Tag Archive | "Aneh"

Pelik! Bayi berkepala dua lahir di Brazil!


Seorang ibu di Brazil, melahirkan seorang bayi yang berkepala kembar, atau, berkepala dua dengan satu badan di Brazil. Bayi mutan atau keajaiban?

Maria de Nazare, ibu kepada bayi ‘kembar’ itu melahirkan anak tersebut dengan berat yang normal iaitu lebih kurang 4.5Kg.

bayi berkepala dua brazil Pelik! Bayi berkepala dua lahir di Brazil!

Dan sempena bayi itu yang lahir pada awal pagi hari Krismas, mereka berdua dinamakan dengan Emanoel dan Jesus.

Menurut doktor, bayi kembar yang unik itu mempunyai dua otak yang berasingan, dan juga mempunyai tulang belakang berlainan. Tetapi mereka berkongsi menggunakan fungsi jantung dan hati yang sama.

Ibu kepada kembar itu, sudah sedia maklum dengan laporan doktor yang pada awalnya mengesahkan kemungkinan bayi yang lahir adalah bayi kembar, namun langsung tidak menyangka bahawa yang kembar cuma adalah kepala!

Kelahirang bayi itu mengakibatkan sedikit kesukaran kepada pihal hospital kerana kedudukan bayi itu yang kemungkinan perlu dibuat pembedahan besar kepada ibunya, amat berisiko kepada bayi dan juga ibu itu.

Namun kelahiran bayi kembar itu yang dalam keadaan sihat dan bernyawa melegakan pihak hospital yang berjaya menyelamatkan kedua-dua bayi dan juga ibunya.

Anehnya, ini bukan kes pertama berlaku di Brazil, sebelum ini juga bayi berkepala dua pernah dilahirkan, namun bayi itu tidak dapat diselamatkan selepas lemas dan tidak mendapat oksigen yang cukup.

p/s : Ini la baru dikatakan sehati dan sejiwa,

 

Posted in RandomComments (0)

Lembu berkepala dua lahir di Serbia


Seekor anak lembu yang mempunyai dua kepala telah lahir di Serbia pada awal bulan lepas, dan kini selepas sebulan hidup, nampaknya lembu tersebut masih didapati sihat.

Pemilik anak lembu tersebut yang merupakan seorang petani, Radomir Timotijevic, pada awal kelahiran anak lembu tersebut sebenarnya telah diminta oleh pakar veterinar supaya anak lembu tersebut patut di bunuh sahaja kerana khuatir ia akan membawa kepada lebih banyak masalah pada lembu tersebut kelak.

Radomir Timotijevic yang kini telah menggangap anak lembu tersebut sebagai haiwan peliharaan, berkata beliau tidak sampai hati untuk melihat anak lembu tersebut menderita, kerana ketika ini beliau lihat anak lembu itu seronok hidup dengannya.

Radomir Timotijevic berkata beliau sangat terharu setiap kali memberi makan kepada lembu tersebut menggunakan botol, dan tidak berniat untuk menghantar lembu tersebut untuk disembelih.

Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali anak lembu berkepala dua dilahirkan di dunia.

two headed cow in serbia Lembu berkepala dua lahir di Serbialembu kepala dua Lembu berkepala dua lahir di Serbia

Posted in LOL, Weird, WorldComments (8)








Partly powered by CleverPlugins.com