Tag Archive | "Baru"

10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baru


Seperti biasa, selagi iPhone 5 belum dilancarkan, akan timbul banyak reka bentuk konsep iPhone 5 yang direka berdasarkan idea konsep Apple iPhone 5 baru. Jom tengok!

iphone 5 konsep 1 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 2 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 3 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 4 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 5 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 6 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 7 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 8 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 9 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baruiphone 5 konsep 10 10 gambar reka bentuk konsep iPhone 5 baru

Menarik bukan?

Ada yang mengatakan iPhone 5 nanti bakal dihasilkan dalam pelbagai pilihan warna, skrin yang lebih lebar, butang ‘home’ yang mudah sentuh, fizikal keseluruhan diperbuat dari kaca, rekabentuk yang lebih minimalistik dan nipis, dan macam-macam lagi.

Apa yang pasti, rekaan konsep iPhone 5 yang dihasilkan memang menarik dan menakjubkan!

Yang mana pilihan anda?

Posted in News, TechnologyComments (0)

Duit Kertas dan Syiling Ringgit Malaysia baru 2012


Bank Negara telah melancarkan not wang kertas dan juga syiling Ringgit Malaysia baru bagi edisi 2012. Nampak menarik dan cantik, jom tengok!

Gambar Duit Kertas dan Syiling Ringgit Malaysia Baru 2012

duit RM baru 1 Duit Kertas dan Syiling Ringgit Malaysia baru 2012duit RM baru 2 Duit Kertas dan Syiling Ringgit Malaysia baru 2012duit RM baru 3 Duit Kertas dan Syiling Ringgit Malaysia baru 2012duit RM baru 4 Duit Kertas dan Syiling Ringgit Malaysia baru 2012duit RM baru 5 Duit Kertas dan Syiling Ringgit Malaysia baru 2012

Cantik bukan?

Turut diperkenalkan anda not wang dengan nila RM20 baru, walaupun sebenarnya suatu ketika dahulu not RM20 pernah digunakan, dan kini, ianya kembali dipopularkan oleh Bank Negara.

Duit syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen, dan juga 5 sen juga diperkenalkan dengan rekaan baru. Syiling 50 sen dan 20 sen mempunyai rekaan menyerupai syiling RM1 yang telah diberhentikan dahulu, dan syiling 10 sen dan 5 sen pula menggunakan warna perak.

Bank Negara menyatakan, not wang Ringgit Malaysia baru ini akan mula digunakan secara meluas bermula Julai 2012, dan peralihan matawang lama kepada yang baru akan dibuat secara berperingkat.

Sumber : Bernama

p/s : lawa tak akak pekerja Bank Negara tu? icon razz Duit Kertas dan Syiling Ringgit Malaysia baru 2012

Posted in Malaysia, NewsComments (3)

Nasa menemui Kepler-22b, Planet baru menyerupai Bumi!


NASA baru-baru ini mengumumkan penemuan terbarunya, iaitu sebuah planet yang amat menyerupai planet bumi, dan sesuai untuk didiami manusia, jom tengok!

Planet ini yang dengan segera diberi nama Kepler-22b, merupakan planet yang mengandungi elemen-elemen serupa seperti di bumi, dan yang menarik ianya juga turut mempunyai orbit dan berpusing mengelilingi sebuah bintang yang amat serupa dengan matahari.

Kepler-22b mempunyai saiz yang lebih kurang 2 kali ganda lebih besar dari bumi, dan mempunyai suhu yang amat sedikit sahaja lebih tinggi dari bumi. Dan satu pusingan orbit mengelilingi bintang ‘matahari’ mengambil masa selama cuma 290 hari!

kepler 22b new earth Nasa menemui Kepler 22b, Planet baru menyerupai Bumi!

Lihat pada gambar grafik yang dikeluarkan NASA (National Aeronautics and Space Administration) diatas, amat menyerupai Bumi bukan?

NASA turut menyatakan ini merupakan pengumuman pertama, dan bukan kali terakhir. Ini kerana NASA juga telah menemui 2,326 buah planet lain diluar sistem solar bumi yang berpotensi dijadikan sebagai pengganti bumi, dan lebih kurang 139 buah daripadanya dijangka amat sesuai untuk dijadikan habitat manusia.

Ini adalah hasil dari projek teleskop angkasa lepas yang dijalankan oleh NASA.

Teringin nak kesana? Boleh, ianya cuma mempunyai jarak sejauh 600 tahun cahaya sahaja. icon biggrin Nasa menemui Kepler 22b, Planet baru menyerupai Bumi!

Maklumat lanjut boleh dilihat pada video CNN dibawah ini :

http://cnn.com/video/?/video/bestoftv/2011/12/06/nr-myers-kepler-planet.cnn

Posted in RandomComments (0)

Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran


Masih ingat lagi entri sebelum ini berkenaan gambar flyers iklan dan spesifikasi Proton SAGA 1.6 FLX SE? Kali ni jom pula tengok gambar-gambar sebenar dari bilik pameran Proton!

proton saga flx se showroom 1 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 2 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 3 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 4 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 5 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 6 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran

Nak tahu maklumat lanjut berkenaan Proton SAGA 1.6 FLX SE ni? Boleh rujuk pada kiriman entri sebelum ini di sini.

Menarik? Tak sabar nak pandu uji Proton SAGA 1.6 FLX SE Baru ni!

Sumber : Proton SAGA BLM Facebook Group

Posted in AutomotiveComments (0)

Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!


Esok 25 November 2011, Proton akan melancarkan varian baru bagi model Proton Saga yang diperkemaskinikan, Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Proton Saga baru ini akan dilengkapi dengan enjin Campro IAFM 1.6L dan diberi keistimewaan dengan penambahan pelbagai ciri-ciri baru sejajar dengan  penggunaan nama SE pada Saga ini.

Proton Saga FLX 1.6 SE ini turut akan dilengkapi dengan pilihan transmisi baru yang dibangunkan Proton, CVT dilengkapi dengan SAT 6 kelajuan, yang sebelum ini turut digunakan pada Saga FLX model 1.3L.

Jom tengok keratan iklan Proton Saga FLX 1.6 SE Baru ini!

Proton Saga FLX 16 SE Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Bukan itu sahaja penambahan beberapa aksesori baru dan perubahan kosmetik turut diberikan khas kepada Saga FLX SE ini agar dapat lebih menyerlah dan membezakan varian ini dengan varian yang lebih biasa. Ianya dilengkapi dengan Rim Aloi 15″, dan juga rekaan lampu belakang baru.

Jom lihat spesifikasi pada keratan iklan ini dengan lebih jelas. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)

spesifikasi Proton Saga FLX 16 SE Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!spesifikasi Proton Saga FLX 16 SE baru Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Menarik bukan? Nantikan gambar rasmi pelancaran dan model varian baru oleh Proton Saga ini.

Berkenaan harga, berdasarkan maklumat, varian baru Proton Saga ini akan diperkenalkan pada harga bawah RM50,000! Mungkin ini bagi mencabar harga jualan Perodua Myvi 1.5L agaknya.

Apa-apa pun, yang pasti ianya adalah berita yang baik untuk semua orang! lebih pilihan kepada pengguna dan sudah pasti lebih berbaloi!

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Gambar rahsia model baru Proton P3-21A terdedah!


Mengejutkan! Sekeping gambar rahsia yang memaparkan model baru Proton P3-21A yang dijangkakan dilancarkan tahun hadapan, telah tersebar di serata internet! Jom tengok!

leak image proton p3 21a Gambar rahsia model baru Proton P3 21A terdedah!

Kurang jelas? Memang la kurang jelas, dah nama pun gambar rahsia kan, macam mana boleh terdedah tak pasti, tapi apapun tetap berterima kasih pada ‘pendedah’ yang sekurang-kurangnya mampu melegakan rasa ingin tahu peminat-peminat Proton di luar sana.

Berdasarkan maklumat, Proton P3-21A ini berwarna kuning adalah kerana mungkin ianya dibina khas dan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kelasakan dan ketahanan ataupun ‘crash test’. Maklumlah, model baru ini akan dijadikan sebagai batu loncatan Proton untuk mencabar jenama terkemuka antarabangsa yang lain!.

Menarik? Kalau nak tahu kisah sebelum ini berkenaan Proton P3-21A, boleh ikut entri sebelum ini.

Posted in Automotive, NewsComments (5)

Proton P3-21A bukan pengganti Persona, tapi model baru!


Pengarah Urusan Proton tempohari mengeluarkan kenyataan kepada wartawan menjelaskan mengenai model Proton P3-21A yang begitu hangat diperkatakan.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dengan jelas berkata, model Proton yang diberi nama produk P3-21A adalah model yang sepenuhnya adalah model baru yang diperbangunkan dengan reka bentuk baru dan tidak mempunyai bayangan Proton Persona walau sedikit pun.

Sekaligus menambahkan lagi ragu-ragu keatas pelbagai khabar angin yang tersebar berkenaan Proton Persona Replacement, ataupun model yang digelar sebagai Persona-R.

Model P3-21A sebelum ini banyak kali dilihat sedang dipandu uji di jalan raya, contohnya dalam kiriman sebelum ini. Proton P3-21A.

Lain maklumat yang tersebar juga turut mengatakan model baru P3-21A akan mempunyai iras rupa dengan Proton Tuah (Model inspirasi Proton Persona) iaitu salah sebuah model dari Proton Pahlawan Series‘.

proton p321A 2012 Proton P3 21A bukan pengganti Persona, tapi model baru!

Apabila ditanya mengenai enjin yang akan digunapakai, DSZA mengatakan bahawa enjin CamPro yang ditambah baik akan digunakan, dan tidak menyebut langsung mengenai ura-ura dimana Proton sedang bersiap sedia dengan pelancaran enjin baru (Phoenix?).

Model P3-21A ini juga akan dijadikan sebagai antara 2 model Proton yang akan dibina di China sebagai salah-satu hasil kerjasama Proton dan syarikat automotif di Beijing, Hawtai Motor Group Ltd. Sebuah lagi model adalah Proton Exora.

Model baru P3-21A ini akan dipasarkan di pasaran tempatan China dengan jenama Hawtai, dan bagi pasaran eksport termasuk Malaysia, akan menggunakan jenama Proton.

Turut dinyatakan, Proton sedang dalam proses ujikaji sistem enjin Diesel jenama Hawtai yang mempunyai taraf gred Euro-5. Adakah ada kemungkinan Proton akan menghasilkan kereta berenjin Diesel pada masa hadapan? Yang pasti, di Eropah sememangnya penggunaan kereta berenjin Diesel adalah amat luas dan semakin Popular.

Apa-apa pun DSZA telah menyatakan dengan jelas, Model Proton P3-21A ini akan dilancarkan pada awal tahun 2012, sepenuhnya sebagai model baru, reka bentuk baru, teknologi baru dan disebut sebagai model pasaran antarabangsa!.

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Tebowing, lagi-lagi gaya pelik bergambar


Dunia tidak pernah serik dengan gaya bergambar yang pelik, tak cukup dengan planking, owling, horsemaning dan pondaning, kini muncul pula gaya Tebowing. Aduhai,

Gaya ini asal-usulnya diinspirasikan dari gaya yang ditayangkan oleh Tim Tebow, iaitu pemain ‘American Football’ di Amerika Syarikat. Gaya itu juga mungkin diinspirasikan dari gaya ‘Thinking Statue’ yang simbolik dengan gaya unik ini.

tim tebow tebowing Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambarthinker statue1 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambar

Gaya Tebowing ini diberikan definisi sebagai,

“to get down on a knee and start praying, even if everyone else around you is doing something completely different.”

Duduk menggunakan sebelah lutut dan mula membuat gaya (berdoa), walaupun orang di sekeliling membuat sesuatu yang berlainan.

Pelik bukan? Gaya macam ni pun boleh jadi terkenal. Sampai dapat perhatian di seluruh dunia!

Bila agaknya anda nak anda koleksi gaya Tebowing ni tersendiri? Jom tengok koleksi gambar Tebowing dari seluruh dunia!

tebowing 3 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambartebowing 6 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambar

Posted in RandomComments (0)

Brochure dan harga Myvi Extreme 1.5L baru!


Perodua bakal lancarkan Myvi Extreme 1.5 baru!, Jom tengok brochure dan senarai harga untuk Myvi Extreme 1.5 baru ini. Lagi Best!

Perodua Myvi Extreme baru ini akan didatangkan khas dengan enjin lebih berkuasa iaitu 1.5L, enjin yang sama digunakan untuk Perodua Alza. Ianya adalah lebih berkuasa berbanding model sebelum ini yang cuma didatangkan dengan enjin 1.0L dan juga 1.3L.

Myvi Extreme boleh didapatkan dalam 3 pilihan warna iaitu Majestic Yellow (Solid), Ivory White (Solid), Ebony Black (Metallic).

Jom saksikan gambar brochure iklan Perodua Myvi Extreme 1.5L baru ini!

brochure harga myvi extreme 1 Brochure dan harga Myvi Extreme 1.5L baru!brochure harga myvi extreme 2 Brochure dan harga Myvi Extreme 1.5L baru!brochure harga myvi extreme 3 Brochure dan harga Myvi Extreme 1.5L baru!

brochure harga myvi extreme 4 Brochure dan harga Myvi Extreme 1.5L baru!

Berikut pula merupakan senarai Harga Perodua Myvi Extreme 1.5L baru ini.

brochure harga myvi extreme 5 901x1024 Brochure dan harga Myvi Extreme 1.5L baru!

Harga Perodua Myvi Extreme

Myvi 1.5GHX (Manual)

  • Metallic – RM58,700 (OTR)
  • Solid – RM58,200 (OTR)
Myvi 1.5ZHX (Auto)
  • Metallic – RM61,700 (OTR)
  • Solid – RM61,200 (OTR)

Menarik kan? Memang LAGI BEST! Nampaknya lepas ni kena pergi sendiri ke ruang pameran Perodua la untuk saksikan sendiri kereta Myvi baru ni depan mata!

Sumber : BuyPerodua

Posted in Automotive, NewsComments (2)

K. Rajagopal pengurus baru Persib Bandung?


Persib Bandung dikatakan telah berjaya mendapatkan Datuk K. Rajagopal untuk dijadikan sebagai pengurus pasukan serta ketua jurulatih pasukan mereka di Indonesia, betul ke?

Menurut khabar yang disampaikan, Rajagopal sudah diterbangkan ke Bandung untuk berjumpa beberapa pegawai Persib Bandung di sana bagi membincangkan beberapa perkara lanjut.

datuk k rajagopal K. Rajagopal pengurus baru Persib Bandung?

Berikut merupakan petikan dari akhbar di Indonesia,

Umuh membeberkan, bahwa Rajagopal bersedia melatih Persib. Namun harus meminta izin dulu kepada federasi sepak bola Malaysia, sehingga baru dapat diumumkan Senin mendatang. Sementara untuk Raja Isa, ia mengaku bahwa eks pelatih Persipura Jayapura dan PSM Makassar ini sudah mau melatih Persib musim depan. Namun manajemen hanya akan memberikan opsi terakhir, jika Fandi Ahmad dan Rajagobal gagal membesut Maung Bandung musim depan.

“Kami sudah menghubungi Rajagopal. Dia sudah mau melatih Persib, tetapi dia mau minta izin dulu dengan federasi di sana. Senin nanti baru ada keputusan, karena federasinya baru masuk. Kami akan tunggu sampai tanggal 6 nanti, kalau Rajagobal tidak bisa baru kita ambil langkah terakhir, yaitu Raja Isa. Dia juga sudah bersedia untuk melatih Persib musim depan,” ungkapnya.

Adakah ini bermakna, jika perundingan Rajagopal dengan FAM berjaya, ‘King Raja’ akan melepaskan jawatan melatih skuad negara ‘Harimau Malaya’, dan kemudiannya melatih pula pasukan kelab di Indonesia? Dikatakan pula, segalanya akan terurai pada 6 haribulan nanti.

Benar atau tidak, nantikan sahaja khabar rasmi yang akan dimaklumkan kemudian.

Posted in Malaysia, News, SportComments (4)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com