Akta baru berkenaan penjagaan haiwan akan menyaksikan denda sehingga RM100,000 dan penjara 6 bulan jika didapat terdapatnya penderaan terhadap haiwan.
Hukuman tersebut yang terletak dibawah Akta Kebajikan Haiwan (Animal Welfare Act) akan dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan. Akta tersebut akan meliputi kesemua haiwan, termasuk ikan dan serangga, sama ada menjadi belaan persendirian atau ternakan perniagaan.
Malah, jika haiwan yang dijaga tidak diberi makan sekalipun, ianya akan didakwa sebagai penderaan haiwan.
“Jika anjing anda tidak diberi makan, dikurung didalam sangkar dan ianya tidak mampu keluar mencari makan, itu adalah salah satu cubaan penyeksaan terhadap haiwan.”
Ketika ini, badan veterinar sedang dalam perundingan untuk menetapkan sebuah perangkaan untuk memberi definisi jelas kepada makna “penderaan/penyeksaan”.
Turut menjadi perhatian adalah kes penderaan haiwan yang baru saja berlaku berkenaan PETKNODE. Oleh kerana tiada undang-undang jelas berkenaan penderaan haiwan, tiada tindakan undang-undang boleh diambil keatas pemilik PETKNODE berkenaan penyeksaan kucing.
Tetapi pemilik PETKNODE tersebut akan didakwa pihak berkuasa atas sebab menipu dalam perniagaan, serta menjalankan perniagaan secara haram setelah lesen premis perniagaannya didapati telah tamat tempoh sejak tahun 2009 lagi.
Elok la ada akta undang-undang ni walaupun tragedi dah berlaku dan terlambat responnya. Harap-harap tak ada lagi kes penderaan haiwan seperti yang pernah berlaku sebelum-sebelum ni. Cuba lihat beberapa kes penderaan haiwan yang pernah dilaporkan disini :
Biasa la kan China, macam-macam benda pelik di dunia, China mesti ada yang lebih pelik. Jom tengok pula hobi pelik pemilik haiwan disana, menghias anjing menyerupai haiwan lain.
Jangan terkejut kalau anda terjumpa ‘Panda’ dan ‘Harimau’ yang menyalak di China, ini kerana ianya mungkin berkenaan fenomena kegilaan baru pemilik anjing di China. Mereka mewarnakan anjing-anjing mereka, dan menghiasnya sehingga menyerupai haiwan lain!
Contoh yang paling popular adalah, Panda dan Harimau!
Dahsyat kan? Kalau dulu kecoh dengan amalan memakan anjing di China, kini dengan kegilaan baru ni, agak-agak kumpulan aktivis hak asasi haiwan buat bising lagi tak? Mana la tahu nanti ini dikira sebagai menyiksa haiwan pula kan.
Yang pasti, kegilaan di China ini melampau-lampau sehingga ramai pemilik menghabiskan banyak wang untuk sertai pelbagai pertandingan berkenaan anjing yang diadakan!
Manusia makin kejam, tak sangka masih wujud manusia yang tiada akal sanggup seksa binatang macam ni. Cuba perhatikan gambar anjing diseksa dan hidung dikerat ini.
Anjing ini pada awalnya dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya, terpaksa di ‘bunuh’ bagi mengelakkan ianya mendapat jangkitan lain dan bertambah seksa. Namun selepas perbincangan dengan pihak yang menyelamatkan, anjing tersebut akan di biarkan hidup dan kini pihak tersebut masih mencari mereka yang sanggup menerima anjing tersebut.
Meskipun ianya cuma seekor anjing, malah walau binatang apa sekalipun, tindakan menyeksa binatang adalah haram dan ditegah apa-apa agama sekalipun. Manusia mana agaknya yang langsung tidak berperikemanusiaan sebegini.
Sudah pasti anda dah biasa tengok kucing mengiau, tapi pernahkah anda jumpa kucing yang menyalak? Jom tengok video pelik kucing menyalak macam anjing!
Sila klik pada butang 'LIKE' untuk dapatkan kandungan penuh entri ini
Pelik kan? Boleh pula kucing ni menyalak, dan pemiliknya rakam dalam video, sebelum kucing tersebut perasan ianya dirakam dan perlahan-lahan tukar bunyi kepada bunyi kucing, kejap menyalak, kejap mengiau.
Atau, ini merupakan bunyi kucing yang sebenar?? dan bunyi mengiau cuma adalah samaran kucing?? Pelik, pelik….
Tahukah anda binatang peliharaan comel seperti kucing digunakan oleh tentera untuk membantu di medan perang? Hebat betul kucing ni kan, boleh bantu dalam peperangan rupanya.
Jangan terkejut, kucing-kucing yang terdapat dalam gambar di bawah ni semuanya telah dilatih untuk membantu dalam peperangan.
Dikatakan kucing-kucing ini dilatih oleh Amerika Syarikat bagi program ketenteraannya iaitu Covert Anti-Terrorism Stealth (CATS). Kucing digunakan sebab kucing lebih pandai dari anjing, dan lebih tangkas dari anjing.
Yang paling istimewa, kucing mempunyai sembilan nyawa! ( Haha )
Kucing di medan perang Tebing Barat.
Kucing digunakan ketika Perang Dunia Kedua.
Kucing digunakan ketika perang di Vietnam.
Kucing ketika operasi melibatkan penerjunan di udara. Tak perlu payung terjun sebab kucing mampu mendarat dengan selamat apabila jatuh dari tempat tinggi.
Kucing mempunyai penglihatan waktu malam semulajadi, berguna ketika operasi pada waktu malam.
Pegawai tertinggi CATS membantu dalam perancangan strategi di Pentagon. Barack Obama pun ada!
Haha, menarik kan gambar-gambar di atas? Yang sebenarnya kesemua gambar tersebut adalah tidak benar dan cuma rekaan semata-mata. Sekadar hiburan lawak jenaka semata-mata.
Manusia semakin kejam terhadap haiwan. Kisah terbaru di Malaysia adalah berkenaan Doreen Loo & Allan Tan yang mendera anjing mereka, Sushi.
Awal minggu ini, tersebar sebuah video di YouTube dan Facebook menampilkan seorang lelaki yang sedang mendera haiwan anjing peliharaannya.
Menurut seorang gadis yang tidak ingin diketahui, dan juga merupakan peng-upload asal video tersebut, beliau pada asalnya telah menemui sebuah pendrive ketika sedang bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Menurut sumber, pusat membeli-belah tersebut dipercayai adalah Suria KLCC.
Video tersebut yang memakan masa sehingga lebih 15 minit, sudah pasti akan membuatkan anda rasa sakit hati walau hanya baru seminit menontonnya.
Sepanjang 15 minit tersebut, lelaki yang dipercayai (sudah dibuktikan) bernama Allan Tan, hanya bertindak kejam menumbuk dan menendang anjing tersebut selain memaksa Sushi untuk berdiri. Manakala perakam video tersebut pula dipercayai kekasih beliau iaitu Doreen Loo.
Aktivis penentang kekejaman haiwan telah bertindak melaporkan perkara ini kepada Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) yang berkenaan dan mewujudkan Facebook Fanpage untuk mendedahkan pendera haiwan ini sehingga mereka mendapat hukuman setimpal.
Pelbagai maklumat satu persatu didedahkan di laman tersebut sehinggakan ada yang memberikan maklumat bahawa kedua-dua pendera ini tinggal di Melaka, dan alamat rumah turut didedahkan.
Bayangkan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, di hina oleh Search Engine nombor satu dunia, Google.
Mungkin ianya hanya kebetulan, namun, ia tetap mampu memberikan kesan yang tidak baik terhadap imej pemimpin negara Malaysia ini.
Pernahkah anda Cuba untuk taip pada laman carian Google, “Najib buka puasa” ?
Apa kata anda cuba sekarang, dan saksikan apa yang dipaparkan hasil carian tersebut.
Click image to view larger
Mungkin pada sesetengah orang ianya hanya kebetulan yang tidak dijangka, dan tidak memberi apa-apa makna, namun, apa pula pendapat segelintir yang lain??
“Tween Wolf” – “Wolf Pack”, Subculture baru di US.
Mungkin ni semua disebabkan pengaruh Filem Twilight kot, masing-masing terpengaruh nak jadi tegap macam Jacob Black kan.
Di Texas, USA, dah jadi trend stail baru bagi pelajar disana untuk ke sekolah dengan berpakaian berunsurkan serigala jadian atau ‘werewolves’. Dengan mengenakan aksesori seperti taring palsu dan juga ekor palsu, pelajar-pelajar ini turut menggayakan aksi menyerupai serigala jadian.
Satu kenyataan dari salah seorang ahli “Wolf pack” ini,
“We’re not a gang at all. Gangs are like posers. They just want attention, that’s why they go along tagging stuff. The pack? We’re a family. We go to each other for our problems.”
Wah, nampaknya kawan-kawan yang sama-sama dalam “Wolf Pack” ini dianggap sebagai keluarga, malah jadi salah satu tempat untuk mengadu dan berkongsi.
Dikatakan pelajar-pelajar yang berada dalam kumpulan “Wolf Pack” ini didakwa dapat memahami bahasa haiwan dan dapat berkomunikasi dengan mereka. Malah turut mendakwa diri mereka mendapat kebolehan luar biasa apabila bulan purnama berlaku.
Mereka yang menjadi ahli “Wolf Pack” ini tidak seperti Subculture lain sepert Emo, Gothic dan sebagainya, walaupun cara berpakaian mereka lebih kurang menyerupai. Mereka ini dikatakan lebih terpengaruh dengan filem berbanding dengan muzik. Antara filem yang menjadi pengaruh sudah pasti Twilight, malah juga Van Helsing.
Apa -apa lah, asalkan jangan sampai satu masa jadi macam gambar dibawah ni sudah.
Hari ni NK nak kongsi sebuah cerita yang NK dapat dari Lowyat.net/Kopitiam. Cerita yang menyayatkan hati ini mengenai Kisah seorang pemuda cuba untuk menyelamatkan nyawa seekor anjing yang dalam kesakitan dan derita. Apa yang NK faham dalam, pemuda ini adalah seorang lelaki melayu bersama rakannya seorang pemuda cina. Malah dua orang gadis lain yang membantu beliau dalam kisah ini juga merupakan melayu.
Kopitiam yang selalu dengan kisah-kisah mengarut ni pun ada juga diselitkan kisah-kisah bermoral macam ni. Teruskan membaca,
Memang amat sedih. Dalam zaman bertamadun macam ni pun ada orang yang sanggup menyiksa binatang. Walaupun ianya seekor anjing (haram bagi umat islam), namun ini tidak bermakna anjing tersebut boleh disiksa begitu sahaja.
Bayangkan, anjing tersebut sudah diikat kaki dan tangan, sudah tu dijolok pula mulutnya dengan kayu. Kalau lihat betul-betul dalam gambar dibawah, boleh dilihat dengan jelas bahawa anjing tersebut diseksa sehinggakan terpaksa bergelumang dalam najisnya sendiri.
Recent Comments