Baru-baru ini, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah mengeluarkan keputusan Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi (SETARA) bagi tahun 2009.
Sebanyak 58 buah Universiti Tempatan termasuk Universiti Awam dan Universiti Swasta yang memberi penyertaan.
Sebanyak 18 buah Universiti diberi taraf “Tier-5″ atau Cemerlang, 25 buah Universiti diberi taraf “Tier-4″ atau Sangat Baik, dan 4 buah Universiti menerima taraf “Tier-3″ atau Baik.
Berikut merupakan senarai 18 buah Universiti yang menerima taraf “Tier-5″ iaitu Cemerlang, berdasarkan turutan alphabet.
- Curtin University of Technology Sarawak
- International Islamic University Malaysia
- International Medical University
- Management and Science University
- Monash University Sunway Campus
- Sunway University College
- Swinburne University of Technology, Sarawak Campus
- Taylor’s University College
- The University of Nottingham, Malaysia Campus
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Kuala Lumpur
- Universiti Malaya
- Universiti Multimedia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Teknologi Petronas
Manakala bagi senarai Universiti lain yang menerima penarafan tersebut boleh dirujuk pada Gambar dibawah.
Sumber : MQA.gov.my









Recent Comments