Tag Archive | "Artis"

Kisah Yuna diterbitkan di New York Post


Yuna, seorang artis yang tidak asing lagi di Malaysia, dan juga pemegang anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke-17. Kini lebih dikenali di Luar Negara!

Beliau, kini merupakan sorang artis yang bernaung di bawah FADER Label, New York.

Kisah mengenai kejayaan Yuna disana turut mendapat perhatian media disana, dan artikel mengenai beliau turut dikeluarkan oleh New York Post. Boleh baca liputan media disana di laman ini.

Yuna dikenali disana dengan iringan muzik ciptaan dan nyanyian beliau yang begitu menyerupai Colbie Caillat, dengan lagu beliau “Decorate”.

Saksikan video klip lagu “Decorate”, keluaran FADER Label.

yuna music malaysia new york post Kisah Yuna diterbitkan di New York Post

EP pertama beliau disana akan dikeluarkan pada tarikh 15 Mac 2011, dan album penuh beliau akan dikeluarkan menjelang pertengahan tahun ini.

Teruskan mengikuti maklumat terkini Yuna di Yuna Music.

Apa-apa pun, Tahniah kepada Yuna, semoga terus berjaya dan membawa nama Malaysia ke persada Antarabangsa.

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

Drama Realiti Gadis Semasa Sunsilk (GSS)


Pernahkah anda tonton Drama Realiti Gadis Semasa Sunsilk (GSS) ? Drama terbaru di TV3 ini sudah ditayangkan sejak dari 11 Januari 2011 lagi.

Drama arahan Bernard Chauly ini merupakan sebuah drama realiti yang mengisahkan tentang pencarian seseorang yang mampu memenuhi kriteria dan kualiti untuk digelar gadis masa kini. Kerana itulah ianya dipanggil Gadis Semasa Sunsilk.

Program Drama Realiti tajaan Sunsilk ini turut menampilkan tiga orang selebriti yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air iaitu Ajai, Wardina dan Bambang Soteto. Mereka ini ditampilkan sebagai Mentor yang akan mengasah bakat, menyerlahkan lagi penampilan gadis semasa yang terpilih.

Sebagai seorang komposer, penerbit muzik dan penyanyi yang amat terkenal, Ajai akan mencungkil bakat terpendam gadis semasa agar kemampuannya akan dapat ditonjolkan dengan sepenuhnya.

Wardina pula merupakan selebriti yang berpengalaman luas sebagai model, pelakon, usahawan, dan pengacara. Ini dapat membimbing gadis semasa agar personaliti dan pembawaan dirinya sentiasa mantap, terutamanya dalam industri hiburan tanah air.

Sebagai salah seorang pakar dandanan yang disyorkan oleh Sunsilk, Bambang Soteto akan menyerlahkan lagi keanggunan asli gadis semasa yang terpilih. Sentuhan pakar ini sudah pasti untuk memastikan gadis semasa sentiasa tampil menawan.

Apa-apa pun, untuk lebih lanjut sila saksikan sendiri Rancangan Gadis Semasa Sunsilk (GSS), Setiap hari Selasa, 6 petang di TV3.

gadis semasa sunsilk drama realiti Drama Realiti Gadis Semasa Sunsilk (GSS)

Posted in EntertainmentComments (0)

Justin Bieber LIVE in KL dibawakan oleh Tune Talk!


Justin Bieber LIVE in KL??! Wah, Habis la semua gadis-gadis di Malaysia ni bukan main lagi bersorak apabila idola kegilaan ramai ni datang pula ke Malaysia!

Hebat sungguh Tune Talk, sebelum ini mereka berjaya bawakan Paramore ke Kuala Lumpur, dan kini Justin Bieber pula!

Menurut apa yang diwar-warkan, Konsert Justin Bieber Live in KL ini akan diadakan pada 21 April 2011, namun tapak lokasi konsert masih belum dinyatakan dengan jelas, dan boleh diagak kemungkinan tempat yang sama dengan konsert Paramore, Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan.

Harga tiket pun belum lagi diumumkan, masih menjadi rahsia. Tetapi, bertuah bagi semua pelanggan Tune Talk anda sudah boleh dapatkan tiket anda seawal 15 Januari 2011 ini di Bangsar Village 2!

Justin Bieber di Malaysia? Maaf la, bukan peminat tegar JB, cukup la dah kecewa hati dengan kisah Justin Bieber dan Selena Gomez, Sigh,

Nantikan entri penuh mengenai konsert Justin Bieber Live in Kuala Lumpur.

Oh lupa pula, perkara ni memang sudah disahkan berdasarkan status Twitter @TuneTalk.

p/s : Agak-agak, konsert ni ada bantahan orang ramai tak? demonstrasi benci Justin Bieber ke kan? Eh, Selena Gomez ikut tak? Haha,

tune talk justing bieber Justin Bieber LIVE in KL dibawakan oleh Tune Talk!justin bieber live in kl konsert Justin Bieber LIVE in KL dibawakan oleh Tune Talk!

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (4)

Justin Bieber dan Selena Gomez : Bercinta!


Nampaknya Justin Bieber dan Selena Gomez sah bercinta apabila gambar mereka bercium ketika bercuti di kepulauan Caribbean tersebar luas di internet.

Selena Gomez sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan 2 lagi artis lelaki sensasi iaitu penyanyi Nick Jonas (Jonas Brothers), dan juga Taylor Lautner (Twilight), namun ianya tidak kekal lama dan terkini bercinta pula dengan Justin Bieber!

Manakala Justin Bieber, sebelum ini dikatakan pernah bercinta dengan Jasmine Villegas, namun beliau menafikan dakwaan tersebut.

Oh Justin Bieber, bertuahnya anda. Haha.

Namun, Selena Gomez sebelum ini pernah berkata beliau tidak mungkin akan bercinta dengan Justin Bieber oleh kerana faktor umur.

Beliau berkata bahawa, keluar menjalinkan hubungan dengan Justin umpama keluar dengan adik lelaki. Tapi tengok la apa yang berlaku?

Justin Bieber kini berumur 16 tahun, manakala Selena Gomez pula berumur 18 tahun. Apa pendapat anda?

Justin Bieber and Selena Gomez : In Love!

justin bieber and selena gomez Justin Bieber dan Selena Gomez : Bercinta!justin bieber date selena gomez Justin Bieber dan Selena Gomez : Bercinta!

Posted in CelebrityComments (5)

Rock The World 10 : RTW 10


Rock The World kembali lagi untuk tahun 2010! Rock The World 10 atau RTW 10 merupakan festival acara muzik yang terbesar diadakan di Malaysia.

Acara tahunan yang setiap kali sentiasa dijayakan oleh Fat Boy Records menampilkan ramai artis malaysia yang sudah terkenal dan juga yang masih sedang menggapai kegemilangan.

Setiap kali diadakan, festival ini sentiasa dapat menarik ribuan peminat muzik di serata Malaysia.

Maklumat mengenai Rock The World 10.

Masa: 10pagi
Tarikh: 26 Disember 2010
Tempat: Carpark A, Stadium Bukit Jalil
Harga Tiket: RM30
Senarai Artis : Massacre Conspiracy, Skudap Skudip, Dichi Michi, Couple, One Buck Short, Azlan & The Typewriter, Sevencollar T-Shirt, Bleeding Mascara, Bunkface, Republic of Brickfields, Dragon Red, They Will Kill Us All, Love Me Butch, Pop Shuvit, Bittersweet, Disagree, Lo, The Pilgrims, Gerhana Ska Cinta

Dapatkan Tiket anda di Rock Corner, Music Valley dan juga TicketPro. Malah tiket juga boleh di beli di Pintu Masuk ketika festival berlangsung.

rock the world 2010 Rock The World 10 : RTW 10

Posted in Entertainment, Events, MusicComments (4)

Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?


Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.

Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.

Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.

Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.

Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.

Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.

A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.

This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.

http://itunes.apple.com/my/app/namewee/id400451633?mt=8

Wah, hebat betul.

Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.

Tak kenal siapa itu Namewee? boleh rujuk kiriman lama NK : http://notakosong.com/1814/news/malaysia/biodata-siapa-itu-namewee-wee-meng-chee-yang-sebenarnya/

Hmm, agaknya tak lama lagi ada ke aplikasi khas untuk Notakosong.com pula? icon razz Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?

namewee iphone apps Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Shaheizy Sam dicekup hisap dadah?


Menurut sumber tertentu, dikatakan aktor terkenal Shaheizy Sam baru sahaja dicekup polis kerana hisap dadah?

Pelakon yang terkenal dengan telefilem Adnan Semp-it itu, baru-baru ini telah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui filem Evolusi KL Drift 2.

Manakala menurut keratan berita, artis yang dicekup ketika sedang menunggu bekalan dadah juga merupakan pemenang anugerah Festival Filem Malaysia ke-23.

Turut dinyatakan adalah pelakon tersebut pernah bergelar sebagai anggota sebuah kumpulan pemuzik, mengukuhkan lagi dakwaan kemungkinan besar Shaheizy Sam merupakan artis yang dicekup tersebut.

Turut ditahan adalah tunangnya yang juga pelayan pelanggan (GRO).

Mereka berdua ditahan ketika sedang menunggu bekalan dadah di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang.

Polis menahan kedua-duanya mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan mereka akan ditahan reman.

Yang masih menjadi persoalan, benarkah Shaheizy Sam artis yang dikatakan tersebut??

Shaheizy Sam dicekup hisap dadah Shaheizy Sam dicekup hisap dadah?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (4)

Justin Bieber : Never Say Never The Movie


Artis remaja yang menjadi kegilaan ramai ini nampaknya tidak lama lagi akan turut bergelar seorang pelakon! Makin terkenal la nampaknya selebriti muda ni nanti!.

Justin Bieber dikatakan sedang menjalani penggambaran untuk filem beliau yang pertama nanti.

Filem tersebut akan diberi tajuk “Justin Bieber: Never Say Never“, dimana Never say never ialah tajuk kepada salah satu single beliau yang terkenal gandingan nyanyian beliau dan Jaden Smith.

Menurut beliau, filem yang akan mengisahkan cerita mengenai beliau ini sememangnya ada kena mengena dengan lagu tersebut.

Dimana beliau menceritakan ketika beliau masih kanak-kanak, ramai orang yang lebih berusia dari beliau menghalang beliau untuk melakukan segala apa yang diingini.

When he was a kid, some people said, ‘You can’t play the drums,’ and he did. Or, ‘You can post it on the Internet, but no one will see it.’ Then millions of people saw it.”

- Pengarah : John Chu

Hmm, boleh ke si Justin Bieber ni berlakon? Menari boleh la kot?

justin bieber never say never Justin Bieber : Never Say Never The Movie

Posted in Celebrity, Entertainment, MovieComments (0)

Mantera The Movie : Filem Transformers Malaysia


Pernah dengar tentang Mantera The Movie? Filem baru karya anak tempatan ini nampaknya sudah dalam fasa terakhir untuk ditayangkan tahun depan.

Filem gabungan ‘live-action’ dan animasi ini bertemakan sains fiksyen dan teknologi robotik. Kalau nak tahu, Mantera membawa maksud “Man Transformable Exo-Robotic Armor”.

Dikatakan juga filem ini mendapat ilham berdasarkan filem terkenal Transformers dan juga Filem Iron Man.

Filem arahan Aliyar Alikutthy ini menampilkan gabungan artis dalam negara dan juga luar negara. Antara artis tempatan yang terlibat ialah Tomok yang memegang watak utama (Hero), dan Shiqin Kamal sebagai Heroin.

Turut ditampilkan ialah Ratu Cantik Dunia 2008 yang juga penyanyi popular Ukraine, Natalya Shmarenkova.

Berikut merupakan sinopsis filem tersebut,

MANTERA The Movie

MANTERA mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Saksikan video Teaser Trailer, diikuti dengan Poster MANTERA The Movie.

poster mantera Mantera The Movie : Filem Transformers Malaysia

Posted in Entertainment, Malaysia, Movie, VideoComments (3)

Video TeacherShida atau Cik Shida jadi fenomena YouTube


Pelbagai video milik pengguna YouTube TeacherShida menjadi fenomena baru apabila video-video kirimannya menjadi kontroversi dengan pelbagai reaksi positif dan juga respon negatif.

Video beliau yang kebanyakan tersebar mengenai bakat beliau ‘miming’ lagu milik artis lain, menjadi satu video viral yang begitu hebat tersebar di seluruh internet sebagai contohnya di FaceBook.

Malah, selain mempunyai Channel YouTube sendiri, Cik Shida turut mempunyai Profile Fanpage Facebook milik beliau. : http://www.facebook.com/pages/CikShida-Original/107343609329183

Teacher Shida atau nama sebenar beliau Roshida binti Abd Aziz merupakan seorang Guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Padang, Parit, Perak.

Melalui Fanpage beliau di Facebook, beliau turut menyatakan bagaimana beliau dikritik hebat oleh orang ramai,

video-video miming saya telah mendapat pelbagai reaksi positif juga tidak kurang yang negatif dari masyarakat Malaysia di Alam Maya ini KERANA STATUS SAYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK (GURU). AND I’M PROUD TO BE A TEACHER!

Video-video rakaman beliau yang tersebar luas di internet menyebabkan beliau dituduh sebagai hanya pandai membuat video hiburan semata-mata.

Namun, berdasarkan playlist yang terdapat didalam YouTube, beliau turut memasukkan video yang berunsur pendidikan contohnya video mengenai Choral Speaking dan sebagainya.

Antara video rakaman miming yang popular beliau adalah seperti, MIMING Yank (Wali Band), MIMING Jahat (Stacy), MIMING ‘WAKA-WAKA’ – Shakira, dan lain-lain.

Lain-lain video beliau boleh ditonton di Channel TeacherShida di YouTube : http://www.youtube.com/user/TeacherShida

teacher shida cik shida original Video TeacherShida atau Cik Shida jadi fenomena YouTube

Posted in Malaysia, VideoComments (3)







Partly powered by CleverPlugins.com