Tag Archive | "Children"

Scam email dana bantuan Jepun, Abdul Colins


Nampaknya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas tragedi yang berlaku di Jepun baru-baru ini, lebih-lebih lagi melibatkan dana kemanusiaan.

Sebuah email SCAM telah tersebar di internet semenjak awal minggu lalu, dimana dalam email ini, penulis email cuba menipu dengan menyamar sebagai pihak yang bertanggungjawab membekal dana bantuan kemanusiaan ke Jepun.

Abdul Colins, penulis email tersebut kononnya meminta pembaca email untuk memasukkan wang kepada akaun Western Union, dan beliau akan sampaikan kepada mereka di Jepun.

Namun sebenarnya, wang bantuan tersebut tidak akan disampaikan ke Jepun, sedangkan wang tersebut akan lenyap diambil oleh penipu tersebut.

Contoh isi email,

Dear Sir/ Madam,

My Name is Abdul Colins, I am the head of the Malaysia humanitarian aid to japan.
Japan has suffered the worst disaster since WWII. The earthquake and tsunami that took place recently have killed over 10,000 people and caused widespread damage. There are at least 100,000 people who are in mourning for their lost loved ones or who are injured.
There are many more that are without food, water or electricity. A lot of children are homeless, it has been a sad and bad story to tell for some of us that have been there.
We will appreciate whatever you can afford to assist the little children and some homeless families.
please use the name blow to send whatever u can through western union Money Transfer.

Name: Abdul Colins
Address: 17A, Jalan Kuchin Seksyen, Mahkota Melaka, Malaysia

After you have send the money, email to us the western union money transfer control number or you can attach and forward to us the western union money transfer receipt so that we can pick up the money fast for their help.

Thanks for your help
Abdul Colins

Lebih memalukan apabila SCAMMER ini menggunakan nama Malaysia sebagai pusat cubaan menipu. Tapi kalau anda perhatikan, alamat yang diberi sudah jelas tidak wujud sama-sekali.

Berjaga-jaga dengan email ini : ppartiman@hotmail.com

Apa-apa pun, diharap semua pembaca tidak mudah tertipu dengan kandungan email sebegini.

scam hotmail japan earthquake Scam email dana bantuan Jepun, Abdul Colins

Posted in News, TechnologyComments (0)

McDonald’s disaman kerana Happy Meals


Seorang ibu di San Francisco, Monet Parham, kini dalam proses mengeluarkan saman keatas McDonald’s kerana promosi Happy Meals menyebabkan risiko kesihatan kepada Kanak-kanak.

Monet Parham mendakwa bahawa promosi Happy Meals mengajar kanak-kanak cara hidup yang tidak sihat, seperti memakan makanan yang penuh kalori, garam, gula, dan lemak.

Turut didakwa adalah ianya menghalang ibu-bapa untuk mengawal anak-anak tersebut dari cara hidup tidak sihat tersebut.

Antara kenyataan dari Parham,

Even though Happy Meals television advertising shows brief glimpses of healthier products, such as Apple Dippers and low-fat milk, the default options put into Happy Meals by McDonald’s employees are usually French fries and sugary sodas.

In a Center for Science in the Public Interest (CSPI) study of 44 McDonald’s outlets, French fries were automatically included in Happy Meals 93 percent of the time. Soft drinks were the first choice offered to customers 78 percent of the time.

Antara promosi McDonald’s yang didakwa menjadi punca masalah ini ialah permainan Happy Meals yang diberi ketika pembelian Happy Meals.

Alamak, kes macam ni pun ada, betul ke salah McDonald’s ni?

Masalah betul ibu-bapa keluarga di Amerika Syarikat ni, anak tak boleh dikawal, terus salahkan benda lain.

Macam-macam…

happy meals mcdonalds McDonalds disaman kerana Happy Meals

Posted in FoodComments (2)

Bayi 10 bulan seberat 20kg – ‘Michelin Baby’


Seorang bayi berusia 10 bulan yang berasal dari China mengejutkan pakar kesihatan apabila berat beliau dikatakan seberat kanak-kanak berusia 6 tahun, iaitu lebih dari 20kg!.

Bayi tersebut yang diberi nama Lei Lei, dikatakan lahir dengan berat yang normal pada asalnya, namun oleh kerana selera makannya yang melampau, berat beliau meningkat secara mendadak.

Ibu beliau, Cheng Qingyu, berkata bahawa perkara kegemaran Lei Lei ialah makan. Segala apa yand dapat Lei Lei capai akan diletakkan kedalam mulut beliau. (Bukan normal ke semua bayi macam tu?)

Yang menarik, oleh kerana saiz badan beliau yang begitu bulat dan berlapis-lapis tersebut, Lei Lei telah diberi gelaran ‘Michelin Baby’! Ini kerana rupa bentuk badan beliau amat menyerupai maskot tayar Michelin!.

Kini para pakar kesihatan masih membuat kajian sama ada kenaikan berat badan mendadak itu berdasarkan faktor kesihatan atau ianya simptom kepada obesiti melampau.

michelin kid 621x1024 Bayi 10 bulan seberat 20kg   Michelin Babymichelin kid smile Bayi 10 bulan seberat 20kg   Michelin Baby

Posted in LOL, Weird, WorldComments (3)

“Pornografi punca kes rogol” – Tun Dr Mahathir


Oleh kerana akses yang terlalu mudah bagi memperoleh bahan Pornografi melalui laman web di internet, Dr Mahathir berkata, ia menjadi punca mengapa kesalahan melibatkan kes jenayah seksual semakin meningkat di Malaysia.

Mudahnya untuk para remaja mendapatkan bahan pornografi seperti gambar-gambar lucah dan video-video lucah dari internet, menyebabkan berlakunya kes penyeksaan seksual yang mungkin turut berlaku terhadap golongan tua malahan bayi!

tun dr mahathir mohamad berucap Pornografi punca kes rogol   Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir turut mengeluarkan kenyataan ketika beliau berucap di ‘Asian Bloggers Social Media Conference 2010′, ketika Multimedia Super Corridor dilancarkan, kerajaan negara sudah berjanji tidak akan mengehadkan penapisan terhadap kebebasan internet. Namun kini beliau hampa dan berharap akan ada penapisan terhadap bahan di internet lebih-lebih lagi bahan pornografi.

Pada Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tersebut juga, beliau berkata bahawa kini dengan kelebihan yang terdapat pada internet, masyarakat dapat memperoleh maklumat berita-berita bukan sahaja melalui media utama, malah juga melalui penulisan para blogger.

Melalui cara ini, masyarakat turut dapat membezakan yang mana konspirasi dan propaganda, dan yang mana satu fakta yang sebenar.

Sumber : AsiaOne

Posted in Malaysia, NewsComments (3)

Maklumat pemberian Biasiswa kerajaan


senarai biasiswa Maklumat pemberian Biasiswa kerajaanAdalah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, mengatakan bahawa lebih 1,500 pemberian biasiswa adalah berdasarkan 4 kategori.

Kategori Pertama, pemberiaan biasiswa berdasarkan Merit pelajar, sebanyak 300 biasiswa ini telah ditawarkan tahun ini. Ianya dibahagikan kepada 20% pelajar bumiputra, dan baki 80% untuk pelajar bukan bumiputra.

Kategori Kedua yang berdasarkan komposisi bangsa, 900 biasiswa ditawarkan. 557 daripada itu diberi kepada bumiputra dimana 480 darinya ialah pelajar melayu.

Kategori Ketiga diberikan kepada Malaysia timur, dimana 75 kepada Sarawak dan 75 kepada Sabah.

Kategori Keempat, diberikan berdasarkan kekurangan sosial. 77 diberikan kepada Bumiputra (73 Melayu), 35 kepada bangsa cina, 18 kepada bangsa india dan 2 lagi lain-lain.

Begitulah laporan mengenai pemberian biasiswa kerajaan pada tahun ini, maklum Datuk Seri Nazri Abd Aziz pada sidang parlimen semalam.

Sumber : The Star

Untuk melihat semua senarai biasiswa lain yang terdapat di Malaysia, sila tekan URL ini.

Posted in Education, MalaysiaComments (0)

Ujian kemasukan ke MRSM dikekalkan


mrsm1 Ujian kemasukan ke MRSM dikekalkan

Meskipun baru-baru ini kementerian pendidikan mengumumkan kemungkinan bahawa UPSR dan PMR akan dibubarkan sebagai peperiksaan awam, ujian kemasukan ke MRSM bagi pelajar lepasan PMR akan tetap dikekalkan.

Malah pada tahun hadapan, ujian kemasukan yang sama akan digunapakai bagi pelajar yang memohon kemasukan ke tingkatan satu di MRSM.

Ini membuktikan bahawa, walaupun tanpa PMR dan UPSR sekalipun, ianya tidak akan menjejaskan peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Malah setiap pelajar mempunyai peluang yang sama.

Fakta tambahan turut menyatakan, terdapat lebih daripada 9,000 pelajar memohon untuk kemasukan ke MRSM pada setiap tahun, dan angka tersebut dijangka bertambah dengan wujudnya lebih MRSM.

Sumber : Berita Harian

Nampaknya kenyataan terbaru ini dengan jelas dengan apa yang NK sasarkan pada kiriman sebelum ini.

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (11)

UPSR dan PMR akan dilupuskan


08052008056 UPSR dan PMR akan dilupuskan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berkemungkinan untuk dilupuskan dari sistem peperiksaan awam. Begitulah apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan.

Dikatakan juga bahawa, UPSR dan PMR tidak digunakan lagi untuk meminta pekerjaan kerana kebanyakan majikan ketika ini hanya cenderung kepada kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

UPSR dan PMR hanya digunakan ketika untuk memohon tempat ke sekolah-sekolah elit contohnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Maka lebih baik jika UPSR dan PMR dijadikan sebagai penilaian peringkat sekolah.

pmr johor UPSR dan PMR akan dilupuskan

Dengan dilupuskan UPSR dan PMR dari sistem peperiksaan awam, guru-guru dan pelajar sendiri dapat lebih menfokuskan kepada peningkatan kreativiti diri pelajar, aktiviti kesukanan dan aktiviti kokurikulum.

Ini dapat turut mengelakkan dari peperiksaan di Malaysia lebih menfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata.

Walaubagaimanapun, keputusan ini masih belum ditentukan dan pelbagai kajian akan dilakukan sebelum ianya dilaksanakan. Kementerian akan menunggu pendapat dari orang awam termasuk ibu-bapa, guru-guru, dan juga pelajar sendiri

Sumber : The Star

Pada pendapat NK, NK setuju 80% dengan idea ini.

Apa yang NK fikirkan, jika UPSR dan PMR sememangnya hanya menjadi penentu ke sekolah mana anda selepas ini, kenapa tidak sekolah itu sendiri yang mengadakan peperiksaan kelayakan masuk ke sekolahnya? Apa yang NK tahu, MRSM memang mempunyai peperiksaan sebelum layak ke MRSM, namun ianya perlu lebih diperhalusi.

Mengenai fokus pada aktiviti tambahan pelajar, kementerian perlu memikirkan apa lain aktiviti tambahan untuk pelajar. Mungkin pelajar boleh belajar lebih mengenai Kesenian dan juga Kebudayaan? Alat Muzik dan juga Bahasa Tambahan mungkin?

Tapi ianya sudah pasti memerlukan lebih kerjasama dari guru-guru dan juga ibu-bapa.

Apa pendapat anda?

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (19)

Khidmat pelacuran bergerak


Sebuah cubaan untuk mengadakan perkhidmatan seks telah dikesan di kawasan Miri. Perkhidmatan seks atau pelacuran yang sememangnya haram di negara ini dilihat semakin sebagai semakin diberkas, semakin aktif pula promosi yang berlaku.

Apa yang berlaku di Miri pula ialah, Bapak ayam atau agen pelacuran ini tanpa segan silu mempromosikan perkhidmatan seks dengan mengedarkan flyers dan kertas promosi di tempat awam.

Malah ada antara kertas promosi ini yang diselitkan ke dalam Peti Bos kawasan perumahan. Bermakna kertas promosi ini kemungkinan besar akan terdedah kepada kanak-kanak bawah umur dan mungkin akan berlaku salah faham.

Ibu bapa diminta berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan kertas promosi ini sampai ke tangan kanak-kanak.

no prostitution prostitutes sign Khidmat pelacuran bergerak

Apa yang lebih menarik, perkhidmatan seks atau pelacuran yang punya promosi secara besar-besaran ini berlainan dengan lain-lain khidmat pelacuran.

Pelanggan hanya perlu menelefon bapak ayam tersebut, dan khidmat seks akan dilakukan secara bergerak didalam kenderaan yang disediakan, iaitu Toyota Alphard. Harga yang dikenakan pula ialah RM350/sejam.

Berdasarkan laporan, pelacur-pelacur ini kebanyakannya ialah warga asing dari China malah juga Filipina.

Pihak polis telah mengeluarkan amaran agar orang awam tidak sesekali mendekati khidmat haram ini yang akan menjadi punca lebih banyak masalah sosial. Pihak polis turut sedang menggiatkan usaha untuk membanteras kegiatan pelacuran dalam negara.

Source : The Star

Posted in LOL, Malaysia, NewsComments (2)

12 tahun curi kereta dan ditangkap kerana Burger


burger and kids 220 1024x680 12 tahun curi kereta dan ditangkap kerana Burger

Seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun ditahan polis kerana memandu kereta dengan laju dan merbahaya. Kereta yang dipandu oleh kanak-kanak tersebut sebenarnya dicuri, diambil dari nenek beliau tanpa pengetahuan neneknya itu.

Kenderaan tersebut dipandu dengan kelajuan 110mph (177.027km/h) sehinggakan polis terpaksa mengejar kereta tersebut menggunakan Helikopter polis!

Namun akhirnya pengejaran yang berlaku itu hanya tamat selepas kanak-kanak tersebut membuat keputusan untuk berhenti makan Burger set kanak-kanak dengan potongan harga promosi di sebuah restoren pandu-lalu.

Kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang dengan amaran, dan jaminan supaya ibu-bapa kanak-kanak tersebut mengajar beliau mengenai keselamatan jalanraya.

Dahsyat betul kanak-kanak dari France ni! Boring sangat duduk kat rumah la tu kot, ataupun terpengaruh dengan video game kereta tak? Haha

Sumber : Metro UK

Posted in LOL, Weird, WorldComments (14)

Episod Terakhir Adamaya – TV3


4496695880 dc9d2dd517 o Episod Terakhir Adamaya   TV3

Nampaknya tamat juga akhirnya siri Drama Melayu yang sangat hangat dikalangan peminat-peminat drama melayu seMalaysia. Siri Drama Adamaya yang disiarkan pada jam 6.30 petang setiap hari isnin hingga khamis ni berkisarkan tentang hidup rumahtangga Adam dan Maya yang dilanda pelbagai dugaan yang berpunca dari bekas kekasih Maya, Dani. Tak perlu la nak ceritakan macam mana kisahnya, yang pasti ada ramai peminat Adamaya kat luar sana kan?

Read the full story

Posted in LOL, Malaysia, PictureComments (13)







Partly powered by CleverPlugins.com