Gila hebat! Dan menakutkan!! Siapa sangka kalau lelaki pakai mekap pun boleh berubah menjadi perempuan! Kalau macam ni, lelaki tulen pun boleh tertipu!
Hampir 99% sudah disahkan yang kelab gergasi bolasepak dunia, Barcelona FC dan Manchester United akan singgah di Malaysia sebagai destinasi Asia Tour 2012!
Barcelona dan Manchester United akan juga membuat kunjungan di China, Indonesia dan India di sepanjang perjalanan Asia Tour 2012 mereka.
Kelab Manchester United kelihatan adalah lebih cenderung untuk tiba di Malaysia setelah sebelum ini Malaysia pernah menjadi destinasi mereka pada tahun 2009, dengan keputusan berpihak kepada mereka 3-2, dan 3-0.
Manakala kelab Barcelona, yang dikhabarkan kos membawa mereka ke Malaysia adalah lebih kecil dari kelab-kelab ternama lain, sedang dalam pertimbangan untuk hadir ke Malaysia. Berdasarkan maklumat, polisi kelab itu yang sedang giat memikat peminat dari rantau ini mungkin membuatkan mereka singgah di Malaysia.
Pada tahun lepas, pasukan bolasepak Malaysia juga pernah menerima kunjungan kelab gergasi bola sepak Inggeris Arsenal, Chelsea dan Liverpool dalam EPL Asia Tour.
Hebat! Bermakna lepas ni boleh la berpeluang bertemu dengan Lionel Messi dari Barcelona dan juga Wayne Rooney dari Manchester United!!
Lionel Messi
Wayne Rooney
Bila tarikh? Berapa harga tiket? Tak ada apa-apa maklumat la pula kan. Tak apa, bila ada je maklumat, anda orang yang pertama akan tahu disini!
Pengarah Urusan Proton tempohari mengeluarkan kenyataan kepada wartawan menjelaskan mengenai model Proton P3-21A yang begitu hangat diperkatakan.
Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dengan jelas berkata, model Proton yang diberi nama produk P3-21A adalah model yang sepenuhnya adalah model baru yang diperbangunkan dengan reka bentuk baru dan tidak mempunyai bayangan Proton Persona walau sedikit pun.
Sekaligus menambahkan lagi ragu-ragu keatas pelbagai khabar angin yang tersebar berkenaan Proton Persona Replacement, ataupun model yang digelar sebagai Persona-R.
Model P3-21A sebelum ini banyak kali dilihat sedang dipandu uji di jalan raya, contohnya dalam kiriman sebelum ini. Proton P3-21A.
Lain maklumat yang tersebar juga turut mengatakan model baru P3-21A akan mempunyai iras rupa dengan Proton Tuah (Model inspirasi Proton Persona) iaitu salah sebuah model dari ‘Proton Pahlawan Series‘.
Apabila ditanya mengenai enjin yang akan digunapakai, DSZA mengatakan bahawa enjin CamPro yang ditambah baik akan digunakan, dan tidak menyebut langsung mengenai ura-ura dimana Proton sedang bersiap sedia dengan pelancaran enjin baru (Phoenix?).
Model P3-21A ini juga akan dijadikan sebagai antara 2 model Proton yang akan dibina di China sebagai salah-satu hasil kerjasama Proton dan syarikat automotif di Beijing, Hawtai Motor Group Ltd. Sebuah lagi model adalah Proton Exora.
Model baru P3-21A ini akan dipasarkan di pasaran tempatan China dengan jenama Hawtai, dan bagi pasaran eksport termasuk Malaysia, akan menggunakan jenama Proton.
Turut dinyatakan, Proton sedang dalam proses ujikaji sistem enjin Diesel jenama Hawtai yang mempunyai taraf gred Euro-5. Adakah ada kemungkinan Proton akan menghasilkan kereta berenjin Diesel pada masa hadapan? Yang pasti, di Eropah sememangnya penggunaan kereta berenjin Diesel adalah amat luas dan semakin Popular.
Apa-apa pun DSZA telah menyatakan dengan jelas, Model Proton P3-21A ini akan dilancarkan pada awal tahun 2012, sepenuhnya sebagai model baru, reka bentuk baru, teknologi baru dan disebut sebagai model pasaran antarabangsa!.
Anda pernah dengar Obama Fried Chicken (OFC)? Restoren dengan hidangan Ayam Goreng yang meniru konsep KFC, dan diinspirasikan dari Barack Obama.
Dah kena saman pun! Tapi tak kisah la kan, sebab Obama Fried Chicken ni cuma boleh ditemui di China je. Biasa la China, memang dah lazim dengan adegan dan adat-adat men-ciplak dan meniru hakcipta industri perniagaan lain.
Yang paling menarik, logo yang digunakan untuk OFC ni lebih kurang dengan KFC. Tapi kalau KFC guna muka orang tua Colonel Sanders tu sebagai logo, OFC ni pula guna muka Barack Obama sedang ketawa sebagai logo! Sebiji sama dengan muka Obama di bawah ni!
Dan Logo Obama Fried Chicken (OFC)
Kenapa Barack Obama? Entahla, mungkin orang di China ni makin berselera makan ayam goreng bila tengok muka Barack Obama mungkin?
Tapi Kentucky Fried Chicken (KFC) di China telah pun mengeluarkan amaran untuk saman OFC ni jikalau masih beroperasi dalam medium yang sama. Mungkin lepas ni OFC akan tukar nama lain agaknya kan?
Bersepah di pasaraya dimana-mana dengan barang-barang ciplak ‘Made In China’ betul tak? Nak tengok barang tiruan China yang paling kelakar tak? Tengok sini jom,
Macam mana tu??? Pening kepala tengok. Beg sekolah tulis Spiderman tapi gambar animasi ‘Cars’?? Beg sekolah tulis Harry Potter, tapi ada gambar kartun Sonic the Hedgehog dan tulisan OBAMA??? Gambar Superman tapi tulisan BATMAN???
Ciplak + Palsu + Tiruan + Kelakar = Produk palsu “Made in China”
Alamak, teruknya beg sekolah ciplak ni, kalau nak buat salinan tiruan pun, buat la elok-elok, macam ni pula jadi hasilnya, aduhai, tepuk dahi tanya selera la macam ni….
Kalau di China, Babi ni bukan sahaja untuk dimakan, tapi ada juga Babi yang jadi selebriti kerana kecacatan dan mampu berjalan dengan 2 kaki sahaja!
Pemilik babi ni kata, pada mula babi ni dilahirkan, isterinya memintanya untuk buang babi ni atau dimakan sahaja, kerana tak mahu ianya hidup seksa. Tapi pemiliknya itu kemudian mengambil tindakan terus membela babi tersebut, dan melatih ia sehingga mampu berjalan dan berdiri 2 kaki!
Pemilik tu siap cakap lagi, tak akan jual babi ni walau berapa sekalipun harga yang ditawarkan!
Untung kau babi, walaupun kau babi yang cacat, kau masih diberi layanan seperti babi-babi yang lain….
Seorang budak perempuan berumur 4 tahun dirakam sedang memandu kereta di lebuhraya yang sibuk, yang mengejutkan ibubapanya yang merakam video itu!
Kes itu yang berlaku di daerah Shandong, China, mendapat perhatian pihak berkuasa setelah video itu tersebar luas di internet. Namun, pihak berkuasa berkata ini bukan kali pertama kes ini berlaku, kerana sebelum ini juga pernah berlaku, tetapi tiada tindakan boleh diambil kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai lesen untuk disaman.
Jom tengok video budak perempuan hebat ni.
Dahsyat kan? Hebat budak ni, di jalanraya yang tengah sibuk, banyak kereta pun boleh bawa kereta agak laju macam tu. 4 tahun pula tu!
Selepas lebih kurang 2 minit budak perempuan itu bawa kereta, ayahnya yang berada di tempat duduk belakang menyuruhnya untuk berhenti dan tukar tempat duduk. Budak perempuan itu pun dengan selambanya berhentikan kereta, dan merangkak ke tempat duduk penumpan, ke riba ibunya.
Berdasarkan perbualan dalam video itu, dipercayai nama budak perempuan itu ialah Jia Zheng.
Di China, remaja boleh mendapatkan lesen memandu seawal 14 tahun. Tapi adik ni lagi 10 tahun baru cukup umur!
Eh, Kat China memang dah tiada tandas ke untuk tukar baju? Selamba je perempuan ni berbogel tukar baju dalam tren. Tak malu ke?
Satu video dirakamkan oleh penumpang Tren Metro Shanghai yang terkejut apabila dengan tiba-tiba, seorang perempuan masuk ke dalam tren terus membuka baju dan dalam berkeadaan hanya memakai pakaian dalam, menukar kepada pakaian lain pula.
Cuba tengok gambar sedutan dari video yang dirakamkan tu,
Amboi, bukan main seksi lagi! Tak sempat sangat ke nak tukar baju tempat tertutup sampai kena berbogel di tempat terbuka? Kesian penumpang lelaki tu tersipu-sipu je malu.
Di China je boleh berlaku ni, di Malaysia ni tak mungkin berlaku! Kalau berlaku juga, dah tentu-tentu perempuan tu kena saman.
Jangan pula ada yang berani cuba ye, tak pasal-pasal nanti ada penumpang lain yang trauma nak naik LRT pula nanti.
Alamak, pemandu ni kantoi main raba-raba dalam kereta pula, dah tu kantoi dengan kamera perangkap laju pula tu! Dahsyat! Tapi malu tak henti la..
Lelaki yang bernama Deng Jialin ni, membawa kereta pada kelajuan 92KM/jam di kawasan yang hadlajunya cuma 80KM/jam. Dah pasti la kena ‘tangkap’ dengan kamera had laju kan?
Tapi yang menariknya, bukan hanya nombor plet kenderaan dan muka pemandu itu yang ditangkap, apa yang pemandu tu tengah buat pun turut ditangkap sekali.
Seperti yang dah dijangka, Deng Jialin ni kantoi pula sedang meraba-raba dalam keretanya. Cuba tengok gambar dibawah,
Penuh bergaya lagi tu, bawa kereta Nissan X-Trail, memandu sebelah tangan, sebelah tangan lagi tengah ‘ehem-ehem’ (meraba la tu..).
Aduhai, ini berlaku di China ni, agak kat Malaysia pernah berlaku tak? atau, selama ni dirahsiakan je?
P/s : ada berita remaja maut lepas cuba lari ketika berasmara dengan pasangan di lebuhraya. Simpati kat remaja tu, tak sempat nak bertaubat….
Pernah tengok Skuad Bom Malaysia beraksi? Nak tahu macam mana? Jom tengok apa beza skuad bom Malaysia dan luar negara menjalankan tugas.
Cuba perhatikan beza skuad bom Malaysia dan luar negara (Amerika Syarikat dan China) dibawah, apa beza yang paling ketara?
China
Amerika Syarikat
MALAYSIA
Hebat kan! Polis Malaysia juga yang paling hebat, menghadap bom selamba je tak perlu apa-apa sut keselamatan pun. Kalau dah sampai ajal tu, mati juga betul tak? Tak perlu nak elak.
p/s : entri lama kiriman pembaca, alamak, maaf la ye baru siarkan,
Recent Comments