Posted on 22 May 2011. Tags: Akon, Aktres, Album, Amerika, Antarabangsa, Artis, Bakat, Dalam Botol, Debut, Diana Danielle, Diana Danielle Danny Beeson, Evolusi KL Drift, Gadis, Jun, Lagu, Magika, Mary J. Blige, Michael Jackson, Nyanyi, Pelakon, Single, Solo, Tak Pernah Ada
Aktres pelakon filem dan drama terkenal, Diana Danielle, dengar katanya bakal mencipta nama dalam bidang nyanyian dengan kemunculan album debut solo gandingan bersama Akon.
Diana Danielle, atau nama penuh beliau Diana Danielle Danny Beeson merupakan aktres muda yang mempunyai darah kacukan British-Malaysia ini sedang dalam perbincangan bersama artis antrabangsa terkenal Akon, dan juga produser/penulis lirik terkenal Mary J. Blige.
Siapa yang tidak kenal dengan Akon, nama besar bintang Amerika dalam bidang nyanyian, dan juga Mary J. Blige, merupakan orang utama dalam menaikkan nama bintang lain seperti Michael Jackson dan lain-lain lagi.
Menurut Diana Danielle, lagu single pertama beliau hasil karya beliau berjudul, ‘Tak Pernah Ada‘ akan disiarkan keudara mula Jun ini, dan sememangnya menjadi impian beliau untuk menembusi pasaran nyanyian di medan antarabangsa.

Gadis berusia 19 tahun tersebut sebelum ini sememangnya terkenal dengan lakonan beliau dalam filem-filem tempatan seperti Evolusi KL Drift, Magika, dan terbaru Dalam Botol.
Kini beliau mencuba bakat dalam bidang nyanyian pula.
Hebat, macam-macam bakat Diana Danielle ni, malah menurut pihak yang berminat, mengatakan Diana Danielle ini sememangnya ada pakej dalam bidang nyanyian.
Posted in Celebrity, Entertainment
Posted on 22 November 2010. Tags: Amerika, Angus Steakhouse, Baru, Beef, Beef Burger, BK, Burger, Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger, Contest, Facebook, Free, Grilled, Harga, Istimewa, Keju, Khas, King, Lembu, Makanan, Menu, Peraduan, Promosi, RM, Sedap, Steak, Upgrade
Wow, Menu hidangan terbaru dari Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger!
Burger terbaru dari Burger King ini didatangkan dengan burger daging lembu asli 100% dibakar, ditambah dengan kepingan keju asli dari Amerika, dicelup dengan sos steak pekat istimewa, bawang istimewa, mayonis, kepingan tomato segar, sayur bayam dan roti sandwich dengan bijiran jagung!
Ianya dijual dengan harga RM15.90 untuk set regular, dilengkapi air bikarbonat dan french fries saiz regular. Dan untuk set burger sahaja, ia cuma berharga RM12.50.
Yang menarik, bagi sesiapa yang memilih set regular, anda juga berpeluang untuk dapatkan free upgrade tanpa sebarang bayaran bertukar ke set Large!, apa motif sebenar ye? kenapa tak bagi je terus set Large? Psikologi kot ni,
Burger King turut ada menganjurkan peraduan khas sempena Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger ini, rujuk pada laman Facebook rasmi Burger King.
Apa-apa pun, jangan ketinggalan!


Posted in Food
Posted on 08 September 2010. Tags: 11 September 2001, 9/11, Agama, Al-Quran, Amerika, Book, Church, Devil, Dove World Outreach Center, Dr. Terry D. Jones, Facebook, Florida, Gainesville, Gereja, Haram, Hina, Islam, ISLAM is of the DEVIL, Koran, Kutuk, Media, Paderi, Pastor, Religion, Terry Jones, World Trade Center
Dr. Terry D. Jones , seorang paderi/pendakwah di Florida, Amerika, mengumumkan beberapa hari lalu, bahawa beliau akan mengadakan majlis “International Burn A Koran Day”, di hadapan gereja beliau.
Upacara pembakaran Al-Quran ini akan diadakan di Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, pada 11 September 2010.
Menurut beliau, ianya sebagai tanda memperingati mangsa tragedi insiden World Trade Center 11 September 2001.
Namun, tindakan beliau yang mendapat tentangan di seluruh pelusuk dunia itu, turut mendapat tentangan dari masyarakat tempatan. Malah kebanyakan paderi dari Gereja lain mengutuk dan mengecam tindakan Terry Jones ini.
Paderi tempatan lain berkata, Keamanan dalam agama membawa kepada keamanan sesebuah bangsa, dan mengutuk tindakan menghina Al-Quran tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan ini bukan merujuk kepada ajaran Kristian sebenar.
Pihak berkuasa Gainesville berkata mereka telah berbuat pelbagai usaha untuk menghalang dari majlis haram ini berlangsung, malah, Jabatan Bomba Gainesville turut berkata tiada permit pembakaran terbuka atau nyalaan unggun api diberi kepada sesiapapun.
Terry Jones, ketika ditemui media berkata, beliau tidak takut dengan ugutan malah beliau turut menghina Islam dengan mengatakan Islam adalah sesat dan mengikut ajaran Syaitan.
Malah, beliau turut menulis sebuah buku yang sudah pasti akan menjadi kontroversi, buku yang bertajuk “ISLAM is of the DEVIL”.
Facebook mengenai acara haram ini telah lama diwujudkan dan menjadi medan kritikan orang ramai.
Apa kata para pembaca luangkan masa untuk Flag dan Report laman berkenaan yang sangat menghina agama Islam. Facebook

Terry Jones
Posted in News, World
Posted on 09 April 2010. Tags: America, Amerika, ayam, Bahaya, Burger, Chicken, Food, Haiwan, KFC, LOL, Makanan, Metro.co.uk, UK, USA
Ini kalau ada jual Kat Malaysia ni, dah tentu ramai orang Malaysia yang jadi gemuk. NK pun akan jadi gemuk macam ni. Bayangkan, Burger ayam, tapi tanpa Roti burger, sebaliknya roti burger itu diganti dengan dengan daging ayam yang tulangnya telah diasingkan!. Satu tangan yang penuh dengan ayam!
Tapi NK tak rasa versi luar negara ni halal. Bila nampak ada sehelai Bacon kat situ, NK rasa ni memang tak halal. Tapi kalau masuk Malaysia, mesti dia akan ganti dengan daging yang halal kan? wah menarik.
Read the full story
Posted in LOL, Picture
Recent Comments