Kalau sebelum ini NK tampilkan video unboxing untuk Google Nexus S, entri kali ini NK akan paparkan Video review mengenai penggunaan Nexus S Portable WiFi Hotspot.
Untuk review ini, NK telah menjemput beberapa blogger dan twitterian yang NK kenal untuk bersama-sama membantu dalam video ini.
Apa mereka perlu buat cuma, bawa gajet mereka yang mempunyai teknologi WiFi, dan mereka akan cuba untuk dapatkan talian internet dengan menggunakan akses WiFi yang akan dibekalkan melalui Google Nexus S. Yang pasti, talian telefon yang digunakan ialah talian Mobile Internet dari Maxis Hotlink.
NK juga sempat sertakan cara-cara dan teknik mudah untuk mengaktifkan portable WiFi Hotspot menggunakan Google Nexus S ini.
Kemudian, kesemua reviewer jemputan ini akan bersama-sama menggunakan akses internet tersebut, login ke Twitter, dan hantar tweet kepada @whykimi dengan hashtag #maxis10.
Maxis sebentar tadi baru sahaja melancarkan Google Phone pertama dari Maxis, Nexus S. Turut diumumkan adalah harga dan plan untuk Nexus S.
Pelancaran dihadiri ramai pihak media termasuk rakan-rakan blogger lain. Turut menyertai pelancaran tersebut sudah pasti penerima program #Maxis10 untuk review Nexus S.
Maxis Google Nexus S dilancarkan oleh COO Maxis, Jean Pascal, dan MD Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Yu Jai Sul. Video pelancaran akan dimuat naik kemudian, nantikan ruangan ini.
Bertambah lagi keluarga telefon bimbit Android dari Maxis! Ehem, bila nak bawa masuk Samsung Galaxy S 2 (II)?
Bagi yang tertanya-tanya berapa harga Nexus S dari Maxis, boleh dapatkan maklumat di laman web maxis, atau perhatikan pada keratan flyers dari Maxis ketika pelancaran tersebut. (Ekslusif di Notakosong.com)
Hebat, apa-apapun tahniah kepada Maxis kerana berjaya untuk membawa gajet canggih ini ke Malaysia, dan merupakan pengedar Google Nexus Phone rasmi pertama di Malaysia!
P/s : Nantikan kejutan berkaitan dari Notakosong.com~
Seorang blogger, bernama Poh Huai Bin, pemilik kepada sixthseal.com sedang disaman oleh pemilik Jothy’s Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant.
Turut dikemukakan saman adalah search engine nombor 1 dunia, Google.
Direktor kepada Jothys Sdn Bhd, Tharumaraj Sivaperumal, mengemukakan saman sebanyak RM6juta ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap defendan pertama, blogger tersebut dan defendan kedua, Google.
Beliau mendakwa Blogger tersebut telah memburukkan imej restoran beliau dan perniagaan beliau merosot dan merundum diatas sebab komen yang ditulis di blog blogger tersebut.
Saman tersebut dikemukakan atas sebab memalukan perniagaan beliau dan menghancurkan perniagaan beliau.
Pemilik restoran tersebut turut menyatakan bahawa Restoran beliau belum pernah terima kritikan buruk, malah pernah disyorkan oleh majalah panduan pelancong antarabangsa, Lonely Planet sebagai salah satu tempat perlu dilawat di Kota Kinabalu, Sabah.
Komen beliau terhadap kenapa Google turut disaman, menurut beliau, search engine lain tidak memaparkan blog sixthseal.com apabila digunakan, namun apabila menggunakan Google, blog tersebut dipaparkan sebagai salah satu komen terhadap Restoran beliau.
Antara kenyataan dan komen dalam blog sixthseal.com tersebut :
“The Worst Fish Head Curry and Banana Leaf Restaurant in the Known Universe”
“our fish roe had the same taste and texture of cardboard”
“It’s a tourist trap. Avoid it like a bad case of herpes”
Perlu ke sampai blogger tersebut disaman? Malah jikalau apa yang ditulis adalah benar, mengapa tidak restoran tersebut menerimanya dengan terbuka, dan cuba tingkatkan mutu hidangan mereka? Dan kalau benar ianya sudah ditingkatkan kualiti, panggil semula blogger tersebut, dan buktikan ianya memang berkualiti.
Opss, jangan lebih-lebih, nanti notakosong.com pula kena saman, susah nanti.
Pendedahan Aidid Mu’addib, seorang blogger, dalam blognya mengenai pelbagai penipuan skim piramid atau Multi Level Marketing (MLM), menjadi perhatian umum.
Selain dari amat menentang penglibatan individu dalam program yang melibatkan skim piramid MLM ini, beliau turut mendedahkan beberapa penipuan yang dilakukan oleh pengasas program tersebut.
Diantara beberapa perniagaan skim piramid MLM yang menjadi kritikan Aidid Mu’addib ialah, Gelang AC Mizal, Score A, Infinity Downline, Login RM100 Facebook, i-Rich, Pari-Pari Duit, Unstobebal, Tabung Raya, Alea Corp, dan lain-lain lagi.
Sehinggakan sesetengah perniagaan MLM ini merupakan perniagaan yang tidak pernah didengar langsung!
Apatah lagi pula perniagaan yang tidak berdaftar dan beroperasi secara haram!
Contohnya perniagaan terkenal Gelang AC Mizal, beberapa hari ini mendapat perhatian dimana melalui blog Aidid Mu’addib telah membongkar segala penipuan yang dilakukan oleh usahawan dan juga selebriti terkenal tersebut, AC Mizal.
Malah, AC Mizal bertindak melaporkan kenyataan dalam blog tersebut kepada pihak polis, dimana beliau mendakwa ada pihak yang cuba memburukkan nama beliau.
Menurut laporan beberapa akhbar, pihak polis juga sedang menyiasat mengenai perkara tersebut, mengenai blog ugut bunuh AC Mizal.
Apa pendapat anda?
Berikut merupakan keratan akhbar mengenai laporan polis blog ugut AC Mizal.
Kepada blogger tersebut, Aidid Mu’addib, NK berminat untuk temubual anda jika anda membaca kiriman ini.
Pasti ramai blogger diluar sana tahu mengenai satu lagi muka lama dalam industri pengiklanan blog Malaysia, Advertlets, namun 2-3 bulan ini dikejutkan dengan dakwaan buruk mengenai Advertlets.
Advertlets didakwa menipu para bloggers dengan tidak membayar jumlah yang sepatutnya diterima blogger atas usaha mereka.
Terdapat kes dimana Advertlets sehingga kini masih mempunyai hutang dengan seorang blogger dimana jumlah yang perlu dibayar Advertlets kepada blogger tersebut adalah lebih dari RM600.00!
Malah, maklumat dari seorang ‘bekas’ sahabat kepada pemilik dan pengasas Syarikat Advertlets, Josh Lim. beliau telah ditipu oleh Josh Lim sehinggakan blog beliau yang terdahulu telah dipadam oleh Josh Lim sendiri.
Yang mengejutkan, terdapat juga kes dimana blogger cuba untuk menuntut jumlah bayaran dari Advertlets lebih dari setahun, namun blogger tersebut masih lagi belum menerima bayaran sepatutnya.
Adakah begini balasan Advertlets terhadap blogger yang cuba sedaya upaya dengan penat lelah untuk dapatkan wang?
Seorang blogger, Jessy telah ditipu sahabat lama beliau tersebut (Josh Lim). Kisah mengenai penipuan tersebut boleh dibaca dalam blog beliau : mbmnmbm
Diminta para blogger lain berhati-hati dan jikalau ada antara anda merupakan mangsa Advertlets, sudilah berkongsi mengenai kes anda.
Artikel ‘Kreativiti menipu, Tronoh jadi Toronto’ tulisan Noraini Abdul Razak, seorang editor berita Utusan Malaysia masih lagi menjadi isu hangat yang diperbincangkan.
Malah, sikap dan gaya penulisan beliau dalam artikel tersebut menerima kritikan hebat dan dikatakan tidak membawakan gaya seorang wartawan yang sepatutnya.
Tulisan seorang bakal graduan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) mendapat perhatian NK,
Dear Kumpulan Utusan (Attn: Mrs. Noraini Abdul Razak, News Editor)
Personally, I think your newspaper have make a damning mistake for being emotional in their article on UTP. Based on codes on the ethics of journalism, you have violated two of common elements = “Harm limitation principle” & “Accuracy and standards of factual reporting”.
If you can make apologies on your errors in any of your news, there’s no harm of doing the same to UTP. Do note that the article has indirectly destroyed the future of approximately 6000 students of UTP, as they will be having a hard time to repair the perspective from local people and employers towards UTP.
I would expect you as a IIUM graduate to behave according to the norms of Islamic by not dismearing other people’s reputation
It’s simple. These 6000 people wants you to make a very simple apology to UTP. I’m not surprised if you still maintain your ignorance, you will expect your papers sales are going down in UTP. Plus, the latest turns of events didn’t went to yourfavour. So, what UTP want is an apology and Insya-Allah, business will be normal as usual.
Say Mrs. Noraini, how about if we ask your superior (Datuk Aziz Ishak – Ketua Pengarang Kumpulan Utusan) to sit down with UTP management and settle this in a harmony way.
Cheers for now! xD
P/S: How about an all-out debate or dialog to resolve this matter? Between you, UTP management, the students and the blogger itself. What say you?
Mohd Asyraf Fadzlee Ramli
Deputy Chief Operations Officer of Spotgamers
Universiti Teknologi Petronas (2006 – 2010)
Dalam tulisan beliau, Asyraf Fadzlee membincangkan kredibiliti Noraini selaku seorang wartawan, telah bertentangan dengan etika kewartawanan.
Beliau turut juga meminta penulis artikel kontroversi tersebut memohon maaf kerana telah secara tidak langsung memusnahkan pandangan positif awam terhadap bakal graduan UTP.
Turut dinyatakan adalah masih ada jalan penyelesaian secara baik dimana perkara tersebut boleh dibawa berbincang agar tidak membawa mudarat kepada mana-mana pihak.
Seorang Paderi, Benjamin Stephen didalam sebuah video klip didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad pada sebuah ceramahnya dipercayai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Video itu yang sebelum ini tersebar luas di internet dan Laman Facebook, sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Perkara mengenai Video klip YouTube menghina Islam ini telah dibincangkan oleh Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen di dalam blog beliau mahaguru58.blogpsot.com.
Video ini yang menyesatkan lagi menghina ini akan disiasat oleh pihak berkuasa lain, dan pihak berkuasa berharap agar jika terdapat sebarang saksi dan responden lain sila turut membuat laporan mengenai video klip tersebut.
Paderi Benjamin Stephen itu dipercayai merupakan seorang islam murtad yang berasal dari Pontianak, Indonesia dan merupakan pendakwah Kristian.
Antara dakwaan mengarut Paderi Benjamin Stephen itu ialah dimana beliau mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Pedophiliac apabila mengahwini isteri baginda, Aisyah.
Beliau mengaku bahawa sebagai seorang melayu, beliau diminta menjauhi anjing kerana disebabkan malaikat dalam islam takut kepada anjing dan buta apabila malam.
Berikut merupakan Video Paderi Benjamin Stephen menghina Islam,
Pernah ternampak tak kalau buka blog-blog orang, ada ternampak Badge Profile Facebook pada sidebar, atau bahagian widget blog tersebut? Malah ada juga beberapa Laman web, website individu tertentu yang turut memasang Facebook Profile Badge.
Hari ni NK nak tunjukkan cara mudah untuk letak atau pasang Facbook Profile Badge pada blog ataupun website anda.
Pastikan anda sudah login ke Facebook anda. (Jangan tersilap pakai Profile orang lain ye)
Kemudian Klik pada Profile Badge.
Bagi pengguna Blogger atau Blogspot, teruskan baca langkah seterusnya. Atau bagi pengguna WordPress ataupun pereka laman web sila ke langkah yang ke-7
Anda akan tiba ke page seperi dibawah, klik pada butang Blogger seperti yang telah dibulatkan seperti dibawah, dan anda akan dikehendaki untuk log-masuk ke akaun blogger anda.
Tentukan di bahagian mana anda hendak letak Facebook Profile Badge widget anda pada layout manager dan, SIAP! Badge tersebut akan kelihatan seperti contoh dibawah. Untuk ubah rupa dan keterangan pada Badge anda sila ke langkah yang ke-9
Bagi pengguna WordPress atau pereka laman web lain, anda hanya perlu klik pada butang Other seperti yang dibulatkan, dan copy/ctrl+c kod yang ditunjukkan.
Kemudian, jangan lupa untuk paste/ctrl+v pada ruang widget WordPress atau bahagian sidebar pilihan anda! Mudah kan? Apa la sangat susahnya bagi pengguna WordPress dan pereka Laman web kan, mudah je.
Untuk Tentukan keterangan atau details pada Facebook Profile Badge anda, anda boleh tekan pada butang ayat Edit this badge berhampiran butang Other.
Anda akan tiba di page seperti dibawah dan boleh la pilih apa yang anda mahukan terpapar pada Facebook Profile Badge anda. Jangan lupa tekan Save ye.
Akhirnya! NK akan buka page NK Link Exchange untuk para pembaca notakosong.com kongsi blog anda bersama pembaca-pembaca lain~ Segala Link, mahupun banner akan diletakkan di page http://notakosong.com/nk-link-exchange/. Paling menarik, jikalau ada para blogger diluar sana yang ada badge atau button blog anda sendiri, NK akan turut paparkannya disitu!
Percuma je! Tapi untuk blog sahaja la, bukan slot iklan atau advertisement ye~ Pemilihan blog akan dibuat selepas anda email~
Apa yang anda perlu buat sangat mudah, anda cuma perlu email ke admin@notakosong.com butir-butir dibawah :
Nama anda (atau nama gelaran) :
URL Blog :
URL Badge atau Button (optional) :
Keterangan sikit :
Kehebatan, keistimewaan blog anda (optional) :
Mudah kan? Bukan NK tak mahu link kan semua pembaca, tapi NK mahu pastikan lebih mudah hubungan dua hala wujud antara blogger.
Jom la hantar email pada NK ramai-ramai, ajak kawan-kawan sekali ye~
NK baru je nak join pertandingan ni. Lepas jalan-jalan kat website Raja Kamil tadi, NK terbaca pos pasal RK nak bagi duit 50usd kat paypal siapa-siapa yang join!. Maka jm ramai-ramai join!. Pada mereka yang tak kenal RK, RK merupakan seorang pakar dalam bidang Internet Marketing!
Cara dia sangat mudah, NK cuma perlu pos ayat kat bawah ni je untuk menang!~
Recent Comments