Posted on 16 September 2011. Tags: Bendera, DAP, Facebook, Hina, ISA, Jalur Gemilang, Kritik, Malaysia, Manoharan Malayalam, Politik, UMNO
Manoharan Malayalam, seorang ahli politik terkenal di Malaysia, hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan dengan mengatakan bendera Jalur Gemilang mesti ditukar!
Manoharan, memegang kerusi ADUN bagi Kota Alam Shah, Selangor, hari ini melalui laman Facebook-nya, mengeluarkan kenyataan seperti berikut,
I distributed many DAP flags today in my constituency.I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. – Manoharan Malayalam

Kenyataan itu kemudiannya mendapat perhatian ramai di Facebook dengan ramai memberikan pendapat masing-masing sama ada menentang atau menyokong idea melampau dan mengejutkan ADUN yang mewakili DAP ini.
Antara kritikan orang ramai terhadap kenyataan beliau di Facebook,
Mr Mano …sudah-sudahlah tu …for a lawyer …should be able to differentiate between patriotism and political ideology …you are commenting as though everything is terribly wrong but you drive luxury car and live comfortably …i agree that some things must change but please dont condemn every single thing that the government is doing …
Stop. This has to stop. If there’s frustration for some reason it should not be shown against the soil u were born on. Pls don’t even compare what other countries think of ours. Each of them have their loves and hates as well onto us as we hv our opinions of them too. As the saying goes, if you don’t hv any good to say, don’t say it. Hope it will be learned by all.
Mr. Mano, for whatever reason, this is the flag that we have come to inherit and it means a great deal to us citizens of Malaysia. I am appalled at the sheer arrogance you are showing by belittling this flag of ours. You may be honest, but you are honestly arrogant. And seriously you are not much different from the UMNO bunch. You have demonstrated your pettiness by playing the game of throwing insults, as is the norm in the UMNO camp. Seriously, again, how are you better then UMNO?
Personally, I don’t think and feel we should behave this way. Flags remain and always will be, how we associate ourselves with our country – the land that we love, where we were born, raised and now our kids. This land that our forefathers toiled for us. This flag is for all those reasons. What we are against is the government and all their corrupt and evil unjust ways. So we have to sieve the grain from the chaff and not mix the two together. We have to! Otherwise what do you teach your children?
as a voter in your constituency, i strongly oppose to this statement. if indeed PR wants another flag, then say it in a nice way and provide a proposal formally, not by insulting flag. being similar doesn’t mean its copycat. there are plenty of flags with just two or three colors that look the same (only color difference). so, do we ridicule the flags? and i can’t see any similarity between BN flag and national flag, save the color blue. i think you seriously got it wrong this time YB. better fix it.
Ada antara kritikan pada kiriman Facebook beliau itu turut menyatakan bahawa tindakan beliau itu, dianggap sebagai menghina Jalur Gemilang dan juga negara Malaysia sendiri.
Manoharan kemudiannya memberikan jawapan pada kenyataan awal beliau itu, yang kemudiannya tidak boleh diterima oleh majoriti pengkritik kenyataan beliau itu.
Berikut merupakan beberapa jawapan beliau yang menjawab kepada persoalan dan kritikan mereka yang memberi komen pada kiriman awal beliau,

Antara lain kenyataan Manoharan itu turut menyentuh mengenai bagaimana bendera Malaysia, Jalur Gemilang adalah hasil tiru dari Amerika Syarikat, malah bendera kebangsaan itu perlu ditukar kerana ianya terlalu melambangkan Barisan Nasional. Turut dikritik Manoharan adalah penggunaan bahasa Malaysia yang buruk dengan menukarkan ‘United States of America’ kepada Amerika Syarikat.
Macam-macam betul, boleh saksikan kritikan yang diberi disini : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=272396599452181&id=100000455280366
p/s : entri ini adalah semata-mata untuk menonjolkan sifat patriotik NK yang tersentuh dengan isu yang dikatakan ini, dan bukan lah memihak kepada mana-mana pihak, mahupun badan politik pun. Isu Politik, biarkan sahaja orang Politik uruskan, kita orang awam jalankan tanggungjawab seperti biasa,
Posted in Malaysia, News
Posted on 11 July 2011. Tags: Akhbar, Bendera, Berita Harian, Berita Minggu, Bersih 2.0, Facebook, Gambar, Imej, Malaysia, Palsu, Penyokong, Perhimpunan, Perusuh, Pisau, Realiti, Sebar, Wartawan
Satu dakwaan mengenai akhbar Berita Harian mula tersebar di Facebook. Merujuk pada keratan Berita Minggu, Berita Harian dikatakan mengubah gambar Bersih 2.0?
Berdasarkan maklumat yang tersebar di Facebook, gambar penyokong/perusuh perhimpunan Bersih 2.0 dikatakan telah diubah oleh wartawan Berita Harian untuk memaparkan imej buruk perhimpunan tersebut.
Perhatikan beberapa gambar di bawah untuk kisah lanjut :

Perhatikan pula gambar keratan akhbar yang dikeluarkan di Berita Minggu (Gambar sama),

Objek pada tangan kanan perusuh tersebut didakwa sebagai pisau.
Cuba pula lihat pada gambar perusuh yang sama, tapi dalam gambar berlainan dibawah,

Apa yang didakwa sebagai pisau, realitinya cuma adalah bendera. Dan melihat pada gambar yang dikeluarkan oleh berita harian, nampaknya gambar tersebut telah diolah, sehingga tidak mempunyai rupa bendera Malaysia sedikit pun. Galeri Bersih Berita Harian
Dan dibawah ini pula, satu lagi imej yang tersebar mendakwa Berita Harian mengolah gambar asal perusuh untuk dipaparkan kepada orang awam.

Adakah benar gambar tersebut betul-betul PALSU? Apa pendapat anda?
Apa pendapat anda terhadap isu dakwaan gambar palsu Berita Harian ini?
Sumber : Facebook
Posted in Malaysia, News, Picture
Posted on 31 January 2011. Tags: Al Jazeera, Al-Quran, Aman, Bendera, Crisis, Crisis in Egypt, Egypt, ElBaradei, Harga, Hosni Mubarak, IAEA, Ikhwanul Muslimin, International Atomic Energy Agency, Iskandariah, Islam, Kaherah, Keamanan, Korupsi, Malaysia, Mesir, Militan, Mohamed Mustafa ElBaradei, Mubarak, Muslim Brotherhood, Nobel Laurette, Pelajar, Pilihanraya, Polis, Politik, Presiden, Protes, Rejim Mubarak, Rusuhan, Rusuhan di Mesir, Simbol, Suez, Tentera, Tunisia
Pada hari Jumaat yang lalu, 28 Januari 2011. Satu Rusuhan besar-besaran telah berlangsung di Mesir dimana melibatkan ribuan rakyat mesir memprotes rejim Presiden Mubarak.
Sebelum itu, beberapa siri protes dan demonstrasi telah berlangsung sejak dari 25 Januari lagi. Rusuhan ini bermula beberapa minggu selepas peristiwa “Kebangkitan Tunisia” di Tunisia, malah ketika rusuhan di Mesir berlangsung, beberapa golongan perusuh mengkibarkan bendera Tunisia sebagai simbol pengaruh Protes tersebut.
Rusuhan yang berlangsung ini adalah disebabkan beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebesan bersuara, korupsi pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihanraya.
Selain itu isu seperti penggangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan turut dibangkitkan.
Pemerintahan selama 30 tahun Presiden Hosni Mubarak dipanggil sebagai Rejim Mubarak dikatakan sebagai punca sebenar 30 tahun korupsi pemerintahan di Mesir.

Presiden Mubarak bertindak mengenakan perintah berkurung bagi menyekat perusuh dari teruskan mengadakan rusuhan di bandar-bandar besar seperti Kaherah, Iskandariah dan Suez.
Turut diarahkan untuk menyekat rusuhan adalah pihak polis dan tentera. Namun walau bagaimana sekalipun cubaan untuk menyekat perusuh, semangat inginkan kebebasan dan hak bersuara menggagalkan sekatan pihak polis dan tentera.
Malah, menurut sumber dikatakan juga bahawa segelintir pihak polis sudah mula putus asa untuk menyekat rusuhan, malah ada antaranya yang turut menyertai rusuhan.
Pihak tentera pula dikatakan dari awal lagi sudah pun menyokong demonstrasi bagi melihat perubahan pada pemerintahan di Mesir. Pihak tentera dikatakan telah diberi pilihan oleh pihak perusuh, “Pilih antara Mubarak ataupun Negara Mesir?”.
Mohamed Mustafa ElBaradei, mantan direktor International Atomic Energy Agency (IAEA), dan juga penerima anugerah Nobel Laurette Keamanan, ketika ini bertindak menyokong penggulingan pemerintahan rejim Mubarak.
Pihak Ikhwanul Muslimin atau lebih dikenali sebagai Muslim Brotherhood, yang sehingga kini masih lagi didakwa sebagai Militan Islam dan bertindak sebagai parti pembangkang dikatakan bersedia untuk menyerahkan tugas mengetuai reformasi Mesir kepada ElBaradei.
ElBaradei pula mengeluarkan kenyataan beliau bersedia dan menantikan kerjasama dengan pihak tentera untuk mengekalkan keamanan mesir dan reformasi politik.
Sehingga kini 102 orang telah terbunuh semenjak Protes bermula dan lebih 2,000 orang telah tercedera.
Menurut sahabat pelajar dari Mesir, dikatakan bahawa harga tiket dan makanan disana telah meningkat sehingga 7 kali ganda lebih tinggi dari harga asal.
Sebarang perjumpaan diantara pelajar asing, meskipun hanya untuk usrah atau ber-tarannum sekalipun, adalah dilarang sama sekali, malah naskhah kitab Al-Quran juga turut akan dirampas.
Apa-apa pun, khabarnya kerajaan sedang dalam usaha untuk membawa pulang kesemua pelajar kita disana untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diinggini. Malah ada juga pelajar yang telah pulang ke tanah air dengan usaha sendiri.
Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita disana dan semoga segalanya beransur tenang dan aman semula.

Dapatkan maklumat mengenai “Crisis in Egypt” secara terus menerus di http://english.aljazeera.net/ . Notakosong.com turut akan dapatkan informasi lanjut dengan cuba berhubung dengan sahabat pelajar di sana.
Posted in News, World
Posted on 31 August 2010. Tags: Ajai, Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya, Bendera, dan Rem - Lebaran Ini, DJ Dave - Menjelang Hari Raya, Download, Hari Raya Aidilfitri, Jalur Gemilang, Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri, Lagu, Lagu Raya, Link, M Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya, Malaysia, Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda, Manbai dan Raihan - Harapan Ramadhan, Mp3, Nowseeheart, P Ramlee - Dendang Perantau, Patriotik, Raihan, Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Uji Rashid dan Hail Amir - Seloka Hari Raya, URL
Antara semangat menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dan juga semangat patriotik menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Lagu Raya atau Sambutan Kemerdekaan Malaysia?
Sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini mungkin tidak dilihat begitu meriah seperti yang lalu, berkemungkinan besar adalah kerana semangat sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah lebih mengatasi ‘mood’ menyambut Hari Merdeka 2010.
Ini terbukti apabila, berbanding dengan lagu-lagu yang bersemangat patriotik seperti lagu “Sudirman – Tanggal 31″, lebih banyak lagu-lagu raya yang dimainkan di Radio.
Malah, berdasarkan statistik, jumlah muat turun (download) lagu raya juga meningkat berbanding carian lain yang berkenaan dengan kemerdekaan.
Antara lagu raya mp3 yang menjadi pilihan untuk di muat turun (download) ialah :
- DJ Dave – Menjelang Hari Raya
- Anuar Zain & Ellina – Suasana Hari Raya
- M Nasir – Suatu Hari Di Hari Raya
- P Ramlee – Dendang Perantau
- Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
- Jeffrydin – Musafir Di Aidilfitri
- Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
- Uji Rashid dan Hail Amir – Seloka Hari Raya
- Manbai dan Raihan - Harapan Ramadhan
- Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
- Raihan, Nowseeheart, Ajai, dan Rem – Lebaran Ini
*NK tidak membekalkan link atau url untuk download mp3 lagu-lagu tersebut.
Dan yang pasti, pilihan tersebut sentiasa akan menjadi pilihan sepanjang zaman setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Meskipun terdapat pelbagai artis yang telah membuat nyanyian semula (cover) untuk lagu-lagu tersebut, namun lagu asal nyanyian artis asal tetap menjadi pilihan di hati pendengar.
Namun demikian, sudah pasti di setiap pelusuk negeri, rakyat tetap menyambut semangat Hari Kemerdekaan negara dengan cara yang tersendiri, malah ada yang menghiasi rumah dan diri dengan bendera Malaysia untuk menunjukkan semangat patriotik.
Apa-apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53! Berhati-hati di jalan Raya, Majulah sukan untuk negara!

Posted in Events, Malaysia
Posted on 29 August 2010. Tags: Bahaya, Bendera, Benteng Demokrasi Rakyat, Bintan, Bunuh, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dunia, Duta, Gaduh, Harmoni, Hina, Indonesia, Indonesial, Insiden, Kedutaan, Konflik, Kumpulan, Kutuk, Malaysia, Malingsia, Memorandum, Negara, News, Pemuda, Perang, Susilo Bambang Yudhoyono, Umbo, UMNO, World
Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.
Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.
Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.
Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.
Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

Posted in Malaysia, News, World
Posted on 24 August 2010. Tags: Bahaya, Bendera, Benteng Demokrasi Rakyat, Bintan, Bunuh, Dunia, Duta, Gaduh, Harmoni, Hina, Indonesia, Indonesial, Insiden, Kedutaan, Konflik, Kumpulan, Kutuk, Malaysia, Malingsia, Memorandum, Negara, News, Pemuda, Perang, Umbo, UMNO, World
Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.
Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.
Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.
Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.
Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.
Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.
Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.
Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.

Apa pendapat anda?
Posted in Malaysia, News, World
Posted on 23 August 2010. Tags: Bendera, Contest, iTalk, Jalur Gemilang, Malaysia, Merdeka, Peraduan, Pertandingan, Prepaid, RM, Sony, Sony Malaysia, Telekom, Telekom Malaysia Berhad, TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), telah bekerjasama dengan Sony Malaysia untuk bersama-sama menganjurkan peraduan fotografi gambar Merdeka, sempena Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53.
Peraduan ini telah bermula sejak 15 Ogos lalu dan akan berlangsung sehingga 9 September 2010. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan TM dan juga Sony.
Peserta dikehendaki untuk membeli kad prabayar iTalk dengan nilai belian minimum RM10 untuk menyertai peraduan ini.
Gambar yang digunakan sebagai penyertaan hendaklah mempunyai lambang logo TM dan juga Sony, bersama-sama dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan tidak melebihi saiz 500kb setiap satu.
Berikut merupakan hadiah-hadiah yang ditawarkan :

Apa tunggu lagi? Anda mungkin berpeluang memenangi Kamera DSLR dari Sony!
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.tm.com.my
Posted in Contest, Malaysia
Recent Comments