Tag Archive | "Baca"

Nak baca karangan Bahasa Malaysia yang pelik?


Sedih baca kualiti penulisan karangan Bahasa Malaysia pelajar sekolah rendah sekarang. Kali ni karangan mengarut ni lagi tak boleh faham, lawak pun ada.

Tulisan tangan dah cantik dah, tapi susunan ayat, tatabahasa semuanya mengarut. Tak boleh nak faham langsung apa yang nak disampaikan.

Katanya, ianya ditulis oleh seorang pelajar india dalam kelas Bahasa Malaysia sekolah rendah tahun 4.

karangan pelik bahasa melayu Nak baca karangan Bahasa Malaysia yang pelik?

Boleh baca? Boleh faham? TAK BOLEH!!

Sedih… Darjah 4, Tulisan cantik, tapi, tapi… apa ni? Salah siapa la agaknya?

Sekolah rendah mana? Tak perlu la nak di hebahkan agaknya…

Posted in LOL, RandomComments (4)

BookFest @ Malaysia di KLCC


BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.

Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.

Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.

Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas

Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.

Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.

Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

bookfest malaysia 2010 BookFest @ Malaysia di KLCC

Posted in Education, EventsComments (3)








Partly powered by CleverPlugins.com