Tag Archive | "Asia"
Posted on 03 January 2012. Tags: Asia, Goal.com, Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga Gol, Undi
Kalau Safee Sali terpilih sebagai antara penyerang terbaik Asia, Khairul Fahmi Che Mat pun layak sebagai penjaga gol terbaik Asia! Jom Undi!
Khairul Fahmi Che Mat, muncul dan menyerlah sebagai tonggak utama pertahanan pasukan bola sepak Malaysia dengan berjaya mengekalkan posisinya selaku penjaga gol nombor 1 Harimau Malaya, meskipun pada awal kariernya, beliau hanya muncul sebagai penjaga gol pilihan ke-3.

Khairul Fahmi disenaraikan sebagai pilihan undian pembaca disamping Ali Al Habsi (Oman), Mark Schwarzer (Australia), Yang Zhi (China), dan Mohammed Saqr (Qatar).
Apa tunggu lagi, jom naikkan nama Malaysia dengan mengundi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol terbaik ASIA!
Turunkan undian anda di sini : http://www.goal.com/en/news/1675/goalcom-polls/2012/01/03/2827965/who-should-be-the-asian-best-xi-goalkeeper-for-2011
Jom undi!!
Posted in News, Sport
Posted on 02 January 2012. Tags: Asia, Bola Sepak, Goal.com, Harimau Malaya, Malaysia, Safee Sali
Penyerang sensasi pasukan Malaysia, penyerang utama Harimau Malaya, Safee Sali terpilih sebagai salah satu penyerang terbaik Asia, lapor sebuah artikel laman sukan.

Safee Sali, disenaraikan sebagai penyerang gantian dalam pilihan 18 pemain bola sepak terbaik di rantau Asia oleh Goal.com.
Safee Sali menjadi salah seorang pilihan dalam formasi 4-4-2 yang dihasilkan itu, dan dikatakan sebagai pasukan impian Asia.
Pilihan 11 Utama
Penjaga Gol
Ali Al-Habsi (OMAN dan Wigan Athletic)
Pemain Pertahanan
Makoto Hasebe (JEPUN dan VfL Wolfsburg)
Lee Jung-Soo (KOREA SELATAN dan Al Sadd)
Li Weifeng (CHINA dan Tianjin Teda)
Yuto Nagatomo (JEPUN dan Inter Milan)
Pemain Tengah
Park Ji-Sung (KOREA SELATAN dan Manchester United)
Mojtaba Jabbari (IRAN dan Esteghlal)
Server Djeparov (UZBEKISTAN dan Al-Shabab)
Matt McKay (AUSTRALIA dan Rangers)
Penyerang
Lee Dong-Gook (KOREA SELATAN dan Jeonbuk Motors)
Joshua Kennedy (AUSTRALIA dan Nagoya Grampus)
Pemain Simpanan
Mark Schwarzer – Penjaga Gol (AUSTRALIA)
Safee Sali – Penyerang (MALAYSIA)
Hadi Aghily – Pertahanan (IRAN)
Ahmad Bustomi – Pemain Tengah (INDONESIA)
Shinji Kagawa – Pemain Tengah (JEPUN)
Park Chu-Young – Penyerang (KOREA SELATAN)
Mike Havenaar – Penyerang (JEPUN)
Hebat juga Safee Sali walaupun cuma disenaraikan sebagai penyerang simpanan.
Apa-apa pun, semoga Safee Sali kekal cergas dan terus dapat bermain untuk mengharumkan lagi nama negara Malaysia di dunia sukan bola sepak!
Posted in Malaysia, News, Sport
Posted on 07 July 2011. Tags: 2012, Arab Saudi, Asia, Australia, Bahrain, Hari Raya, Harimau Malaya, Iraq, Jepun, Johan, Kelayakan, Korea Selatan, London, Malaysia, Oman, Qatar, Sukan Olimpik, Syria, UAE, Uzbekistan
Malaysia berada dalam kelompok 12 negara terbaik Asia untuk kelayakan Sukan Olimpik London 2012 setelah menewaskan Lubnan tempohari, berikut adalah maklumat lanjut.
12 Negara terbaik Asia yang layak selepas menewaskan lawan masing-masing pada pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik adalah, Korea Selatan, Australia, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan, Oman, UAE, dan Malaysia.
12 pasukan ini kemudiannya akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dan Juara bagi setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik London 2012. Manakala Naib Johan kumpulan pula perlu bertanding dalam play-off untuk dapatkan tempat kelayakan yang terakhir.
Berikut merupakan keputusan cabutan undian yang diadakan di Kuala Lumpur sebentar tadi. :
Group A
Oman (107)
Arab Saudi (88)
Qatar (92)
Korea Selatan (31)
Group B
UAE (111)
Uzbekistan (83)
Iraq (89)
Australia (20)
Group C
Malaysia (143)
Syria (104)
Bahrain (97)
Jepun (14)
*Angka di sebelah setiap pasukan merupakan kedudukan rasmi pasukan dalam tangga FIFA

Kempen perlawanan setiap pasukan dalam setiap kumpulan akan dijalankan sepanjang bulan September akan datang sehingga bulan Mac.
Berikut merupakan tarikh perlawanan yang telah dilaraskan bagi Kumpulan C (Malaysia), (tertakluk kepada perubahan)
21 September 2011 SYRIA – BAHRAIN
21 September 2011 JAPAN – MALAYSIA
23 November 2011 BAHRAIN – JAPAN
23 November 2011 MALAYSIA – SYRIA
27 November 2011 JAPAN – SYRIA
27 November 2011 MALAYSIA – BAHRAIN
05 February 2012 SYRIA – JAPAN
05 February 2012 BAHRAIN – MALAYSIA
22 February 2012 BAHRAIN – SYRIA
22 February 2012 MALAYSIA – JAPAN
14 March 2012 SYRIA – MALAYSIA
14 March 2012 JAPAN – BAHRAIN
Harap-harap, pasukan Harimau Malaya dapat buat persiapan dengan sempurna! Cabaran utama adalah untuk menjaga diet pemakanan pemain sepanjang bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya kelak.

Posted in Malaysia, News, Sport
Posted on 21 November 2010. Tags: Asia, Badminton, China, Emas, Final, Guangzhao, Kalah, Lee Chong Wei, Lin Dan, Live, Perak, Secara Langsung, Sukan Asia, Sukan Asia 2010, Super Dan, TV2
Datuk Lee Chong Wei baru sahaja tadi ditewaskan oleh pesaing, musuh ketat beliau dari China, Lin Dan dalam Final Badminton Sukan Asia 2010.
Lin Dan yang beraksi sebagai tuan rumah nampaknya begitu kental dan teguh dalam permainan membuatkan Lee Chong Wei akhirnya tersungkur kekalahan.
Sememangnya kualiti perlawanan yang amat menarik ditunjukkan kedua-dua pemain,
Diibaratkan, bertemu buku dan ruas.
Keputusan Final Badminton perseorangan Lelaki Sukan Asia
|
1ST |
2ND |
3RD |
| LCW (Malaysia) |
13 |
21 |
10 |
| LD (China) |
21 |
15 |
21 |
Pusingan pertama menyaksikan banyak kesilapan dari Datuk Lee Chong Wei, dan setiap kesilapan itu dihukum oleh Lin Dan dengan bertalu-talu. Nasib tidak menyebelahi Lee Chong Wei apabila beberapa kesilapan Lin Dan gagal dimanfaatkan Lee Chong Wei.
Pusingan kedua, Datuk Lee Chong Wei beraksi cemerlang sejak perlawanan bermula, dan terus-menerus menyerang Lin Dan, dan berpuas hati dengan keputusan pusingan kedua.
Pusingan ketiga, pusingan penentuan agak mengecewakan bagi Malaysia, Datuk ketinggalan jauh 9-1 sebelum bersusah payah untuk mengejar. Akhirnya Lin Dan menguasai seluruh perlawanan dan Lee Chong Wei tewas.
Dan akhirnya Datuk Lee Chong Wei perlu berpuas hati sekadar memenangi pingat /perak perlawanan, Lin Dan dengan pingat Emas.
Namun yang menjadi perbualan ialah, perbualan juru komen perlawanan sepanjang perlawanan tersebut ditayangkan secara langsung di TV2.
Juru Komen tersebut kerap kali tersalah sebutan, malah seumpama tidak sedar dan terus berulangkali tersalah sebutan.
Antaranya, “Datuk Lin Dan”, “Wong Chong Wei”, Siapa tu?
Macam-macam dunia. Apa-apa pun, Tahniah Lin Dan!, Tahniah juga Datuk Lee Chong Wei!


Posted in News, Sport
Posted on 11 October 2010. Tags: Asia, Comedy, Douglas Lim, Events, Funny, Harga, Harith Iskandar, Hung Le, India, Joke, Kelakar, Kings and Queen of Comedy Asia, KLCC, Komedi, Kuala Lumpur Convention Centre, Kumar, Lawak, Malaysia, Plenary Hall, Promosi, Singapore, Singapore Conference Hall, Singapura, The Comedy Club Asia, The Comedy Club KL, Tiket, Vietnam, Vir Das
Buat pertama kalinya, persembahan ‘Kings and Queen of Comedy Asia’ akan diadakan di Malaysia! Persembahan ini akan menampilkan 5 orang ‘stand-up comedian’ yang sangat berbakat.
Mempersembahkan 5 orang ‘stand-up comedian’ iaitu :
Harith Iskandar dari Malaysia,
Hung Le dari Vietnam,
Kumar dari Singapura,
Douglas Lim dari Malaysia,
Vir Das dari India.
Persembahan ini dibawakan khas oleh The Comedy Club Asia dengan kerjasama The Comedy Club KL.
Persembahan khas ini akan diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC pada 23 Oktober 2010.
Kings and Queen of Comedy Asia turut akan diadakan di Singapura sehari lebih awal iaitu 22 Oktober 2010 bertempatkan di Singapore Conference Hall.
Harga tiket adalah bermula dengan serendah RM88 hingga tiket paling mahal ialah RM298. Namun terdapat tawaran untuk harga tiket pelajar iaitu dengan harga cuma RM80 sahaja.
‘Kings and Queen of Comedy Asia’ dibawakan dengan tema “One Stage, One Night, One Venue : Prepare to laugh your heart out”

Posted in Entertainment, Events, LOL
Posted on 14 September 2010. Tags: Asia, Battle.net, Blizzard, Boy, Cooler Master, CPU, Cyber Café, Events, FTZ, FTZ Asia.net Cyber Café, FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya, Game, Gaming, Image, Intel, Internet, Lelaki, Lowyat, lyn, Majlis, Party, Pulau Pinang, Razer, Sendi Mutiara Multimedia, Sendi Mutiara Multimedia (SMM), SMM, Spotgamers, Spotgamers.com, StarCraft, StarCraft II, StarCraft II Battle.net tournament, Subang Jaya, Tournament
Sendi Mutiara Multimedia (SMM) kembali lagi dengan membawa sebuah lagi LAN Gaming Party kali ini dengan StarCraft II Battle.net tournament yang membawakan hadiah bernilai lebih dari RM18,000.
Sesi LAN Gaming Party ini akan diadakan di FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya, pada awalnya, sebuah lagi sesi telah berjaya diadakan di FTZ Asia.net Cyber Café di Pulau Pinang.
Keterangan mengenai LAN Gaming Party adalah seperti berikut :
Tempat : FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya
Tarikh : 18 September 2010 (Sabtu)
Masa : 12:00pm – 10:00pm
Tiada yuran penyertaan dikenakan, namun, apa yang anda perlu buat hanyalah hantar email kepada gamingparty@in2.com.my lengkap dengan nama penuh anda, umur anda, dan nombor telefon bimbit anda. Ataupun, anda boleh terus ke FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya untuk mendaftar. Tarikh terakhir untuk mendaftar ialah 14 September 2010 (Selasa).
Kemudian, anda cuma dikehendaki membawa Desktop anda (CPU System Unit sahaja) yang menggunakan CPU dari Intel ke sana.
Apa yang akan berlangsung ialah StarCraft II Tournament, Best Customized PC dan juga Cabutan Bertuah!
Hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan adalah :
StarCraft II Tournament :
1st Prize – Products worth of RM 5, 000 + Trophy
RAZER : Carcharis, Lycosa Keyboard, Lachesis
WD : WD6000HLHX VelociRaptor
GIGABYTE : P55A-UD3P Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
2nd Prize – Products worth of RM 3, 000
SEAGATE : Seagate freeAgent Theater+ HD Media player
RAZER : Lycosa Keyboard, Lachesis
GIGABYTE : P55-USB3L Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
3rd Prize – Products worth of RM 1, 000
GIGABYTE : H55M-USB3 Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
RAZER : Lachesis, Destructor
SEAGATE : Seagate freeAgent Theater+ HD Media player
Best Customized PC :
1st Prize – Products worth of RM 5, 000 + Trophy
WD : WD6000HLHX VelociRaptor
GIGABYTE : P55A-UD3P Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
INTEL : Intel Core i7-930 Processor (BONUS)
2nd Prize – Products worth of RM 3, 000
SEAGATE : Seagate freeAgent Theater+ HD Media player
GIGABYTE : P55-USB3L Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
INTEL : Intel Core i5-655k Processor (BONUS)
3rd Prize – Products worth of RM 1, 000
GIGABYTE : H55M-USB3 Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
SEAGATE : Seagate freeAgent Theater+ HD Media player
INTEL : Intel Core i5-630 Processor (BONUS)

Sumber : Lowyat.net / Spotgamers.com
Posted in Events, Technology
Posted on 06 September 2010. Tags: Antarabangsa, Asia, Baca, Book, BookFest, BookFest @ Malaysia, Buku, China, Cikgu, Events, Guru, Hong Kong, Ilmu, KLCC, Malaysia, MICE, Pelajar, Percuma, School, Sekolah, Singapore, Student, Study, Taiwan, United Kingdom
BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.
Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.
Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.
Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas
Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.
Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.
Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.
Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

Posted in Education, Events
Posted on 03 September 2010. Tags: Adam Lambert, American Idol, April, Asia, Australia, Brunei, Bukit Jalil, Consert, Harga, Hong Kong, Indonesia, Konsert, Live, Lokasi, Manila, New Zealand, Paramore, Price, Show, Singapura, Tempat, Thailand, Tiket, Tour, Venue, Website, Whataya Want From Me
Berita baik bagi semua peminat naib juara American Idol musim kelapan, Adam Lambert!! Adam Lambert yang terkenal dengan lagu hit single nya ‘Whataya Want From Me‘, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia!
Konsert ini yang pernah dikatakan pada April awal tahun ini pada mulanya kelihatan seperti tidak menjadi, namun, pengumuman rasmi telah dibuat di laman web rasmi Adam Lambert mengesahkan konsert ini akan diteruskan.
Antara Lokasi lain yang telah dirancang bagi siri konsert jelajah Asia ini, selain Kuala Lumpur, ialah, Hong Kong, Manila, Australia dan New Zealand.
Oleh kerana Kuala Lumpur merupakan lokasi yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara, kemungkinan besar peminat-peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei malah Thailand akan turut hadir!
Namun demikian, meskipun tarikh untuk Konsert di Kuala Lumpur telah ditetapkan, lokasi persembahan beliau masih belum dapat ditentukan. Mungkinkah di Bukit Jalil seperti Konsert Paramore??
“I hope the audience will be able to escape for a few hours and fall into a world full of glam, drama and excitement. I am confident we have put together a show FAR beyond the price of the ticket. I am looking forward to connecting with fans all across the world with this show.”
- Adam Lambert
Adakah ini bermakna, konsert Adam Lambert akan menawarkan harga Tiket yang berbaloi?? Nantikan pengumuman rasmi dari Marctensia dan Sony Music~

http://www.adamofficial.com/my/news/adam-lambert-glam-nation-tour-live-malaysia-2010
Posted in Celebrity, Events
Posted on 28 August 2010. Tags: Adik, Ads, Animasi, Animation, Asia, Brand, Cartoon, Grafik, Graphic, Iklan, Image, Imej, Indonesia, Internet, Jenama, Kartun, Lawak, Les' Copaque, Les' Copaque Production Sdn Bhd, Malaysia, Scam, Tipu, Upin dan Ipin
Siapa yang tak kenal dengan cerita animasi Upin dan Ipin ciptaan produksi negara kita, Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Animasi yang mengisahkan dua beradik Upin dan Ipin ini sangat terkenal di serantau Asia.
Jenama Upin dan Ipin ini sangat terkenal sehingga banyak produk tiruan telah menggunakan namanya tanpa kebenaran sah dari Les’ Copaque Production.
Sehingga ini menyebabkan jenama Upin dan Ipin ini dipergunakan untuk penipuan di internet. Sebuah iklan di internet menggunakan paparan imej dari Animasi Upin dan Ipin.
Namun, iklan di internet secara terang dan nyata merupakan sebuah penipuan di mana jikalau tidak disedari, pengguna mungkin akan mengalami kerugian sehingga RM58 setiap bulan!
Iklan yang menawarkan produk grafik dari jenama Upin dan Ipin ini meminta pelanggan untuk mendaftar dengan harga RM10, dan pada setiap minggu, nilai kredit telefon bimbit anda akan ditolak secara automatik sebanyak RM12!

URL iklan yang dikatakan : http://bit.ly/aURLQt
Posted in Internet, Malaysia, Websites
Posted on 18 August 2010. Tags: AirAsia, Asia, Bukit Kiara, Events, Gathering, Malaysia, MalaysiaKini, Motivasi, Pakar, PBB, Securities Commission, Securities Commission Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, UN
Buat pertama kalinya di Asia, sebuah persidangan yang mengumpulkan pakar-pakar dan para ilmuwan akan diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara.
Persidangan ini akan diadakan dan dibahagikan kepada tiga siri, dimana pada setiap siri, topik berlainan akan dibincangkan, serta berlainan pakar yang akan diundang khas.
SIRI 1 :
Jumaat, 20 Ogos 2010
“THE CREATIVE ELEMENT. RIGHT BRAIN ACTIVATE”
SIRI 2 :
Jumaat, 24 September 2010
“THE SUSTAINABILITY FACTOR”
SIRI 3 :
Jumaat, 26 November 2010
“STRATEGIES FOR TODAY”
Tujuan utama persidangan ini diadakan sudah tentu untuk membincangkan cara dan gaya hidup mereka-mereka yang sudah berjaya. Bermula dari personaliti, keilmuwan, kepimpinan malah gaya pemikiran.
Antara Speaker jemputan bagi persidangan ini ialah,
Tan Sri Razali Ismail
Bekas Pengerusi UN Security Council
Dato’ Abdul Aziz bin Abu Bakar
Pengerusi AirAsia
Premesh Chandran
CEO MalaysiaKini
Dan lain-lain pakar lagi,

Jikalau ada yang berminat, boleh email kepada admin@notakosong.com untuk dapatkan kod promosi diskaun harga tiket, dan sila sertakan mengapa anda berminat untuk menyertai The Gathering of Great Minds.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.thegatheringofgreatminds.com/
Posted in Events, Malaysia
Recent Comments