Posted on 26 January 2011. Tags: Ajai, Artis, Bakat, Bambang Soteto, Bernard Chauly, Drama Realiti, Gadis, Gadis Semasa Sunsilk, gss, Industri, Komposer, Menawan, Mentor, Muzik, Pelakon, Pengacara, Penyanyi, Personaliti, Selebriti, Sunsilk, TV, TV3, Wardina
Pernahkah anda tonton Drama Realiti Gadis Semasa Sunsilk (GSS) ? Drama terbaru di TV3 ini sudah ditayangkan sejak dari 11 Januari 2011 lagi.
Drama arahan Bernard Chauly ini merupakan sebuah drama realiti yang mengisahkan tentang pencarian seseorang yang mampu memenuhi kriteria dan kualiti untuk digelar gadis masa kini. Kerana itulah ianya dipanggil Gadis Semasa Sunsilk.
Program Drama Realiti tajaan Sunsilk ini turut menampilkan tiga orang selebriti yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air iaitu Ajai, Wardina dan Bambang Soteto. Mereka ini ditampilkan sebagai Mentor yang akan mengasah bakat, menyerlahkan lagi penampilan gadis semasa yang terpilih.
Sebagai seorang komposer, penerbit muzik dan penyanyi yang amat terkenal, Ajai akan mencungkil bakat terpendam gadis semasa agar kemampuannya akan dapat ditonjolkan dengan sepenuhnya.
Wardina pula merupakan selebriti yang berpengalaman luas sebagai model, pelakon, usahawan, dan pengacara. Ini dapat membimbing gadis semasa agar personaliti dan pembawaan dirinya sentiasa mantap, terutamanya dalam industri hiburan tanah air.
Sebagai salah seorang pakar dandanan yang disyorkan oleh Sunsilk, Bambang Soteto akan menyerlahkan lagi keanggunan asli gadis semasa yang terpilih. Sentuhan pakar ini sudah pasti untuk memastikan gadis semasa sentiasa tampil menawan.
Apa-apa pun, untuk lebih lanjut sila saksikan sendiri Rancangan Gadis Semasa Sunsilk (GSS), Setiap hari Selasa, 6 petang di TV3.

Posted in Entertainment
Posted on 31 August 2010. Tags: Ajai, Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya, Bendera, dan Rem - Lebaran Ini, DJ Dave - Menjelang Hari Raya, Download, Hari Raya Aidilfitri, Jalur Gemilang, Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri, Lagu, Lagu Raya, Link, M Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya, Malaysia, Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda, Manbai dan Raihan - Harapan Ramadhan, Mp3, Nowseeheart, P Ramlee - Dendang Perantau, Patriotik, Raihan, Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Uji Rashid dan Hail Amir - Seloka Hari Raya, URL
Antara semangat menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dan juga semangat patriotik menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Lagu Raya atau Sambutan Kemerdekaan Malaysia?
Sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini mungkin tidak dilihat begitu meriah seperti yang lalu, berkemungkinan besar adalah kerana semangat sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah lebih mengatasi ‘mood’ menyambut Hari Merdeka 2010.
Ini terbukti apabila, berbanding dengan lagu-lagu yang bersemangat patriotik seperti lagu “Sudirman – Tanggal 31″, lebih banyak lagu-lagu raya yang dimainkan di Radio.
Malah, berdasarkan statistik, jumlah muat turun (download) lagu raya juga meningkat berbanding carian lain yang berkenaan dengan kemerdekaan.
Antara lagu raya mp3 yang menjadi pilihan untuk di muat turun (download) ialah :
- DJ Dave – Menjelang Hari Raya
- Anuar Zain & Ellina – Suasana Hari Raya
- M Nasir – Suatu Hari Di Hari Raya
- P Ramlee – Dendang Perantau
- Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
- Jeffrydin – Musafir Di Aidilfitri
- Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
- Uji Rashid dan Hail Amir – Seloka Hari Raya
- Manbai dan Raihan - Harapan Ramadhan
- Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
- Raihan, Nowseeheart, Ajai, dan Rem – Lebaran Ini
*NK tidak membekalkan link atau url untuk download mp3 lagu-lagu tersebut.
Dan yang pasti, pilihan tersebut sentiasa akan menjadi pilihan sepanjang zaman setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Meskipun terdapat pelbagai artis yang telah membuat nyanyian semula (cover) untuk lagu-lagu tersebut, namun lagu asal nyanyian artis asal tetap menjadi pilihan di hati pendengar.
Namun demikian, sudah pasti di setiap pelusuk negeri, rakyat tetap menyambut semangat Hari Kemerdekaan negara dengan cara yang tersendiri, malah ada yang menghiasi rumah dan diri dengan bendera Malaysia untuk menunjukkan semangat patriotik.
Apa-apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53! Berhati-hati di jalan Raya, Majulah sukan untuk negara!

Posted in Events, Malaysia
Posted on 23 April 2010. Tags: Ajai, Anak, Bayi, Danisha, Girl, Selebriti
Tahniah!!!!!! Hasil perkahwinan kali kedua Ajai dengan Norliza Mohamad Ilias akhirnya dikurnikan cahaya mata pertama mereka, seorang bayi perempuan. Anak perempuan pertama Ajai itu akan dinamakan Danisha, cukup sesuai dengan bayi yang sungguh comel itu.
Bayi itu dilahirkan dengan sempurna petang semalam. Semoga hidup keluarga Ajai akan lebih bahagia dan sempurna selepas ini!
Read the full story
Posted in Malaysia, Picture
Recent Comments