Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.
Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;
“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”
Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini.
Sebuah video klip khas turut dihasilkan oleh “rapper” penuh kontroversi yang pernah didakwa kerana menghina lagu kebangsaan, Namewee.
Namewee atau nama sebenar beliau, Wee Meng Chee, telah menghasilkan sebuah video klip lagu yang menghina tindakan Siti Inshah Mansor yang dikatakan keterlaluan dan beliau sangat menentang kenyataan perkauman pengetua “racist” tersebut.
Video klip tersebut berjudul “Nah!! Sucks Banana” <– (Amaran, lirik sangat sensitif)
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, mengumumkan bahawa akan adanya perkhidmatan Tol secara percuma dan juga diskaun bagi Tol-tol tertentu seluruh Malaysia sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos.
Laluan percuma bermakna tiada cas bayaran tol akan diberi pada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Lebuhraya PLUS, Elite, Linkedua, dan Seremban-Port Dickson pula akan menawarkan diskaun sebanyak 20% pada 31 Ogos dan 1 September.
Namun diskaun ini akan hanya diberi kepada pengguna yang menggunakan laluan tersebut pada waktu 12 tengahmalam sehingga 7 pagi. Dimana kebiasaanya pengguna pada waktu tersebut hanya menerima diskaun sebanyak 10%.
Ini bermakna, bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuhraya PLUS misalnya, laluan tol dari Tol Juru hingga Tol Jalan Duta mengenakan cas sebanyak RM43.30, namun pada tempoh diskaun tersebut, cas yang dikenakan hanya RM35.
Berkenaan dengan Diskaun Tol pada tempoh sepanjang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, beliau berkata ianya akan diumumkan pada 2 September akan datang.
Perdebatan mengenai pembinaan masjid dan pusat kebudayaan islam New York berhampiran dengan tapak insiden 11 September mendapat perhatian Presiden Obama, dimana beliau menyokong pembinaan tersebut.
Masjid yang turut akan dilengkapi pusat komuniti tersebut telah diluluskan pembinaannya pada 3 Ogos yang lalu, dimana ketika Dewan Bandaraya New York mengumumkan penglulusan tersebut, terdengarnya tepukan dan sahutan gembira.
Namun terdapat juga suara dan bantahan mengenai projek tersebut.
Obama mengatakan masyarakat islam di New York mempunyai hak yang sama untuk mempraktikkan agama islam di New York.
Kerana membuat pilihan yang kurang popular, pendapat Obama tersebut turut ditentang pemimpin konservatif Republikan, Sarah Palin dan Newt Gingrich yang menyokong supaya projek tersebut dilupuskan.
Pusat kebudayaan Islam yang akan dibina itu dikatakan menghina tapak “Ground Zero” walaupun ianya terletak 2 blok berjauhan dari tapak insiden yang mengorbankan lebih 2,700 orang.
Suatu ketika dahulu, Big Ben merupakan menara jm yang terbesar dan tertinggi di dunia. Kini tiba pula pencabar baru dari Arab Saudi, Menara jam Abraj Al-Bait.
Menara jam yang berketinggian 601 m (1,972 ft) ini turut menempatkan hotel-hotel bertaraf tinggi yang berbintang-bintang tarafnya. Malah menara Abraj Al-Bait ini turut mempunyai kompleks membeli-belah tersendiri dan juga tempat letak kereta berhawa dingin yang amat luas.
Turut akan dibina adalah bangunan perumahan yang mampu menempatkan 100,000 orang. Kawasan persidangan turut dibina dan dilengkapi dengan tapak mendarat Helikopter.
Menara jam tersebut yang mempunyai 4 permukaan jam, telah disiapkan, namun hanya 1 permukaan jam sahaja yang akan berfungsi buat masa ini sebagai tempoh percubaan.
Keseluruhan pembinaan Menara jam dan sekitarnya hanya bertempatkan di seberang jalan dari Masjid al Haram.
Selepas ianya siap dibina, ia akan diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa yang turut bertempat di Arab Saudi.
Ianya dijangka siap sepenuhnya dan berfungsi awal 2011.
Tren Elektrik KTMB yang dijanji akan mula beroperasi pada minggu pertama Ogos akan datang dikatakan akan ditawarkan pada harga antara RM30 dan RM35.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, harga perkhidmatan tren tersebut adalah ditentukan setelah mengambil kira taraf pendapatan bakal pengguna tren transit berkenaan.
Harga yang diminta oleh KTM Berhad pada awalnya dikatakan melebihi RM50, dimana ianya telah dibantah pada peringkat kementerian.
Ia dikatakan bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan pengangkutan yang selamat, mudah dan jimat bagi para pengguna. Dengan ini dapat juga mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang banyak melibatkan kenderaan awam seperti Bas Ekspres.
Segala perihal lanjut mengenai penggunaan Tren Elektrik tersebut boleh dibaca di kiriman NK sebelum ini. Tren Elektrik Ipoh-KL-Ipoh
Perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTMB yang mampu untuk mencapai kelajuan 140 kilometer sejam ini dijangka akan beroperasi pada pertengahan-penghujung bulan ini.
Perkhidmatan tren ini yang disasarkan khusus kepada golongan profesional dan ahli perniagaan ini dikatakan mampu menyingkatkan tempoh perjalanan KL-Ipoh dari selama 3 jam kepada 2 jam sahaja.
Turut menjadi tambahan ialah khidmat layanan pramugari dan pramugara yang diadakan khusus bersama-sama dengan perkhidmatan tren. Bermakna anda akan menerima layanan seumpama anda menaiki Kapal Terbang.
Tren ini yang diperbuat khas oleh Hyundai mampu untuk membawa sehingga 350 penumpang pada satu-satu perjalanan. Tren ini turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai jaminan keselamatan penumpang.
Perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTMB ini yang akan berkhidmat dari pukul 5 pagi hingga 11 malam masih dalam perbincangan dengan kementerian pengangkutan mengenai harga untuk setiap perjalanan. Kemungkinan besar harga yang ditentukan adalah antara RM30 hingga RM35.
Tren ini buat masa ini akan hanya berkhidmat dari KL ke Ipoh, namun pada masa akan datang, khidmatnya akan diperluas sehingga ke Seremban. Buat masa ini juga, hanya 16 perjalanan KL-IPOH akan diwujudkan sehari.
Maka lepas ni lebih jimatla naik tren ye, cepat pun cepat.
Adalah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, mengatakan bahawa lebih 1,500 pemberian biasiswa adalah berdasarkan 4 kategori.
Kategori Pertama, pemberiaan biasiswa berdasarkan Merit pelajar, sebanyak 300 biasiswa ini telah ditawarkan tahun ini. Ianya dibahagikan kepada 20% pelajar bumiputra, dan baki 80% untuk pelajar bukan bumiputra.
Kategori Kedua yang berdasarkan komposisi bangsa, 900 biasiswa ditawarkan. 557 daripada itu diberi kepada bumiputra dimana 480 darinya ialah pelajar melayu.
Kategori Ketiga diberikan kepada Malaysia timur, dimana 75 kepada Sarawak dan 75 kepada Sabah.
Kategori Keempat, diberikan berdasarkan kekurangan sosial. 77 diberikan kepada Bumiputra (73 Melayu), 35 kepada bangsa cina, 18 kepada bangsa india dan 2 lagi lain-lain.
Begitulah laporan mengenai pemberian biasiswa kerajaan pada tahun ini, maklum Datuk Seri Nazri Abd Aziz pada sidang parlimen semalam.
Meskipun baru-baru ini kementerian pendidikan mengumumkan kemungkinan bahawa UPSR dan PMR akan dibubarkan sebagai peperiksaan awam, ujian kemasukan ke MRSM bagi pelajar lepasan PMR akan tetap dikekalkan.
Malah pada tahun hadapan, ujian kemasukan yang sama akan digunapakai bagi pelajar yang memohon kemasukan ke tingkatan satu di MRSM.
Ini membuktikan bahawa, walaupun tanpa PMR dan UPSR sekalipun, ianya tidak akan menjejaskan peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Malah setiap pelajar mempunyai peluang yang sama.
Fakta tambahan turut menyatakan, terdapat lebih daripada 9,000 pelajar memohon untuk kemasukan ke MRSM pada setiap tahun, dan angka tersebut dijangka bertambah dengan wujudnya lebih MRSM.
Sumber : Berita Harian
Nampaknya kenyataan terbaru ini dengan jelas dengan apa yang NK sasarkan pada kiriman sebelum ini.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berkemungkinan untuk dilupuskan dari sistem peperiksaan awam. Begitulah apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan.
Dikatakan juga bahawa, UPSR dan PMR tidak digunakan lagi untuk meminta pekerjaan kerana kebanyakan majikan ketika ini hanya cenderung kepada kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
UPSR dan PMR hanya digunakan ketika untuk memohon tempat ke sekolah-sekolah elit contohnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Maka lebih baik jika UPSR dan PMR dijadikan sebagai penilaian peringkat sekolah.
Dengan dilupuskan UPSR dan PMR dari sistem peperiksaan awam, guru-guru dan pelajar sendiri dapat lebih menfokuskan kepada peningkatan kreativiti diri pelajar, aktiviti kesukanan dan aktiviti kokurikulum.
Ini dapat turut mengelakkan dari peperiksaan di Malaysia lebih menfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata.
Walaubagaimanapun, keputusan ini masih belum ditentukan dan pelbagai kajian akan dilakukan sebelum ianya dilaksanakan. Kementerian akan menunggu pendapat dari orang awam termasuk ibu-bapa, guru-guru, dan juga pelajar sendiri
Apa yang NK fikirkan, jika UPSR dan PMR sememangnya hanya menjadi penentu ke sekolah mana anda selepas ini, kenapa tidak sekolah itu sendiri yang mengadakan peperiksaan kelayakan masuk ke sekolahnya? Apa yang NK tahu, MRSM memang mempunyai peperiksaan sebelum layak ke MRSM, namun ianya perlu lebih diperhalusi.
Mengenai fokus pada aktiviti tambahan pelajar, kementerian perlu memikirkan apa lain aktiviti tambahan untuk pelajar. Mungkin pelajar boleh belajar lebih mengenai Kesenian dan juga Kebudayaan? Alat Muzik dan juga Bahasa Tambahan mungkin?
Tapi ianya sudah pasti memerlukan lebih kerjasama dari guru-guru dan juga ibu-bapa.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.
Dalam video tersebut Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.
Recent Comments