Tag Archive | "April"

Proton Prevé, bakal dilancarkan April 2012


Proton P3-21A, atau nama yang diura-urakan sebagai nama rasmi model baru dari Proton ini, Proton Prevé, bakal dilancarkan April ini. Nak tengok gambar sebenar? jom!

Proton Prevé, membawa maksud ‘untuk membuktikan’ dalam bahasa Sepanyol, sesuai dengan slogan Proton Prevé, “Drive it to believe it”. Membawa maksud yang lebih kurang seperti, “Dah cuba pandu, baru tahu dan ini buktinya”.

Di bawah ni ada beberapa gambar Proton Prevé yang rasa-rasanya berwarna Merah Plum, sama seperti warna pada Proton Inspira.

Proton Prevé 3 Proton Prevé, bakal dilancarkan April 2012Proton Prevé 2 Proton Prevé, bakal dilancarkan April 2012Proton Prevé 1 Proton Prevé, bakal dilancarkan April 2012

Cantik bukan??

Tak sabar rasanya nak lihat Proton Prevé ni dalam warna yang lain pula. Dan juga, reka bentuk dalaman kereta ini yang katanya mengikut citarasa Eropah!

Rasanya mungkin kena tunggu hingga hari pelancaran baru berpeluang lihat dengan lebih jelas. Nantikan entri seterusnya untuk perkembangan terkini Proton Prevé!

Sumber : funtastickodesign.wordpress.com

Posted in Automotive, NewsComments (0)

Gambar kes rompakan pecah rumah di Subang Jaya USJ 3


17 April yang lalu, sebuah rumah di Subang Jaya USJ 3/3 telah dirompak dan dikira sebagai kes pecah rumah, melibatkan 4 orang lelaki berbangsa india yang memakai topeng.

Berikut merupakan kenyataan yang ditulis mengenai tragedi yang berlaku ini :

My friend’s house was broken into last night (17/4/11) at around 10.20 pm in the USJ 3/3 area. 4 Indian guys dressed totally in black and wearing masks and gloves scaled her wall and prised up her inner grille gate (pls see attached photo). Shocking!

She and her husband were upstairs while her 12 yr old son and maid were downstairs. Her son heard the sound of the robbers breaking in and ran upstairs but the robbers were so fast. One held a parang to my friend’s neck while another held a sword to her husband’s neck. Fortunately, after taking their jewellery, money, laptop and handphones, they left. No one was injured.

Please be on the alert.

grill pecah rumah Gambar kes rompakan pecah rumah di Subang Jaya USJ 3

Bahaya betul, pintu pagar dah kunci pun boleh dibuka sampai bengkok-bengkok. Mungkin besi pagar tu besi pagar murahan? Made in China? Atau kerana besi pagar tersebut jenis besi kosong yang sememangnya mudah untuk dilenturkan?

Apa-apa pun, sila berjaga-jaga dan amalkan keselamatan yang lebih unutk diri anda dan keluarga. Nasib baik ahli keluarga mangsa tidak diapa-apakan.

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpur


Ingat lagi entri April tahun lepas berkenaan hentian Puduraya yang dinaiktaraf? Nampaknya naiktaraf ini sudah berbulan sempurna dan mula beroperasi. Jom tengok hasilnya.

Puduraya merupakan stesen bas yang menjadi hubungan utama bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia dan juga pekan-pekan di setiap negeri. Pelbagai golongan masaarakat menggunakannya tidak kira, pelajar, profesional, sehingga warga emas.

Memang canggih pembangunan yang dibuat pada Hentian Puduraya ini. Apa-apa pun, diharap masalah-masalah utama pada Hentian Puduraya yang dahulu dapat diselesaikan dan dihindarkan sama sekali.

Terutama masalah melibatkan keselesaan dan keselamatan penumpang. Ulat-ulat tiket juga diharap dapat dibendung dengan wujudnya kaunter tiket elektronik.

Jom tengok gambar-gambar dibawah yang menampilkan perubahan baru pada Hentian Puduraya.

puduraya baru 1 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 2 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 3 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 4 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 5 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 6 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 7 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 8 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpur

Maklumat tambahan, Hentian sementara Bukit Jalil juga sudah mula dihentikan operasinya.

Posted in Malaysia, NewsComments (6)

Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?


Agak-agaknya, apa maksud poster teaser yang Pizza Hut keluarkan ini? Adakah berkenaan promosi 50% diskaun di Pizza Hut? Jom tengok poster yang dikeluarkan.

Berdasarkan poster tersebut, terdapat simbol 50% pada kesemua tarikh hari bekerja pada dan selepas 14 April 2011. Namun, sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya, apakah maksudnya simbol 50% tersebut.

Pizza hut 50 peratus discount Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?

Adakah ini untuk bersaing dengan promosi keluaran KFC dan McDonald’s yang begitu hebat sekali dengan promosi jualannya? Diskaun 50% atau separuh harga untuk kesemua pembelian Set Pizza pada tarikh-tarikh yang dinyatakan?

Apa-apa pun, kita nantikan sama-sama kejutan istimewa dari Pizza Hut ini!

Posted in FoodComments (1)

Green Globe Expo ICN UTP 2011


Ingat lagi entri sebelum ini mengenai International Culture Night (ICN) di Universiti Teknologi Petronas? Mulai hari ini, pelbagai acara sampingan diadakan sebelum berlangsungnya ICN.

Acara sampingan yang bermula hari ini dan bermula sejak awal pagi tadi, ialah Green Globe Expo dan International Culture Exhibition.

Pelbagai gerai-gerai kecil dibuka di ekspo tersebut. Antaranya gerai-gerai menjual pelbagai hidangan makanan ringan dan minuman, pakaian dan aksesori kecantikan, malah tidak kurang juga gerai-gerai khas yang menampilkan keunikan berlainan bangsa yang dipaparkan oleh pelajar-pelajar antarabangsa.

green globe expo utp Green Globe Expo ICN UTP 2011

Kalau itu tidak cukup, ada pelbagai aktiviti dan permainan menarik untuk dicuba! Malah, permainan ekstrem seperti Paintball turut disediakan!

Ingin dapatkan tiket untuk International Culture Night yang berlangsung pada 1 April? Jangan lupa singgah ke gerai jualan tiket yang disediakan Khas!

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Green Glove Expo dan International Culture Exhibition :

Tarikh : 28 Mac 2011 hingga 1 April 2011
Tempat : Poket D dan Poket C, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak.

Untuk makluman-makluman terkini, ikuti ICN UTP di laman Facebook : http://www.facebook.com/icnutp

Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan ekspo yang berlangsung selama 5 hari ini!

Datang jangan tak datang!

Posted in EventsComments (2)

Perodua Myvi baru awal tahun 2011


Nampaknya terdapat ura-ura terbaru mengenai pelancaran Perodua Myvi baru menggantikan rupa Perodua Myvi yang sekarang pada April 2011.

Setelah banyak model facelift Myvi yang telah diperkenalkan, contohnya seperti Myvi SE, Myvi LE, malah Myvi EE, akhirnya rupa Perodua Myvi ini akan diubah bentuk sepenuhnya.

Malah, rupa Perodua Myvi baru yang bakal menggantikan yang lama ini akan berdasarkan Model yang telah diperkenalkan di Jepun, iaitu Daihatsu Boon tahun 2010.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Perodua Myvi baru ini akan turut dilengkapi dengan spesifikasi enjin yang baru. Sebelum ini Perodua Myvi hanya dilengkapi dengan enjin berkuasa 1.0L dan juga 1.3L, tetapi, Perodua Myvi 2011 ini akan turut didatangkan dengan enjin pilihan 1.5L.

Mengenai rupa luaran Perodua Myvi baru ini pula, keseluruhanya akan kemungkinan berdasarkan model Daihatsu Boon 2010 yang akan diubah suai mengikut citarasa tempatan. Yang menarik, berkemungkinan besar model Perodua Myvi 2011 ini akan didatangkan lengkap dengan lampu depan Projektor!.

Rupa dalaman Perodua Myvi 2011 ini berkemungkinan akan berlainan sepenuhnya dengan rupa yang sebelum ini. Aksesori tambahan pilihan berkemungkinan turut menjadi pilihan ialah pilihan untuk menambah skrin LCD bersaiz 5 inci atau 7 inci.

Namun tiada maklumat mengenai Harga Perodua Myvi 2011 baru ini yang dapat diperoleh, berkemungkinan besar ianya akan menghampiri RM60,000 tanpa insuran spesifikasi penuh.

Apa-apa pun, berikut merupakan gambar model kereta Daihatsu Boon 2010 yang menjadi asas Perodua Myvi 2011.

gambar daihatsu boon Perodua Myvi baru awal tahun 2011daihatsu boon perodua myvi Perodua Myvi baru awal tahun 2011gambar daihatsu boon perodua myvi baru Perodua Myvi baru awal tahun 2011

Posted in AutomotiveComments (15)

Adam Lambert The Glam Nation Konsert di Malaysia 2010


Berita baik bagi semua peminat naib juara American Idol musim kelapan, Adam Lambert!! Adam Lambert yang terkenal dengan lagu hit single nya ‘Whataya Want From Me‘, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia!

Konsert ini yang pernah dikatakan pada April awal tahun ini pada mulanya kelihatan seperti tidak menjadi, namun, pengumuman rasmi telah dibuat di laman web rasmi Adam Lambert mengesahkan konsert ini akan diteruskan.

Antara Lokasi lain yang telah dirancang bagi siri konsert jelajah Asia ini, selain Kuala Lumpur, ialah, Hong Kong, Manila, Australia dan New Zealand.

Oleh kerana Kuala Lumpur merupakan lokasi yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara, kemungkinan besar peminat-peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei malah Thailand akan turut hadir!

Namun demikian, meskipun tarikh untuk Konsert di Kuala Lumpur telah ditetapkan, lokasi persembahan beliau masih belum dapat ditentukan. Mungkinkah di Bukit Jalil seperti Konsert Paramore??

“I hope the audience will be able to escape for a few hours and fall into a world full of glam, drama and excitement. I am confident we have put together a show FAR beyond the price of the ticket. I am looking forward to connecting with fans all across the world with this show.”

- Adam Lambert

Adakah ini bermakna, konsert Adam Lambert akan menawarkan harga Tiket yang berbaloi?? Nantikan pengumuman rasmi dari Marctensia dan Sony Music~

 Adam Lambert The Glam Nation Konsert di Malaysia 2010

http://www.adamofficial.com/my/news/adam-lambert-glam-nation-tour-live-malaysia-2010

Posted in Celebrity, EventsComments (8)








Partly powered by CleverPlugins.com