Tag Archive | "Cantik"

‘White Power Milk’ Susu bekas kumur gadis cantik dijual?


Anda suka minum susu? Bagaimana pula kalau susu ni adalah susu bekas kumur gadis cantik? Berkualiti tinggi katanya, jom tengok!

Susu ‘White Power Milk’ ni adalah susu yang dijual dan dipakejkan berasingan dari susu biasa. Yang menarik, susu lembu yang dijual ini, sebenarnya adalah hasil bekas kumuran gadis!

Kononnya, gadis yang dipilih sebagai ‘alat’ kumuran itu dipilih dari golongan elit, yang cantik, kaya, dan berjaya sahaja dipilih. Dan calon-calon gadis kumuran ini mestilah dari golongan keluarga yang bertaraf tinggi.

white power milk 1 White Power Milk Susu bekas kumur gadis cantik dijual?

Bukan itu je yang dijual, video gadis-gadis ni berkumur dengan susu itu pun dijual juga!

Pelik, ada ke yang nak beli susu hasil kumuran ni???

Dah tu pula, harga berkali ganda lagi mahal dari biasa!

white power milk 2 White Power Milk Susu bekas kumur gadis cantik dijual?

Kenapa mahal?

Q: Why is the milk so expensive?
A: Purified milk is more expensive than regular impure milk because it costs much more to make. Its intensity of aroma, texture and flavor, however, means that people can easily satisfy their cravings with only one or two tastes, making White Power Milk one of life’s affordable luxuries.

Amboi, susu kumur ni lagi berkualiti tinggi, beraroma, ada tekstur dan rasa yang mewah katanya.

Tapi kan, walaupun ianya memang benar-benar dijual, rupa-rupanya segala dakwaan tu cuma lah rekaan semata-mata. Sebenarnya ianya cuma sebuah persembahan seni ciptaan artis Nate Hill.

Cuba tengok video temubual di bawah ni :

Pelik, kelakar, mengarut.

Nak cuba rasa? Boleh cuba beli disini : www.whitepowermilk.com

Posted in RandomComments (2)

Masako Mizutani, wanita jepun 43 tahun yang kekal cantik!


Masako Mizutani mengejutkan ramai orang dengan rupa cantik awet mudanya yang kelihatan seperti berumur 18 tahun, walaupun sudah berumur 43 tahun!

Masako Mizutani 43 tahun a Masako Mizutani, wanita jepun 43 tahun yang kekal cantik!

Masako yang berasal dari Nagoya, Jepun, lahir pada tahun 1968, dan juga telah mempunyai anak yang berusia 20 tahun. Tetapi, rupanya yang kekal muda itu membuatkan ramai orang yang menjumpainya tidak bercaya yang dia sudah berumur 43 tahun! Dan juga sudah mempunyai anak!

Menurutnya, dia tidak pernah mendapatkan apa-apa khidmat pembedahan plastik, apa yang dia lakukan cuma adalah meluangkan lebih banyak masa dengan menjaga kecantikan dan juga kesihatan dirinya.

Masako Mizutani 43 tahun c Masako Mizutani, wanita jepun 43 tahun yang kekal cantik!

Malah, dia berkata, dia meluangkan masa tidak kurang 5 jam sehari dihabiskan untuknya menjaga kesihatan kulit sahaja!

Katanya, dia mempunyai rahsia tersendiri untuk kekal cantik dan awet muda.

Dia turut memberi beberapa tips untuk kekal awet muda, seperti :

  • Amalkan makanan sihat dan seimbang.
  • 4 kali hidangan sehari, setiap kali cuma dalam jumlah yang kecil.
  • Banyakkan meminum air untuk membuang toksik badan.
  • Kurangkan memakai mekap apabila semakin berusia. (<— Macam tak percaya yang ini)
  • Gunakan losyen matahari apabila keluar.
  • Gunakan krim kulit berasaskan Vitamin E untuk kulit lebih licin dan berseri.
  • Amalkan tabiat mencuci, ‘toning’, dan melembabkan kulit muka sebelum tidur.
  • Sentiasa bersenam, dapatkan cukup tidur, dan jangan menghisap rokok.

Masako Mizutani 43 tahun d Masako Mizutani, wanita jepun 43 tahun yang kekal cantik!

Nak cuba? Mungkin anda pun boleh menjadi cantik sedemikian ketika di usia lewat nanti.

Nah, cuba lihat beberapa gambar Masako Mizutani yang membuatkan beliau kelihatan seperti gadis remaja 18 tahun, mengalahkan gaya model dan pelakon!

Comel, cantik dan menawan bukan?

Posted in Japan, RandomComments (0)

Rawatan tampar payudara untuk lebih cantik dan besar


Tahukah anda, wujudnya teknik rawatan menampar payudara untuk jadikan payudara anda lebih cantik dan besar? Saksikan video rawatan yang dibuat di Thailand ini,

Kalau selama ini ramai yang sanggup membuat pembedahan ribuan ringgit untuk besarkan payudara, kini ini menjadi alternatif lain yang jauuh lebih murah dan selamat untuk besarkan payudara.

Rawatan ini yang dibuat di Bangkok, kini menjadi salah satu tarikan pelancong sebagai khidmat Pelancongan-perubatan yang dipromosikan oleh kerajaan Thailand.

Video rawatan tamparan payudara Thailand

Rawatan tradisional ini dakwa pengamalnya, Khemmikka Na Songkhla atau lebih dikenali sebagai Khunying Tobnom, merupakan warisan turun temurun nenek moyangnya, dan sudah diamalkan lebih dari 2 dekad.

Yang menarik, teknik rawatan unik yang diamalkan Khunying ini, mendapat kelulusan rasmi oleh Kementerian Kesihatan Thailand.

‘Urutan’ ekstrem ini, didakwa pengamalnya mampu memberikan penambahan saiz payudara sekurang-kurangnya 5 cm selepas rawatan selama 10 minit.

Dan kos untuk rawatan ‘tamparan payudara’ ini untuk 10 minit adalah USD $380 atau lebih kurang RM1,000!

Berminat? Boleh la ke Thailand lepas ni.

Tak lama lagi bukan lelaki je yang selalu datang ke Bangkok, bukan sekadar untuk pembedahan tukar jantina atau kahwin siam, tapi perempuan pun akan ke Bangkok nak besarkan payudara!.

Posted in RandomComments (0)

Green Globe Expo ICN UTP 2011


Ingat lagi entri sebelum ini mengenai International Culture Night (ICN) di Universiti Teknologi Petronas? Mulai hari ini, pelbagai acara sampingan diadakan sebelum berlangsungnya ICN.

Acara sampingan yang bermula hari ini dan bermula sejak awal pagi tadi, ialah Green Globe Expo dan International Culture Exhibition.

Pelbagai gerai-gerai kecil dibuka di ekspo tersebut. Antaranya gerai-gerai menjual pelbagai hidangan makanan ringan dan minuman, pakaian dan aksesori kecantikan, malah tidak kurang juga gerai-gerai khas yang menampilkan keunikan berlainan bangsa yang dipaparkan oleh pelajar-pelajar antarabangsa.

green globe expo utp Green Globe Expo ICN UTP 2011

Kalau itu tidak cukup, ada pelbagai aktiviti dan permainan menarik untuk dicuba! Malah, permainan ekstrem seperti Paintball turut disediakan!

Ingin dapatkan tiket untuk International Culture Night yang berlangsung pada 1 April? Jangan lupa singgah ke gerai jualan tiket yang disediakan Khas!

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Green Glove Expo dan International Culture Exhibition :

Tarikh : 28 Mac 2011 hingga 1 April 2011
Tempat : Poket D dan Poket C, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak.

Untuk makluman-makluman terkini, ikuti ICN UTP di laman Facebook : http://www.facebook.com/icnutp

Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan ekspo yang berlangsung selama 5 hari ini!

Datang jangan tak datang!

Posted in EventsComments (2)

Alamak pakcik miang meraba-raba di KLIMS 2010


Alamak, tersebar pula gambar pakcik miang dengan model seksi di Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS 2010) yang berakhir semalam.

Tapi tahukah anda? Acara Motorshow menjadi medan tempur untuk peminat fotografi untuk beradu dalam mendapatkan foto yang terbaik.

Namun kebanyakannya bukan kenderaan-kenderaan permotoran tersebut yang menjadi tarikan, namun model atau peragawati bagi kereta tersebut yang lebih menjadi tarikan.

Apabila ini berlaku, tidak kurang juga mereka-mereka yang cuba mengambil kesempatan atas ketidak-paksa-rela-an model-model ini, contohnya ada yang cuba bersentuh-sentuhan dengan para model tersebut.

Sudahlah perlu bekerja dari pagi hingga ke petang, perlu berdiri lebih 5-6 jam, perlu senyum sentiasa sambil menjaga mekap, ini terpaksa pula melayan kerenah mereka-mereka yang gatal tangan ni.

Mentang-mentang la model-model ni bukan main cantik, muda, bergaya, comel, seksi-meksi lagi!

Apa-apa pun, hebat pakcik ni, sambil-sambil bergaya dengan kereta dapat juga ‘pegang-pegang’ kan? enjoice je muka, ish-ish-ish.

Sambil-sambil tengok rupa model tu, cuba perhatikan posisi badan model tersebut dan dimana terletaknya tangan-tangan gatal tu.

klims raba Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010klims raba 2 Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010klims raba 3 Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010klims raba 4 Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010klims raba 5 Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010

p/s : nantikan lebih gambar aksi miang terlampau pakcik-pakcik ni, ada masalah internet sikit.

Posted in LOL, PictureComments (20)

Rahsia wanita di sebalik mekap tebal


Pernah dengar apabila lelaki kata, Perempuan lebih cantik kalau semulajadi, tanpa mekap? Nampaknya tak semua perempuan begitu kot.

Gambar yang bakal ditayangkan ini akan menunjukkan betapa hebatnya kesan penggunaan mekap dalam mencantikkan paras rupa.

Penggunaan mekap yang berkesan, dan dengan cara betul boleh menukar seorang gadis dari rupa yang biasa, kepada rupa yang pasti akan membuatkan semua lelaki dan jejaka diluar sana, terbeliak biji mata sehingga merenung rupa anda berulangkali.

Patutla banyak pemilik syarikat kecantikan boleh kaya raya.

Rupa-rupanya produk kecantikan kosmetik memang berkesan dan laris dibeli!

Anda pasti terkejut dengan transformasi rupa sebelum dan selepas penggunaan mekap. Gadis biasa kepada Gadis Comel!

Banyak lagi gambar, namun NK akan tunjukkan separuh sahaja terlebih dahulu,

gadis1 Rahsia wanita di sebalik mekap tebalgadis 2 Rahsia wanita di sebalik mekap tebalgadis 3 Rahsia wanita di sebalik mekap tebalgadis 4 Rahsia wanita di sebalik mekap tebalgadis 5 Rahsia wanita di sebalik mekap tebalgadis 6 Rahsia wanita di sebalik mekap tebal

Posted in Celebrity, LOL, PictureComments (7)

Jasmine Villegas dan Justin Bieber?


Siapa yang tak kenal dengan Justin Bieber kan? Artis muda yang amat terkenal dengan lagu Hit Single beliau iaitu ‘Baby’.

Tapi kenalkah anda dengan gadis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Justin Bieber, Jasmine Villegas?

Jasmine V. , atau nama sebenar beliau Jasmine Marie Villegas merupakan seorang lagi artis muda yang dipaparkan sebagai teman wanita Justin Bieber didalam video klip muzik lagu Baby.

Terbaru, gambar skandal Justin Bieber dengan Jasmine Villegas telah tersebar luas di internet dimana gambar tersebut memaparkan Justin Bieber dan Jasmine Villegas sedang bercium dan berpeluk didalam sebuah kereta Honda.

Adakah ini bermakna Girlfriend atau Teman Wanita Justin Bieber ialah Jasmine Villegas???

Boleh tahan juga ye, Jasmine Villegas = JV, Justin Bieber = JB, jadi “JV and JB”???

Macam-macam Justin Bieber ni, sebelum ni pernah jugak dikaitkan dengan Artis Wanita seksi dan cantik lain contohnya seperti Kim Kardashian. Ish ish ish,

Habis la, lepas ni Jasmine Villegas pun akan kena ugutan bunuh dari peminat Justin Bieber yang terkena BieberFever ni.

Jasmine Villegas gambar Jasmine Villegas dan Justin Bieber?

Posted in Celebrity, WorldComments (10)

6 sebab Geek minat filem Inception


Mesti ramai antara anda yang pernah menonton filem Inception betul tak? Tahukah anda, filem ini dikategorikan filem yang paling diminati golongan Geek.

Terdapat 7 sebab mengapa filem Box Office yang mengutip jualan sehingga $62.8 juta US Dollar ini menjadi minat para Geeks.

  1. Filem ini menggabungkan semua genre filem yang kebiasaannya diminati para Geeks. Genre filem seperti Sains Fiksyen, Pengintipan, dan kesan Efek Filem yang canggih.
  2. Hero filem ini merupakan seorang Geek yang cukup kacak! (Leonardo DiCaprio) Malah watak perempuan turut merupakan seorang Geek yang cukup cantik! (Oh dah jatuh cinta dengan Ellen Page).
  3. Cuba teknik menggodam (Hack) yang belum pernah dibuat orang – Cuba untuk godam fikiran minda orang lain, meletakkan pemikiran lain, dan membuatkan orang tersebut percaya fikiran tersebut memang adalah fikiran asal beliau. Rumit kan? Memang perkara sebegitu yang menjadi minat seorang Geeks untuk teroka.
  4. Wujud sekumpulan Penggodan (Hackers) yang mencipta mimpi dan jalan cerita, supaya orang yang bermimpi tersebut akan membuat segala pergerakan seperti yang telah dirancang. Seorang Geeks mestilah minat Video Game, jadi mimpi tersebut hanya bagaikan Video Game yang perlu dimainkan mengikut jalan cerita.
  5. Kisah percintaan yang mengecewakan. Watak utama Inception sering teringat kepada isteri beliau yang sudah meninggal dunia. Mesti ada kan Geeks yang terkenang tentang kekecewaan dalam percintaan atau terlepas peluang dalam percintaan kan? haha,
  6. Misteri yang masih belum terungkai. Penamat cerita yang bagaikan tergantung menimbulkan banyak soal jawab bagi penonton filem tersebut. Dan seperti biasa, Geeks sememangnya minat untuk membuat kajian mengenai filem ini dan timbul pula dengan penamat sendiri.

Kesimpulannya, adakah anda seorang Geeks?? Haha

Poster film inception 6 sebab Geek minat filem Inception

Posted in LOL, MovieComments (4)

Video YouTube Keong Racun jadi fenomena


Ada antara anda yang layan lagu dangdut tak? Mungkin tak dengar lagu, tapi lebih perhatikan pada penyanyi tersebut kan? Haha,

Sebuah video klip yang dilengkapi dengan lagu dangdut berjudul Keong Racun menjadi fenomena baru di Indonesia, apabila 2 orang gadis remaja dari Bandung, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah merakamkan sebuah video menayangkan aksi mereka bernyanyi mimik bibir lagu Dangdut tersebut.

Lagu Keong Racun yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Dangdut indonesia, Lissa, yang suatu ketika dahulu pernah popular pada tahun 2008, secara tiba-tiba kini sudah melonjak naik kembali popularitinya disebabkan video dari Youtube tersebut.

Berikut merupakan video YouTube Keong Racun ciptaan Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah tersebut,

Hebat kan? walaupun hanya dinyanyikan dengan mimik bibir, video tersebut laku ditonton ramai orang.

Nampaknya rakyat dari negara jiran kita memang hebat dan berbakat menghasilkan video, atau populariti video ini disebabkan dua gadis cantik yang menghasilkan video tersebut?

Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah Video YouTube Keong Racun jadi fenomena

Posted in Internet, Technology, Video, WorldComments (7)

Korea Selatan cipta minuman tenaga dan awet muda!


energy drinks Korea Selatan cipta minuman tenaga dan awet muda!

Nampaknya Saintis dari Korea Utara telah berjaya mencipta sejenis minuman tenaga baru! Minuman mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan mampu membekalkan pemulihan tenaga yang lebih berbanding lain-lain minuman tenaga yang ada di pasaran (Redbull, Monster).

Minuman ini mengandungi ekstrak daripada 30 jenis herba. Didakwa mampu meningkatkan kesihatan mental dan menggandakan perkembangan sel otak

Ia juga didakwa mampu memberikan kesan awet muda dengan melambatkan proses penuaan serta menghalang kulit dari berkedut. Malah, turut berupaya untuk menghilangkan bintik-bintik atau tompok-tompok hitam pada kulit muka menjadikan rupa yang lebih sihat, dan cantik! Wow!

Agak-agaknya minuman ni yang diberikan kepada Artis-artis dari sana tak? macam WonderGirls ke, atau apatah lagi kumpulan penyanyi dari Korea tu? icon razz Korea Selatan cipta minuman tenaga dan awet muda!

Mungkin atlet Bola sepak Korea Selatan Untuk FIFA World Cup 2010 ni pun diberi minuman khas ini sebagai minuman rasmi?

Sumber : Telegraph UK

Posted in LOL, Weird, WorldComments (6)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com