Tag Archive | "Ayam KFC"

Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda!


Wow, nampaknya KFC Malaysia bawakan lagi kelainan dalam pilihan hidangan untuk anda dan keluarga, KFC Egg Tart!.

Hebat, makanan tradisional masyarakat Cina dan Portugis sedunia ini nampaknya diberi sentuhan unik tersendiri oleh KFC dan dijadikan sebagai menu sampingan terbaru.

Mungkin ianya akan lebih sedap berbanding sememangnya enak Egg Tart dari Hong Kong dan Portugal? Belum cuba, belum tahu!

” Rich, Creamy, and Simply Irresistible “,

Apa-apa pun, bagi yang berminat untuk mencuba KFC Egg Tart ini, dapatkan Voucher diskaun untuk anda dibawah.

Kini anda boleh dapatkan KFC Egg Tart dengan hanya RM1 setiap satu! (Tertakluk kepada terma dan syarat)

voucher egg tart kfc Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda! Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda!

Posted in FoodComments (2)

Lawak : Kisah KFC Pendang dan Pakcik tua


Kisah lawak yang berkemungkinan besar berasaskan kisah benar, lawak loghat orang utara diantara seorang pakcik dan cashier KFC.

Semoga korang ceria membaca lawak jenaka baru nie…pening gak kepala si cashier melayan karenah pakcik sorang nie………..

“Sebenarnya dah lama aku nak cereta pasal kewujudan KFC kat sebuah daerah paling maju di negeri kedah,pendang…gila kentang sungguh..sejak dibuka sampai harini..KFC pendang dah mencapai tahap jualan tertinggi diantara banyak banyak kfc kat negara kita.see..betapa orang pendang lapar ayam..3 kaunter full berbaris hingga ke pintu setiap masa setiap hari sejak dibuka..

Perghhh..pernah tengok kfc kat tempat lain camni? Kalau pernah anda dikira beruntung..aku tak pernah tengok lagi..ni fes time tengok..mula mula aku tengok keadaan ngeri ni time cuti raya haritu terus dalam minda terdetik..fenomena celaka apakah ini??shait!”

Ya laa…selalu duk makan ikan puyu,pucuk selom,jantung pisang rebus.ikan lampan perkasam..sesekali ada kedai jual ayam goreng salut tepung rangup..semua rakyat pakat celapak biawak la..

Aku sebagai wartasawan yang ditugaskan oleh diri sendiri menerjah selaju cahaya ketempat kejadian..takdak kasi can..menyakar taya kereta pi ke lokasi terbabit untuk lihat dengan mata kepala sendiri lalu menemubual beberapa customer kat KFC itu..

Tapi temubual perkara biasa..masuk ja aku terus gelak..haremmm..macam kami duk bincang dulu..mesti cleaner lagi ramai dari cashier..btol..mana tak ramainya..balik dari memukat masuk kfc.balik dari bawa kobota masuk kfc.yang pi kutip skrap pon singgah kfc sebelum balik.. jenuh cuci lantai la.. kali ni aku port btoi2 depan cahsier..pura2 amik straw tapi curi2 dengar perbualan antara kastemer dengan cashier..

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

huhuuu. .Aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung.baguih gak..depa kena sekali camtu..lama lama KFC tu semakin berkurang la..huu..tu tak buka McD,Pizza,Kenny Roger apa lagi..kalau tak lagi teruk..aku rasa..

Si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan customer macam tu 2 3 org..kalau hampa tak caya keadaan ni..hampa pi la pendang tengok..sampai sekarang tak surut..dan dengar cerita..coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau..manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan.

Haha, kelakar kan? agak-agak kisah benar ke rekaan semata-mata?

Sumber : Facebook Notes

KFC Pendang lawak Lawak : Kisah KFC Pendang dan Pakcik tua

Posted in LOL, RandomComments (8)

Wah KFC Hot and Spicy Shrimp!


KFC kembali lagi dengan promosi istimewa bulan Ogos, KFC Hot and Spicy Shrimp! Ini merupakan Produk ketiga dari KFC selepas menampilkan Shrimp Stix dan Shrimp Hearties.

KFC Holdings (Malaysia) Bhd melaksanakan tindakan bijak apabila memperkenalkan menu baru ini yang menggabungkan keenakan keeistimewaan baru KFC iaitu Udang dan juga Keistimewaan pilihan semasa Hot and Spicy kepada KFC Hot and Spicy Shrimp.

Dengan pelancaran produk baru KFC ini, Pengarah KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Jamaludin Md Ali, berharap ianya akan menjadi pilihan kepada semua rakyat Malaysia dan menjadi pilihan menu berbuka puasa.

Berikut merupakan Poster menu baru tersebut,

kfc hot and spicy shrimp Wah KFC Hot and Spicy Shrimp!

Sumber : KFC.com.my

Posted in Food, Malaysia, PictureComments (2)

KFC Black Pepper, Terbaru dari KFC!!


Kalau kat luar negara ada KFC Double Down Sandwich, kempunan orang Malaysia tak dapat. Tapi KFC Holdings ganti pula dengan Nasi Briyani Royal KFC. Takpe, bagi terus mengindahkan dunia makanan anda dengan makanan-makanan yang lazat, Terbaru dari KFC, didatangkan khas ladang lada hitam Malaysia, KFC BLACK PEPPER CRUNCH!!!!! (Tepuk-tepuk~)

cm cl may10 KFC Black Pepper, Terbaru dari KFC!!

Nampak macam sangat lazat sehingga menelan jari keluar balik lepas tu nak telan lagi kan? (Euuww)

Lepas ni NK nak pergi KFC untuk cuba Menu terbaru ni~ Harga tak tertulis pula, hmm, takpe, Nanti NK update dengan harga dan Gambar sebenar ayam tu ye. OK, sekarang nak tahu, siapa yang ada masa lapang nak teman NK makan KFC ni? hehe

Nak tahu lebih lanjut, cuba layari laman web KFC la ye, http://www.kfc.com.my/menu-latest.html

Posted in Food, Malaysia, PictureComments (9)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com