Tahukah anda bahawa China merupakan antara negara yang mempunyai populasi masyarakat Islam terbesar dunia? Kebanyakannya adalah masyarakat Hui.
Kebanyakan masyarakat Hui ini, berada di kawasan barat-daya China, dimana dalam daerah Ningxia, Gansu, Qinghai, dan Xinjiang. Namun terdapat juga segelintir yang berada luar dari kawasan tersebut seperti Beijing dan Yunnan.
Masyarakat Hui ini merupakan keturunan kepada pedagang-pedagang Timur Tengah yang datang ke China untuk berdagang melalui Laluan Sutera pada suatu masa dahulu.
Lihatlah, sehinggakan sesetengah amalam dalam kehidupan seharian dan tradisi golongan masyarakat Hui juga amat menyerupai amalan Islam di tanah Arab, dan sememangnya tidak lari dari amalan agama Islam.
Video dokumentari mengenai masyarakat Islam Cina Hui,
Sehinggakan amalam membaca Al-Quran juga diterapkan sejak kecil lagi. Membolehkan masyarakat ini bukan saja bertutur dalam bahasa Mandarin, malah juga dalam bahasa Arab.
Menarik bukan? Budaya mereka yang diamalkan juga tidak banyak berbeza dengan budaya masyarakat cina disana, dan mengamalkan ajaran agama Islam.
Pada hari Jumaat yang lalu, 28 Januari 2011. Satu Rusuhan besar-besaran telah berlangsung di Mesir dimana melibatkan ribuan rakyat mesir memprotes rejim Presiden Mubarak.
Sebelum itu, beberapa siri protes dan demonstrasi telah berlangsung sejak dari 25 Januari lagi. Rusuhan ini bermula beberapa minggu selepas peristiwa “Kebangkitan Tunisia” di Tunisia, malah ketika rusuhan di Mesir berlangsung, beberapa golongan perusuh mengkibarkan bendera Tunisia sebagai simbol pengaruh Protes tersebut.
Rusuhan yang berlangsung ini adalah disebabkan beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebesan bersuara, korupsi pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihanraya.
Selain itu isu seperti penggangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan turut dibangkitkan.
Pemerintahan selama 30 tahun Presiden Hosni Mubarak dipanggil sebagai Rejim Mubarak dikatakan sebagai punca sebenar 30 tahun korupsi pemerintahan di Mesir.
Presiden Mubarak bertindak mengenakan perintah berkurung bagi menyekat perusuh dari teruskan mengadakan rusuhan di bandar-bandar besar seperti Kaherah, Iskandariah dan Suez.
Turut diarahkan untuk menyekat rusuhan adalah pihak polis dan tentera. Namun walau bagaimana sekalipun cubaan untuk menyekat perusuh, semangat inginkan kebebasan dan hak bersuara menggagalkan sekatan pihak polis dan tentera.
Malah, menurut sumber dikatakan juga bahawa segelintir pihak polis sudah mula putus asa untuk menyekat rusuhan, malah ada antaranya yang turut menyertai rusuhan.
Pihak tentera pula dikatakan dari awal lagi sudah pun menyokong demonstrasi bagi melihat perubahan pada pemerintahan di Mesir. Pihak tentera dikatakan telah diberi pilihan oleh pihak perusuh, “Pilih antara Mubarak ataupun Negara Mesir?”.
Mohamed Mustafa ElBaradei, mantan direktor International Atomic Energy Agency (IAEA), dan juga penerima anugerah Nobel Laurette Keamanan, ketika ini bertindak menyokong penggulingan pemerintahan rejim Mubarak.
Pihak Ikhwanul Muslimin atau lebih dikenali sebagai Muslim Brotherhood, yang sehingga kini masih lagi didakwa sebagai Militan Islam dan bertindak sebagai parti pembangkang dikatakan bersedia untuk menyerahkan tugas mengetuai reformasi Mesir kepada ElBaradei.
ElBaradei pula mengeluarkan kenyataan beliau bersedia dan menantikan kerjasama dengan pihak tentera untuk mengekalkan keamanan mesir dan reformasi politik.
Sehingga kini 102 orang telah terbunuh semenjak Protes bermula dan lebih 2,000 orang telah tercedera.
Menurut sahabat pelajar dari Mesir, dikatakan bahawa harga tiket dan makanan disana telah meningkat sehingga 7 kali ganda lebih tinggi dari harga asal.
Sebarang perjumpaan diantara pelajar asing, meskipun hanya untuk usrah atau ber-tarannum sekalipun, adalah dilarang sama sekali, malah naskhah kitab Al-Quran juga turut akan dirampas.
Apa-apa pun, khabarnya kerajaan sedang dalam usaha untuk membawa pulang kesemua pelajar kita disana untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diinggini. Malah ada juga pelajar yang telah pulang ke tanah air dengan usaha sendiri.
Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita disana dan semoga segalanya beransur tenang dan aman semula.
Dapatkan maklumat mengenai “Crisis in Egypt” secara terus menerus di http://english.aljazeera.net/ . Notakosong.com turut akan dapatkan informasi lanjut dengan cuba berhubung dengan sahabat pelajar di sana.
Dr. Terry D. Jones , seorang paderi/pendakwah di Florida, Amerika, mengumumkan beberapa hari lalu, bahawa beliau akan mengadakan majlis “International Burn A Koran Day”, di hadapan gereja beliau.
Upacara pembakaran Al-Quran ini akan diadakan di Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, pada 11 September 2010.
Menurut beliau, ianya sebagai tanda memperingati mangsa tragedi insiden World Trade Center 11 September 2001.
Namun, tindakan beliau yang mendapat tentangan di seluruh pelusuk dunia itu, turut mendapat tentangan dari masyarakat tempatan. Malah kebanyakan paderi dari Gereja lain mengutuk dan mengecam tindakan Terry Jones ini.
Paderi tempatan lain berkata, Keamanan dalam agama membawa kepada keamanan sesebuah bangsa, dan mengutuk tindakan menghina Al-Quran tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan ini bukan merujuk kepada ajaran Kristian sebenar.
Pihak berkuasa Gainesville berkata mereka telah berbuat pelbagai usaha untuk menghalang dari majlis haram ini berlangsung, malah, Jabatan Bomba Gainesville turut berkata tiada permit pembakaran terbuka atau nyalaan unggun api diberi kepada sesiapapun.
Terry Jones, ketika ditemui media berkata, beliau tidak takut dengan ugutan malah beliau turut menghina Islam dengan mengatakan Islam adalah sesat dan mengikut ajaran Syaitan.
Malah, beliau turut menulis sebuah buku yang sudah pasti akan menjadi kontroversi, buku yang bertajuk “ISLAM is of the DEVIL”.
Facebook mengenai acara haram ini telah lama diwujudkan dan menjadi medan kritikan orang ramai.
Apa kata para pembaca luangkan masa untuk Flag dan Report laman berkenaan yang sangat menghina agama Islam. Facebook
Recent Comments