Nampaknya terdapat ura-ura terbaru mengenai pelancaran Perodua Myvi baru menggantikan rupa Perodua Myvi yang sekarang pada April 2011.
Setelah banyak model facelift Myvi yang telah diperkenalkan, contohnya seperti Myvi SE, Myvi LE, malah Myvi EE, akhirnya rupa Perodua Myvi ini akan diubah bentuk sepenuhnya.
Malah, rupa Perodua Myvi baru yang bakal menggantikan yang lama ini akan berdasarkan Model yang telah diperkenalkan di Jepun, iaitu Daihatsu Boon tahun 2010.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Perodua Myvi baru ini akan turut dilengkapi dengan spesifikasi enjin yang baru. Sebelum ini Perodua Myvi hanya dilengkapi dengan enjin berkuasa 1.0L dan juga 1.3L, tetapi, Perodua Myvi 2011 ini akan turut didatangkan dengan enjin pilihan 1.5L.
Mengenai rupa luaran Perodua Myvi baru ini pula, keseluruhanya akan kemungkinan berdasarkan model Daihatsu Boon 2010 yang akan diubah suai mengikut citarasa tempatan. Yang menarik, berkemungkinan besar model Perodua Myvi 2011 ini akan didatangkan lengkap dengan lampu depan Projektor!.
Rupa dalaman Perodua Myvi 2011 ini berkemungkinan akan berlainan sepenuhnya dengan rupa yang sebelum ini. Aksesori tambahan pilihan berkemungkinan turut menjadi pilihan ialah pilihan untuk menambah skrin LCD bersaiz 5 inci atau 7 inci.
Namun tiada maklumat mengenai Harga Perodua Myvi 2011 baru ini yang dapat diperoleh, berkemungkinan besar ianya akan menghampiri RM60,000 tanpa insuran spesifikasi penuh.
Apa-apa pun, berikut merupakan gambar model kereta Daihatsu Boon 2010 yang menjadi asas Perodua Myvi 2011.
Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.
Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.
Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.
Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.
Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.
Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.
Model baru keluaran PROTON Holdings Bhd yang akan berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, dikatakan akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pandu uji dan pengubahsuaian reka bentuk telah siap dilakukan, dan kini Proton hanya menghitung hari untuk mengumumkan pelancaran model baru yang akan menggantikan Waja ini. (Proton Waja Replacement Model)
Model baru ini yang masih belum pasti apakah nama model tersebut, sama ada kekal sebagai Waja, atau akan diubah, akan turut serta dan dipamerkan kepada orang awam di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).
Harga yang ditawarkan pula dikatakan di dalam lingkungan seperti berikut :
1.8 liter manual - RM75,000
1.8 liter auto - RM80,000
2.0 liter – Hampir RM100,000
Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.
Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) kembali lagi buat kali ke-7! Dan sudah pasti lebih hebat lagi dengan mengumpulkan seluruh peminat di pelusuk negara!
KLIMS dibawa khas lagi oleh Malaysian Automotive Association (MAA) dengan tujuan untuk membawa industri automotif negara selangkah lebih maju dan menyumbang kepada pembangunan negara.
KLIMS’10 kali ini akan menfokuskan kepada teknologi hijau dimana kenderaan yang mesra alam sekitar akan diperkenalkan dan mempromosikan teknologi mesra alam sekitar pada masyarakat umum.
Apa yang pasti, Kuala Lumpur International Motor Show kali ini sudah pasti akan menarik ramai pengunjung dalam negara malah juga luar negara. Pelbagai nama besar dalam industri automotif akan terlibat dan banyak kereta-kereta seperti kereta hibrid (hybrid cars), dan kereta konsep (concept cars) yang akan dipamerkan dan diperkenalkan.
Maklumat mengenai pameran :
Tarikh : 3 – 12 Disember2010
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Lawatan : Hari biasa 11.00am – 10.00pm || Hujung minggu 10.00am – 10.00pm
Harga Tiket : Dewasa RM15.00 (Hari biasa) RM20.00 (Hujung minggu) || Kanak-kanak bawah 12 tahun RM5.00
Nampaknya Teaser dari Facebook Fanpage Modenas memang benar! Modenas hari ini telah melancarkan model baru yang dikenali dengan nama Modenas Elegan 200!
Model Skuter Elegan 200 ini telah dianggarkan akan diletakkan tanda harga RM8,500 tanpa insuran dan cukai jalan.
Harga tersebut NK anggar amat berbaloi dengan segala teknologi yang dilengkapi oleh model Modenas Elegan 200 ini. Model Elegan 200 ini datang dengan 3 pilihan Warna iaitu warna Putih, Merah dan juga Hitam.
Berikut merupakan maklumat mengenai Spesifikasi Model :
Nampaknya khabar angin mengenai keluarnya model sedan baru Proton sebagai pengganti model Proton Waja sudah sah! Sememangnya model baru ini akan berdasarkan Mitsubishi Lancer!
Berdasarkan apa yang NK perolehi dari Paultan.org, nampaknya ada seorang pembaca Paultan.org telah berpeluang untuk melihat sendiri Model Waja Replacement Model (WRM) ini yang dilihat menggunakan plet dagangan (Trade Plate) di Masjid Kapitan Keling, Penang.
Model WRM ini yang separa dari badannya dilitupi, sememangnya adalah Model Mitsubishi Lancer X yang telah diubah kejuruteraannya mengikut kesesuaian Proton dan juga Citarasa tempatan.
Berikut merupakan gambar-gambar dari Paultan.org.
Selebihnya boleh dilihat dari sumber. Kredit kepada pembaca Fahmil dari Penang.
Berdasarkan Maklumat yang NK perolehi dari laman Fanpage Facebook MODENAS sendiri, nampaknya MODENAS sedang bersedia untuk melancarkan model skuter baru.
Yang paling menarik, model motorsikal baru dari MODENAS ini dikatakan akan mempunyai sesaran (displacement) setinggi 200cc!
Berikut merupakan poster Teaser untuk Model Baru ini.
Menarik bukan?
Setelah membuat sedikit kajian dan menerusi pendapat-pendapat orang lain, dikatakan, berkemungkinan besar model baru MODENAS 200cc ini akan berdasarkan model 200cc keluaran syarikat Motorsikal dari Taiwan, SYM.
Dan model motorsikal yang dikatakan tersebut ialah Model Sym Joyride 200i Evo 2010.
Berikut merupakan Spesifikasi motorsikal tersebut.
General information
Model: Sym Joyride 200i Evo
Year: 2010
Category: Scooter
Chassis, suspension, brakes and wheels
Front suspension: Telescopic fork
Rear suspension: Unit swing
Front tyre dimensions: 110/90-13
Rear tyre dimensions: 130/70-12
Front brakes: Single disc
Front brakes diameter: 273 mm (10.7 inches)
Rear brakes: Single disc
Rear brakes diameter: 220 mm (8.7 inches)
Physical measures and capacities
Dry weight: 155.0 kg (341.7 pounds)
Weight incl. oil, gas, etc: 166.0 kg (366.0 pounds)
Overall height: 1,280 mm (50.4 inches)
Overall length: 2,010 mm (79.1 inches)
Overall width: 760 mm (29.9 inches)
Wheelbase: 1,440 mm (56.7 inches)
Fuel capacity: 8.00 litres (2.11 gallons)
Other specifications
Starter: Electric & kick
Color options: White, silver, gray, red, black
Comments: Bike made in Taiwan.
200cc tu! nantikan pengumuman rasmi dari MODENAS sendiri.
Proton Holdings dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dikatakan mampu bersaing bukan sahaja pada peringkat domestik malah juga antarabangsa jika dapat digabungkan.
Presiden Proton Vendors Association (PVA), Datuk Dr Wan Mohamed Wan Embong berkata, sudah tiba masanya untuk kedua-dua penghasil kenderaan nasional ini untuk sedar akan impak positif yang mampu terjana dengan penggabungan kedua-dua entiti besar ini.
Kerjasama dalam teknologi kejuruteraan automotif mampu membawa kedua-dua nama besar ini ke tahap yang lebih tinggi. Penggunaan bahagian dan komponen yang sama mampu menjimatkan produksi pada skala ekonomi.
Kedudukan strategik dan kejayaan nama Proton dalam prestasi antarabangsa mampu untuk membawa Perodua ke pasaran Global dengan lebih agresif.
Apa pendapat anda? Berbaloi kah nama Proton dan Perodua digabungkan untuk memajukan automotif negara di pasaran antarabangsa?
NK rasa, sebaiknya nama jenama Proton dan Perodua dikekalkan, dan jikalau penggabungan ini menjadi sekalipun, nama lain bagi pasaran tertentu perlu diaplikasikan. Mungkin akan menjadi sebuah jenama lain supercar atau kereta ekonomi untuk pasaran dunia?
Nampaknya filem yang sentiasa mendapat sambutan hangat, filem siri Fast and Furious akan disambungkan lagi buat kali kelima. Dan Tajuk yang dicadangkan buat masa ini ialah “Fast and Furious 5 : Fast Five”
Paling menarik, untuk sambungan yang kali ini, ramai pelakon-pelakon dan selebriti popular turut akan menyertai lakonan ini.
Antara nama yang telah disebut ialahVin Diesel, Paul Walker, Tyrese Gibson, Sung Kang, Ludacris, dan Dwayne Johnson (The Rock).
Selepas Fast & Furious yang ditayangkan pada April 2009, Fast Five ini akan mula di rakam pada penghujung tahun ini dan dijangka akan ditayangkan pada penggal terakhir tahun 2011.
Apa yang menarik? Dah pasti la pelbagai kereta-kereta yang akan digunakan!
Berharap sangat kereta-kereta ‘sportcar’ seperti Mazda RX-7/8, Nissan Skyline GT-R 35, dan lain-lain akan digunakan, hehe
Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.
Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”
Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,
Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)
Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!
Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!
Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!
Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?
Recent Comments