

Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,

  • Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
  • Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
  • Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
  • Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)

Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!

Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!

Honda tak guna 3 Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 4 Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 5 Honda Accord tak guna, komen pemandu

Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!

Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?

Credit to Lyn FNF

Posted in LOL, MalaysiaComments (28)

Burger Ramly punca Mat Rempit dan Tikus Kotor


ramly burger Burger Ramly punca Mat Rempit dan Tikus Kotor

Dah pasti setiap dari anda pernah merasa keenakan Burger Ramly walaupun sekali seumur hidup kan? Tak kisah la Burger Daging mahupun Burger Ayam, Burger Ramly tetap menjadi pilihan.

Nak lagi sedap, ad ayang tempah Burger Ramly Special, dimana Pati Burger tersebut akan disalut dengan telur untuk menambahkan kelazatan Burger tersebut. Dan harga yang ditawarkan juga berbaloi jika dibanding kan dengan Burger dari McDonalds dan sebagainya.

Malangnya, penjualan Burger secara haram di Jalan Permata di Hulu Klang telah mengakibatkan beberapa masalah kepada penduduk dikawasan tersebut.

Gerai burger haram tersebut diwujudkan pada pembahagi jalan raya. Malah beberapa ubahsuai dilakukan pada kawasan tersebut seperti pokok ditebang, menutup laluan longkang, malah pengubahan turut dilakukan keatas pili bomba disitu untuk operasi gerai Burger Haram itu.

burger ramly wrapped Burger Ramly punca Mat Rempit dan Tikus Kotor

Pada waktu malam, kawasan gerai tersebut akan menjadi bising dengan kehadiran mat-mat motor dan rempit-rempit yang melepak di kawasan tersebut. Malah terdapat juga pelanggan gerai tersebut yang akan membuang air secara terbuka di kawasan perumahan disitu.

Dengan kebersihan gerai yang tidak dijaga itu, ianya mengundang banyak tikus-tikus kotor disamping menghasilkan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Sumber : Mmail

Begitulah aduan dari salah seorang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut, diharap pihak berkenaan dapat menjalankan tugas untuk menghindari masalah ini dari lebih berleluasa.

Posted in Food, MalaysiaComments (17)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com