Tag Archive | "Burger"
Posted on 07 April 2011. Tags: Big Breakfast, Burger, Cetak, Coupon, Dapatkan, Free, Hebat, Kupon, Makan, Makanan, McD, McDonald's, Percuma, Restoran, Sausage McMuffin with Egg
Ingat lagi bulan lepas dengan promosi Big Breakfast McDonald’s? Bukan main hebat lagi sambutannya! Kali ini, McDonald’s datang lagi dengan Percuma Sausage McMuffin with Egg!
Kali ini, anda tidak lagi berbelanja apa-apa pun untuk menggunakan kupon ini, apa yang anda perlu lakukan cuma paparkan kupon tersebut dan anda boleh nikmati Sausage McMuffin with Egg percuma anda! Malah, jika anda berminat, terdapat menu Add-on dengan diskaun menarik untuk anda!.
Namun, agak dukacita sedikit mungkin, kupon ini tidak boleh di cetak sendiri dan kupon ini adalah terhad pemberiannya. Anda cuma perlu dapatkan kupon ini di restoran McDonald’s berdekatan anda, dan gunakannya.
Contoh kupon tersebut adalah seperti dibawah, harap maklum ya, walaupun anda cetak sendiri, kupon ini tetap tidak dapat digunakan. Cuma Kupon Asal yang diterimapakai.
McDonald’s FREE Sausage McMuffin with Egg Coupon!

Posted in Food
Posted on 07 December 2010. Tags: Burger, Chinese New Year, Daging, Harga, Lembu, Malaysia, McD, McDonald's, Prosperity Burger, Tahun Baru Cina
Nampaknya McDonald’s bawakan lagi Prosperity Burger yang sudah pasti terkenal apabila menjelang Tahun Baru Cina! (Chinese New Year)
Siapa pun tak boleh lupa dengan kepingan daging lembu burger yang disaluti dengan sos lada hitam istimewa, dengan tambahan bawang yang segar dan kepingan roti burger yang enak!
McDonald’s Prosperity Burger sudah mula dijual di cawangan McDonald’s seluruh Malaysia bermula 7 Disember 2010 (Hari ini).
Harga tak pasti, tapi dapatkan selagi masih ada stok dan masih dijual~

Posted in Food
Posted on 22 November 2010. Tags: Amerika, Angus Steakhouse, Baru, Beef, Beef Burger, BK, Burger, Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger, Contest, Facebook, Free, Grilled, Harga, Istimewa, Keju, Khas, King, Lembu, Makanan, Menu, Peraduan, Promosi, RM, Sedap, Steak, Upgrade
Wow, Menu hidangan terbaru dari Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger!
Burger terbaru dari Burger King ini didatangkan dengan burger daging lembu asli 100% dibakar, ditambah dengan kepingan keju asli dari Amerika, dicelup dengan sos steak pekat istimewa, bawang istimewa, mayonis, kepingan tomato segar, sayur bayam dan roti sandwich dengan bijiran jagung!
Ianya dijual dengan harga RM15.90 untuk set regular, dilengkapi air bikarbonat dan french fries saiz regular. Dan untuk set burger sahaja, ia cuma berharga RM12.50.
Yang menarik, bagi sesiapa yang memilih set regular, anda juga berpeluang untuk dapatkan free upgrade tanpa sebarang bayaran bertukar ke set Large!, apa motif sebenar ye? kenapa tak bagi je terus set Large? Psikologi kot ni,
Burger King turut ada menganjurkan peraduan khas sempena Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger ini, rujuk pada laman Facebook rasmi Burger King.
Apa-apa pun, jangan ketinggalan!


Posted in Food
Posted on 07 November 2010. Tags: ayam, Burger, Daging, Eat, Food, Istimewa, Limited, Makan, McChicken, McDonald’s, McDonald’s McChicken, November, Promosi, Terhad
Istimewa bulan November! McDonald’s akan lancarkan burger edisi Terhad sempena bulan November ini, McChicken Supreme!
Seperti namanya, McChicken Supreme ini merupakan burger ayam istimewa yang dilengkapkan dengan kepingan ayam ‘smoky’ selain turut disertakan dengan kepingan daging burger ayam istimewa!.
Sudah pasti ianya akan dinantikan oleh semua penggemar burger ayam!
Namun, tawaran ini masih lagi belum dapat diperoleh di McDonald’s berdekatan anda.
Ia cuma akan ditawarkan mula 11 November 2010, atau 11/11/2010! Khamis ini!

Posted in Food
Posted on 05 October 2010. Tags: Ala Carte, Burger, Burger King, Burger King Whopper Celebration, Burger Whopper, Coke, Eat, Facebook, Fanpage, Food, Makan, Makanan, Murah, Pepsi, Promosi, RM1, Whopper
Burger King Malaysia akan mengadakan Burger King Whopper Celebration istimewa untuk semua peminat Burger King.
Anda dapat menikmati Burger Whopper Burger King dengan cuma RM1!
Burger King Whopper Celebration ini khas diadakan pada tarikh 6 Oktober 2010 sahaja dan tertakluk kepada stok yang ada pada premis Burger King seluruh negara.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membeli satu minuman bikarbonat (Coke, Pepsi), dan anda boleh membeli Burger Whopper Ala Carte dengan tambahan hanya RM1!
Tetapi, maksima pembelian hanyalah 3 biji Burger Whopper bagi setiap seorang.
Apa lagi, ini merupakan peluang terbaik bagi semua peminat Burger ataupun yang nak cuba merasa Burger Whopper dengan nilai yang amat-amat berbaloi!
Ikut Facebook Fanpage Burger King Malaysia untuk maklumat lanjut : http://www.facebook.com/BKmalaysia

Posted in Events, Food, Malaysia
Posted on 15 September 2010. Tags: Burger, Cheese McShaker, Chesse, Daging, Eat, Facebook, Food, French Fries, Halal, Istimewa, Keju, KFC, Laman Rasmi Facebook McDonald’s Malaysia, Lapar, Large, Limited, Makan, Malaysia, McDonald’s, McDonald’s Double CheeseBurger, McDonald’s Malaysia, McDonald’s Triple CheeseBurger, Promotion, Raya, Special, Surprise
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, McDonald’s telah melancarkan produk baru terhad mereka iaitu, McDonald’s Triple CheeseBurger.
Burger istimewa edisi terhad ini telah dilancarkan sejak 10 September yang lalu, dan telah boleh didapati di kesemua cawangan McDonald’s seluruh negara.
Sebagaimana nama Burger istimewa ini, begitulah juga rupanya. McDonald’s Triple CheeseBurger ini dilengkapi dengan 3 keping keju dan juga 3 keping daging lembu 100% halal, lebih 1 keju dan dan 1 keping daging berbanding burger yang menjadi kegemaran ramai iaitu McDonald’s Double CheeseBurger.
Malah, lebih istimewa lagi anda boleh nikmati burger ini dengan Cheese McShaker istimewa untuk French Fries set Large anda!
Terbaru, McDonald’s nampaknya baru sahaja mengumumkan akan adanya sesuatu yang istimewa berlaku pada 20 September nanti, apakah agak-agaknya kejutan dari McDonald’s Malaysia ye?
Dapatkan maklumat mengenai kejutan istimewa ini di Laman Rasmi Facebook McDonald’s Malaysia!
Apa-apa pun, nanti kalau dah rasa McDonald’s Triple CheeseBurger bagitahu komen anda ye.
Dapatkan sementara McDonald’s Triple CheeseBurger edisi terhad ini masih ada!


Posted in Food
Posted on 26 August 2010. Tags: Aiskrim, Baru, Buka, Burger, Cukai, Food, Groovy Lime Desserts, Groovy Lime McFlurry, Groovy Lime Sundae, Harga, Ice Cream, Latest, Makan, Malaysia, McD, McDonald's, Menu, New, Sahur, Sedap
Istimewa bulan Ramadhan!, Dapatkan desserts baru dari McDonald’s!, Groovy Lime Sundae dan Groovy Lime McFlurry!
Hidangan menu sampingan ini telah boleh didapati di Restoren McDonald’s berdekatan anda bermula dari 19 Ogos yang lalu.
Dapatkan Groovy Lime Sundae dengan harga RM3.30 dan Groovy Lime McFlurry RM4.40, setiap satu. Harga belum termasuk cukai 5%.


Posted in Food
Posted on 10 August 2010. Tags: ayam, Burger, Chicken, DGCB, Double Grilled Chicken Burger, Eat, Facebook, Fat, Food, GCB, Grilled Chicken Burger, Julai, Kenyang, KFC, Lapar, Limited, Makan, Makanan, Malaysia, McD, McDonald's, Panggang, Salad, Special, Terhad
Terbaru dari McDonald’s! Double Grilled Chicken Burger (DGCB) ! Menu lazat baru ini adalah menu istimewa sempena bulan Ramadhan akan datang!.
Pernah kah anda mencuba McDonalds Grilled Chicken Burger – GCB ? Sangat lazat kan? Apa kata, sempena bulan puasa yang akan tiba ni, anda puaskan nafsu makan anda dua kali ganda lazat dengan McDonalds Double Grilled Chicken Burger!!
Tawaran istimewa ini adalah untuk masa yang terhad sahaja!
Berikut merupakan Poster menu istimewa bulan Ramadhan ini,

Click image to view larger
Tapi NK tak pasti pula berapa harga set atau ala carte Double Grilled Chicken Burger ni, kemungkinan adalah dalam lingkungan RM15-RM18 untuk setiap set menu.
Nak tengok rupa Double Grilled Chicken Burger ni lebih dekat?

Click image to view larger
Posted in Food, Malaysia
Posted on 29 July 2010. Tags: Arab Saudi, ayam, Ayam Organik, Burger, Chicken, Food, Francais, Franchise, Gambar, HPA, HPA Industries Sdn. Bhd., Kentucky Fried Chicken, KFC, Makan, Malaysia, McDonald's, Menu, Radix Fried Chicken, RFC, Sedap, Ternak, Utara
HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) sudah lama beroperasi dan kalau tak silap NK sejak dari 2 tahun yang lalu lagi.
Radix Fried Chicken ini merupakan produk makanan berasaskan Ayam Organik yang sudah pasti dijamin halal segala cara penternakan, pemprosesan malah cara memasaknya.
Francais Radix Fried Chicken yang kini banyak tertumpu di daerah Utara semenanjung dikatakan akan meluaskan pemasarannya di seluruh negara dalam masa terdekat, malah dikatakan juga cawangan Radix Fried Chicken sudah ada yang beroperasi di luar negara seperti di Arab Saudi.
Pembukaan lebih banyak Francais di seluruh negara ini akan bermula apabila Radix Fried Chicken mendapat lesen francais dan dengan itu dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan di luar sana.
Berikut merupakan contoh menu yang dihidangkan di Radix Fried Chicken di utara Malaysia.

Click image to view larger
Hmm, Radix Fried Chicken, mampu tak bersaing dengan Kentucky Fried Chicken (KFC) yang sudah lebih lama bertapak dalam negara?

Posted in Food, Malaysia
Posted on 14 July 2010. Tags: ayam, Burger, Chicken, Eat, Facebook, Fat, Food, Grilled Chicken Burger, Julai, Kenyang, KFC, Lapar, Limited, Makan, Makanan, Malaysia, McD, McDonald's, Panggang, Salad, Special, Terhad
Terbaru dari McDonald’s!
McDonald’s Grilled Chicken Burger!
Burger yang dilengkapi dengan daging paha ayam panggang, bersama dengan kepingan rangup daun salad, dan sos panggang istimewa ini sudah pasti akan membuatkan anda terliur tanpa henti!

Grilled Chicken Burger ini akan dijual mulai esok, 15 Julai 2010, dan ianya hanya boleh didapati dalam masa yang terhad!
Dapatkannya segera di restoren McDonald’s berdekatan anda~
Harga tak pasti pula, tunggu NK dapat berpeluang rasa nanti baru buat review ye,
UPDATED with New Promo Poster

Posted in Food, Malaysia
Recent Comments