Tag Archive | "Brunei"

Nur Atikah Nabilah Thane, bintang kecil dari Brunei


Entri lalu berkaitan gadis kecil yang berbakat besar menyanyi, terjawab dengan sebuah lagi video gadis kecil ini, Namanya Nur Atikah Nabilah Thane, berasal dari Brunei.

Nur Atikah Nabilah Thane brunei Nur Atikah Nabilah Thane, bintang kecil dari Brunei

Nur Atikah Nabilah Thane, 11 tahun menarik minat ramai penguna media sosial seperti Facebook dan YouYube apabila videonya menyanyi dengan suara yang begitu lunak tersebar luas.

Dia yang ketika itu baru berumur 10 tahun ketika video nyanyian itu dirakam, merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah Serasa, Muara, Brunei Darussalam.

Saksikan video yang disiarkan oleh pengguna YouTube Harrisman153, yang turut mendakwa dirinya sebagai saudara dekat kepada Nur Atikah.

Dahsyat-dahsyat, malah ada yang mengatakan Nur Atikah suatu hari nanti mampu menandingi Diva Malaysia, Siti Nurhaliza, dan juga Diva Brunei sendiri, Putri Norizah.

Wajar ke gadis kecil ini menyertai bidang hiburan? Apa-apa pun, masih jauh lagi perjalanan bintang cilik ini, dan masih banyak lagi peluang pengalaman yang boleh diterokai.

Apa pendapat anda?

Posted in Entertainment, MusicComments (0)

Perodua Myvi Baru – Gambar dan Harga


Baru sahaja tadi Perodua Myvi generasi baru 2011 dilancarkan di Putra World Trade Center (PWTC). Dan kini ianya secara rasmi mula dijual dan diiklankan Perodua.

Laman web rasmi Perodua juga telah mula memaparkan variasi model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Perodua Myvi Standard. Perodua Myvi Premium dan juga Perodua Myvi Elegance.

Screen shot 2011 06 16 at 10.17.05 PM Perodua Myvi Baru   Gambar dan HargaScreen shot 2011 06 16 at 10.16.25 PM Perodua Myvi Baru   Gambar dan Harga

Harga untuk model yang dilancarkan pula adalah seperti berikut :

Myvi 1.3 Standard
Manual – RM43,900 (Solid), RM44,400 (Metallic), RM44,800 (Special Metallic)
Automatic –  RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,800 (Special Metallic)

Myvi 1.3 Premium
Manual – RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,700 (Special Metallic)
Automatic –  RM49,900 (Solid), RM50,400 (Metallic), RM50,800 (Special Metallic)

Myvi 1.3 Elegance
Manual – RM53,900 (Solid), RM54,400 (Metallic)
Automatic –  RM56,900 (Solid), RM57,400 (Metallic)

Setakat ini model yang ditawarkan masih menggunakan enjin D54T 1.3L sahaja, manakala model yang dinantikan dan masih menjadi tanda-tanya, model Myvi Ekstrem dengan enjin 1.5L masih belum diumumkan.

Model yang sama juga akan dieksport ke negara luar seperti Singapore, Brunei, Mauritius, Nepal dan Fiji. Dan penjualan model Perodua ini juga akan dieksport ke Indonesia dan diperkenalkan sebagai Daihatsu Sirion.

Pertimbangan untuk dieksport ke Thailand dan juga Afrika Selatan kini masih dibincangkan.

Boleh dikatakan, dengan pelancaran model generasi baru Perodua Myvi ini, Perodua akan cuba melebarkan industri automotifnya ke luar negara dengan lebih rancak lagi.

Apa-apa pun, Jom ke laman web Perodua untuk maklumat lanjut model baru Myvi ini.

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Adam Lambert The Glam Nation Konsert di Malaysia 2010


Berita baik bagi semua peminat naib juara American Idol musim kelapan, Adam Lambert!! Adam Lambert yang terkenal dengan lagu hit single nya ‘Whataya Want From Me‘, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia!

Konsert ini yang pernah dikatakan pada April awal tahun ini pada mulanya kelihatan seperti tidak menjadi, namun, pengumuman rasmi telah dibuat di laman web rasmi Adam Lambert mengesahkan konsert ini akan diteruskan.

Antara Lokasi lain yang telah dirancang bagi siri konsert jelajah Asia ini, selain Kuala Lumpur, ialah, Hong Kong, Manila, Australia dan New Zealand.

Oleh kerana Kuala Lumpur merupakan lokasi yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara, kemungkinan besar peminat-peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei malah Thailand akan turut hadir!

Namun demikian, meskipun tarikh untuk Konsert di Kuala Lumpur telah ditetapkan, lokasi persembahan beliau masih belum dapat ditentukan. Mungkinkah di Bukit Jalil seperti Konsert Paramore??

“I hope the audience will be able to escape for a few hours and fall into a world full of glam, drama and excitement. I am confident we have put together a show FAR beyond the price of the ticket. I am looking forward to connecting with fans all across the world with this show.”

- Adam Lambert

Adakah ini bermakna, konsert Adam Lambert akan menawarkan harga Tiket yang berbaloi?? Nantikan pengumuman rasmi dari Marctensia dan Sony Music~

 Adam Lambert The Glam Nation Konsert di Malaysia 2010

http://www.adamofficial.com/my/news/adam-lambert-glam-nation-tour-live-malaysia-2010

Posted in Celebrity, EventsComments (8)

Sultan Brunei ceraikan Azrinaz Mazhar


Brunei Sultan Brunei ceraikan Azrinaz Mazhar

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.

Dalam video tersebut Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

Sumber : Brunei News

Posted in News, WorldComments (0)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com