Laman web jurnalis berkenaan politik yang terkemuka di Malaysia, Malaysiakini.com, kini sudah masuk hari kedua sukar untuk diakses pembaca, disebabkan serangan DDOS.
Serangan DDOS terhadap server Malaysiakini.com menyebabkan server laman web tersebut menjadi lembab dan laman web tersebut menjadi sukar untuk diakses.
Punca serangan ini dipercayai ada kena mengena dengan pilihanraya umum yang sedang berlangsung di Sarawak. Mungkin ianya berpunca dari mana-mana parti politik yang ingin menyukarkan pembaca untuk mendapat berita berkenaan politik.
Namun, ianya tidak menghentikan usaha Editor laman tersebut untuk menyampaikan berita politik kepada pembacanya, buat masa sementara ini, Malaysiakini.com akan beroperasi melalui beberapa saluran seperti yang dinyatakan dibawah :
Editor Malaysiakini.com berupaya untuk membuatkan laman Malaysiakini kembali dapat diakses, walaupun dalam rupa yang telah dipermudahkan bagi mengurangkan beban pada server laman web tersebut.
Menurut laman web tersebut, terdapat juga kenyataan dimana mereka sedang menambah beberapa server lain bagi menampung beban trafik yang ada.
Siapa kenal dengan Najwa Latif? Gadis muda yang sedang meningkat nama dalam arena muzik tempatan ini sudah mula menghasilkan single pertama beliau, “Cinta Muka Buku”.
Najwa Latif, atau nama penuh beliau Imratul Najwa bte Abdul Latif mula menghasilkan video nyanyian lagu dan menyiarkannya di YouTube semenjak Ogos 2010 lagi. Malah beliau banyak menyanyikan lagu ‘cover’ untuk lagu-lagu yang terkenal, dengan iringan gitar yang dimainkannya sendiri.
Baru-baru ini, beliau mula berkerjasama dengan NAR Records, dan dari situlah terhasilnya single baru dari beliau iaitu “Cinta Muka Buku”, hasil ciptaan beliau dan kakak beliau.
Dengar-dengarnya, single lagu Najwa Latif ini akan mula dikeluarkan pada hujung bulan Mac.
Hebat, baru saja berumur 16 tahun, sudah mula menghasilkan lagu single sendiri. Yang menarik, sudah ramai pula yang mengatakan beliau sebagai ala-ala ‘Ana Raffali Junior’.
Apa gelaran yang sesuai? Gadis Gitar atau Gadis YouTube?.
Blog Forum Semak telah dihasilkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu semua pengguna untuk mengelak dari segala jenis penipuan perniagaan.
Blog tersebut mula beroperasi sejak awal tahun ini dan telah berjaya mendedahkan beberapa kes ‘SCAM ONLINE’ iaitu penipuan dalam perniagaaan dalam talian.
Antara beberapa penipuan yang telah didedahkan adalah seperti, Penipuan melalui POS, Emel MLM menipu, penipuan kutipan derma yayasan anak yatim dan sebagainya.
Para pembaca diharap dapat memandang serius hal ini dan berhati-hati agar tidak tertipu atau secara tidak langsung terlibat dalam penipuan yang dibongkarkan.
Marilah sama-sama banteras sebelum anda atau orang tersayang menjadi mangsa.
Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.
Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.
Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.
Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.
Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.
Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.
A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.
This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.
Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.
Pasti ramai blogger diluar sana tahu mengenai satu lagi muka lama dalam industri pengiklanan blog Malaysia, Advertlets, namun 2-3 bulan ini dikejutkan dengan dakwaan buruk mengenai Advertlets.
Advertlets didakwa menipu para bloggers dengan tidak membayar jumlah yang sepatutnya diterima blogger atas usaha mereka.
Terdapat kes dimana Advertlets sehingga kini masih mempunyai hutang dengan seorang blogger dimana jumlah yang perlu dibayar Advertlets kepada blogger tersebut adalah lebih dari RM600.00!
Malah, maklumat dari seorang ‘bekas’ sahabat kepada pemilik dan pengasas Syarikat Advertlets, Josh Lim. beliau telah ditipu oleh Josh Lim sehinggakan blog beliau yang terdahulu telah dipadam oleh Josh Lim sendiri.
Yang mengejutkan, terdapat juga kes dimana blogger cuba untuk menuntut jumlah bayaran dari Advertlets lebih dari setahun, namun blogger tersebut masih lagi belum menerima bayaran sepatutnya.
Adakah begini balasan Advertlets terhadap blogger yang cuba sedaya upaya dengan penat lelah untuk dapatkan wang?
Seorang blogger, Jessy telah ditipu sahabat lama beliau tersebut (Josh Lim). Kisah mengenai penipuan tersebut boleh dibaca dalam blog beliau : mbmnmbm
Diminta para blogger lain berhati-hati dan jikalau ada antara anda merupakan mangsa Advertlets, sudilah berkongsi mengenai kes anda.
Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem yang berasal dari Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.
Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.
Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.
Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.
Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.
Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.
Pernah ternampak tak kalau buka blog-blog orang, ada ternampak Badge Profile Facebook pada sidebar, atau bahagian widget blog tersebut? Malah ada juga beberapa Laman web, website individu tertentu yang turut memasang Facebook Profile Badge.
Hari ni NK nak tunjukkan cara mudah untuk letak atau pasang Facbook Profile Badge pada blog ataupun website anda.
Pastikan anda sudah login ke Facebook anda. (Jangan tersilap pakai Profile orang lain ye)
Kemudian Klik pada Profile Badge.
Bagi pengguna Blogger atau Blogspot, teruskan baca langkah seterusnya. Atau bagi pengguna WordPress ataupun pereka laman web sila ke langkah yang ke-7
Anda akan tiba ke page seperi dibawah, klik pada butang Blogger seperti yang telah dibulatkan seperti dibawah, dan anda akan dikehendaki untuk log-masuk ke akaun blogger anda.
Tentukan di bahagian mana anda hendak letak Facebook Profile Badge widget anda pada layout manager dan, SIAP! Badge tersebut akan kelihatan seperti contoh dibawah. Untuk ubah rupa dan keterangan pada Badge anda sila ke langkah yang ke-9
Bagi pengguna WordPress atau pereka laman web lain, anda hanya perlu klik pada butang Other seperti yang dibulatkan, dan copy/ctrl+c kod yang ditunjukkan.
Kemudian, jangan lupa untuk paste/ctrl+v pada ruang widget WordPress atau bahagian sidebar pilihan anda! Mudah kan? Apa la sangat susahnya bagi pengguna WordPress dan pereka Laman web kan, mudah je.
Untuk Tentukan keterangan atau details pada Facebook Profile Badge anda, anda boleh tekan pada butang ayat Edit this badge berhampiran butang Other.
Anda akan tiba di page seperti dibawah dan boleh la pilih apa yang anda mahukan terpapar pada Facebook Profile Badge anda. Jangan lupa tekan Save ye.
Pos NK kali ni adalah untuk membantu para blogger diluar sana yang selalu kata rasa kurang trafik yang datang ke blog mereka. Maka dalam pos NK kali ni NK nak kongsi cara yang paling mudah untuk dapatkan trafik. Dan mungkin akan datang, NK akan buat segmen khas untuk berkongsi dengan para blogger lain diluar sana untuk jana trafik yang lebih banyak dan dengan cara yang lebih sofistikated. Mahupun direct traffic, organic traffic, ataupun referral traffic. Sebelum itu NK nak katakan, ini untuk jana trafik sahaja, dan bukan untuk jana wang masuk ke pengiklanan anda contoh ; Nuffnang, Adsense. Namun, Trafik turut membantu untuk anda jana wang ke akaun pengiklanan anda itu, bergantung kepada betapa bertuahnya anda.
Ok, mula-mula sekali sila pergi ke http://gengblogger.com, dan klik Connect di bahagian hujung atas sebelah kanan page tersebut. anda boleh login menggunakan akaun Facebook, dan anda akan turut diregisterkan berdasarkan akaun Facebook anda. Akan keluar popup windows untuk anda login ke Facebook anda.
Click image for larger view
Kemudian, pergi ke url http://gengblogger.com/rumah untuk ping pos baru anda. Klik pada perkataan rumah di bahagian hujung atas sebelah kanan page tersebut. Kemudian klik pada perkataan sini yang terdapat dalam box seperti gambar di bawah.
Click image for larger view
Anda akan dibawa ke page berikut untuk ping pos baru blog anda. Jika anda tiada pos baru, page seperti berikut akan dipaparkan,
Click image for larger view
Namun, anda akan dapat page dengan maklumat lain jika anda ada pos baru untuk di ping. Pilih kategori apa untuk pos baru, dan klik Ping.
Dan pos baru anda akan keluar ke muke depan GengBlogger (GB) untuk bacaan umum.
NK dapat berita ni dari Kosmo Online. Dikatakan bahawa ada sebuah laman web blogspot palsu yang dicipta dan dikatakan ia milik Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Laman web blogspot palsu yang dicipta ini boleh mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, oleh itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diminta untuk mengambil tindakan serius terhadap laman web tersebut.
Dan apa yang NK pelik adalah, laman web blogspot tersebut dibuat dalam Bahasa Indonesia?
NK ada letakkan screenshot dari laman web tersebut; (Click on the image to view larger)
Berikut adalah keratan artikel dari Kosmo Online.
Laman web palsu Tuanku Mizan disiasat
KUALA LUMPUR – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencipta laman web Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kerajaan memandang serius tindakan pencipta laman web itu kerana menggunakan dan mencemari imej Seri Paduka.
Beliau berkata, sejurus mengesan laman web itu yang dibuat seolah-olah laman web rasmi Yang di-Pertuan Agong, beliau mengarahkan SKMM membuat siasatan untuk mengesan penciptanya.
Recent Comments