Proton melancarkan panggilan sukarela bagi kesemua model Gen2 dan Satria Neo yand dikeluarkan antara tahun 2004 hingga 2008 hari ini.
Kedua-dua model tersebut didapat mempunyai masalah dengan komponen ‘clock spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan pemandu.
Namun, dikatakan tidak kesemua kereta akan mengalami masalah tersebut, mungkin kerana cara pemanduan yang baik dapat mengelak dari komponen tersebut dari gagal berfungsi. Oleh itu, panggilan ini diadakan secara sukarela, terpulang kepada pemandu untuk melakukan semakan kerosakan.
Komponen ‘clock spring’ tersebut menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Antara masalah yang bleh berpunca dari kerosakan ‘clock spring’ :
Steering Wheel mengeluarkan bunyi ketika berpusing.
Bunyi Hon secara tiba-tiba.
Kerosakan butang kawalan audio pada Steering Wheel.
AirBag akan keluar secara tiba-tiba.
Kereta tak boleh dihidupkan.
Panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton. Malah, Kos untuk melakukan semakan terhadap komponen tersebut, dan menggantikan komponen tersebut kesemuanya ditanggung oleh Proton tanpa sebarang bayaran.
Namun pemilik kenderaan yang terbabit perlu menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma, sebelum terus ke pusat Servis.
Maklumat lanjut, pengguna boleh layari http://www.protonaftersales.com/ untuk melakukan semakan secara online dan juga melakukan pertanyaan lanjut.
Pengarah Proton Holdings Sdn Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengeluarkan kenyataan bahawa Proton akan mengeluarkan enjin Turbo (Turbo-Charged) pada awal tahun 2011.
Enjin CamPro Turbo ini dikatakan akan mampu menjana kuasa sama seperti keupayaan enjin 2000cc.
Turut dinyatakan ialah model pertama yang akan menggunakan enjin Proton CamPro Turbo ini ialah model MPV Proton iaitu Proton Exora Turbo.
Mengenari Model ganti Proton Waja dengan kerjasama Mitsubishi Motors pula, beliau tidak menafikan bahawa ianya akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.
Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.
Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.
Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.
Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.
Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.
Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.
Model baru keluaran PROTON Holdings Bhd yang akan berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, dikatakan akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pandu uji dan pengubahsuaian reka bentuk telah siap dilakukan, dan kini Proton hanya menghitung hari untuk mengumumkan pelancaran model baru yang akan menggantikan Waja ini. (Proton Waja Replacement Model)
Model baru ini yang masih belum pasti apakah nama model tersebut, sama ada kekal sebagai Waja, atau akan diubah, akan turut serta dan dipamerkan kepada orang awam di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).
Harga yang ditawarkan pula dikatakan di dalam lingkungan seperti berikut :
1.8 liter manual - RM75,000
1.8 liter auto - RM80,000
2.0 liter – Hampir RM100,000
Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.
Nampaknya khabar angin mengenai keluarnya model sedan baru Proton sebagai pengganti model Proton Waja sudah sah! Sememangnya model baru ini akan berdasarkan Mitsubishi Lancer!
Berdasarkan apa yang NK perolehi dari Paultan.org, nampaknya ada seorang pembaca Paultan.org telah berpeluang untuk melihat sendiri Model Waja Replacement Model (WRM) ini yang dilihat menggunakan plet dagangan (Trade Plate) di Masjid Kapitan Keling, Penang.
Model WRM ini yang separa dari badannya dilitupi, sememangnya adalah Model Mitsubishi Lancer X yang telah diubah kejuruteraannya mengikut kesesuaian Proton dan juga Citarasa tempatan.
Berikut merupakan gambar-gambar dari Paultan.org.
Selebihnya boleh dilihat dari sumber. Kredit kepada pembaca Fahmil dari Penang.
Nampaknya sudah tidak sangsi lagi, Model baru Proton akan dikeluarkan pada suku akhir tahun ini bagi menggantikan Model Sedan Proton Waja yang sudah terlalu lama berada di pasaran. Setakat ini ia hanya dikenali sebagai Waja Replacement Model (WRM).
Ura-ura yang tersebar luas di pasaran mengatakan Model baru Proton Sedan WRM ini akan amat menyerupai Mitsubishi Lancer 2.0 GT namun akan menggunakan enjin dengan sesaran lebih kecil iaitu 1.8l.
Adakah menggunakan enjin Campro yang baru? Campro CPS 1.8 bunyi macam amat menarik jika digandingkan ke dalam Proton WRM ini. Atau lebih baik, enjin Campro CPS Turbo??
Namun terdapat juga khabar angin yang mengatakan, bahagian enjin Proton WRM ini akan menggunakan enjin 1.8l dari Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA), pengeluar Global bagi semua enjin Mitsubishi, Chrysler dan Hyundai. Menarik!
“Semua persediaan telah dilakukan, kami berharap ianya dapat dilancarkan pada suku akhir tahun ini”, begitulah kenyataan dari Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, semasa pelancaran Variasi baru bagi Proton Exora.
Nampaknya Proton telah mengeluarkan Proton Gen2 dengan rupa yang telah diubahsuai. Sekali pandang, saling tak tumpah macam rupa Proton Saga SE, sebab bumbungnya yang berlainan warna kan. Tidak banyak yang berubah dari segi luaran, apa yang boleh nampak dengan jelas sudah pasti bumbung yang diwarnakan hitam. Hmm… itu je kot? lain macam tak berubah.
Saksikan Gambar Proton Gen2 dengan rupa baru ini dibawah. Tekan pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas dan besar.
Yang menariknya, walaupun ada perubahan rupa fizikal sedikit, harga untuk Proton Gen2 Model High-Line tetap sama dan tidak berubah, kekal dengan harga asal. Dan yang sudah pasti, model High-Line didatangkan dengan Enjin Campro CPS yang mampu menghasilkan 125hp berbanding Campro IAFM dengan hanya 110HP.
Dikatakan juga, Model Medium-Line yang sebelum ni hanya dilengkapkan dengan enjin Campro IAFM, turut akan disuaikan dengan enjin Campro CPS. Malah bertambah menarik apabila diumumkan penurunan RM1,500 dari harga asal untuk Proton Gen2 Model Medium-Line ini!
Lotus Evora akan dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan depan. Namun Harga bagi kereta tersebut belum lagi ditetapkan secara rasmi. Kalau kat United Kingdom, kereta ni dijual lebih kurang 50,000 pound, jadi NK rasa lingkungan haraga kereta ni lebih kurang RM300,000 – RM400,000. Tapi masih dalam perbincangan dengan kerajaan, kemungkinan struktur harga ini akan ditukar. Mungkin kerana Lotus merupakan milik Proton, maka Lotus juga akan dikira cukai sama seperti kereta Nasional. Wah, itu berita baik tu. Mungkin Lotus Evora nanti dijual dengan harga RM200,000 ke kan, boleh NK beli kereta baru . Cantik tu Lotus Evora, malah ia dikatakan lebih cantik dari Lotus sebelum ni, Lotus Exige dan Lotus Elise, malah lagi besar pula tu.
Menurut apa yang NK baca juga, Proton akan lancarkan enjin Proton Campro Turbo baru hujung tahun ni, cuba baca kenyataan dari Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir ni,
“Kami sedang memajukan enjin campo turbo yang boleh didapati menjelang akhir tahun atau paling lewat menjelang awal tahun depan. Ini bakal menjadi ciri bagi semua kereta kami,” katanya.
Selepas 25 tahun beroperasi, Syed Zainal Abidin berkata Proton berhasrat menceburi arena antarabangsa dan Geneva Motor Show adalah langkah pertama ke arah itu dan “kami akan meneruskannya dari situ.”
Dr Mahathir yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, banyak perubahan telah dibuat sejak lawatan terakhirnya ke Lotus kira-kira enam tahun lalu.
Beliau berkata, Lotus telah mencapai banyak kemajuan, baik dari segi prestasi sebenar mahupun idea yang dikemukakan oleh pengurusan.
“Saya telah melihat sebahagian daripada kemajuan teknologi yang telah mereka capai, dan seperti yang kita tahu, kereta yang saya pandu tadi, Evora, adalah daripada teknologi Lotus kerana kita berdepan dengan keperluan meningkatkan kuasa enjin.
“Jadi, ini soal sama ada kita tukar enjin atau naikkan taraf enjin. Lotus sebenarnya telah membantu menaikkan taraf enjin; ia sekarang sebagus 2,000cc,” katanya. – Bernama
Recent Comments