Tag Archive | "Cas"

Kabel untuk cas bateri Laptop guna USB, biar betul?


Wah, lepas ni dah tak perlu lagi cas bateri laptop anda guna ‘wall charger’, anda boleh guna USB anda sendiri untuk cas laptop anda terus tanpa henti. Cuba tengok produk ini.

Pandai sungguh orang yang meletakkan iklan alat ni di Mudah.my, produk ni nampak sangat lah secara terang-terangan memang produk palsu dan tipu.

Yang menarik perhatian, macam mana la produk palsu macam ni boleh diiklankan di Mudah.my ye, nasib baik la harganya cuma RM5 sahaja, harap-harap tiada sesiapa yang tertipu. Mungkin pengiklan ni saja-saja nak troll pembeli agaknya.

URL Iklan tersebut : http://www.mudah.my/vi/9417864.htm

trolling in mudah Kabel untuk cas bateri Laptop guna USB, biar betul?

Posted in Internet, LOL, RandomComments (3)

Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!


Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan laluan Tol tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tol Percuma yang membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, kesemuanya berada di bawah pengurusan MTD Prime.

Tempoh masa dan tarikh laluan Tol tersebut secara Percuma adalah seperti berikut :

Bermula
7 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
8 September 2010 : 6 Pagi

Bermula
15 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
16 September 2010 : 6 Pagi

Terima Kasih diucapkan kepada pihak terbabit atas pengecualian bayaran Tol ini walaupun hanya sementara.

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna Jalan Raya diminta berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang tersayang~

malaysia tol Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!

Posted in Malaysia, News, TravelComments (5)

Tol percuma dan diskaun sempena Hari Merdeka


Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, mengumumkan bahawa akan adanya perkhidmatan Tol secara percuma dan juga diskaun bagi Tol-tol tertentu seluruh Malaysia sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos.

Laluan percuma bermakna tiada cas bayaran tol akan diberi pada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Lebuhraya PLUS, Elite, Linkedua, dan Seremban-Port Dickson pula akan menawarkan diskaun sebanyak 20% pada 31 Ogos dan 1 September.

Namun diskaun ini akan hanya diberi kepada pengguna yang menggunakan laluan tersebut pada waktu 12 tengahmalam sehingga 7 pagi. Dimana kebiasaanya pengguna pada waktu tersebut hanya menerima diskaun sebanyak 10%.

Ini bermakna, bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuhraya PLUS misalnya, laluan tol dari Tol Juru hingga Tol Jalan Duta mengenakan cas sebanyak RM43.30, namun pada tempoh diskaun tersebut, cas yang dikenakan hanya RM35.

Berkenaan dengan Diskaun Tol pada tempoh sepanjang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, beliau berkata ianya akan diumumkan pada 2 September akan datang.

malaysia tol Tol percuma dan diskaun sempena Hari Merdeka

Posted in Malaysia, News, TravelComments (1)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com