Tag Archive | "Animasi"

Gambar animasi pegun Gif yang menakjubkan


Apa pendapat anda jikalau anda dapat melihat gambar pegun (Still Image) yang mempunyai sedikit animasi yang tidak mencacatkan keseluruhan gambar pegun tersebut? Jom Tengok.

Something more than a Photo but less than a Video

Itulah yang diperkatakan oleh jurnalis DailyMail UK mengenai karya-karya seni dibawah yang menghasilkan gambar pegun, tetapi mempunyai sedikit animasi yang tidak menyebabkan gambar .gif tersebut terlalu menyerupai video.

Adaptasi animasi pada beberapa bahagian gambar tersebut menghasilkan iringan sinematografi yang unik dan mengagumkan.

Contohnya gambar perempuan dibawah yang kelihatan tidak bergerak, namun tiupan angin membuaikan rambut beliau.

ohjoy Gambar animasi pegun Gif yang menakjubkan

Gambar perempuan sedang duduk sambil rambut dan pakaiannya ditiup angin.

tumblr ljmk0oCdjM1qeyuguo1 500 Gambar animasi pegun Gif yang menakjubkan

Gambar orang baca surat khabar, surat khabar diselak muka demi muka.

newspaper Gambar animasi pegun Gif yang menakjubkan

Gambar Teksi yang bergerak pada cermin kedai.

cab Gambar animasi pegun Gif yang menakjubkan

Nak tengok lagi gambar sinematografi .gif yang menakjubkan? Sila ke laman Tumblr berikut : http://fromme-toyou.tumblr.com/tagged/gif

Posted in Internet, RandomComments (4)

Jenama Upin & Ipin diguna untuk penipuan


Siapa yang tak kenal dengan cerita animasi Upin dan Ipin ciptaan produksi negara kita, Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Animasi yang mengisahkan dua beradik Upin dan Ipin ini sangat terkenal di serantau Asia.

Jenama Upin dan Ipin ini sangat terkenal sehingga  banyak produk tiruan telah menggunakan namanya tanpa kebenaran sah dari Les’ Copaque Production.

Sehingga ini menyebabkan jenama Upin dan Ipin ini dipergunakan untuk penipuan di internet. Sebuah iklan di internet menggunakan paparan imej dari Animasi Upin dan Ipin.

Namun, iklan di internet secara terang dan nyata merupakan sebuah penipuan di mana jikalau tidak disedari, pengguna mungkin akan mengalami kerugian sehingga RM58 setiap bulan!

Iklan yang menawarkan produk grafik dari jenama Upin dan Ipin ini meminta pelanggan untuk mendaftar dengan harga RM10, dan pada setiap minggu, nilai kredit telefon bimbit anda akan ditolak secara automatik sebanyak RM12!

upin ipin iklan Jenama Upin & Ipin diguna untuk penipuan

URL iklan yang dikatakan : http://bit.ly/aURLQt

Posted in Internet, Malaysia, WebsitesComments (4)

Peminat Toy Story 3 tukar nama kepada Buzz Lightyear


buzz lightyear notakosong.com  Peminat Toy Story 3 tukar nama kepada Buzz Lightyear

Seorang peminat tegar filem animasi Toy Story 3 yang berasal dari West Bromwich, Steve Bolton, telah menukarkan nama beliau kepada Buzz Lightyear.

Beliau berkata, beliau akan rasa seronok dapat menggembirakan Teman Wanita beliau yang juga merupakan peminat bagi filem animasi Toy Story. Beliau menjangkakan, apabila orang bertanya siapa yang teman wanita beliau sedang bersama, teman wanita beliau akan menjawab Buzz Lightyear!

Beliau turut berkata beliau berharap untuk menjadi lebih popular dikalangan kanak-kanak, dan akan rasa seronok untuk menurunkan tandatangan kepada mana-mana kanak-kanak yang inginkannya.

Source : Telegraph

Posted in LOL, Movie, WeirdComments (2)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com