Tag Archive | "Benci"

Eric Douglace vs Pembenci Justin Bieber dan 4Chan


Kenalkah anda dengan Eric Douglace? Tak perlu kenal, sebab budak 14 tahun ini baru sahaja jadi terkenal apabila beliau isytiharkan perang kepada pembenci Justin Bieber.

Video beliau yang bertajuk ‘Declaration Of War Against Justin Bieber Haters’ mendapat perhatian ramai di YouTube.

Ini kerana dalam video tersebut, beliau menyatakan perasaan benci dan marah beliau terhadap semua orang yang membenci idola beliau, iaitu Justin Bieber!

Yang menjadi perhatian ialah, beliau telah mengugut semua pembenci Justin Bieber dengan mengatakan, beliau akan ‘hack’ semua akaun mereka yang mengirim video membenci Justin Bieber.

Video beliau makin mendapat perhatian luas apabila golongan anonymous dari 4chan mula memperhatikan beliau. Eric Douglace mula menyatakan kebencian beliau kepada golongan anonymous di 4chan pula.

Eric Douglace menyatakan bahawa akan menggodam kesemua laman web mereka yang membenci Justin Bieber, dan kesemua ini akan dilakukan oleh beliau dan kumpulan beliau pada 22 Oktober 2010 nanti.

Beliau telah mendapat pelbagai perhatian dan maklum balas mengenai video beliau.

Apa-apa pun, #Kesian budak ni, apa la jadi agaknya ya, entah-entah akan berlaku macam kes Jessy Slaughter, mangsa Buli Internet

Eric Douglace Declaration Of War Against Justin Bieber Haters

Eric Douglace justin bieber haters Eric Douglace vs Pembenci Justin Bieber dan 4Chan

Posted in Internet, LOL, Random, YouTubeComments (3)

Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!


Sedang seluruh Malaysia sibuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, tidak semena-mena laman mini sebuah web portal berita, Utusan Malaysia Online, Xtive, telah di hack dan deface oleh Hacker yang dipercayai dari Negara Indonesia.

Seluruh laman dan laman mini yang berada di bawah subdomain Utusan Malaysia Online tesebut telah digodam dan digantikan dengan laman lain yang amat memalukan dan menghina Malaysia.

Antara kata-kata yang diletakkan di laman mini tersebut ialah,

SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,
PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,
TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.
SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.

Mungkin ini adalah reaksi marah segelintir rakyat Indonesia.

Namun demikian mungkin ini boleh diambil sebagai pengajaran bahawa Laman Web mini Utusan Malaysia Online perlu mempunyai lebih sistem keselamatan untuk mengelakkan dari perkara sama berulang lagi.

Agak sedih apabila sambutan Kemerdekaan tahun ini menjadi medan para Hacker yang berkemungkinan dari Indonesia ini untuk menguji kehebatan masing-masing.

Namun, harus diingati bahawa, menjadi pegangan seorang penggodam (Hacker) bahawa tidak meninggalkan jejak dalam setiap tingkah-laku, Mana tahu serangan ini datang dari dalam Malaysia sendiri?

Laman tersebut : http://xtive.utusan.com.my/

xtive utusan kena hack1 Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!

Click image to view larger

Posted in Internet, News, Picture, WebsitesComments (10)

Laman Web Sen Heng kena Hack!


hacked Laman Web Sen Heng kena Hack!

Cepat tengok!, NK tak pasti kalau laman web Sen Heng kena deface sejak bila, tapi NK dapat tahu hari ni.

Nampaknya berdasarkan perbuatan deface dan trace yang ditinggalkan tu, macam perbuatan Hacker dari Indonesia, malah siap ada background muzik lagi tu. Kreatif betul Hacker ni. Dan turut ada ditinggakan jejak ialah chatbox di sisi laman web tersebut. Antara ayat yang digunakan ialah “FVCK MALINGSIAL”, dimana perkataan Malingsial itu digunakan oleh pembenci Malaysia dari Indonesia.

Tapi kan, setahu NK, Hacker biasanya tak akan tinggal jejak-jejak yang boleh orang tahu asal usul atau trace dari mana mereka Hack. Mungkin Hacker ni cuba untuk menunjuk-nunjuk mungkin?

Walau apa pun, ini dengan jelas menunjukkan keselamatan sesetengah Laman Web di Malaysia masih belum sempurna sehinggakan terdedah kepada bahaya yang sedemikian rupa. Semoga Webmaster Laman Web tersebut akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Tunggu dan lihat je bagaimana Webmaster tersebut kendalikan masalah ni.

Rupa lebih jelas, Click Image to view larger.

hack 1024x547 Laman Web Sen Heng kena Hack!

Click image to view larger

Nak tengok dengan lebih lanjut, dan itupun kalau ada lagi la, boleh la ke laman web Sen Heng, senheng.com.my. Sebelum ni Laman Web Rapid Penang pun pernah kena Hack.

Posted in LOL, Malaysia, TechnologyComments (17)








Partly powered by CleverPlugins.com