Tag Archive | "Bunuh"

Kejam! Anjing diseksa, hidung dikerat di Semenyih


Manusia makin kejam, tak sangka masih wujud manusia yang tiada akal sanggup seksa binatang macam ni. Cuba perhatikan gambar anjing diseksa dan hidung dikerat ini.

anjing kena buli dikerat hidung semenyih filtered Kejam! Anjing diseksa, hidung dikerat di Semenyih

AMARAN SPOILER : Gambar ngeri penyiksaan anjing.

Spoiler SelectShow

Anjing ini pada awalnya dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya, terpaksa di ‘bunuh’ bagi mengelakkan ianya mendapat jangkitan lain dan bertambah seksa. Namun selepas perbincangan dengan pihak yang menyelamatkan, anjing tersebut akan di biarkan hidup dan kini pihak tersebut masih mencari mereka yang sanggup menerima anjing tersebut.

Meskipun ianya cuma seekor anjing, malah walau binatang apa sekalipun, tindakan menyeksa binatang adalah haram dan ditegah apa-apa agama sekalipun. Manusia mana agaknya yang langsung tidak berperikemanusiaan sebegini.

Ingat lagi mengenai Kisah penderaan haiwan Doreen Loo dan Allan Tan?

Kes penyiksaan anjing ini berlaku di Semenyih, dan ikuti kisah penuh mengenai anjing ini di sini http://bit.ly/o2dvFx.

Sumber : Malaysian Dogs Deserve Better

Posted in Malaysia, News, PictureComments (2)

Gambar palsu pembunuhan Osama bin Laden?


Seperti yang anda sudah tahu, berita mengenai kematian Osama bin Laden, atau lebih dikenali dengan “Bin Laden” beberapa hari lepas begitu hangat dibincangkan di media internet.

Namun, menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, gambar bocor telah disebarkan di internet dimana memaparkan seorang askar Amerika Syarikat mengusung mayat Osama Laden yang ditembak di kepala.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat, Osama Laden maut setelah menerima tembakan di kepala, bahagian atas kepada mata kiri beliau.

Namun gambar dibawah dengan jelas menunjukkan bahawa perkara sebaliknya yang berlaku, dimana kesan tembakan didapati berada pada atas mata kanan Osama Laden.

osama laden dead picture fake Gambar palsu pembunuhan Osama bin Laden?

Ada beberapa maklumat lain turut menyatakan bahawa laporan yang dikeluarkan oleh White House mungkin ada fakta yang dipalsukan, ini kerana terdapat beberapa versi lain yang mengatakan bahawa gambar diatas sebenarnya berada dalam posisi yang salah dan telah silap tafsir.

Berikut merupakan gambar sama, yang telah di ubah posisi secara melintang.

osama bin laden dead picture fake Gambar palsu pembunuhan Osama bin Laden?

Nampak? Kini dengan jelas kesan tembakan tersebut berada di atas bahagian kiri mata Osama Laden.

Gambar yang dikeluarkan juga dipercayai bukan dari Kamera, namun merupakan keratan gambar yang diambil dari sedutan video asal tragedi tersebut.

Namun, masih ada persoalan yang timbul di sekitar internet. Benarkah Osama bin Laden telah berjaya dibunuh? Adakah gambar diatas BENAR atau PALSU?

Tambahan : Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat hari ini mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak mudah percaya pada kandungan dalam emel yang kononnya mengandungi gambar Osama bin Laden dibunuh, kerana ianya mungkin mengandungi virus.

Posted in News, WorldComments (5)

Pembunuhan kejam pelajar lepasan SPM, Tiffany Wong


UPDATE : Pembetulan mengenai beberapa fakta kes ini telah diwarnakan biru. Pembunuh merupakan kawan rapat sejak darjah enam. Kepala tidak dikerat, tetapi Tiffany dimasukkan kedalam plastik hitam

Tiffany Wong, seorang pelajar perempuan lepasan SPM yang baru sahaja menerima keputusan SPM beliau kelmarin, pagi tadi dijumpai dibunuh dengan kejam.

Beliau yang merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah St Joseph, Miri, ditemui terbunuh dengan kejam selepas pembunuh beliau menyerah diri kepada pihak polis selepas melakukan perbuatan keji tersebut.

Pembunuh beliau, juga merupakan bekas teman lelaki beliau (Kawan rapat sejak darjah enam), merupakan seorang remaja berusia 19 tahun, dan menurut sumber, merupakan seorang pelajar di ‘Curtin University of Technology’ di Sarawak.

Berikutkan dengan kes itu, sebuah Facebook Page berkaitan kes pembunuhan tersebut telah dibina oleh teman-teman rapat beliau. Facebook R.I.P, My dear Tiffany.

tiffany wong murder Pembunuhan kejam pelajar lepasan SPM, Tiffany Wong

Gambar diatas ialah gambar Tiffany Wong yang dibunuh kejam sehari selepas menerima keputusan SPM. (Kredit kepada Facebook)

Berdasarkan laporan polis, pembunuh tersebut mengaku bahawa sebelum berlakunya pembunuhan tersebut, berlakunya pergelutan antara beliau dan Tiffany, dimana beliau cuba untuk memaksa Tiffany melakukan hubungan seks, tetapi ditolak dan ditentang oleh Tiffany.

Berikutan dengan itu, pembunuh tersebut bertindak kasar dan menyebabkan Tiffany pengsan dan tidak sedar. Beliau kemudian mengerat kepala Tiffany dan meletakkannya kedalam sebuah beg plastik. Badan Tiffany yang terpisah dicampak berjauhan dengan kepala Tiffany. (Kepala tidak dikerat, tetapi Tiffany dimasukkan kedalam plastik hitam)

Ketika mayat Tiffany ditemui, ianya dalam keadaan yang sangat kejam namun masih lengkap berpakaian.

Pembunuh menyatakan bahawa beliau tidak bertindak kejam dengan merogol Tiffany sebelum membunuh mangsa, namun pihak Polis berkata segalanya hanya akan diketahui selepas keputusan autopsi dikeluarkan.

Diharap kes ini dapat diselesaikan pihak polis dan pembunuh tersebut menerima hukuman yang setimpal.

Sumber : http://www.seehua.com/node/13383

Keratan akhbar berbahasa cina mengenai kes pembunuhan Tiffany Wong.

Tiffany wong murder case paper Pembunuhan kejam pelajar lepasan SPM, Tiffany Wong

Posted in Malaysia, NewsComments (6)

“Crush Fetish” : Geng kekejaman terhadap haiwan


Baru-baru ini video yang menayangkan kekejaman terhadap haiwan semakin tersebar luas. Video yang terbaru menyaksikan seorang remaja perempuan membunuh seekor arnab.

Mungkin ada antara anda memikirkan bahawa tindakan kejam ini adalah cuma satu kemalangan atau mungkin gadis tersebut mungkin hanya pesakit mental.

Namun tidak, ini adalah kerana, dimaklumkan adalah video tersebut adalah milik sebuah kumpulan kejam di internet, yang menggelarkan diri mereka sebagai “Crush Fetish”.

Kumpulan ini, “Crush Fetish”, membuat video ini dengan tujuan memperoleh keuntungan.

Dimana video-video rakaman kejam ini akan dijual kepada pelanggan berkenaan dalam bentuk DVD keluar negara dengan harga yang tinggi.

Malah, gadis-gadis atau ‘pelakon’ dalam video tersebut bukanlah ahli secara terus kepada kumpulan “Crush Fetish” ini, namun, para pelakon ini dibayar dengan harga tinggi untuk melakukan aksi tersebut.

Segala video ini dibuat di China, ini kerana setakat ini China masih belum mempunyai akta undang-undang terhadap kekejaman binatang. Saksikan saja berapa ramai orang di China yang memakan binatang secara hidup-hidup, malah kucing pun jadi makanan secara hidup-hidup.

Untuk setiap video tersebut, harga yang dibayar adalah serendah 3,000 Yuan (RM 1,412.23) sehingga 6,000 Yuan (RM 2,824.35)

Video tersebut tidak dapat ditayangkan oleh kerana atas dasar unsur-unsur kekejaman yang terlampau, sila email secara personal untuk saksikan video tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan beberapa screenshot video tersebut yang menunjukkan seorang gadis duduk diatas seekor arnab sehingga mati.

“Crush Fetish” : Geng kekejaman terhadap haiwan

crushfetish 1 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwan

crushfetish 2 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 1 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 2 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 3 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 4 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwan

Posted in Internet, Random, VideoComments (8)

Tembak mati Remaja : Polis didakwa sengaja


Kes terbaru dakwaan polis tembak mati remaja yang disengajakan. Sebelum ini telah banyak kes sebegini yang didakwa berlaku.

Dua laporan polis telah dibuat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai dakwaan polis yang sengaja melepaskan tembakan dan menyebabkan kematian 2 orang remaja lelaki.

Kemalangan tersebut yang berlaku pada 13 November yang lalu, dikatakan bahawa polis melepaskan tembakan atas alasan mempertahankan diri.

Ini kerana pemuda tersebut didakwa cuba menyerang polis menggunakan parang.

Mangsa yang maut dalam kejadian tersebut ialah Muhammad Shamil Hafiz, dan Mohd Hairul Nizam.

Laporan polis dibuat oleh Nor Hafizah Mad Razali dan Norhaliza Tuah.

Menurut kenyataan, kesimpulan bahawan tembakan itu disengajakan adalah kerana kedua mereka ditembak daripada jarak dekat dan tidak kelihatan seperti berlaku dalam peristiwa tembak menembak.

Kalau betul ianya disengajakan, polis tersebut boleh dikenakan hukuman bunuh kerana menyebabkan kematian kan?

Sebelum ini pernah berlaku beberapa kejadian sama dimana tembakan dilepaskan oleh pihak polis.

Dan yang menjadi isu besar adalah ketika berlakunya kes sama ke atas arwah Aminul Rasyid.

tembak Tembak mati Remaja : Polis didakwa sengaja

Posted in Malaysia, NewsComments (1)

Seorang ibu bunuh bayi sendiri kerana Farmville!


Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, telah mengoncangkan anaknya yang masih bayi sehingga menyebabkan maut.

Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.

Wartawan diberitahu yang bahawa, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook.

Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati.

Belia didakwa sebagai kes bunuh.

Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.

Tobias memberitahu penyiasat beliau pergi untuk menghisap rokok selepas mengoncangkan anaknya untuk membuatkan bayi tersebut senyap.

Namun kemungkinan kepala Dylan Lee terhantuk ketika beliau mengoncangkan anaknya itu.

Macam-macam dunia, ternakan dalam Farmville tu dilebihkan dari anak sendiri.

alexandra tobias Seorang ibu bunuh bayi sendiri kerana Farmville!

Posted in LOL, RandomComments (4)

Kronologi berakhirnya kes bunuh Sosilawati Lawiya


Seluruh Malaysia dikejutkan semalam selepas berita melaporkan tragedi yang menimpa Usahawan wanita berjaya dan terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya.

Jutawan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, didapati telah dibunuh dan mayatnya kemudian dibakar di ladang sawit di Banting.

Turut ditemui mati dibunuh dan dibakar ialah, pemandu beliau, Kamaruddin Shansuddin, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, yang hilang bersama-sama beliau pada 30 Ogos yang lalu.

Berikut merupakan Kronologi atau kisah sepenuhnya mengenai tragedi malang yang menimpa Sosilawati Lawiya ini.

Sosilawati Lawiya Kronologi berakhirnya kes bunuh Sosilawati Lawiya

6 September 2010

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September 2010

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.

Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September 2010

Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September 2010

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September 2010

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September 2010

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.

Sumber : Bharian

Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

Posted in Celebrity, Malaysia, NewsComments (3)

Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia


Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.

Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.

Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.

Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.

Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

indonesia bakar bendera malaysia Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Konflik Indonesia hina Malaysia – Respon pemuda Umno


Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.

Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.

Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.

Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.

Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.

Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.

Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.

indonesia hina malaysia Konflik Indonesia hina Malaysia   Respon pemuda Umno

Apa pendapat anda?

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Lembu berkepala dua lahir di Serbia


Seekor anak lembu yang mempunyai dua kepala telah lahir di Serbia pada awal bulan lepas, dan kini selepas sebulan hidup, nampaknya lembu tersebut masih didapati sihat.

Pemilik anak lembu tersebut yang merupakan seorang petani, Radomir Timotijevic, pada awal kelahiran anak lembu tersebut sebenarnya telah diminta oleh pakar veterinar supaya anak lembu tersebut patut di bunuh sahaja kerana khuatir ia akan membawa kepada lebih banyak masalah pada lembu tersebut kelak.

Radomir Timotijevic yang kini telah menggangap anak lembu tersebut sebagai haiwan peliharaan, berkata beliau tidak sampai hati untuk melihat anak lembu tersebut menderita, kerana ketika ini beliau lihat anak lembu itu seronok hidup dengannya.

Radomir Timotijevic berkata beliau sangat terharu setiap kali memberi makan kepada lembu tersebut menggunakan botol, dan tidak berniat untuk menghantar lembu tersebut untuk disembelih.

Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali anak lembu berkepala dua dilahirkan di dunia.

two headed cow in serbia Lembu berkepala dua lahir di Serbialembu kepala dua Lembu berkepala dua lahir di Serbia

Posted in LOL, Weird, WorldComments (8)







Partly powered by CleverPlugins.com