Tag Archive | "Artis"

Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?


Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem  yang berasal dari Muar, Johor.

Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.

Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.

Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.

Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.

Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.

Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.

Terkini, Namewee telah membuat sebuah Video Klip mengkritik dan mengutuk tindak tanduk pengetua yang bersikap perkauman, Siti Inshah dengan sebuah video berjudul “Nah!!” . Maklumat lanjut di http://notakosong.com/1785/malaysia/isu-pengetua-siti-inshah-mansor-dan-video-klip-namewee/ .

Dan, Namewee nampaknya baru sahaja selesai dengan satu lagi penahanan polis untuk membuat keterangan dan penjelasan. http://notakosong.com/1805/malaysia/namewee-ditahan-polis-untuk-beri-keterangan-mengenai-video/ .

Facebook : Namewee 黃明志 Official Page
Blogspot   : http://www.namewee.blogspot.com/

NAMEWEE Wee Meng Chee malaysia gambar 768x1024 Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?

Posted in Celebrity, Malaysia, MusicComments (4)

10 Artis YouTube dengan pendapatan lebih USD$100,000 setahun


Sebuah syarikat pengiklanan, TubeMogul, telah menjalankan satu kajian pengiraan mengenai hasil pendapatan artis YouTube dengan kerjasama YouTube.

Kiraan hasil pendapatan ini adalah berdasarkan jumlah paparan yang diterima oleh kesemua video milik Artis YouTube tersebut bermula dari Julai 2009 hingga Julai 2010.

Senarai 10 Artis YouTube dengan pendapatan lebih USD$100,000 setahun :

  1. Shane Dawson – $315,000
    Views: 431,787,450
    Artis Komedi
  2. The Annoying Orange – $288,000
    Views: 349,753,047
    Kisah mengenai buah Oren yang boleh bercakap di dapur bersama rakan-rakan buah yang lain
  3. Philip DeFranco – $181,000
    Views: 248,735,032
    Video Blogger yang amat terkenal, sering bercerita mengenai Budaya dan juga Politik
  4. Ryan Higa – $151,000
    Views: 206,979,909
    Video Blogger yang banyak membuat tutorial
  5. Fred – $146,000
    Views: 200,656,150
    Artis Komedi
  6. Shay Carl – $140,000
    Views: 192,309,247
    Seorang DJ Radio dan juga Artis Komedi
  7. Mediocre Films – $116,000
    Views: 159,030,703
  8. Smosh – $113,000
    Views: 154,936,876
  9. The Young Turks – $112,000
    Views: 153,807,362
    Sebuah Talk Show Politik
  10. Natalie Tran– $101,000
    Views: 138,871,829
    Video Blogger dan Artis Komedi

Jadi ada sesiapa yang nak cuba jadi jutawan dengan buat video do YouTube?

Posted in Celebrity, Internet, VideoComments (3)

6 sebab Geek minat filem Inception


Mesti ramai antara anda yang pernah menonton filem Inception betul tak? Tahukah anda, filem ini dikategorikan filem yang paling diminati golongan Geek.

Terdapat 7 sebab mengapa filem Box Office yang mengutip jualan sehingga $62.8 juta US Dollar ini menjadi minat para Geeks.

  1. Filem ini menggabungkan semua genre filem yang kebiasaannya diminati para Geeks. Genre filem seperti Sains Fiksyen, Pengintipan, dan kesan Efek Filem yang canggih.
  2. Hero filem ini merupakan seorang Geek yang cukup kacak! (Leonardo DiCaprio) Malah watak perempuan turut merupakan seorang Geek yang cukup cantik! (Oh dah jatuh cinta dengan Ellen Page).
  3. Cuba teknik menggodam (Hack) yang belum pernah dibuat orang – Cuba untuk godam fikiran minda orang lain, meletakkan pemikiran lain, dan membuatkan orang tersebut percaya fikiran tersebut memang adalah fikiran asal beliau. Rumit kan? Memang perkara sebegitu yang menjadi minat seorang Geeks untuk teroka.
  4. Wujud sekumpulan Penggodan (Hackers) yang mencipta mimpi dan jalan cerita, supaya orang yang bermimpi tersebut akan membuat segala pergerakan seperti yang telah dirancang. Seorang Geeks mestilah minat Video Game, jadi mimpi tersebut hanya bagaikan Video Game yang perlu dimainkan mengikut jalan cerita.
  5. Kisah percintaan yang mengecewakan. Watak utama Inception sering teringat kepada isteri beliau yang sudah meninggal dunia. Mesti ada kan Geeks yang terkenang tentang kekecewaan dalam percintaan atau terlepas peluang dalam percintaan kan? haha,
  6. Misteri yang masih belum terungkai. Penamat cerita yang bagaikan tergantung menimbulkan banyak soal jawab bagi penonton filem tersebut. Dan seperti biasa, Geeks sememangnya minat untuk membuat kajian mengenai filem ini dan timbul pula dengan penamat sendiri.

Kesimpulannya, adakah anda seorang Geeks?? Haha

Poster film inception 6 sebab Geek minat filem Inception

Posted in LOL, MovieComments (2)

Video YouTube Keong Racun jadi fenomena


Ada antara anda yang layan lagu dangdut tak? Mungkin tak dengar lagu, tapi lebih perhatikan pada penyanyi tersebut kan? Haha,

Sebuah video klip yang dilengkapi dengan lagu dangdut berjudul Keong Racun menjadi fenomena baru di Indonesia, apabila 2 orang gadis remaja dari Bandung, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah merakamkan sebuah video menayangkan aksi mereka bernyanyi mimik bibir lagu Dangdut tersebut.

Lagu Keong Racun yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Dangdut indonesia, Lissa, yang suatu ketika dahulu pernah popular pada tahun 2008, secara tiba-tiba kini sudah melonjak naik kembali popularitinya disebabkan video dari Youtube tersebut.

Berikut merupakan video YouTube Keong Racun ciptaan Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah tersebut,

Hebat kan? walaupun hanya dinyanyikan dengan mimik bibir, video tersebut laku ditonton ramai orang.

Nampaknya rakyat dari negara jiran kita memang hebat dan berbakat menghasilkan video, atau populariti video ini disebabkan dua gadis cantik yang menghasilkan video tersebut?

Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah Video YouTube Keong Racun jadi fenomena

Posted in Internet, Technology, Video, WorldComments (6)

Aishwarya Rai mengamuk di KLIA


Artis Bollywood terkenal dunia, Aishwarya Rai mengamuk di KLIA setelah beg yang dipercayai mengandungi alat kosmetik beliau hilang tidak dapat dicari.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada pagi semalam, dilaporkan bahawa beliau berada dalam keaadaan tertekan sebelum 2 jam kemudian beg putih kesayangan beliau dipulangkan kembali.

Orang ramai mengatakan bahawa, walaupun beliau dilihat begitu tertekan, namun beliau tetap kelihatan anggun. Biasala, bekas Miss World la katakan.

Aishwarya Rai juga turut meluahkan kata-kata bahawa beliau tertekan dengan staf KLIA yang tidak henti-henti mengambil gambar beliau, kata beliau “Berapa banyak lagi gambar mereka nak ambil?”.

Beliau kemudian dilihat meninggalkan KLIA menaiki sebuah Mercedez Benz hitam, dan dipercayai menuju ke Putrajaya.

Kehadiran beliau ke Malaysia adalah untuk melancarkan filem BlockBuster baru beliau di Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam semalam.

Aishwarya Rai mengamuk 300x225 Aishwarya Rai mengamuk di KLIA

Posted in Celebrity, LOLComments (14)

“Pornografi punca kes rogol” – Tun Dr Mahathir


Oleh kerana akses yang terlalu mudah bagi memperoleh bahan Pornografi melalui laman web di internet, Dr Mahathir berkata, ia menjadi punca mengapa kesalahan melibatkan kes jenayah seksual semakin meningkat di Malaysia.

Mudahnya untuk para remaja mendapatkan bahan pornografi seperti gambar-gambar lucah dan video-video lucah dari internet, menyebabkan berlakunya kes penyeksaan seksual yang mungkin turut berlaku terhadap golongan tua malahan bayi!

tun dr mahathir mohamad berucap Pornografi punca kes rogol   Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir turut mengeluarkan kenyataan ketika beliau berucap di ‘Asian Bloggers Social Media Conference 2010′, ketika Multimedia Super Corridor dilancarkan, kerajaan negara sudah berjanji tidak akan mengehadkan penapisan terhadap kebebasan internet. Namun kini beliau hampa dan berharap akan ada penapisan terhadap bahan di internet lebih-lebih lagi bahan pornografi.

Pada Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tersebut juga, beliau berkata bahawa kini dengan kelebihan yang terdapat pada internet, masyarakat dapat memperoleh maklumat berita-berita bukan sahaja melalui media utama, malah juga melalui penulisan para blogger.

Melalui cara ini, masyarakat turut dapat membezakan yang mana konspirasi dan propaganda, dan yang mana satu fakta yang sebenar.

Sumber : AsiaOne

Posted in Malaysia, NewsComments (3)

Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin pada 10 Oktober


Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ataupun dikenali ramai dengan panggilan Dr SMS telah mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan wanita pilihan beliau, Dr Halina Mohd Yunos pada tarikh 10 Oktober 2010.

Tarikh 10 Oktober dipilih kerana ia merupakan tarikh ulangtahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari pelancaran di Rusia.

Sheikh Muszaphar Shukor dan dr halina Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin pada 10 Oktober

Perkahwinan yang bertema ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’ pada waktu pagi akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pernikahannya dimana orang ramai dijemput hadir, dan pada waktu malamnya di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Wah, akhirnya tamat juga zaman bujang Dr SMS yang kini dah berumur mencecah 38 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos!

Posted in Celebrity, MalaysiaComments (4)

UPSR dan PMR akan dilupuskan


08052008056 UPSR dan PMR akan dilupuskan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berkemungkinan untuk dilupuskan dari sistem peperiksaan awam. Begitulah apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan.

Dikatakan juga bahawa, UPSR dan PMR tidak digunakan lagi untuk meminta pekerjaan kerana kebanyakan majikan ketika ini hanya cenderung kepada kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

UPSR dan PMR hanya digunakan ketika untuk memohon tempat ke sekolah-sekolah elit contohnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Maka lebih baik jika UPSR dan PMR dijadikan sebagai penilaian peringkat sekolah.

pmr johor UPSR dan PMR akan dilupuskan

Dengan dilupuskan UPSR dan PMR dari sistem peperiksaan awam, guru-guru dan pelajar sendiri dapat lebih menfokuskan kepada peningkatan kreativiti diri pelajar, aktiviti kesukanan dan aktiviti kokurikulum.

Ini dapat turut mengelakkan dari peperiksaan di Malaysia lebih menfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata.

Walaubagaimanapun, keputusan ini masih belum ditentukan dan pelbagai kajian akan dilakukan sebelum ianya dilaksanakan. Kementerian akan menunggu pendapat dari orang awam termasuk ibu-bapa, guru-guru, dan juga pelajar sendiri

Sumber : The Star

Pada pendapat NK, NK setuju 80% dengan idea ini.

Apa yang NK fikirkan, jika UPSR dan PMR sememangnya hanya menjadi penentu ke sekolah mana anda selepas ini, kenapa tidak sekolah itu sendiri yang mengadakan peperiksaan kelayakan masuk ke sekolahnya? Apa yang NK tahu, MRSM memang mempunyai peperiksaan sebelum layak ke MRSM, namun ianya perlu lebih diperhalusi.

Mengenai fokus pada aktiviti tambahan pelajar, kementerian perlu memikirkan apa lain aktiviti tambahan untuk pelajar. Mungkin pelajar boleh belajar lebih mengenai Kesenian dan juga Kebudayaan? Alat Muzik dan juga Bahasa Tambahan mungkin?

Tapi ianya sudah pasti memerlukan lebih kerjasama dari guru-guru dan juga ibu-bapa.

Apa pendapat anda?

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (17)

KITA The Musical @ Istana Budaya


kita10 KITA The Musical @ Istana Budaya

Pementasan Muzikal “KITA” menampilkan semangat dan visi sebenar konsep 1 Malaysia, di mana semua bangsa di Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni, bersatupadu serta bermatlamat untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran di tanah air yang tercinta ini.

Kita The Musical ini memaparkan perasaan kasih sayang antara kaum berbilang bangsa yang ditonjolkan melalui watak Rahman, Cheong dan Amish. Pementasan ini berlatarkan sebuah ladang getah di Teluk Intan, Perak pada tahun 1970-an.

Teater muzikal “KITA” ini telah turut berjaya dicatatkan sebagai pementasan teater muzikal yang melibatkan berbilang bangsa yang paling ramai  di dalam Malaysian Book of Records.

kita1 KITA The Musical @ Istana Budaya

Kita The Musical ini turut melibatkan ramai artis-artis terkenal, antaranya,

  • Hafiz AF7  sebagai Rahman
  • Eric Lin sebagai Cheong
  • Michael Rao sebagai Ganesh
  • Nas Adila sebagai Ayu
  • Amy Wang sebagai Chun Moi
  • Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Pak Hassan
  • Lim Cheng Hock sebagai Chin SR
  • Sukania Venugopal sebagai Grandma Naini

Pementasan Muzikal “KITA” ini telah berlangsung sejak dari 17 jun lagi dan akan berlangsung sehingga 27 jun. Pementasan akan diadakan pada pukul 3 petang dan 8 malam setiap hari. Segala maklumat mengenai Harga Tiket dan waktu pementasan boleh didapati di axcess.com.my.

Terdapat harga promosi bagi pelajar ye, harga tiket cuma RM18!

Posted in Malaysia, Movie, NewsComments (6)

Video Saiful Apek hisap dadah dan ditahan Polis


Video ini yang sempat dirakam oleh wartaman Harian Metro memaparkan rupa Saiful Apek ketika ditahan oleh pihak Polis. Tahanan reman selama 5 hari tersebut telah ditambah 1 hari lagi menjadikan ianya 6 hari.

Keputusan dari tahanan reman tersebut masih lagi belum diwarwarkan.

Dalam Video rakaman tersebut, Saiful Apek kelihatan tenang walaupun digari serta dirantai bersama-sama dengan rakan-rakan beliau.

Ketika ditanya oleh wartawan jikalau penahanan ini ada unsur sabotaj, Saiful Apek menjawab, “No Komen”.

Antara ayat-ayat lain dari Saiful Apek ialah,

“Doakan saya ye”,

“Terima Kasih semua”,

“Jangan risau, saya dilayan baik”,

Kiriman NK sebelum ini berkenaan penahanan Saiful Apek keatas penyalahgunaan Dadah serta tuduhan menghisap Ganja.

Posted in Celebrity, MalaysiaComments (10)

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda:

Sponsors

Follow Us!

twitter / notakosong
twitter / whykimi

As seen in

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic
Blogged.my
Free Automatic Backlink
Web Analytics
BHO Malaysia Top Site Ranking

BlogMalaysia.com

Partly powered by CleverPlugins.com