Posted on 17 June 2010. Tags: /k, Berita, Brunei, Cerai, Dunia, Isteri, Kahwin, Kaya, Malaysia, News, Putera, Puteri, Raja, Suami, Sultan, Talak, TV3, Video, Wartawan

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.
Dalam video tersebut Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.
Sumber : Brunei News
Posted in News, World
Posted on 09 June 2010. Tags: Anak, Artis, Bayar, Cerai, Duit, Gosip, Insuran, Isteri, Kahwin, Mahkamah, Mahkamah Syariah, Nafkah, OAG, Pendidikan, Perayaan, Radhi, Radhi OAG, Talak, Wang

Akhirnya rumah tangga Radhi OAG, atau nama sebenarnya Radhi Razali bersama dengan Shazlin Sharif berakhir dengan talak satu setelah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Mahkamah telah menetapkan supaya Radhi membayar wang nafkah edah sebanyak RM3,000 dan nafkah anak sebanyak RM460 sebulan. Malah Radhi turut bersetuju untuk membayar insuran pendidikan anaknya sebanyak RM200 sebulan. Selain itu, Shazlin Sharif turut meminta Radhi membayar wang nafkah perayaan hari lahir anak sebanyak RM1,000 setahun.
Sumber : Hmetro
Wah, Banyak juga ye yang diminta isteri Radhi, Shazlin Sharif. Namun demikian kesemuanya Radhi setuju dan proses penceraian juga berlaku dengan aman. Semoga masing-masin berbahagia dengan hidup akan datang.
Mungkin lepas ni Radhi kahwin lain kot? siapa tahu kan, Radhi pun muda lagi
Posted in Celebrity, LOL, Malaysia, Music
Recent Comments