Tak habis-habis dengan surat khabar nasional yang sentiasa ada kegagalan dengan artikelnya. Kali ni giliran Utusan Sarawak pula beri ‘pertahian’. Cuba tengok!
Alahai, lagi-lagi kesilapan ‘Typo’ penulis artikel di surat khabar ni. “Kesukaran hidup Zulhilmi mula dapat pertahian”. Eh, hidup dah sukar lagi diberi tahi ke??
Sebenarnya apa yang ditulis dalam artikel tersebut adalah berkenaan kesukaran hidup Mohd Zulhilmi Marzuki, pelajar berusia 12 tahun yang mengalami jangkitan pada paru-paru, dan terpaksa hidup bergantung kepada balang oksigen.
Akhirnya, pelajar ini mula mendapat perhatian orang ramai yang menawarkan diri untuk membantu keluarganya menyara Zulhilmi.
Kisah lanjut mengenai Zulhilmi boleh di baca di berita Bernama.
Berbalik kepada typo artikel ini, adakah tak ada yang sudi membuat semakan pada artikel yang ditulis? Malu juga apabila akhbar nasional melakukan kesilapan jelas yang sedemikian.
p/s : kalau dalam bahasa inggeris, ayat “peoples give a shit about that”, memberi maksud orang ramai memberi perhatian kepada perkara itu. Shit = Tahi, itu maksud penulis agaknya?
Pengarah Proton Holdings Sdn Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengeluarkan kenyataan bahawa Proton akan mengeluarkan enjin Turbo (Turbo-Charged) pada awal tahun 2011.
Enjin CamPro Turbo ini dikatakan akan mampu menjana kuasa sama seperti keupayaan enjin 2000cc.
Turut dinyatakan ialah model pertama yang akan menggunakan enjin Proton CamPro Turbo ini ialah model MPV Proton iaitu Proton Exora Turbo.
Mengenari Model ganti Proton Waja dengan kerjasama Mitsubishi Motors pula, beliau tidak menafikan bahawa ianya akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.
Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.
Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.
Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.
Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.
Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.
Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.
Model baru keluaran PROTON Holdings Bhd yang akan berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, dikatakan akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pandu uji dan pengubahsuaian reka bentuk telah siap dilakukan, dan kini Proton hanya menghitung hari untuk mengumumkan pelancaran model baru yang akan menggantikan Waja ini. (Proton Waja Replacement Model)
Model baru ini yang masih belum pasti apakah nama model tersebut, sama ada kekal sebagai Waja, atau akan diubah, akan turut serta dan dipamerkan kepada orang awam di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).
Harga yang ditawarkan pula dikatakan di dalam lingkungan seperti berikut :
1.8 liter manual - RM75,000
1.8 liter auto - RM80,000
2.0 liter – Hampir RM100,000
Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.
Nampaknya khabar angin mengenai keluarnya model sedan baru Proton sebagai pengganti model Proton Waja sudah sah! Sememangnya model baru ini akan berdasarkan Mitsubishi Lancer!
Berdasarkan apa yang NK perolehi dari Paultan.org, nampaknya ada seorang pembaca Paultan.org telah berpeluang untuk melihat sendiri Model Waja Replacement Model (WRM) ini yang dilihat menggunakan plet dagangan (Trade Plate) di Masjid Kapitan Keling, Penang.
Model WRM ini yang separa dari badannya dilitupi, sememangnya adalah Model Mitsubishi Lancer X yang telah diubah kejuruteraannya mengikut kesesuaian Proton dan juga Citarasa tempatan.
Berikut merupakan gambar-gambar dari Paultan.org.
Selebihnya boleh dilihat dari sumber. Kredit kepada pembaca Fahmil dari Penang.
Proton Holdings dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dikatakan mampu bersaing bukan sahaja pada peringkat domestik malah juga antarabangsa jika dapat digabungkan.
Presiden Proton Vendors Association (PVA), Datuk Dr Wan Mohamed Wan Embong berkata, sudah tiba masanya untuk kedua-dua penghasil kenderaan nasional ini untuk sedar akan impak positif yang mampu terjana dengan penggabungan kedua-dua entiti besar ini.
Kerjasama dalam teknologi kejuruteraan automotif mampu membawa kedua-dua nama besar ini ke tahap yang lebih tinggi. Penggunaan bahagian dan komponen yang sama mampu menjimatkan produksi pada skala ekonomi.
Kedudukan strategik dan kejayaan nama Proton dalam prestasi antarabangsa mampu untuk membawa Perodua ke pasaran Global dengan lebih agresif.
Apa pendapat anda? Berbaloi kah nama Proton dan Perodua digabungkan untuk memajukan automotif negara di pasaran antarabangsa?
NK rasa, sebaiknya nama jenama Proton dan Perodua dikekalkan, dan jikalau penggabungan ini menjadi sekalipun, nama lain bagi pasaran tertentu perlu diaplikasikan. Mungkin akan menjadi sebuah jenama lain supercar atau kereta ekonomi untuk pasaran dunia?
Nampaknya sudah tidak sangsi lagi, Model baru Proton akan dikeluarkan pada suku akhir tahun ini bagi menggantikan Model Sedan Proton Waja yang sudah terlalu lama berada di pasaran. Setakat ini ia hanya dikenali sebagai Waja Replacement Model (WRM).
Ura-ura yang tersebar luas di pasaran mengatakan Model baru Proton Sedan WRM ini akan amat menyerupai Mitsubishi Lancer 2.0 GT namun akan menggunakan enjin dengan sesaran lebih kecil iaitu 1.8l.
Adakah menggunakan enjin Campro yang baru? Campro CPS 1.8 bunyi macam amat menarik jika digandingkan ke dalam Proton WRM ini. Atau lebih baik, enjin Campro CPS Turbo??
Namun terdapat juga khabar angin yang mengatakan, bahagian enjin Proton WRM ini akan menggunakan enjin 1.8l dari Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA), pengeluar Global bagi semua enjin Mitsubishi, Chrysler dan Hyundai. Menarik!
“Semua persediaan telah dilakukan, kami berharap ianya dapat dilancarkan pada suku akhir tahun ini”, begitulah kenyataan dari Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, semasa pelancaran Variasi baru bagi Proton Exora.
Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengesahkan kesemua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara ketika diserang selamat. Usaha bagi membawa pulang kesemua rakyat malaysia melalui udara atau jalanraya giat dijalankan, dan usaha ini akan dibantu oleh Filipina dan Ireland yang sedang menjalankan misi di Tel Aviv, malah Jordan dan Turki turut menyuarakan hasrat untuk membantu. Kedutaan Malaysia di Turki turut memohon secara rasmi kepada kerajaan Turki bagi usaha membawa pulang Rakyat Malaysia.
Datuk Anifah berkata Wisma Putra telah mewujudkan satu bilik operasi yang beroperasi 24 jam bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan penahanan rakyat Malaysia itu. “Kita akan hubungi misi kita di Angkara dan negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat terkini dari masa ke masa,” katanya. Bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-88874570.
Recent Comments