Tag Archive | "Apple"

11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs


Sempena genap sebulan Steve Jobs meninggal dunia, koleksi gambar detik bersejarah kali ini akan memaparkan 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs. Jom tengok!

steve jobs in cupertino 1982 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs di rumah di Cupertino, California. 1982

steve jobs lunchtime meeting 1982 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs ketika bermesyuarat. 1982

steve jobs with Lisa apple computer 1982 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs dan Komputer Apple 'Lisa'. 1982

steve jobs 1997 boston before macworld 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs buat persediaan untuk MacWorld Boston. 1997

steve jobs 1997 before macworld 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs sebelum muncul di pentas MacWorld. 1997

steve jobs 1997 macworld expo 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs di pentas MacWorld Boston. Keynote yang dianggap paling bersejarah. 1997

steve jobs 1997 macworld bill gates call 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs menerima panggilan dari Bill Gates ketika MacWorld sedang berlangsung. 1997

steve jobs 1997 macworld on flight 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs dalam penerbangan pulang dari MacWorld. 1997

steve jobs 1997 after macworld 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs bersama John Lassite di ibu pejabat Pixar. 1997

steve jobs 1997 with wife laurene 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs dan Isteri, Laurene Jobs di halaman rumah mereka. 1997

steve jobs in office 2004 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Steve Jobs di pejabat. 2004 (Gambar kenangan terakhir berwarna hitam dan putih)

Selesai sudah 11 gambar kenangan paling berharga Steve Jobs.

Bagaimana CEO baru Apple, Tim Cook memainkan peranan sepanjang sebulan pemergian Steve Jobs? Dengan pelancaran iPhone 4S baru yang banyak menerima kritikan, mungkin ramai yang masih terkenangkan Steve Jobs.

‘Apple-fags’ atau peminat ‘kipas-susah-mati’ Apple ada yang terharu tak tengok gambar-gambar ni?

Nah gambar terakhir senyuman Steve Jobs untuk peminat tegar produk ciptaan Apple.

steve jobs black and white 11 gambar unik detik bersejarah Steve Jobs

Posted in RandomComments (0)

8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3


Entri ketiga (#3) ini memaparkan 8 gambar rawak yang melibatkan tokoh terkenal, mahupun peristiwa yang menjadi catatan dalam sejarah dunia. Jom tengok,

Lampiran gambar-gambar ketika berlakunya perang Vietnam, dan gambar Tanah Melayu ketika selepas kemerdekaan. Gambar tokoh terkenal seperti Datuk Seri Najib Razak, Steve Jobs dan juga Bill Gates. Dan gambar penipuan foto terkenal ‘Cottingley Fairies’.

rosmah dan najib 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3

Gambar sekeluarga Najib dan Rosmah

bill gates dan steve jobs 1991 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3

Steve Jobs dan Bill Gates 1991

The Cottingley Fairies 1917 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3

Penipuan foto gambar 'The Cottingley Fairies' 1917

Kampung baru 1960 an 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3

Kampung Baru Kuala Lumpur 1960-an

Kampung baru 1960 an 2 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3

Kampung Baru Kuala Lumpur 1960-an

1964 perang vietnam 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3

Seorang lelaki meminta bantuan askar untuk pengebumian anaknya. Perang Vietnam 1964

1966 vietnam menyorok dari viet cong 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3

Rakyat Vietnam menyorok dari Komunis Viet Cong. Perang Vietnam 1966

vietnam buddhist burn himself 1963 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #3

Sami Buddha Vietnam bakar diri sendiri sebagai tanda protes pemerintahan kejam kerajaan. 1963

Tak cukup menarik? Nantikan entri lanjut berkenaan gambar penuh bersejarah Steve Jobs semenjak tahun awal penglibatan beliau dengan Apple sebagai tanda penghormatan peninggalan beliau.

Posted in RandomComments (1)

Beli iPhone 4S semata-mata untuk pecahkan?


iphone 4s still breaks Beli iPhone 4S semata mata untuk pecahkan?

Tahukah anda ramai orang yang beratur lebih 12 jam untuk dapatkan model baru Apple iPhone 4S? Dan ini video pelanggan yang beratur 12 jam, untuk pecahkan iPhone 4S ni.

Sejurus sahaja mamat ni dapat iPhone 4S yang sudah pasti perlu di pra-tempah, dia pun bawanya keluar dari Apple Store, dan dihadapan ramai pelanggan lain yang masih beratur untuk membeli iPhone 4S ni, dia campakkan iPhone itu.

Tiada kesan retak atau pecah ketika kali pertama iPhone 4S dihempas. Tapi mamat ni pun mula campak iPhone itu buat kali kedua,

RETAK seribu!

Dah pasti peminat Apple sah mengamuk kalau tengok ni, sedih tak terhingga ya?

Yang pasti, rupa-rupanya ini cuma gimik pemasaran untuk servis yang dijual oleh mamat tu, dia ni merupakan pembekal dan juga memberikan khidmat membaikpulih iPhone.

Mahal sungguh kos untuk gimik tu kan? Sanggup beratur 12 jam, dan keluarkan wang untuk beli iPhone 4 tu, dan pecahkan begitu saja!

Posted in RandomComments (2)

Punca Steve Jobs meninggal bukan Kanser, tapi HIV?


Siapa yang tak kenal Steve Jobs, pengasas Apple yang amat disegani di seluruh dunia. Namun kematian beliau baru-baru ini dikatakan bukan disebabkan kanser, tetapi HIV?

Steve Jobs, atau nama penuh beliau, Steven Paul Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 yang lalu selepas 9 tahun cuba menentang jangkitan Kanser Pankreas (Pancreatic cancer) yang ditanggung beliau, dan akhirnya selamat dikebumikan pada 7 Oktober 2011.

Namun, sejurus selepas kematian beliau, satu khabar angin yang tidak senang tersebar mengenai punca sebenar kematian Steve Jobs. Walaupun sudah disahkan bahawa beliau mati akibat Kanser, tetapi wujudnya satu laporan perubatan (Medical Report) bertarikh 1 September 2004 yang menyatakan, beliau menghidapi bakteria penyakit HIV Positif.

Cuba lihat pada paparan laporan perubatan dibawah ini,

steve jobs hiv reports Punca Steve Jobs meninggal bukan Kanser, tapi HIV?

Benar atau Palsu?

Ramai laporan lain di internet mengatakan yang laporan perubatan ini adalah palsu dan cuma rekaan semata-mata, tapi tak kurang juga yang menyokong bahawa ianya benar dan sahih!

Jikalau ianya benar, bermakna Steve Jobs pernah terlibat dengan gejala tidak sihat yang kesannya adalah HIV Positif seperti seks bebas, homoseksual dan juga pengambilan dadah! Mengejutkan!

Apa-apa pun, mungkin benar laporan ini cuma palsu, yang sudah pergi itu biarkan sahaja, tak perlu diungkit kisah lama mungkin.

“Steve Jobs merupakan antara jurutera teknologi paling unggul di abad ini, dihormati dan disegani ramai orang, sama ada yang mengenali atau tidak mengenalinya secara dekat.”

Posted in News, TechnologyComments (1)

Remaja China jual buah pinggang demi iPad 2


Seorang remaja 17 tahun berasal dari daerah Anhui, China, sanggup gadai buah pinggang dengan menjualnya di pasaran gelap demi memiliki iPad 2. (Gambar kesan pembedahan disertakan)

Pelajar tersebut yang dikenali dengan nama Zheng, berkata beliau mahu beli Apple iPad 2, tapi beliau langsung tidak mempunyai wang. Beliau kemudiannya terserempak dengan iklan di internet yang mengiklankan pembelian buah pinggang.

Setelah menghubungi agen iklan tersebut, beliau kemudiannya sanggup membuat perjalanan hingga ke sebuah hospital di bandar Chenzhou di daerah Hunan, China.

Setelah 3 hari terlantar di hospital akibat dari pembedahan tersebut, beliau kemudiannya pulang ke rumah. Namun, tidak dapat menyorokkan kes tersebut dari diketahui oleh ibunya.

China Teens sells kidney for iPad 2

chinese kids sells kidney Remaja China jual buah pinggang demi iPad 2

Ibunya kemudian melaporkan kes tersebut kepada pihak polis. Pihak berkuasa yang melakukan siasatan berkata bahawa tiada kesan atau rekod pernah berlakunya pembedahan buah pinggang di hospital yang didakwa oleh remaja tersebut.

Kes penjualan dan pencurian buah pinggang di China adalah kes yang amat serius kerana ianya mempunyai harga yang amat tinggi di pasaran gelap. Pelanggan dari luar negara sanggup membelanjakan beratus ribuan Dollar Amerika Syarikat untuk mendapatkan walau satu bahagian buah pinggang sekali pun.

Macam-macam, lepas ni jual anak untuk dapat Apple iPad 2 pula agaknya. Harap-harap jangan berlaku kes ni di Malaysia.

Posted in News, WorldComments (0)

iPad 2 dilancarkan di Malaysia – Senarai Harga


Hari ini, Apple iPad 2 dilancarkan dan mula dijual di Apple Store di Hong Kong, India, Korea, Filipina, Singapura dan tidak ketinggalan Malaysia. Jom tengok pakej harga yang ditawarkan.

Nampaknya khabar angin sebelum ini mengenai harga Apple iPad 2 di Malaysia sememangnya benar dan berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan bagi setiap model.

iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi Sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi dan 3G = RM1899/RM2199/RM2499

apple ipad 2 price in malaysia iPad 2 dilancarkan di Malaysia   Senarai Harga

Apa lagi, segera dapatkan Apple iPad 2 yang dijual jika anda sememangnya peminat Apple sejati!

Malah, menurut maklumat yang diberitahu, kebanyakan Apple iPad 2 yang dijual di Apple Store dan Machine, sudah habis dijual, dan jikalau anda pun, cuma model iPad 2 berwarna hitam! Pilihan warna putih kehabisan stok!

apple ipad 2 store in malaysia iPad 2 dilancarkan di Malaysia   Senarai Harga

Posted in News, TechnologyComments (0)

Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxis


Apple iPad 2 akan dilancarkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia esok hari, (29 April 2011), dan peminat sudah mula beratur di kebanyakan Apple Store Kuala Lumpur.

Malah beberapa pakej harga juga sudah mula tersiar dan tersebar di beberapa laman web, blog, dan forum yang membincangkan mengenai Apple iPad 2 ini.

iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi+3G = RM1899/RM2199/RM2499

Benar atau tidak harga rasmi yang ditawarkan, itu belum dapat dipastikan selagi produk tersebut belum secara rasminya dilancarkan.

Yang menarik, terdapat satu keratan ‘flyers’ yang sudah mula tersebar di internet mengenai pakej harga jualan Apple iPad 2 oleh Maxis di Malaysia. Turut disebarkan adalah gambar bocor pakej harga dan plan data untuk telco Maxis tersebut.

Jom Tengok,

maxis ipad 2 data plan Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxismaxis ipad 2 Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxis

Betul atau tidak, itu masih belum dapat dipastikan. Nantikan berita rasmi dari Maxis sendiri.

Nantikan kiriman akan datang mengenai maklumat harga rasmi penjualan Apple iPad 2 di Malaysia.

Posted in Ekslusif, News, TechnologyComments (4)

Baru! Samsung Galaxy Tab 8.9


Selepas begitu kecewa dengan pelancaran Apple iPad 2 yang begitu menakjubkan, Samsung kini cuba buat kejutan dengan Samsung Galaxy Tab 8.9!

Samsung sebelum ini mengumumkan pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 dimana ianya dikatakan saingan kepada Apple iPad 2, namun kenyataan tersebut ditarik semula setelah iPad 2 mula dijual.

Dikatakan bahawa Samsung Galaxy Tab (SGT) 10.1 tidak mampu menandingi kenipisan iPad 2 meskipun dari segi Hardware, SGT 10.1 jauh lebih mengagumkan berbanding iPad 2.

Maka, dengan pengumuman pelancaran SGT 8.9 ini, Samsung berharap dapat menandingi kenipisan iPad 2. Seperti sedia maklum, SGT 8.9 akan mempunyai skrin dengan saiz 8.9 inci.

Apa yang pasti, ianya akand mempunyai Dual-Core Processor dan dilengkapi dengan Operating System (OS) Android Honeycomb 3.0 Tablet.

samsung galaxy tab 2 8 9 Baru! Samsung Galaxy Tab 8.9

Berdasarkan teaser yang dipaparkan, SGT 8.9 ini yang boleh dikatakan saiz yang sempurna akan dilancarkan pada 22 Mac 2011 di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Pada acara Samsung Mobile Unpacked 2011 tersebut, anda mungkin akan terpegun dengan saiz table tersebut yang jikalau berdasarkan teaser di bawah, ketebalan mungkin lebih kurang sahaja dengan saiz audio port 3.5mm!

samsung galaxy tab 2 8 9 picture Baru! Samsung Galaxy Tab 8.9

Samsung unveiled the Samsung Galaxy Tab 8.9 inch

Posted in News, TechnologyComments (0)

DiGi bukan lancarkan iPad 2, tetapi promosi iPhone 4


Khabar angin sebelum ini mengenai DiGi akan lancarkan Apple iPad 2 termasuk data plan, nampaknya hanyalah rekaan semata-mata.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah DiGi sedang sibuk mempromosikan Apple iPhone 4 dan DiGi Smart Plan.

Menurut pengumuman dari DiGi,

Morning! Starting from today until 31st March 2011, all new iDiGi subscriptions are entitled to purchase a 2nd Apple iPhone 4 without a contract! Price starts from RM2290.

So, get a 2nd iPhone for your loved one today! Visit any of the outlets listed here http://cot.ag/b4PVhO to grab not one, but two iPhones.

Agak pelik digi masih menjual Apple iPhone 4 pada harga yang tinggi iaitu RM2290, sedangkan di pasaran luar iPhone 4 sudah turun harga sehingga cuma mencecah RM2000.

Apa yang dilihat sebagai promosi ini, nampaknya cuma kelihatan seperti cubaan dari DiGi untuk menghabiskan stok Apple iPhone 4.

Dengan ini, sudah terang dan nyata nampaknya Apple iPhone baru, (iPhone 5?) sudah hampir untuk diumumkan.

Entri sebelum ini mengenai khabar angin Apple iPad 2 dari DiGi : http://notakosong.com/3267/news/digi-lancarkan-apple-ipad-2-dan-data-plan/

digi launch apple ipad 2 DiGi bukan lancarkan iPad 2, tetapi promosi iPhone 4

Posted in News, TechnologyComments (0)

DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan?


DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan? Betul ke ni? Kalau benar, berapa pula harga yang ditawarkan?

Menurut sumber, dan berdasarkan poster iklan yang tersebar, pengumuman mengenai perkara ini akan disebarkan pada 8 Mac 2011 nanti.

Apa-apa pun, layan dulu poster teaser dari DiGi ini.

digi launch apple ipad 2 DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan?

Apple iPad 2 from DiGi : Price and Data Plan waiting for unveiling?

Posted in News, TechnologyComments (1)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com