Tag Archive | "Buka"

Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam tren


Eh, Kat China memang dah tiada tandas ke untuk tukar baju? Selamba je perempuan ni berbogel tukar baju dalam tren. Tak malu ke?

Satu video dirakamkan oleh penumpang Tren Metro Shanghai yang terkejut apabila dengan tiba-tiba, seorang perempuan masuk ke dalam tren terus membuka baju dan dalam berkeadaan hanya memakai pakaian dalam, menukar kepada pakaian lain pula.

Cuba tengok gambar sedutan dari video yang dirakamkan tu,

bogel dalam tren 1 Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam trenbogel dalam tren 2 Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam trenbogel dalam tren 3 Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam tren

Amboi, bukan main seksi lagi! Tak sempat sangat ke nak tukar baju tempat tertutup sampai kena berbogel di tempat terbuka? Kesian penumpang lelaki tu tersipu-sipu je malu.

Di China je boleh berlaku ni, di Malaysia ni tak mungkin berlaku! Kalau berlaku juga, dah tentu-tentu perempuan tu kena saman.

Jangan pula ada yang berani cuba ye, tak pasal-pasal nanti ada penumpang lain yang trauma nak naik LRT pula nanti. icon razz Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam tren

Macam-macam China ni,….

 

Posted in China, RandomComments (3)

Groovy Lime Desserts baru McDonald’s


Istimewa bulan Ramadhan!, Dapatkan desserts baru dari McDonald’s!, Groovy Lime Sundae dan Groovy Lime McFlurry!

Hidangan menu sampingan ini telah boleh didapati di Restoren McDonald’s berdekatan anda bermula dari 19 Ogos yang lalu.

Dapatkan Groovy Lime Sundae dengan harga RM3.30 dan Groovy Lime McFlurry RM4.40, setiap satu. Harga belum termasuk cukai 5%.

groovy lime desserts Groovy Lime Desserts baru McDonaldsgroovy lime desserts sundae Groovy Lime Desserts baru McDonalds

Posted in FoodComments (1)

Hotel dan Restoran tawar bufet Ramadhan tidak halal?!


Sebanyak 24 Restoran dan Hotel telah disenaraikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak memenuhi keperluan pensijilan halal Malaysia.

Restoran dan Hotel yang menawarkan bufet berbuka Ramadan ini antaranya merupakan bertaraf sehingga 5 bintang.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata bahawa senarai tersebut dikeluarkan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap 34 Restoran dan Hotel pada minggu pertama Ramadhan.

24 Restoran dan Hotel dikatakan menggunakan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan diragui dan bahan mentah yang tiada pengesahan halal dalam masakan bufet yang disediakan.

Senarai Restoran dan Hotel yang tidak mempunyai sijil Halal :

One World Hotel First Avenue (Petaling Jaya)
Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (Kuala Lumpur)
Impiana KLCC Hotel & Spa (Kuala Lumpur)
Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd (Kuala Lumpur)
Putrajaya Shangri-La
Hotel Nikko Kuala Lumpur
Shah’s Village Hotel (Petaling Jaya)
Prescott Inn Kajang
Lagenda Cuisine Sdn Bhd (Prescott Inn Kajang)
Oriental Cyrstal Kajang
Restoran Tupai-Tupai (Kajang)
Eastin Hotel Petaling Jaya
Concorde Hotel KL
Novotel KL City Center (Concierge-Dept)
Bangi Golf Restaurant
Cititel Mid Valley (Kuala Lumpur)
Kanpei Restaurant (Kuala Lumpur)
The Zon All Suites Residences (Kuala Lumpur)
The Royale Bintang Kuala Lumpur
R & B Services Berjaya Times Square Hotel (KL)
The Saujana Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur
Le Meridien (Kuala Lumpur)
The Regency Hotel (Kuala Lumpur)

Jadi para pembaca yang bercadang untuk berbuka di Restoran dan Hotel, berhati-hati dengan makanan yang dihidangkan ye, nak selamat berbuka sahaja di rumah atau masjid.

logo halal malaysia 300x290 Hotel dan Restoran tawar bufet Ramadhan tidak halal?!

Posted in Food, Islamic, Malaysia, NewsComments (8)

Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan


Alhamdulillah, nampaknya selesai sudah hari pertama berpuasa, Apakah lauk pilihan berbuka anda?

Disini NK ada lampirkan pilihan terbaik sepanjang zaman menu untuk berbuka puasa. Yang pasti, segala pilihan lauk pauk berbuka ini sangat mudah didapati di mana saja malahan di bazaar-bazaar Ramadhan berdekatan anda.

ayam percik terbaik Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Ayam Percik!!

ikan bakar terbaik Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Ikan Bakar!!

nasi kerabu special Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Nasi Kerabu Special!!

nasi dagang special Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Nasi Dagang!!

murtabak daging special1 Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Murtabak Special!!

5 Pilihan Utama Wajib beli dan makan sepanjang bulan Ramadhan. Betul tak??

Apa pula pilihan anda?

p/s : Makan-makan juga, tarawih jangan lari~

Posted in Food, MalaysiaComments (2)

Wah KFC Hot and Spicy Shrimp!


KFC kembali lagi dengan promosi istimewa bulan Ogos, KFC Hot and Spicy Shrimp! Ini merupakan Produk ketiga dari KFC selepas menampilkan Shrimp Stix dan Shrimp Hearties.

KFC Holdings (Malaysia) Bhd melaksanakan tindakan bijak apabila memperkenalkan menu baru ini yang menggabungkan keenakan keeistimewaan baru KFC iaitu Udang dan juga Keistimewaan pilihan semasa Hot and Spicy kepada KFC Hot and Spicy Shrimp.

Dengan pelancaran produk baru KFC ini, Pengarah KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Jamaludin Md Ali, berharap ianya akan menjadi pilihan kepada semua rakyat Malaysia dan menjadi pilihan menu berbuka puasa.

Berikut merupakan Poster menu baru tersebut,

kfc hot and spicy shrimp Wah KFC Hot and Spicy Shrimp!

Sumber : KFC.com.my

Posted in Food, Malaysia, PictureComments (2)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com